AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-
Showing posts with label 7-11. Show all posts
Showing posts with label 7-11. Show all posts

08 July 2014

7 Julai dan 10 Ramadhan

Assalamualaikum


Antara semalam dan hari ini.

Antara 7 Julai dan 10 Ramadhan..


terlalu banyak kenangan yang menerpa. terlalu banyak...

7 Julai 2011.

jika mampu untuk aku hentikan masa, aku tidak mahu 7 Julai 2011 itu berlaku.

tidak mahu.



aku masih ingat lagi setiap detik, saat pertama kali aku melihatnya terlantar di atas katil itu. berselirat wayar di atas badannya. masih ingat saat itu.


dan aku masih ingat lagi aku pada ketika 6 Julai 2011 itu. merancang sesuatu untuk menyambut birthday housemate aku tika itu.

dan aku masih ingat detik panggilan telefon itu. panggilan telefon yg tertera 'luvely father' tapi bukan suara apak yg berkata. aku masih ingat butir-butir ayatnya.

mana mungkin aku lupa jika waktu itu seolah memaksa aku untuk 'hentikan apa jua yang aku lakukan, hentikan kegembiraan, hentikan segalanya.'




tapi aku......








ujian ini satu titik permulaan.

pelbagai perasaan yang wujud. bermacam rasa.

satu demi satu aku mencuba melangkah. untuk kembali pada Pemilik.

saat tiada siapa yang mencuba untuk memujuk, Allah datangkan pertolongan.



aku mula mengerti siapa aku pada mereka.

aku mula mengetahui di mana aku sebenarnya.

aku mula menyedari yang aku tiada siapa.

aku mula menyedari bahawa segalanya adalah sia-sia.

dan aku mula menjauh.


dan mencari apa yang aku perlu cari.

terima kasih Allah.

terima kasih kerana mengingatkan aku.



selalu aku berdoa dan berharap, untuk tidak kembali kepada aku yang dahulu.

biar dipandang pelik apabila tidak menjadi seperti dulu.

biar hati sakit apabila kehilangan mereka.

tapi aku tidak mahu kehilangan Allah.

tidak mahu jauh dariNya.

tidak mahu hilang penggantunganku padaNya.

tidak mahu...





indahnya perancangan Allah, memakbulkan doaku pada 10 Ramadhan 1434H.

selepas solat Jumaat. selepas bertubi-tubi doa aku panjatkan.

syukur.




Allah dah janji, setiap kesulitan pasti ada kesenangan.

Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.




nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan??











"moga mampu menjadi anak yang solehah buat mak dan apak. moga terus istiqamah dalam perjuangan yang sering diuji."

11 January 2013

~mati~


Assalamualaikum dan selamat petang dunia...









"mati itu semakin menghampiri. tidak pernah menunda-nunda masanya, ianya berlaku tepat pada masanya."

13 December 2012

~blogwalking~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...



‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

saya sangat setuju!! terima kasih Allah...


redha redha redha.... walau sedih, tetapi ada hikmah yang tersembunyi kan??  sampai bila engkau mahu melupakanNya..??

terima kasih Allah. terima kasih atas kasih sayangMu..


=')







"don't u ever turn back to the old u, faizura"

12 July 2012

~salam KHAMIS~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

eceh tajuk entry tak boleh blah.. biasa orang buat salam Jumaat, ni aku pulak ngengada nak letak salam KHAMIS. (*tak de tajuk sebenarnya entry)

aku hupdatekan blog nie sebab tengok dah seminggu blog aku bersawang. umpama kalau kuku tak dipotong seminggu, makin panjang la kan..?? (*eh, macam xde kena mengena sawang dengan kuku)

diam tak diam, rupanya tarikh yang aku selalu ingatkan dah berlalu pergi. tanggal 6 Julai 2012. macam-macam perkara yang berlaku pada tahun lepas, tapi Alhamdulillah, pada tahun ini, aku menjadi orang lain bukan seperti tahun lepas. situasi cukup berbeza. tahun lepas bermulalah kehidupan aku di hospital Ipoh, bersama keluarga menjaga arwah apak di sana. Ipoh-Kajang telah menjadi kebiasaan. menangis juga telah menjadi kebiasaan. sungguh, aku bersyukur atas ujian ini ya Allah.

tapi pada tahun ini, segalanya telah berubah. masa begitu cepat berlalu, rupanya sudah hampir 9 bulan aku kehilangan arwah apak. alhamdulillah, aku menerima ketentuanMu dengan redha. setiap yang bernyawa akan mati, dan aku hanyalah milikMu.

ramadhan pun akan tiba tak lama lagi. rasa tak sabar untuk menerima kedatangannya. moga Allah memanjangkan umurku dan mengizinkan aku untuk berada di bulan Ramadhan yang cukup diberkati Allah. insyaAllah...

=D



"hari ini 22 syaaban"

04 July 2012

~akhirnya JULAI kembali lagi~


assalamualaikum dan selamat petang dunia..

akhirnya Julai telah menjelmakan dirinya. memori - memori tahun lepas masih segar terbayang. alhamdulillah, diizinkan Allah untuk pulang ke kampung pada waktu yang hampir sama dengan tahun lepas. ya, setahun yang lepas aku pulang bertemu dengan keluarga terutamanya mak dan arwah apak. selang dua jam arwah menelefon bertanya aku sudah sampai di mana. tetapi kepulanganku tahun ni, situasinya tidak sama.

sabtu malam, 2 Julai 2011, arwah pulang selepas maghrib. melihat keadaan akak yang pada waktu itu kelihatan pucat kerana keletihan, terus meminta aku membawa mereka ke klinik di Batu Gajah. di situ, barulah aku mengetahui keadaan sebenar kakakku. sakit yang selama ini berubat secara tradisional tidak mendatangkan kesan kepadanya. doktor meminta untuk merujuk kepada Hospital Batu Gajah. arwah terus meminta aku membawa mereka ke hospital. kasihnya seorang ayah tak mengenal erti penat.

aku bersyukur kerana diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan arwah apak di hari-hari terakhir sebelum arwah kemalangan. kemalangan yang menyebabkan arwah separuh koma. bersyukur kerana masih berpeluang untuk pulang ke kampung setelah hampir dua bulan tak balik. syukur kerana masih berpeluang untuk menjadi 'driver' arwah apak di minggu terakhir arwah diizinkan Allah untuk berjalan, melihat, bercakap, mendengar, ketawa. dan siapa menyangka, itulah kali terakhir aku melihat lambaiannya tika aku mahu pulang ke Kajang semula. itulah kali terakhir aku menjadi 'driver' untuknya.

dan tanggal 4 Julai 2011, pada pagi itu, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. perbualan yang hanya hampir tiga minit sahaja itu merupakan suara yang terakhir aku dengar darinya. siapa menyangka, itulah kali terakhir aku dapat mendengar suaranya, dapat mendengar salam daripadanya, dapat menjawab salam darinya, siapa menyangka....

takdir Allah tiada siapa dapat menjangkanya. hanya doa yang dapat aku panjatkan agar hati ini kuat, agar jiwa ini tabah, agar diri ini redha. masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.


genap setahun aku tidak mendengar suaranya. ujian itu sangat pedih. tetapi ujian itulah yang membuatkan aku sedar di mana aku selama ini. ujian ini lah yang aku syukuri. ujian inilah yang menjadikan aku seperti ini. benarlah, hanya dukacita yang mampu membuatkan hambaNya kembali kepada Allah. terima kasih ya Allah. syukur padaMu.

ya Allah, rahmatilah roh arwah ayahku di sana. moga dirinya sentiasa dibawah rahmatMu. selamat daripada seksa kubur dan ditempatkan bersama -sama golongan orang yang beriman. ya Allah, setiap apa yang berlaku ini merupakan ujian daripadaMu dan sesungguhnya aku bersyukur di atas setiap apa yang terjadi. ampunkan dosa-dosaku dan jadikanlah aku hambaMu yang beriman dan beramal soleh.
amin


=D 


"dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali"

27 June 2012

~JULAI~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Julai kian menghampiri... dalam menghitung hari untuk bertemu dengan Ramadhan, Julai datang mengetuk diri. Julai.... padanya tersimpan seribu cerita. padanya tersimpan sejuta rasa. padanya tersimpan jutaan penyesalan. padanya tersimpan kenangan.. padanya tersembunyi hikmah. pada Julai...

