AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

28 June 2012

~sabar~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....




walaupun kita kadang-kadang rasa sakit hati yang teramat sangat, tetapi percayalah, sabar itu perlu. alahai, mudahnya cakap sabar. tapi nak aplikasikannya, Allah yang mengetahuinya. jadi, banyak-banyakkan bersabar dalam hidup ini sebab Allah Maha Melihat akan segala tindak tanduk kita di muka bumi ini.

=D

"senyum selalu"

27 June 2012

~JULAI~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Julai kian menghampiri... dalam menghitung hari untuk bertemu dengan Ramadhan, Julai datang mengetuk diri. Julai.... padanya tersimpan seribu cerita. padanya tersimpan sejuta rasa. padanya tersimpan jutaan penyesalan. padanya tersimpan kenangan.. padanya tersembunyi hikmah. pada Julai...

Alhamdulillah, semalam aku berada di kampung halaman, untuk menghabiskan sisa-sisa proses terakhir wasiat arwah apak. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. giliran kami yang sepatutnya pada pukul 4.00 petang berlarutan menunggu hingga pukul 5.30 petang. gelisah mak dan akak memandangkan tiket ETS aku pada pukul 6.15 petang. bimbang tak sempat pula untuk aku menghadiri bicara akhir pengagihan harta pusaka itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa mempermudahkan kami. segalanya menjadi mudah. berada di dalam bilik bicara itu untuk hampir 15 minit, dan segalanya berakhir dengan senang hati. syukur padaMu ya Allah.



sebulan diperuntukkan oleh pegawai tersebut untuk memastikan hak milik bertukar tangan. itu perancangan mereka, perancangan Allah belum tentu lagi. aku mendoakan semoga segalanya berjalan lancar.

oh, hari ini ulang tahun yang pertama bagi fatin, anak perempuan abang aku yang tak sempat untuk arwah apak dukung, bermanja. 27 haribulan juga menyimpan sejuta rasa.



moga tenang disana apak. doaku sentiasa mengiringimu. al fatihah



"redha dengan takdir Allah"

25 June 2012

~musibah hilang bersama hilangnya doa~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


"dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".


[yunus (10) : 12]


kerap kali aku berdoa memohon kepadaMu ya Allah, tapi kerap kali itu juga aku tewas dengan hawa nafsu aku. aku tewas dengan bisikan syaitan itu. aku tersungkur daripada tegaknya aku berdiri di pagi hari hingga matahari membenamkan dirinya.

kerap kali aku memohon petunjukMu, tetapi kerap kali jua aku lalai dalam melaksanakan perintahMu. kerap kali aku dihidangkan dengan ayat-ayat cintaMu, tetapi kerap kali itu jua aku tewas dalam peperangan. syaitan bertepuk tangan melihat aku tersungkur. aku harus bangkit daripada ditewaskan syaitan. aku harus bangun kerana aku tahu neraka itu pasti.






"tak semua boleh bersyukur tapi semua boleh bersabar"

21 June 2012

~Alhamdulillah~


assalamualaikum dan selamat tengah hari dunia...

syukur padaMu ya Allah. moga Kau permudahkanlah segalanya. izinkanlah aku ya Allah..



"doa, usaha, ikhtiar, tawakal"

~musibah datang bersama rahmat Allah~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

alhamdulillah, pagi ini sekali lagi diizinkan Allah untuk mendengar segmen "motivasi pagi" di radio IKIM fm. diam tak diam, dah nak sebulan ustaz ebit lew memberi motivasi kepada pendengar ikim. seronok dengar motivasi beliau sebab motivasi beliau benar-benar bermotivasi. =D

ustaz ebit lew


tajuk pagi ni menceritakan berkenaan musibah atau dengan kata lainnya ujian Allah. bila kita dengar mengenai ujian Allah, pasti berkait rapat dengan hikmah. sebagai contoh, "banyakkan bersabar dengan ujian Allah ni, pasti ada hikmahNya yang tersembunyi..." ya betul. Allah turunkan ujian bukan semata-mata ujian sahaja. tetapi dengan rahmat dan hikmahNya. cuba kita kaji semula setiap ujian/dugaan/musibah yang kita pernah alami. pasti ada rahmat yang datang selepas itu. pasti ada hikmah yang kita dapat rasakan.

