AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

31 July 2013

~Bonus Ramadhan~


Assalamualaikum dunia

alhamdulillah, Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terhingga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dalam diri kita. syukur alhamdulillah. dan hari ini sudah pun 22 Ramadhan 1434H. pejam celik pejam celik, Ramadhan hampir meninggalkan kita. masa, mengapa begitu kau mencemburui kami????


"Demi masa! Sungguh! manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling berpesan-pesan untuk kesabaran."

(surah Al-'Ashr ; 103 : 1-3)


kan???

moga Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini berjaya mendekatkan diri kita dengan Allah. Ramadhan ini benar-benar bulan yang penuh dengan keberkatan. bulan yang penuh dengan rahmat Allah. bonus yang Allah berikan untuk kita mendekatiNya. untuk kita mengejar keampunanNya. untuk kita mendapatkan rahmatNya. untuk kita bebaskan diri dari belenggu nerakaNya. betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W. pada kita umatnya yang hanya mampu hidup dalam 60 tahun sahaja berbanding umat-umat Nabi yang lain yang mampu hidup beratus hingga beribu tahun tu, sehingga Allah turunkan pada kita satu malam dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam qadar. dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

(surah Al-Qadr ; 97 : 1-5)


ya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. beruntunglah jika kita mampu mendapatkannya. carilah malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam yang terakhir Ramadhan. jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kita hambaNya. JANGAN!. kerana kita sendiri tidak tahu apakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. apakah jaminan yang kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan? sedangkan untuk hidup esok pun tiada jaminan, inikan pula untuk kita hidup setahun lagi.

nanges.



jom kita pasang gear paling laju sekali untuk pecut sedaya mungkin bagi mengejar keampunan Allah. jangan buang masa lagi. ingatlah bahawa setiap masa kita nanti akan disoal di akhirat kelak tentang ke mana kita habiskan masa kita di dunia. biar berpenat lelah di dunia ini kerana sungguh, tempat istirahat kita hanya di syurga. jalan mujahadah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis.

nanges mengenangkan masa yang aku lalui selama ini banyak dibiarkan begitu sahaja. sungguh, keampunan Allah amatlah aku harapkan.







"moga segala amalan diterima Allah, diredhai Allah, dirahmati Allah, diampunkan Allah atas dosa-dosaku. amin"

22 July 2013

~Rezeki 10 Ramadhan 1434H. ALHAMDULILLAH~


Assalamualaikum dunia


Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Engkau makbulkan doaku di segala penghulu hari pada bulan yang penuh dengan rahmatMu. terima kasih Allah.



mendapat berita gembira selepas selesai solat Jumaat yang lepas. terima kasih Allah. terima kasih atas segalanya. moga rezeki ini sentiasa Engkau berkati. moga rezeki ini membantu aku sentiasa mendekatiMu lagi ya Allah. jangan biarkan nikmat ini membuatkan aku jauh dariMu ya Allah. nauzubillah min zalik.









"segala ketentuan adalah milikMu. syukur atas nikmat ini. Engkau mudahkanlah segala urusan aku ya Allah"

16 July 2013

16 Julai


Assalamualaikum dunia

16 Julai 1953

lahirnya beliau ke dunia. ditakdirkan Allah, aku menjadi anaknya setelah 8 tahun berkahwin dengan mak. setelah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan yang kedua. Alhamdulillah. terima kasih Allah.


4 Julai 2011

hari terakhir aku mendengar suaranya. tidak pernah menyangka ianya merupakan hari yang terakhir aku mendengar suaranya. mendengar nasihatnya. mendengar gelak tawanya. mendengar panggilan, "adik" , "azura". tak pernah sangka.

16 Julai 2011

tahun terakhir aku mengucapkan "selamat hari lahir apak" di sisi telinganya. tanpa apa-apa tindak balas daripadanya. senyum tiada. yang mampu aku dengar cuma bunyi mesin yang disalurkan ke mulutnya. tangan yang tidak mampu untuk bergerak.


26 Oktober 2011

hari terakhir aku bersamanya. membersihkan dirinya. mengurutnya. mewangikannya. menyapu minyak di rambutnya. memotong kukunya. mengucupnya. berkata-kata dengannya. memegangnya. berbalas pandangan tanpa mengetahui apa-apa. menciumnya. berjanji dengannya. menangis di hadapannya. tanpa mengetahui itu adalah kali terakhir aku melihatnya bernyawa.

27 Oktober 2011

hari terakhir aku melihatnya. hari terakhir aku mengucupnya, kaku tidak bernyawa. hari terakhir aku memandikannya. hari terakhir aku memakaikannya. hari terakhir aku melihat wajahnya. hari terakhir aku memegangnya, sejuk. hari terakhir. hari terakhir. hari terakhir.
hari terakhir aku mempunyai apak.