Alhamdulillah, semalam aku berada di kampung halaman, untuk menghabiskan sisa-sisa proses terakhir wasiat arwah apak. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. giliran kami yang sepatutnya pada pukul 4.00 petang berlarutan menunggu hingga pukul 5.30 petang. gelisah mak dan akak memandangkan tiket ETS aku pada pukul 6.15 petang. bimbang tak sempat pula untuk aku menghadiri bicara akhir pengagihan harta pusaka itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa mempermudahkan kami. segalanya menjadi mudah. berada di dalam bilik bicara itu untuk hampir 15 minit, dan segalanya berakhir dengan senang hati. syukur padaMu ya Allah.



sebulan diperuntukkan oleh pegawai tersebut untuk memastikan hak milik bertukar tangan. itu perancangan mereka, perancangan Allah belum tentu lagi. aku mendoakan semoga segalanya berjalan lancar.

oh, hari ini ulang tahun yang pertama bagi fatin, anak perempuan abang aku yang tak sempat untuk arwah apak dukung, bermanja. 27 haribulan juga menyimpan sejuta rasa.



moga tenang disana apak. doaku sentiasa mengiringimu. al fatihah



"redha dengan takdir Allah"

28 May 2012

~SELAMAT PENGANTIN BARU fatihah kadir!!~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

(maaf kalau bahasa diri menjengkelkan korang)


khas buat dirimu fatihah kadir,

sabtu yang lalu merupakan hari bersejarah dalam hidup kesayangan i ni. hari pernikahan antara dia dan tunangnya. maafkan i sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan u babe. i memang merancang untuk pergi ke wedding u even i terpaksa pergi sengsorang. wah, giler jauh tu i nak pergi sengsorang kan, but who's care???!! i tetap nak pergi jugak tengok u kahwin!! i tetap nak ada depan mata u bila u selamat dinikahkan. tapi.... perancangan i serba serbi tak sempurna. and finally, i tewas di tangan diri sendiri. i tewas untuk berusaha pergi jugak ke wedding u. i am so sorry babe.

dunno why, but until today, u did not reply my text. u did not reply my tweets. entahlah.. u marahkan i sebab tak pergi wedding u kan?? i am so sorry again.

=(

yeahh, i know this is my mistake. did not planning it very well and very detail. i am so sorry again.

but u tau tak?? i xtau kenapa i love u so much even kite jumpa baru sekali. i xtau kenapa i boleh trust u macam i dah kenal u seribu tahun lamanya padahal kita baru kenal tak sampai setahun. i xtau kenapa....

=)

yeahhh, sebab dia kan?? kita rapat pun sebab dia kan.. hahahha, suddenly i teringat apa yang pernah kita buat sepanjang kita kenal dia kan?? rasa macam bodoh pun ada, tapi itu semua i jadikan pengajaran. did not easily put my trust on anybody even she is a GIRL. arrrggghhh, forget about her because she will make dosa i bertambah-tambah and let's just talk about u... hahhahahhaa.....

=)

so, alhamdulillah u dah selamat dinikahkan. dah menjadi seorang isteri pada seorang suami yang u cintai. i doakan semoga u berbahagia di samping insan-insan yang tersayang hingga ke syurga. moga ikatan pernikahan u membawa u ke syurga yang kekal abadi. i doakan moga perhubungan kita tidak terputus malah semakin mekar dan mewangi sehingga ke syurga. boleh tak?? insyaAllah jika redha Allah bersama-sama kita.


 u look very gorgeous sesangat!!! ♥♥♥♥



baju u sangat chantek!!! plus, u memang dah cantek!!... 





gambar ni sangat sweet!! tahniah u dah lengkapkan hidup husband u hasree... u nmpk sgt bahagia!! ♥♥




babe, u bagi i semangat tika i jatuh tidak bergantung. u setia berikan kata-kata kekuatan tika i betul-betul hilang arah. u berikan segalanya walaupun pada waktu itu u lansung tidak mengenali diri i. u sanggup berkongsi rasa sedih, takut, gembira, syukur, lemah dan macam-macam perasaan lagi dengan i. Allah hantar u pada i tika DIA hantarkan ujian untuk i. i bersyukur kerana wujudnya kehadiran u dalam hidup i. tak lupa juga dengan kehadiran nana dan yana yang kini entah ke mana hilang meninggalkan persoalan dalam perhubungan kita. tapi, i nak u tahu yang i benar-benar mohon maaf kerana i tiada di hari cukup bersejarah dalam hidup u. maafkan i sebab tidak dapat bersama dengan u. maafkan i kerana memungkiri janji. percayalah, u, yana, nana, telah terpahat di hati ini walau luka masih belum terubat. 



selamat pengantin baru moga bahagia kekal ke syurga menjadi bidadari terindah buat suami tercinta moga kasih mekar mewangi seharum kasturi di syurga.


daripada miss fai



"best friend till jannah"

02 March 2012

~ku mohon kekuatan dariMu ya Allah~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

aku memang selalu menjengah ke blog Hami Asraff ini. sudah aku ketahui bahawa dia juga telah kehilangan ayahnya pada tahun lepas. tapi aku masuh belum tergerak hati untuk membaca entry-entry beliau mengenai BELASUNGKAWA AYAHANDA yang diselitkan dalam blog beliau.

pagi ini dengan izin Allah, aku membacanya.. ada enam entry yang dapat aku perhatikan. tapi aku cuma mampu untuk membaca hanya setakat part 2. aku tak mampu menahan air mata daripada mengalir. jika aku teruskan membaca, pasti aku akan menjadi topik perbualan di kalangan officemate aku.

sudah 4 bulan arwah apak pergi meninggalkan aku sekeluarga. 4 bulan juga arwah berada di hospital, dijaga rapi oleh staf hospital dan emak. 4 bulan juga aku berulang alik setiap minggu dari Kajang ke Ipoh untuk bersama dengan arwah. tapi pedihnya dan terlukanya hati kecil aku ini apabila aku tiada di saat-saat terakhir pemergian arwah apak. sehingga kini amat sukar untuk aku menerimanya.

tapi....

aku sedar, sekurang-kurangnya aku berada di sisinya sehari sebelum arwah pergi. aku menangis di hadapannya sehari sebelum arwah pergi. aku berada di sisinya juga.. mengucap panjang aku kerana tidak tahu untuk bersyukur.

ya Allah, acap kali aku ucapkan bahawa sesungguhnya aku redha dengan pemergian arwah apak. aku menerima segala ketentuanMu kepadaku. tapi... aku mohon padaMu ya Allah.. semoga Kau ikhlaskan hati aku ini menerima ketentuanMu. aku lemah ya Allah. terkadang aku tidak berpuas hati dan seakan tidak mempercayai, "kenapa aku tiada di sisi apak ketika saat -saat terakhirnya????!!!!" ya Allah, hinanya aku dipandanganMu. aku hambaMu yang tidak tahu untuk bersyukur. ampunkan aku ya Allah. berikan aku kekuatan Mu ya Allah. semoga Kau sentiasa melimpahkan rahmatMu dan memberi ketenangan kepada arwah apak yang telah kembali kepadaMu. amin...



p/s: macam mana nak buat link untuk setiap entry tu ek?? 


"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

31 January 2012

~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 6)~ akhir


27 OKTOBER 2011


aku sedar semula untuk menunaikan solat Subuh. tapi mood untuk pergi bekerja memang tidak ada. merancang mahu masuk lewat, tapi aku segera bangun. aku perlu menyelesaikan borang sambung kontrak aku untuk tahun depan pula yang perlu diserahkan sebelum 1 NOVEMBER 2011. 

selesai mengaminkan doa untuk keselamatan dan kekuatan apak, tup tup tiba-tiba lampu bilik tertutup dengan sendirinya.. baru sahaja beberapa hari yang lepas aku menukar mentol lampu tersebut tapi pagi ini ia buat hal lagi. aku tika itu masih tidak mempunyai apa-apa rasa yang pelik..

tiba-tiba dapat mesej daripada Pejay, " pejay dah nak balik umah, masuk keje. Paeh ngan mak jaga apak kat sini. pernafasan apak maintain 75 dari tadi." 

terus aku mesej Paeh pulak, "nanti kamu mandikan apak jaga-jaga tau. tengok alat pernafasan apak tue dengan monitor sekali. kalau boleh biar nurse jela yang buat. apak lemah tu.." 

aku bertekad untuk balik ke kampung pada hari itu juga. tapi aku perlu selesaikan dahulu borang penyambungan kontrak kerja aku dulu. paling kurang pun tengahari baru boleh gerak balik. aku pun bersiap untuk pergi ke kerja. sampai di pejabat, aku teruskan dengan mengisi borang tersebut. kebetulan pada hari itu ada majlis makan pagi sempena perpindahan Asmaliza, rakan sepejabat satu zon dengan aku.

tiba-tiba Paeh mesej aku, " keadaan apak sekarang sangat lemah, tadi nurse check nadi apak dah xde..."

cepat -cepat aku telefon Paeh. dengan suara menggeletar aku tanya, "apak macam mane?"

sebak suara Paeh menjawab, "entahla, tadi nurse check nadi apak, maintain jek, tak turun naik. nurse mintak panggil semua ahli keluarga.."