contohnya, bila seorang ibu dikurniakan dengan anak yang nakal. anak yang tidak mendengar kata. anak yang telah menconteng arang kepada ibu dan ayahnya. pasti ibu dan ayah itu akan merasa sedih tetapi mereka tidak pernah berputus asa berdoa dan mengharapkan agar Allah memberi petunjuk kepada anaknya itu. mereka merintih, mereka menangis kerana mereka tidak mahu melihat anak mereka jauh daripada rahmat Allah. bukankah Allah sukakan hambaNya yang merintih kepadaNya?? bukankah Allah suka kepada hambaNya yang menangis memohon kepadaNya..??



bersyukurlah kerana Allah masih mengingati kita. kerana Allah masih inginkan kita merintih kepadaNya. bersyukurlah kerana Allah masih mahu kita kembali kepadaNya. kerana Allah tetap mahu kita sentiasa mengharap padaNya.

 bila ditimpa musibah, katakanlah;

" setiap sesuatu itu datangnya daripada Engkau ya Allah dan kepadaMu sahajalah ia dikembalikan. ya Allah, ganjarkan aku atas musibah ini dan Kau gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik"


yakin dan pasti bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.




"setiap musibah yang diturunkan Allah itu ada hikmahNya"

20 June 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....



yaasin



"mimpi arwah apak sampai menangis teresak-esak terjaga dari mimpi"

19 June 2012

~jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

petikan daripada ceramah "Mencari Sakinah" daripada Dr Asri Zaiful Abidin

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
Dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
Tetapi itu bukan segal-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar...
Tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak enak atau pun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk...
Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat...
Lauk pauk yang bagus...
Tetapi lidahnya tidak enak...
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk...
Tetapi dia lebih sedap & selesa makannya

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar...
Ada makanan yang sedap...
Tentulah hidupnya bahagia & tenang
Belum tentu...
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah uruskan urusan kita...
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...
Walaupun sekelip mata...
dunia boleh berbuat apa-apa...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi...
Allah akan memberikan keuntungan...
yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...

Tengoklah dunia ini...
kadang-kadang manusia dia hilang sesuatu benda ini daripada dunia...
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup?

Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan, kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu...
Kita kata, "Habislah aku kali ni!"
Tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup & makan & menikmati kurniaan kehidupan ini
Ketika kita kata...
"Ya Allah! tolonglah aku, ya Allah! tolonglah aku, aku susah ya Allah!"
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur...
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka...
"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tidakan kepada kau"
"Nun orang nak ambil tindakan kepada engkau!"
Kata Allah, iman dia bertambah
Bukan kita kata, "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak...tidak!
Kata Al-Quran, iman mereka bertambah
Mereka kata...

"cukuplah Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar"

(at-taubah ; 9: 129)

Pengalaman sering mematangkan kita...
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup & bertawakkal...
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
Bila hati insan bulat kepada ya Rabb...
"Ya Allah! aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di Akhirat...
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat...
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
Kehidupan ini sangat luas
Nabi SAW sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim...
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini...
saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia,Allah masukkan dia ke dalam syurga...
dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga...
kemudian dia dikeluarkan...
lalu ditanyanya...
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata, "Tak! Aku tak pernah derita pun dalamhidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam sunia ini
Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka...
Lalu dikeluarkan dia...
"Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata, "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka...
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

Masihkah kita teringat akan mikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu tak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
suatu nikmta yang besar

Satu hamba Allah...
yang patah kakinya...
yang dia tidak pernahpun sebut...
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki...
Dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kakiku, sembuhlah balik!"
Dia tahu betapa besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada...
Tetapi jangan lupa yang telah ada...

Bersyukurlah wahai diri ini...
Sebahagian para sarjana menyebut...
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar...
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah, nak kata apa?
"Sabar je lah, nak buat apa"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta
syukur di atas nikmat...
"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami...
Daripada nikmat-Mu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu...
Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan...
Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"

Subhanallah!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya...



""dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.

(an-nahl ; 16: 18)

Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan...
Kita akan merasa masyaAllah hidup ini...
Apa yang Allah kurniakan kepada kita...
lebih daripada harapan kita sebenarnya
Sekiranya kita ingat dari hari kita dilahirkan...
tempat kita dilahirkan...
rumah kita dilahirkan...
sehingga tempat kita ada pada hari ini...

MasyaAllah!

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia...
ketika dia salah seorang daripada dua; dia & Abu Bakr...
ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)...
ketika dia berkata kepada sahabatnya...

"....janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita..."


(at-taubah ;9 :40)




"ALLAH itu dekat"

14 June 2012

~moga diberkati Allah..~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


ingat lagi tak dengan entry pasal aku TEKAD??
haaa, kalau tak ingat atau tak pernah baca pun entry pasal tu, baca dulu la entry lama tu dulu...

alhamdulillah, Allah melapangkan aku untuk memulakan langkah. sekarang ini, aku sedang menunggu berita gembira mengenai penyertaan aku... moga tiada halangan untuk aku terus TEKAD dengan cita-cita dan harapan aku... amin...