16 Julai 2013

dua tahun aku merinduinya. dua tahun aku rindu mendengar suaranya. tiada apa yang mampu aku buat. hanya doa yang mampu aku berikan. hanya sedekah yang mampu aku berikan. hanya itu. aku berjanji untuk menjadi anak yang solehah buatmu apak. anak yang solehah yang selalu mendoakanmu apak. buat bekalanmu di sana. kerana hanya itu yang mampu aku lakukan. moga Allah Tuhan Yang Esa membimbing aku sentiasa. tiada apa yang tinggal buatmu melainkan ilmu yang bermanfaat yang kami amalkan, sedekah yang berpanjangan, dan doa anak-anak yang soleh buatmu. Allah, Engkaulah yang mengetahui segala isi hatiku, Engkau Maha Mengetahui Tiap-Tiap Sesuatu. ampunkan aku. bantulah aku dan ahli keluarganku menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa. bantulah aku ya Allah. Engkau ambil kembali apak yang telah Engkau pinjamkan kepada kami selama 32 tahun ini. terima kasih Allah. masukkanlah apak bersama-sama golongan yang beriman di sisiMu. jauhkanlah dia daripada segala azabMu. lindungilah dia ya Allah. jadikan mak sebagai bidadari buatnya di syurga nanti ya Allah. temukanlah kami di syurgaMu ya Allah.

Al-Fatihah...





"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. semua ini hanya pinjaman cuma. Sang Pemiliknya hanya ALLAH. moga kami ketemu dengan hikmah yang Engkau janjikan ya Allah"

09 July 2013

~terima kasih atas peringatan itu- Part 8~ AKHIR



Assalamualaikum dunia




Bahagian II - K2



" kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah.  dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
(surah al-Hasyr ; 59 : 21)


"walau semua manusia itu dikurniakan akal, tapi  nampak gayanya tak semua manusia yang gunakan akal itu untuk betul-betul berfikir."
#Fend & K2       
#pg278


"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang."
(surah al-Hasyr ; 59 : 22)


"kita tahu yang sebenarnya Allah Maha Tahu, tapi kita sendiri yang sebenarnya selalu buat-buat tak tahu."
#pg278


"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan."
(surah al-Hasyr ; 59 : 23)


"hati yang buta takkan nampak keagunganNya."
#pg278


"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk, Yang Mempunyai Asmaul Husna. bertasbihlah kepadaNya apa yang ada di langit dan bumi. dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(surah al-Hasyr ; 59 : 24)


"hati yang celik pun takkan nampak keagungan itu tanpa izinNya."
#pg279


"sedangkan batu yang keras pun boleh pecah dan keluarkan air, inikan pula hati manusia di tangan Allah untuk diubah jadi lembut dan cair."
#pg279


"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu."
(surah al-Hadid ; 57 : 9)


"biar jalan setapak tapak, asal tak tersungkur sebelum sampai."
#K2
#pg282


"lepaskanlah......
kembalilah......
kembali kepada fitrah...."
#K2
#pg285


"verily, you (O  Muhammad) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. and He Knows best those who are guided."
(surah al-Qasas ; 28 :56)



"Contengan Jalanan"
The End - Bahagian II




ayat-ayat cinta Allah S.W.T


"wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan."

(surah al-Ma'idah ;5 : 105)


"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman; AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan orang yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami."

(surah al-A'raaf ; 7 : 156)





"terima kasih Allah. terima kasih Hlovate. terima kasih Allah atas keizinanMu. terima kasih Allah atas rahmatMu. terima kasih atas nikmat Islam dan Iman ini. terima kasih Allah. banyak, terlalu banyak yang aku pelajari. terlalu banyak aku sedari. terima kasih Allah. namun aku benar-benar perlukan kekuatan dariMu ya Allah agar hati ini tetap berpegang teguh di jalanMu. agar hati ini tidak lagi berpaling dariMu. agar hati ini kembali teguh padaMu."

01 July 2013

~terima kasih atas peringatan itu- Part 7~


Assalamualaikum dunia


Bahagian II - K2



"Everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going."
#pg86


"untuk rasa sedih atas kehilangan, tu lumrah kan?
untuk rasa keliru dengan apa yang segala benda macam tak make sense sangat, tu pun kira lumrah kan?
rasa kehilangan tu bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua.
setahun dua pun belum pasti.
tempoh untuk rasa itu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh nak janji."
#pg91


"Hati itu Allah yang pegang, bukannya orang. Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi. benda dan perkara yang sama tak semestinya memberikan kesan yang sama juga kepada penerima yang berbeza."
#Fend
#pg106-107


"Bermusafirlah. Bumi Allah itu luas. IlmuNya juga luas. belajarilah dengan bermusafir. Ramai yang terlupa, alam itu sendiri guru yang hebat dalam mengajarkan ilmuNya."
#BapakTono
#pg145


"hidup ini kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan.
Bukan pakai neraca dan hukum manusia."
#pg173


"ada beza antara jumpa benda yang kita nak cari, dan cari benda yang kita nak jumpa."
#K2
#pg265


"manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu. jika bukan kehendak, dibutakan saja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata."
#Indra
#pg265


"telah kau jumpa jawapannya, atau telah kau butakan saja mata pada jawapan yang telah ada?"
#Indra
#pg266


"ikhlas tu bukan kita yang ukur. tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tandanya kita riak dengan Allah sebenarnya."
#Ustazah kepada K2
#pg268


"sedangkan bah pantai boleh berubah,
sedangkan dengan air batu boleh pecah,
inikah pula hati yang dibawah kuasa Allah."
#K2
#pg275


"orang yang hati kering dan hati batu pun masih ada harapan untuk cari rahmat Allah sebenarnya."
#pg278



"Contengan Jalanan"


ayat-ayat cinta Allah S.W.T.

"maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
(surah Al-An'amm; 6 : 125)





"hati ini milik Allah"