dengan segera aku terkejut dan aku bertekad mahu pulang segera. tiba-tiba oya, isyqi, sheera dan niza datang ke tempat aku mengajak pergi makan sarapan pagi. tika itu aku sedang menghabiskan ayat-ayat terakhir aku dalam borang penyambungan kontrak kerja itu. dengan menggeletar aku menceritakan perihal keadaan apak kepada mereka. dan aku memohon pertolongan kepada Isyqi untuk membantu aku menyelesaikan borang tersebut. mujur mereka sedia membantu.

pantas, aku segera turun menuju ke kereta. aku berdoa semoga aku sempat berjumpa dengan apak. selesai mengisi minyak di Shell Presint 8, aku dapat mesej dari Paeh lebih kurang pukul 8.30 pagi, " apak dah tinggalkan kita semua"

hancur luluh aku bila membaca mesej tersebut. meraung aku dalam kereta. menangis aku tersedu-sedu aku. ya Allah, ujian apakah ini?? kenapa aku tiada di situ??? kenapa ya Allah... aku meraung dalam kereta... berhenti pun tidak. aku teruskan perjalanan... mujur tiada apa-apa yang berlaku. pada waktu itu, aku terus telefon Paeh dan menangis... kenapa apak pergi??? kenapa????? kenapa apak tak tunggu jula... ??

aku telefon oya, mereka harus tahu. tapi tiada kata-kata yang aku tuturkan. hanya tangisan, raungan dan sedu sedan aku sendiri. "oya... apak dah tak de...." segala kata-kata yang mereka ucapkan, langsung aku tidak hiraukan... aku cuma mampu menangis..... meraung... aku teruskan perjalanan sehingga aku tidak tahu rupanya aku sudah sampai ke Puchong. ini bukan jalan untuk aku pulang ke kampung. aku beristighfar memohon keampunan Allah atas kelalaian aku tadi. berdosanya aku mempertikaikan takdirMu ya Allah.

tiada lagi air mata untuk aku menangis sepanjang perjalanan pulang. aku harus pulang cepat dengan selamat. had laju aku melebihi 110km/j yang dibenarkan. lampu aku nyalakan. tanpa disangka ada roadblock di sekitar Bidor. ya Allah, Kau permudahkan urusan ku ini ya Allah. syukur atas kekuasaan Allah, kereta aku melepasi roadblock itu dengan mudah. syukur ya Allah...!!

perjalanan yang biasanya mengambil masa selama empat jam, tapi Allah permudahkan dengan 2 jam sahaja. syukur aku selamat sampai ke rumah. parking kereta di hujung jalan, berlari aku menuju ke rumah. apak tiada. aku mencari mak di dapur dan aku terus peluk mak. menangis dan meraung. tapi bila opah cakap, "jangan meraung, terseksa apak". aku terus senyap, hanya mampu mengalirkan air mata sahaja. besarnya dugaanMu ini ya Allah. setiap hari aku berdoa, semoga aku sentiasa di sisi apak terutamanya di saat-saat terakhirnya. tapi takdir Allah mengatasi segalanya. Allah Maha Mengetahui kenapa aku tidak harus ada di hospital tika itu. mungkin aku akan berada di luar kawalan. mungkin... Allah Maha Mengetahui dan perancanganNya Maha Sempurna.

apak masih belum sampai lagi atas urusan-urusan dan prosedur di hospital. abang aku terkejut tengok aku sampai dengan begitu cepat. Allah permudahkan.

setiba van jenazah di rumah, air mata aku mengalir laju lagi. aku lihat mata kiri apak terbuka sedikit. syukur mata apak dapat ditutup. selesai kami membuka ikatan pada kaki dan tangan apak, aku duduk di sisi apak. menangis tersedu-sedu. "kenapa apak tak tunggu jula?? kenapa?? "

mak dan pejay memujuk aku," dah la tu adik, apak dah pergi. dah tiba masa apak pergi. biarlah apak pergi dari apak terseksa sakit..."

aku masih menangis tersedu-sedu. lalu aku bacakan surah Yaasin di tepi telinga sambil pegang tangan apak. bacaan yang penuh dengan sedu sedan. ya Allah, Kau kuatkanlah hati ku ini.

tiba-tiba mak aku teringatkan sesuatu, "ya Allah, tengkorak kepala apak kamu mane Pejay?" 

ya Allah, kami semua tidak teringatkannya. aku memandang kepala apak, tapi aku tidak dapat berfikir apa-apa. ya Allah, syukur padaMu kerana Kau mengilhamkan kepada mak mengenai perkara tersebut.

mujur mak sempat mengambil nombor telefon salah seorang ahli keluarga yang telah berada di sana sepanjang tempoh mak aku di sana kerana menjaga anaknya di hospital tersebut.

Allah permudahkan. dapat bercakap dengan nurse di situ, dan memang, staf di situ juga tidak teringatkan benda yang sama. mujur segalanya Allah permudahkan. Paeh pergi semula ke hospital untuk mengambil serpihan tengkorak itu sebelum pengebumian apak.

ketika sedang memandikan apak, abang aku yang dari Seremban, Peroih akhirnya selamat pulang. kami anak beranak memandikan apak buat kali terakhir kecuali Paeh yang dalam perjalanan ke hospital semula.

selepas mengafankan apak, kami anak beranak mencium apak buat kali terakhir. ya Allah, kuatkanlah hati kami sekeluarga ini ya Allah. hari ini akan tiba jua nanti. ampunkan dosa -dosa kami kepadamu apak. ciuman kali terakhir untuk apak. semoga apak tenang di sana.

aku teringat pesanan mak, "dulu masa apak sihat, apak ade cakap kat mak, abang ada 6 anak lelaki, abang harap masa abang mati nanti, 3 di atas, 3 di bawah". ya, apak mahu anak-anak lelakinya yang membawanya dan menyambutnya ke liang lahad. pesanan itu aku ingatkan semula kepada abang-abang dan adik-adik aku.

syukur Allah permudahkan segalanya. sebaik jenazah apak tiba di kawasan perkurburan Taman Mewah, Paeh telah selamat tiba dari hospital. serpihan tengkorak itu di mandikan dan diletakkan ke dada apak. kami diberi peluang untuk melihat wajah apak buat kali terakhir sebelum dikebumikan. ya Allah, Kau terimalah ayahku dan cucurilah rahmat ke atas rohnya. tempatkan syurga untuknya dan lepaskanlah ayahku dari azab kubur dan nerakaMu ya Allah.

selesai bacaan talkin dan air mawar disiram di atas kubur apak. selamat tinggal apak. kini aku telah menjadi anak yatim. apak telah pergi kepadaMu ya Allah.

sheera, isyqi, asma, kak umi dan lan datang dari putrajaya ke batu gajah. mereka selamat sampai sebaik sahaja kami sekeluarga mahu meninggalkan kawasan perkuburan. aku membawa mereka menziarahi kubur apak. tidak berkesempatan buat mereka untuk menziarahi apak di hospital, tapi mereka diberi keizinan Allah untuk menziarahi apak di kubur. segalanya Allah permudahkan. aku memohon kesabaran daripadaMu ya Allah atas ujian yang telah ditentukan olehMu. aku bersyukur ya Allah kerana Kau mengizinkan kami sekeluarga bersama arwah apak di saat-saat getirnya. tidak pernah sesekali kami meninggalkannya. terima kasih ya Allah atas peluang itu.

kini sudah hampir 100 hari arwah apak pergi meninggalkan kami di dunia ini. aku akan sentiasa berdoa untukmu apak semoga segala dosa-dosa apak diampunkan Allah dan apak ditempatkan di syurga Allah yang hakiki dan mak sebagai bidadari yang terindah untuk apak disana. semoga Allah melepaskan apak dari azab kubur dan azab api neraka. jula juga akan menyusul kelak apak.

ya Allah, aku menerima segala ketentuanMu dengan redha ya Allah. mati itu pasti, tidak terlewat hatta sesaat pun. izinkan aku memohon kekuatan untuk aku terus meneruskan kehidupan ini tanpa apak di dunia ini. sesungguhnya Engkau menguji hamba-hambaMu berdasarkan kemampuan kami.

semoga roh apak sentiasa di bawah rahmatMu ya Allah. lindungilah dia dan tempatkan dia bersama-sama dengan orang yang beriman. lepaskan dia dari azab kubur dan azab nerakaMu dan tempatkanlah apak di syurga Mu yang hakiki ya Allah.



al-fatihah untuk MOHD ALI BIN MAT DIN (16 JULAI 1953 - 27 OKTOBER 2011 0822H) 