"moga kekuatan bersamaku ya Allah"

13 June 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~




"Sabar hadapi tekanan. ini semuanya ujian Allah untuk menguji hamba-hambaNya"

12 June 2012

~suka atau tidak...??~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

pagi tadi sebelum terkejar-kejar nak pergi kerja, sempat dengar rancangan Tanyalah Ustaz. tajuknya mengenai bahagia di dunia, sengsara di akhirat. tengah seronok gentel losyen kt tangan, tiba- tiba dengar ustaz tu cakap,

"suka atau tidak, dunia tetap akan tinggalkan kita,
bersedia atau tidak, kita tetap akan tinggalkan dunia..."

benarlah, dengan mengingati mati, kita akan takut untuk membuat dosa. takut jika tidak sempat bertaubat kepada Allah. takut jika Allah tidak mengampunkan dosa kita. takut kita tidak sempat nak mintak maaf pada makhluk Allah yang lain. takut jika bekalan untuk Hari Akhirat tidak mencukupi. takut dengan Allah...

subhanaAllah...






"dunia ini hanya sebagai ladang untuk kita tuai dan mengutip hasilnya di akhirat nanti"

04 June 2012

permulaan JUN yang baik buat saya



assalamualaikum dan selamat tengahari dunia...!

alhamdulillah.... satu demi satu berita baik diterima mengenai BFF saya... syukur alhamdulillah... walaupun rata-rata kehidupan aku sendiri masih terumbang ambing, tapi mendengar berita baik tentang mereka sedikit sebanyak tempiasnnya kena jugak..

ooh, BFF yang aku gelarkan kini BFFTJ (Best Friend Forever Till Jannah) ini terdiri daripada 9 orang termasuk aku sendiri. dan of course, semuanya perempuan kerana aku lebih selesa bersama kaum perempuan. dua telah pun mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati mereka dan kami mempunyai seorang anak buah yang kini telah menginjak umur 1 tahun baru baru ni.

seorang BFF ku yang telah dirisik oleh keluarga kekasih hatinya baru baru ini. syukur alhamdulillah, berjalan lancar. menghitung hari untuk majlis pertunangan, dan perkahwinan.

hujung tahun ni insyaAllah kami akan mendapat anak buah yang kedua pula. syukur alhamdulillah, doa mereka diperkenankan Allah. doaku, moga kamu menjaga diri serta baby dalam perut tu dengan sebaik mungkin. menjadi ibu merupakan impian dan harapan setiap wanita kan??

dan, hujung tahun ni juga insyaAllah akan berlangsungnya perkahwinan salah seoarang BFF ku yang telah dirisik oleh keluarga kekasih hatinya dan semestinya menghitung hari serta memeningkan kepala untuk majlis perkahwinan mereka. yaaa, tambah-tambah lagi BFF ku itu merupakan anak sulung dalam keluarga mereka.

=)

syukur alhamdulillah...

BFF ku yang lain juga telah mendapat perkejaan yang baru yang ternyata lebih baik daripada yang lepas. rezeki Allah siapa yang tahu. alhamdulillah...

tahun ni masih belum diadakan reunion lagi. reunion a.k.a holiday untuk kali ke-4. wah, empat tahun rupanya kita telah mencorak hidup masing-masing. tanpa adanya korang-korang semua di sisi.

alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk kekal bersahabat.




buat BFFTJ ku,

aina, farah, fizah, zam , lin, fai, jaja, yana, niza.




"bersahabat hingga syurga"

~tertekan?? dukacita?? ~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

hidup ini tak kan pernah lekang dengan suka dan duka. pahit dan manis. susah dan senang. gembira dan sedih. Rasulullah saw banyak mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepada Allah semata-mata. mohon pertolongan hanya kepadaNya. seperti firman Allah swt dalam surah al-baqarah yang bermaksud :

"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjalan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 


(02:45)

kita sebagai hambaNya wajib memohon pertolongan hanya kepada Allah dan bergantung hanya kepadaNya sahaja. tatkala kita sedih, tertekan dan dukacita, amalkan doa yang di ajar oleh rasulullah saw kepada Abu Umamah;

"ya Allah aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih, aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas, aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."


Allah telah menegaskan dalam firmanNya dalam surah ash-sharh yang bermaksud:

" oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

(94:5-6)






"jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"