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 5)~

26 OKTOBER 2011



#Part 4


Alhamdulillah, aku selamat sampai di runah ku di Kajang lebih kurang pukul 11.00 malam. semua housemate aku ada di dalam rumah termasuklah shafa yang baru sahaja beberapa hari menyewa di rumah ini. belum sempat lagi aku menceritakan kepadanya berkenaan keadaan apak. tapi malam tu, aku senang sekali bercerita dengan shafa. tenang sahaja aku menuturkan bait-bait yang pernah doktor beritahu pada kami, "sudah tidak ada harapan lagi".

memandangkan keadaan aku yang tidak cukup tidur ini, aku pun masuk tidur terlebih awal dahulu. tiba-tiba Pejay mesej aku, "pernafasan apak dah turun, 80 je tak naik-naik dari tadi"

aku risau, lalu aku membalas mesej Pejay, "jaga apak elok-elok, bagi apak dengar Yaasin banyak-banyak. jangan tidur pulak.."

aku yang pada waktu itu ingin tidur, segera aku bangun, ambil wuduk dan solat hajat untuk apak. aku bacakan Yaasin sebelum tidur untuk apak. kemudian aku mesej Pejay, "kalau ade ape2 nanti, cepat2 roger orang tau, jangan lupe jaga apak tu.."

aku pada waktu itu, tidak merasa sedikit pun untuk segera pulang ke kampung semula untuk melihat apak. oksigen apak sangat -sangat rendah tapi aku masih boleh bertenang???? aku tidak pasti mengapa dan kenapa perkara ini berlaku pada aku di waktu itu sedangkan sebelum ini, aku cukup pantang sekali kalau perkara-perkara yang kritikal ini aku masih ada di Kajang.... walau macam mana sekalipun, aku tetap akan pulang segera. aku pernah melarikan diri daripada mesyuarat VO bila mendapat tahu pernafasan apak tidak tentu hala. sekejap turun, sekejap OK. aku sanggup berbuat begitu, tapi pada malam itu?? aku tidak tahu kenapa dan mengapa???????????????????


lebih kurang pukul 3 pagi, Pejay mesej aku lagi, "pernafasan apak maintain je dari tadi, 73 - 75"

aku bersyukur padaMu ya Allah tika itu. aku membalas mesej, " alhamdulillah.. jangan lupe jaga apak. jangan tidur pulak. apa-apa roger orang tau.."

ya Allah, apa yang berlaku pada waktu itu kepada aku????????? kenapa aku tidak berasa risau sedikit pun bila oksigen apak sebenarnya kritikal??????? hanya Kau Yang Maha Mengetahui.....




~~to be continue...~~












"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"






~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 4)~

26 OKTOBER 2011



#Part 3

tiket aku pada pukul 6.30 petang. selesai mandi dan bersiap-siap lebih kurang pukul 5 petang. entah kenapa aku rasa sayu sangat mahu pulang ke Kajang. tapi aku buang perasaan itu jauh-jauh sebab aku tidak mahu mak nampak rasa itu.

sebelum aku mahu pulang, aku sekali lagi sapukan losyen pada tangan dan kaki apak. bisik aku di telinga apak, "apak, jula dah nak balik kajang ni. boleh tak jula balik? apak tunggu jula ek. hari ini hari rabu, esok khamis, jumaat nanti kita jumpa lagi tau. apak cepat sembuh tau. jula tunggu apak. sayang sangat kat apak hensem ni. muaahh" sambil aku cium dahi apak. entah berapa kali aku ucapkan perkara yang sama.

tiba-tiba mak aku suruh aku bacakan surah Yaasin sebelum aku balik. aku baca tanpa membantah. aku bisikkan di telinga apak. semoga apak mendengar bacaan itu. perlahan aku bacakan dan sebak di hati aku. sepanjang aku berada di hospital, inilah kali pertama aku bacakan surah Yaasin di tepi telinga apak sebelum aku bergerak balik. aku tidak tahu mengapa dan kenapa.

selesai aku bacakan surah Yaasin, aku cium lagi dahi apak. mata kiri apak bukak. aku bisik lagi di telinga apak, "apak tunggu jula ek. jula nak balik kajang ni. esok keje. jumaat ni kite jumpa lagi tau. apak janji tau." dan sesungguhnya waktu itu, aku tidak dapat menahan air mata aku daripada mengalir. ya, aku menangis di situ. di depan mata apak yang terbuka itu. apak kelipkan mata. ya, apak akan tunggu jula. berkali-kali aku cium dahi apak.

kemudian aku bersalam dengan mak. entah kenapa aku menangis bila aku peluk mak. aku sebak, aku sedih, aku tidak mahu pulang. tapi mak tenang sahaja, " dah la.. jangan nangis. banyakkan doa untuk apak. doa anak daripada jauh pun dah cukup. pergilah balik."

aku cium lagi dahi apak. sekian lama sejak duduk di hospital, aku jarang menangis terutamanya sewaktu hendak pulang ke kajang. tapi pada waktu itu, senang sekali air mata aku keluar laju. aku tidak kisah jika ada sesiapa pelawat yang nampak aku menangis tika itu. aku tidak malu untuk menangis kerana aku menangis untuk apak.

abang aku, Lah yang membawa aku ke stesen keretapi Ipoh. sepanjang perjalanan, air mata aku masih menitis. tapi aku cekalkan hati. tapi entah kenapa, di dalam ETS itu, air mata aku mencurah-curah keluar. langsung aku tidak hiraukan orang di sekeliling aku. sambil aku mendengar lagu "Rahmat Ujian" dari kumpulan Mestica yang aku dengarkan lagunya di radio IKIM FM baru-baru ini. bait-bait liriknya sangat membuatkan aku rasa sedih.


Dalam derita ada bahagia 

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu



Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran



Segala takdir 

Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya



Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya



Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



lagu itu sahaja yang aku putarkan sepanjang dua jam lebih perjalanan aku ke KL Sentral. hati dan bibir aku tidak pernah putus untuk mendoakan apak dan mak. semoga kami diberi kekuatan atas ujianMu ini ya Allah.



ubat yang dimasukkan ke dalam badan apak di waktu waktu terakhir bersama apak









~~to be continue...~~











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"


~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 3)~

26 OKTOBER 2011


#Part 2


lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi, doktor-doktor pun mula menjalankan tugas masing-masing dengan memeriksa keadaan setiap pesakit. dan doktor yang memeriksa apak adalah doktor yang sama. Dr Syahiran. bila tiba giliran apak untuk diperiksa, sebolehnya mak ingin lari dari situ. mak tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada doktor. mak tidak sanggup mahu mendengar kata-kata doktor yang mengatakan tiada harapan lagi buat apak dan meminta supaya banyakkan bersabar dan berdoa yang terbaik untuk suami. mak masih kuat berharap dan tidak pernah berputus asa bahawa apak akan sembuh tidak lama lagi.

ya, aku di situ. aku mendengar kata-kata daripada doktor-doktor tersebut. aku melihat bagaimana mereka menggeleng-gelengkan kepala menyatakan apak memang tidak dapat diselamatkan lagi. tapi kenapa wahai doktor-doktor sekalian? kenapa tidak menyatakan bahawa keadaan apak pada waktu itu di tahap sangat kritikal dan memanggil ahli keluarganya..??? kenapa doktor?? ya aku tahu. perkara itu telah hampir sebulan doktor-doktor sekalian mengatakan kepada kami. tapi lihatlah kekuasaan Allah.. apak masih mampu bertahan. Allah masih memberikan kami peluang bersama apak.

sehingga saat aku menaip entry ini, aku masih lagi berfikir, kenapa??? namun aku harus redha dengan apa yang terjadi. redha dengan ketentuan takdir Allah. perancangan Allah Maha Sempurna.

kemudian, datang juga doktor dari jabatan bius (ICU- maafkan aku kalau aku salah). doktor-doktor ini yang memeriksa pernafasan apak. ya, bantuan oksigen sepenuhnya diberikan kepada apak kerana apak tidak mampu lagi bernafas sendiri. tapi kenapa doktor-doktor itu juga tidak memberitahu kepada kami bahawa masa semakin suntuk??? ya, aku tahu, mereka bukan Tuhan. bukan mereka yang menentukan ajal maut seseorang itu. ampunkan aku ya Allah....

seperti mana kejadian yang berlaku pada awal pagi 26 Oktober 2011 di mana seorang pesakit yang mampu bercakap sebelum itu tiba tiba berada dalam kritikal dan akhirnya ajal telah menantinya. aku tahu hakikat itu. bukan doktor yang menentukan ajal maut seseorang pesakit itu.


seperti biasa, jururawat yang bertugas akan mengambil tekanan darah dan kencing manis apak hampir setiap jam. air di masukkan dalam badan apak. berbotol-botol dan berjenis-jenis air telah dimasukkan dalam badan apak untuk seimbangkan tekanan darah dan kencing manis apak. ada sesekali itu, kencing manis apak rendah, dan tekanan darah apak juga rendah. kelam kabut jururawat tersebut. cuba sedaya upaya membantu supaya segalanya kembali normal. syukur Allah permudahkan.

doktor meminta apak berpuasa kerana kesan daripada ubat dan susu boleh menyebabkan kencing manis apak menjadi tinggi. kesian apak. mesti apak lapar kan...?? sabar ek apak.. apak kan kuat...

kali ini mak tidak lagi menyedut kahak apak. jururawat yang melakukannya sendiri. bila pernafasan apak menjadi rendah, jururawat berusaha mengepam oksigen masuk ke dalam jantung apak. berdoa aku dalam hati semoga Allah memberikan kekuatan kepada apak.


inilah permenant tiub yang mak beli untuk
apak sekiranya apak mampu bernafas sendiri.

tiada stok untuk size ini, sebab itu kena tempah dahulu.

inilah permenant tiub tersebut yang akan dimasukkan dalam lubang tekak apak.
inilah ubat yang dimasukkan ke dalam badan apak sekiranya
kencing manis apak naik mendadak














































































inilah alat yang boleh memantau peratus oksigen dan nadi apak. <83% adalah OK.










































~~to be continue...~~











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"


~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 2)~

26 OKTOBER 2011

#Part 1




selesai solat Subuh, seperti biasa aku dan mak aku mula bersiap-siap nak mandikan apak. biasanya sebelum itu aku akan ucapkan "Selamat pagi apak..." dekat telinga apak sambil cium dahi dia. lepas itu aku akan bacakan surah Yaasin di tepi telinga apak. itulah rutin aku sebaik solat Subuh. kemudian aku dan mak akan ambil cadar, selimut, sarung bantal, lapik kain, dan kain baju. sediakan air suam dalam bekas mandi. tarik tirai katil lalu kami pun mandikan apak. bukan macam mandi orang yang sihat, tapi kami lap badan apak. muka apak, rambut apak, tangan apak, setiap inci tubuh apak kami lap dengan air suam dan sabun.

aku ingat lagi masa awal-awal apak diletakkan bawah jagaan ahli keluarga di wad 6B, mak cuma izinkan aku lap badan apak sahaja. bila bab nak tukar lampin, mak sanggup tunggu staf nurse untuk tolong mak. alasan mak, " tak payahlah tolong mak tukar lampin apak ni. kamu tu belum kahwin lagi. kalau dah kahwin tak pe.." sedih juga bila mak tidak mahu aku tolong dia, tapi tidak lama kemudian, abang aku, Pejay cakap, " ala, biarlah adik tolong. ni kan apak. bukan orang lain pun. kalau apak dah sihat dah boleh balik rumah nanti, senang la jula nak tolong mak tukar lampin apak." syukur mak aku izinkan aku untuk tolong tukarkan lampin apak.

selesai mandikan apak, aku meneruskan rutin harian aku setiap kali aku di hospital. sapu minyak di bahu, tangan dan kaki apak sambil buat sedikit senaman dan mengurut. doktor ada berpesan menyuruh ahli keluarga supaya rajin membuat senaman untuk pesakit terutamanya selepas mandi setiap pagi. ini kerana keadaan apak yang memang tidak boleh bergerak langsung hatta untuk menggerakkan jari jemari pun membuatkan doktor risau sekiranya anggota badan apak akan lumpuh nanti.

seusai sesi mengurut, aku teruskan dengan sesi menyapu losyen di jari-jari apak serta kaki apak. semenjak apak dimasukkan di dalam wad 6B, kulit apak makin kering terutamanya bahagian kaki apak. setiap kali aku menyapu minyak dan losyen, setiap kali itu juga aku sedih. melihat keadaan apak yang semakin kurus. paha dan betis yang makin mengecil. dulu badan apak besar, gagah. tapi kini, kurus sahaja.

syukur ya Allah kerana Kau mengizinkan aku untuk menjaga apak sepanjang sakitnya. aku belek kuku jari tangan dan apak. masih pendek lagi. aku ingat lagi waktu mak aku berborak dengan adik beradik mak sewaktu mereka datang melawat apak di hospital. "kalau jula dah balik, memang jula lah yang main dengan apak dia. sapu losyen, potong kuku, sapu minyak rambut, korek tahi telinga. Yong boleh la duduk rilek jek. anak manja apak la katakan." memang itu yang aku mampu untuk buat. aku tidak mampu untuk menyedut kahak apak bila mana apak batuk. aku tidak mampu untuk berbuat itu. dari dulu hingga saat ini. aku tidak mampu untuk menjolok tiub itu masuk ke dalam lubang tekak apak untuk keluarkan kahak. aku tidak sanggup untuk melihat apak menahan sakit bila tiub itu dimasukkan ke dalam tekak apak. aku cuma mampu untuk menepuk dada apak meminta apak untuk batuk bagi memudahkan kahak itu disedut. aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

aku berpuas hati dengan kuku tangan dan kaki apak yang masih pendek lagi. aku sarungkan sarung kaki untuk apakyang mak beli dari hospital. ianya adalah untuk pengaliran darah pada kaki apak memandangkan tiada pergerakan bagi anggota kaki apak itu sendiri. aku perhatikan muka apak. sedih... sayu.. tapi aku tidak boleh menangis depan mak dan apak. cepat - cepat aku sapu minyak untuk rambut apak. rambut, misai dan janggut apak di potong dan di cukur oleh abang-abang ku terutamanya Pejay. dia juga yang rajin mencuci gigi apak.

aku titiskan ubat mata untuk apak. mata sebelah kanan apak agak sukar untuk apak buka dan dibukakan. seolah-olah ianya terlalu sakit untuk mata kanan apak terbuka. tapi pagi itu, bermula daripada mandikan apak, mata kiri apak terbuka luas. mungkin dia melihat kami setia bersamanya. itu pasti apak. PASTI...!!!

aku lap telinga apak. aku puas hati bila tiada daki dan tahi telinga di telinga apak. yelah, aku baru sahaja cuci hujung minggu hari itu. seperti biasa selepas segalanya ok, aku pun cium dahi apak dan cakap, "hmmmmm, wanginya apak...!! hensem pulak tu"

mak pun sibuk bancuh susu untuk apak minum. abang-abang aku pula sudah turun ke kafe bawah untuk beli sarapan untuk kami. syukur ya Allah kerana Kau mengurniakan aku abang-abang yang bertanggungjawab kepada keluarganya. sementara menunggu doktor-doktor yang memeriksa keadaan apak, aku mencuri masa untuk tidur sekejap.


inilah tempat tinggal kami di wad 6B


nama apak di katil 23. katil pertama sewaktu di wad 6B sebelum bertukar-tukar katil.
inilah pas khas untuk masuk ke dalam wad sekiranya bukan waktu melawat

setianya seorang isteri menjaga suami tercinta











































































~~to be continue...~~












"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"










~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 1)~

25 OKTOBER 2011

hari ini hari Selasa... seperti biasa, setiap hujung minggu aku akan berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk menjaga apak dan menemani mak di wad 6B. esok Deepavali... cuti umum... awalnya memang aku tak berniat nak balik ke Perak memandangkan cuti umum cuma satu hari dan cuti rehat ku pula hanya berbaki 3 hari sahaja. aku simpan untuk kes kecemasan sekiranya berlaku apa-apa kepada apak. tapi tengahari tu aku terdetik nak balik kampung jugak. biarlah satu hari pun asalkan aku dapat jumpa apak.

aku berniat untuk membeli tiket ETS pada waktu rehat tengahari nanti. sekiranya Allah mengizinkan aku balik ke kampung, insyaAllah masih ada tiket untuk aku memandangkan tiket ke Ipoh cuma ada pada pukul 6.30 petang sahaja setiap hari. syukur ya Allah, Kau mengizinkan aku balik ke kampung untuk bersama keluargaku. tiket pergi balik selamat aku beli. petang tu aku balik ke kampung dan seperti biasa abang aku Lah akan mengambil aku di stesen keretapi Ipoh. lebih kurang pukul 9.30 malam aku sampai di stesen keretapi dan aku tunggu abang aku datang mengambilku. rupa-rupanya abang aku, Paeh yang datang memandangkan dia berada di hospital tika itu.

hari ini juga merupakan hari jadi mak yang ke 53 tahun. bisik aku pada telinga apak, " apak, hari ini hari jadi mak. apak tak nak bangun ke? " senyap dan sunyi. tiada pergerakan dari apak.buka mata pun tidak. mungkin apak tidur. seperti biasa apabila aku memang tidak tidur malam di hospital. kalau ada pun, aku akan terlelap sekejap dan bangun semula. aku biarkan mak aku tidur supaya aku dapat menjaga apak. aku tahu tidak ada gunanya juga sebab nanti aku akan kejutkan mak aku juga untuk menyedut kahak apak. sehingga hari itu, aku memang tidak boleh buat itu.

aku duduk di tepi katil apak, pegang tangan apak. badan apak panas, aku lapkan. apak batuk, aku tepuk dada apak. kadang -kadang apak buka mata. menguap. bacaan al-Quran dan zikir aku dengarkan untuk apak. sehingga subuh aku dan paeh di sisi apak. aku kejut mak untuk solat Subuh dan Paeh turun bawah untuk tidur di dalam kereta.

rumah kedua ku....


setia menemani apak walau tiada tindak balas daripada apak 





























~~to be continue...~~











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

21 December 2011

#MEMORIES2011




aku nak abadikan dalam kenangan paling indah dan paling sedih buat aku sepanjang tahun 2011 nie...

~JANUARI~

# 3 jan- alhamdulillah... kontrak kerja ku di KPM masih disambung... hari pertama bekerja pada tahun 2011 memberikan aku khabar berita yang cukup gembira. akhirnya nama aku dipanggil untuk sesi temuduga bagi jawatan Jurutera Awam di pusat temuduga SPA Putrajaya. alhamdulillah...!!!



~FEBRUARI~


#10 Februari 2011 (Khamis) tarikh aku ditemuduga di SPA putrajaya... cuak memang cuak... persediaan kurang cukup dan aku keluar daripada bilik temuduga tue dgn perasaan berserah....




~MAC~


#18 mac- sepatutnya keputusan temuduga aku keluar. tapi ditunda selama 3 minggu. entahla... masih berharap aku dapat kerja tu, tapi aku tahu rezeki di tangan Allah




~APRIL~


 # 8 april.. akhirnya keputusan telah diketahui dan aku GAGAL.... sedih memang sedih... kecewa memang kecewa... tapi aku cuba berfikiran positif.. KPM masih memerlukan aku disini.. cewahhhh..


# 14 april... segalanya kali pertama... kali pertama join event dengan artis.. pelawak yg terkenal spnjg tahun nie. ZIZAN raja lawak.. event yang aku join di facebook, presiden ZFC @miss sya. sambut hari jadi zizan di red box mid valley.. dah la first time pegi sana drive sndiri... tapi mmg best giler... jumpe in person dgn zizan, johan, ozlyn, natasha hudson, linda onn, maryna juki (manager zizan), ibu, abah, along. gmbar masuk blog gosip artis (ohbulan), masuk paper berita harian, metro harian, keluar tv rtm1... tak caya betul. syukur alhamdulillah...




~MEI~


# 1 mei @6.41 petang.... lahirlah AINUL ZULAIKHA anak zamratul zamrah (bff) kami... berkumpul di parit raja dan tidur kat hotel batu pahat. malam tue, kami berpillow talk. dan setiap dari kami menceritakan perihal prkmbgn masing-masing. dan aku meluahkan rasa mgenai prasaan mengenai aku. bagaimana mereka nampak aku di mata mereka. ternyata mereka nmpak aku sbgai seorang yg kuat, tabah, cekal dan independent. mendoakan aku agar bertemu dgn seorang lelaki yg boleh menundukkan independent aku yg terlalu heavy. hahahah

#13 mei - first time dapat pergi finas nak tgk maharaja lawak LIVE kt sana... seorang2 pulak tu. tapi last2 aku ajak aina n niza... kitrg lepak kat luar bersama team ZFC dan akhirnya bila show dh abeh, kitrg masuk dalam... seronok giler sebab bila jumpa zizan, zizan say hi and he still remember me!! sebulan tak tunjuk muka kat dia, tapi die ingat.. gud!!

#20 mei - lepas show kat ML (kali nie dpt masuk kt dlm tgk LIVE) kitrg pergi dinner dgn keluarga zizan. dan of course aku tak teruja sgt sebab bosan kot tgk muke dia tiap2 minggu. hahahhaha (budget zizan tak bosan tgk muke ko kan??)

#22 mei - event dengan NATASHA HUDSON plak dekat galeri finas. seronok sebab aku boleh kenal dgn kak tasha in person. tgk cara dia bercakap.. for me dia berfkiran jauh. apa yg dia nak, dia akan cuba utk dapatkan sendiri. gud person!!

#23 mei - tayangan perdana KL GANGSTER  kat cineleisure, the curve... dapat jumpe SAMSUL YUSOF!! hensem siot..! tergoda tgk body dia... hahahaha... lisa surihani!! cantik!!

#27mei - sekali lagi aku pergi finas. tapi xdpt masuk kt dlm sebab aku lewat malam tu. so, duduk kat luar dgn maziah ngn kawan dia. abeh show, jumpe zizan kt luar dan kami borak kejap dan dia masih ingat aku lagi. hahahaaha... bagusla artis ni.




~JUN~


#3-5 jun - kami geng rotu berkonvoi ke kelantan. awe kawen dan bad (kpm) kawen jugak. so, maraton la kami di sana. sesuatu yang aku dh rasa terbongkar kat sana. tapi masih lagi menjadi rahsia.. well, it's bad actually.... hahahaha..

#14 jun - tayangan perdana utk 3,2,1 CINTA kat sunway dgn maziah... hensem giler si farid kamil nie. mata sepet jek... yg si piere andre plak kelakar orangnyer... david teo jgn cakap la... sgt kelakar!!.. "mari-mari amek gmbar dgn saya"

#18 jun - sambut bufday johan kat dewan orang ramai desa tasik kat bandar tasik selatan. sesat bagai nak gila. nasib ada maziah tunjuk arah. (tunjuk la sgt) hahaha... have fun dgn kak mas sekeluarga (jozan fc). dan akhirnya menjadi ahli jozan fc. nie aku mula-mula twit dengan "yana". kawan kepada zizan.

#24 jun - final ML di stadium shah alam. aku pergi dapat tiket dari ASTRO. so, memang aku tak harap sgt tiket dari ZFC sebab rasa macam dah terpinggir jek. so, baik aku carik tiket lain kan. hehehe.. alhmdullillah, aku dapat tiket tue. so, ajak maziah duduk sekali ngn aku. aku rasa ini malam terakhir jumpa keluarga zizan specially abah sebab abah ingt betul muka aku ni. hahhahaah.. bila dah nak start final tu, akhirnya berlaku satu perkara yg tidak patut terjadi antara fc.. pergaduhan dalaman. tapi aku tak nak masuk campur. cukup hanya untuk membantu mereka yang tertindas. well, aku dan maziah dan buat apa yg termampu. syukur alhamdulillah. dan bermula pada tarikh tu, mulalah geng2 ZFC nie berbalahan dalam facebook. entahlah.. janji aku mals nak masuk campur.

#27 jun - kak amie dah bersalin...! dapat anak perempuan..! cucu perempuan pertama dalam keluarga kami. apak tak sabar nak jumpe cucu perempuan sulung nie...!! dapat tiket dengan maziah nak tgk tayangan perdana SEKALI LAGI lakonan shaheizy sam dan lisa surihani. first time aku jumpe dorang dan dorang memang comel..!! petang tue event dengan LIP ICE plak utk SEKALI LAGI kat pavilion. thanks maziah..!!




~JULAI~


#1-3 julai - balik kampung...!! akak aku sakit dan kena tahan kat wad batu gajah. aku bawak dia dengan apak pergi jumpa doktor. kesian apak penat2 balik kerja uruskan anak pulak. sampai tertdur atas kerusi masa nak tunggu result akak. (apak mmg senang tidur pon)

#5 julai - pagi tu masa nak pergi kerja, aku call apak dan dapat cakap dgn apak. tanya pasal akak dah keluar wad ke belum. alhmdulillah dah.. masa tu apak kt tepi jalan kot, jawab call aku. dan last sekali apak pesan, "pakai duit elok-elok. jimat cikit". tak sangka itu yg terakhir.


#6 julai - 10.30 malam, final battle utk final showdown.. aku tengok tv sorang2 sebab sheera ngn mimie keluar. sorak bukan main aku tgk showdown. tiba-tiba pgglan telefon dari apak. tapi bukan apak yg call. berita yang pakcik ali bgtau kat aku tu mmg mengejutkan aku. aku org yg prtma yg tahu dan aku perlu bgtau pd keluargaku yg lain. malam tu dalam pukul 1 aku gerak balik dengan peroih dan alin. balik perak pergi hospital ipoh. apak accident dan masuk ICU

#7-12 julai - aku berada di hospital ipoh. teman mak aku sepanjang apak kat ICU. wad 3B katil no 13. spnjg kat sana, aku xtido malam sbb nak jaga mak. biar mak tido sebab aku takut kalau doktor panggil ape-ape nanti.

# 13 -15 julai - masuk kerja. officemate semua doakan apak cepat sembuh. yeah, aku pon bgitu. semoga cepat sembuh apak.

#15-17 julai - balik kg. tido kat hspital. HAPPY BIRTHDAY APAK  yg ke 58 tahun -16 julai. menangis aku wish kt tepi telinga apak. entah apak dengar hanya Allah yang mengetahui.

#19 julai - apak selamat buat operation tebuk leher untuk ruang pernafasan. tkut jangkitan kuman kalau guna bantuan terlalu lama.

#21-24 julai - balik kampung. tido di rumah kedua ku. hospital ipoh, tingkat 3. 23 julai - apak kena tukar wad ICU tgkt 7 sebab keadaan apak dah semakin OK dan pesakit lain nak masuk. katenya alat di ICU tgkt 7 tidak mencukupi. aku mendoakan agar segalanya selamat.

#29-31 julai- balik kg ke rumah kedua ku. pak guard, pakcik jual kacang, doktor, nurse sume dah kenal kami. moga apak cepat sembuh!!


~OGOS~


#4 ogos - alhamdulillah. apak dapat keluar daripada ICU. masuk wad tingkat 6B katil no 24. dekat dengan kaunter jururawat dan doktor. tapi sebenarnya keadaan apak sama seperti di ICU. ya, aku tahu, katil tidak mencukupi di ICU. ramai lagi pesakit baru nak masuk. Allah tahu segalanya.

# 5-7 ogos - balik kampung. tengok apak secara beramai-ramai. kalau sebelum ni, masuk dua orang jek kat ICU. boleh baca yaasin sendiri kat tepi telinga apak. boleh lap badan apak, mandikan apak, tukar lampin apak, segalanya kita boleh buat sendiri. syukur diberi peluang untuk jaga apak.


#12 ogos - pukul 1.00 pagi, apak ditukarkan ke katil no 14. means, bukan berada di tahap kritikal. alhamdulillah....

# 12-14 ogos - balik kampung. buka puasa di hospital ipoh. tak pernah bermimpi utk berpuasa dan berbuka di sini. Allah itu maha mengetahui.

# 14 ogos- berbuka puasa bersama JOZAN di hotel flamingo bersama anak yatim di hulu kelang dan ahli jozan fc dan zfc. borak berdua dengan zizan. dan baru aku sedar, mungkin selama ini aku dipermainkan oleh "yana" @"nana" @ syifa dan lain-lain. bodohnya diri bila tahu diri ini ditipu bulat-bulat dan aku percaya bulat-bulat. pengajaran bagi aku.

#19 ogos - bukak puasa di kedai kopi 2 shah alam bersama kawan2 techsis. solat terawikh di masjid shah alam. sambut bufday dayah denan.. seronok!!

#20-21 ogos - balik kampung. alhamdulillah. berkat ubat dan tangan mak yg jaga apak, mulut, kulit apak dah semakin ok. dah tak teruk. dah tak berdarah. alhamdulillah.. syukur ya Allah. ini pengorbanan ibu dan isteri. izinkan mak menjadi bidadari utk apak di sana. insyaAllah.

#23 ogos - tayangan perdana HANTU BONCENG... jumpa zizan lagi. dan kali nie aku jumpe tanpa mention lgsung "ezyan liyana".

#26 ogos -4 sept - balik kampung utk beraya. kami beraya di hospital ipoh. situasi yg sgt berbeza... sgt2 berbeza... SELAMAT HARI RAYA APAK!

# 29 ogos - doktor bagitau utk tukar tiub pernafasan apak kepada "permenant tiub" kami sekeluarga risau tapi aku pujuk mak aku utk setuju sebb doktor tahu apa yg trbaik utk apak. doktor nak tukar ke permenant sebab nak bagi apak balik umah. tapi mak xnak apak balik lagi sebab mak tahu apak masih perlukan jagaan dan perhatian doktor.




~SEPTEMBER~


#5 sept - apak dah tukar katil ke no.8. dekat dgn pintu keluar. alhamdulillah... maknanya keadaan apak dah semakin ok..!! syukur ya Allah.

#8 sept - apak dah tak pakai bantuan oksigen lagi. apak dah boleh bernafas sendiri. ya Allah, aku bersyukur padaMu ya Allah. Kau sembuhkanlah apak..

#10 sept - open house BFF... utk pertama kalinya aku tak balik ke kampung jumpa keluarga sebab nak jumpe BFF. rindu giler!!

#12 sept - dapat mesej dari abg aku.. keadaan apak tiba-tiba makin teruk. kahak banyak. sesak nafas. guna bantuan oksigen balik. ya Allah, Kau selamatkanlah apak.

#13-19 sept - aku cuti dan balik kampung. keadaan apak makin teruk. kahak terlalu banyak. demam panas plak tue. kencing manis makin tinggi. ya Allah, bantu kami ya Allah.

#21 sept - petang tu mak call.. doktor pon xtau nak bagi harapan macam mana... sabar mak. kita banyakkan doa yang terbaik utk apak.

#22 sept - HAPPY BIRTHDAY FAIZURA! hari ini hari jadi aku. tahun lepas, apak orang pertama yg call aku wish bufday. aku rindu masa itu. moga apak cepat sembuh! pagi tu pejay call aku. doktor cakap apak dah tak ada harapan. mintak panggil semua ahli keluarga.. Allah... hadiah hari jadi yang aku tak pernah harap utk dapat. tapi aku tahu ya Allah, Kau perancang yang terbaik.

#22 - 25 sept - balik kampung dengan keadaan yg sgt sedih. aku taip mesej kt hp apak, bgtau kt semua pasal keadaan apak yg dah tak de harapan. ramai saudara mara yg dtang. terima kasih ya Allah. moga Kau membalas jasa mereka ya Allah. aku mohon ya Allah untuk Kau tabahkan hati kami menerima segala ketentuanMu.

#30 sept - 2 okt - balik kampung. syukur ya Allah kerana Kau masih memberikan kami peluang untuk bersama dengan apak.


~OKTOBER~


#4 okt - dapat panggilan pertama utk temuduga di IJM. speaking pulak tu. aduhai, sgt la lemah aku ni. tapi aku berharap semoga aku mendapat panggilan untuk pergi ke temuduga tu. amin..

#6 okt - alhamdulillah.. dapat panggilan utk pergi interview IJM pada 19 Okt. ya Allah, semoga aku mendapat pekerjaan yang tetap yang sesuai utk ku ya Allah.

#7-9 okt - balik kampung. bagitahu kat apak dan mak aku dapat interview kerja. doakan semoga aku dapat kerja yg terbaik. tapi mak macam tak suka sebab sekarang nie kerja aku dh ok. boleh cuti selalu sebab cuti rehat banyak. tapi mak, ni kerja kontrak jek mak, bila-bila boleh buang.

#14-16 okt - seperti biasa aku balik kampung lagi. aku dah selesa begini. kalau tak balik, aku rasa gelisah. (pernah ke tak balik??) hehehheh

#17 okt - dapat panggilan, apak kena pakai tranchymask. bantuan prnafasan sepenuhnya. ya Allah, Kau kuatkanlah apak. bantu kami ya Allah. izinkan aku utk bersamanya setiap detik ya Allah.

# 19 okt - pergi interview di IJM. jumpa raihana dan che wan. dapat tahu yg company nie kerja full day on saturday and sunday rotation. berat hati nak kerja kat cnie. huhuhu

#21 okt - farewell utk paan (techis) kat khulafa seksyen 7 shah alam sebab die kena posting keje kat pahang. borak-borak cerita pasal keadaan apak kat dorang. mendoakan semoga apak cepat sembuh. sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku.

#22-23 okt - balik kampung. doktor bagitau yang paru-paru apak kat bahagian bawah dah kecut. sebab tu apak susah nak bernafas sendiri. ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada apak dan kami sekeluarga ya Allah.

#24 okt - apak kena pakai ventilator balik. mesin yg support pernafasan apak. segalanya sebijik macam keadaan apak kat ICU dulu. kahak dah kering. nurse yg kena buang, kalau tak, apak sesak nafas.

#25 okt - HAPPY BIRTHDAY MAK!! malam tu aku balik kampung sebab esoknya cuti deepavali sehari. tghari tu aku beli tiket. alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan. cakap kat apak, "hari nie bufday mak, apak xnak bangun ke??"

# 26 okt - seharian aku bermanja ngn apak. pagi tu pejay cakap dr shahiran tue cam aku. mana tak nya, tiap2 minggu aku balik hospital ipoh. petang tue, mak suh aku baca yaasin utk apak sebelum aku balik. aku baca tepi telinga apak. seblum aku balik, aku tak tahu kenapa aku nangis. salam apak, cium apak, cakap ngn apak, "apak tunggu orang ek. ari ni ari rabu, jumaat malam nnti kite jumpe ek apak. apak tunggu tau.. sayang apak... ingat Allah banyak-banyak ek apak. orang selalu doakan apak yang terbaik. orang nak mntak maaf byk2 kat apak. halal makan minum tau. jumpe jumaat nie ek.." salam mak, aku nangis lagi. mak cakap, "dah la, pegi balik, doakan utk apak. baca yaasin utk apak tau". sampai umh, alhamdulillah, aku baca yaasin utk apak sebelum aku tidur. mesej pasal keadaan apak aku terima dengan doa semoga apak kuat.

#27 okt - pagi tu aku berazam nak balik kampung petang ni jugak. risau keadaan apak bila abg aku cakap, oksigen apak dah drop. ya Allah, Kau bantu aku ya Allah. pagi tu, aku setelkan cepat borang sambung kontrak aku. paeh telepon cakap, "tadi nurse check apak, nadi apak dah mendatar jek. doktor suruh semua balik cepat tgk apak." lepas aku isi minyak, lebih kurang 0830H, aku dapat mesej dari paeh, "apak dah tinggalkan kita semua." menangis aku dalam kereta. teriak aku dalam kereta. telefon oya, tapi tak bersuara, hanya tangisan sahaja. aku tahu mereka risau. tapi aku tak tahu macam mana nak cakap. terima kasih semua sebab menasihati aku supaya bersabar. lan, asma, sheera, isyqi dan kak umi dtg dari putrajya. dayah, nida dan kawan dayah dtg dari seri iskandar. selamat tinggal apak. terkilannya hati bila aku tiada di sisinya saat apak hembuskan nafas yg terakhir 0822H. ya Allah, Kau kuatkanlah aku.

#28 okt - mak yang aku cakap, arwah apak melawat anak bongsu dia, ika. keluarga mak yang xdtg kenduri tahlil, so mak bagi lauk kenduri melalui mak chor. tgh malam tu ika lapar, pergi makan lauk tu dalam bilik. masa tu arwah apak dtg jumpa dia. rindunyer kat apak... moga apak tenang di sana.

#29 okt - tahlil hari ketiga. ya Allah, aku rindukan apak...




~NOVEMBER~


#1 nov - aku mula kerja selepas arwah apak dah tinggalkan kami sekeluarga kembali menghadap Allah. banyak kata-kata semangat, nasihat dari officemate. ya Allah, hanya Kau yang mampu membalas jasa mereka. sungguh aku tak kuat ya Allah walau beribu kata-kata dari mereka mengatakan aku kuat. hanya Kau yang tahu isi hati ku ya Allah.

#3-8 nov - balik kampung. 4 nov kenduri tahlil hari ke 8 utk arwah apak. mak bgitahu yg malam 31 okt, arwah apak datang umah. jenguk mak kat dalam bilik, tapi mak xde sebab mak tidur luar. mak terjaga dan mak tengok arwah apak nak keluar dari pintu. mak jumpe arwah apak. mak borak dengan arwah apak. "tolonglah selesaikan apa yang abg tak sempat nak selesaikan sebelum abg pergi. jaga anak-anak kita elok-elok. maaf sebab abg pergi tanpa sempat cakap apa-apa."  

#6 nov - SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. hari raya tanpa apak. dulu sambut raya puasa kat hospital boleh cium tangan apak. boleh cakap dgn apak. tapi sekarang ni, nak cium tangan apak macam mane lagi? cium stoking apak sebab itu ada bau apak. ya Allah, Kau kuatkanlah kami sekeluarga.

#26 -29 nov - mak, akak, jojoy, is, kimi dan paeh datang umh kat kajang sebelum gerak pergi umah peroih kat seremban. fatin cukur jambul. masa cukur jambul farhan, arwah apak dtg sekali dengan kami. teringat kenangan waktu apak baring2 bising kat atas. borak2 dengan besan. rindunya kat apak.

#27 nov- kenduri cukur jambul dan aqiqah fatin nurzahirah... sebulan jugak arwah apak pergi. moga apak tenang di sana.

#28 - 29 nov - bawak mak semua pergi jenjalan KL. pergi zoo negara, KLCC, menara KL. mak teringin nak naik atas menara KL tu tapi akak xnak naik, so mak tak smpai hati nak tggalkan akak kt bawah. so, kami tak naik. sedihnya...




~DISEMBER~

#8- 12 dis - balik kampung...! 10 dis kenduri tahlil hari ke 44 utk arwah apak tersayang. moga apak tenang di sana. al fatihah..

# 30 dis - kontrak kerja kami masih belum pasti bersambung atau tak. jadi aku balik kampung lagi naik kereta. harap semoga kontrak kerja kami bersambung selagi kami masih belum mendapat pekerjaan yang tetap lagi ya Allah. amin..











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

15 November 2011

sampai bila nak macam nie??

hrmmm..

smpai bila aku nak macam nie???

sepi tanpa khabar berita...

sepi menjauhkan diri daripada mereka...

di ofis, lagak ku macam biasa...

di rumah, gerak ku macam biasa...

tapi bila di bilik tidur...

aku berada di dunia aku sendiri..

smpai bila aku nak bangun dari ujian Allah ni??

kuatkan hati dan semangat fai...

percayalah faizura..

kau diuji dengan ujian yg sgt kecil ini..

betapa ramai manusia di luar sana yg diuji Allah dengan ujian yg lebih besar dari kau nie...

kehilangan ayah...



mohon pada Allah agar dikuatkan hati dan semangat untuk hadapi semua ini

mohon agar rohnya tenang di sana...

mohon agar diri dan keluarga diberi perlindungan Allah dunia dan akhirat

mohon agar ditetapkan iman dalam jalan Allah...

kau harus sedar faizura...!






yang pergi tetap pergi,

kita yg masih bernafas ini, harus meneruskan hidup seadanya...

bersyukur atas apa kurniaan Allah..

percayalah pasti ada hikmah atas segalanya...

satu hari nanti, kau pun pasti akan kembali padaNya...

cuma bila dan bagaimana caranya kita pun tidak mengetahuinya...



al- fatihah


"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

05 October 2011

~jangan menangis apakk~


baru kejap tadi aku telefon mak aku setelah beberapa kali aku telefon tapi tak berangkat.. alasannya, "mak tak dengar la adikkk, handphone dalam laci.... tadi mak pergi ambil air panas.."

okla, alasan boleh diterima...

mengikut cakap mak aku tadi, keadaan apak alhamdulillah.... tapi 2 jam guna oksigen air, 4 jam guna ventilator.. sebabnya apak tak boleh pakai lama guna oksigen air tue.. apak xcukup kuat lagi untuk bernafas sendri.. tak pe, sekurangnya apak semakin kuat.. insyaAllah...

mak cakap, sekarang ni apak rajin betul bukak mata. malam tadi, dalam pukul 2 pagi die bukak mata... orang lain sibuk tidur, dia bukak mata. mak aku pon duk bersembang dgan apak... aku tahu, apak dengar dan faham ape yg mak cakap...

sebelum aku nak letak handphone, seperti biasa la kan... suruh mak kim salam kat apak.. cium apak utk aku... selalunya mak aku akan cakap, "yela, nnti mak cakap ngn apak.."

tapi tadi, mak aku terus cakap kat telinga apak, "abang, nie ha, adik kirim salam kat abg nie.."

mak aku cakap, tadi memang apak bukak mata... tapi bila dengar mak aku ckp mcm tu, mata apak bukak besarrr, terbeliakk.. nmpak air mata keluar kat mata apak....


huhuhu, apak nie janganlah nangis.... apak kan kuat... apak kan hero.... apak hensemmm!!...

doktor ckap apak mungkin tak kenal siapa kami... apak mungkin tak faham apa yg kami cakap... tapi kami tahu, apak kenal kami, apak faham apa yg kami cakap...

aku tahu apa yg doktor cakap tu semua utk menyedarkan kami sekeluarga dan memberi persiapan kepada kami untuk terima keadaan apak seadanya.. ya, kami tahu itu. tapi kami yakin, segala ketentuan hanya pada Allah... DIA menentukan apa yg ingin DIA tentukan....

kepada Allah kami berharap...
























"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

~~syukur ALHAMDULILLAH~~

tengah hari tadi aku dapat mesej dari abang aku.

luvely father F : apak sekarang pakai support oksigen je.. buat masa sekrg nafas apak elok 100.


aku : support oksigen yg mcm mane? yg pakai air tu ke??


luvely father F : yela.. apak sekrg dlm keadaan sedar.. brnafas sendiri.. xcungap...


aku : alhamdulillah... kim slam kt apak ngn mak...




syukur ya Allah aku panjatkan padaMu ya Allah atas segala rahmat dan dugaanMu ini ya Allah...

aku bersyukur padaMu...

semoga Kau memberikan kekuatan kepada kami sekeluarga ya Allah...

nikmatMu tidak terhingga ya Allah...

jika itu yg terbaik untuk kami ya Allah, Kau redhakanlah kami ya Allah...

hanya padaMu kami berharap dan memohon...

amin...


















































"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"