AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

31 January 2012

~KETENTUAN ALLAH S.W.T. (Part 3)~

26 OKTOBER 2011


#Part 2


lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi, doktor-doktor pun mula menjalankan tugas masing-masing dengan memeriksa keadaan setiap pesakit. dan doktor yang memeriksa apak adalah doktor yang sama. Dr Syahiran. bila tiba giliran apak untuk diperiksa, sebolehnya mak ingin lari dari situ. mak tidak mahu mendengar apa-apa lagi daripada doktor. mak tidak sanggup mahu mendengar kata-kata doktor yang mengatakan tiada harapan lagi buat apak dan meminta supaya banyakkan bersabar dan berdoa yang terbaik untuk suami. mak masih kuat berharap dan tidak pernah berputus asa bahawa apak akan sembuh tidak lama lagi.

ya, aku di situ. aku mendengar kata-kata daripada doktor-doktor tersebut. aku melihat bagaimana mereka menggeleng-gelengkan kepala menyatakan apak memang tidak dapat diselamatkan lagi. tapi kenapa wahai doktor-doktor sekalian? kenapa tidak menyatakan bahawa keadaan apak pada waktu itu di tahap sangat kritikal dan memanggil ahli keluarganya..??? kenapa doktor?? ya aku tahu. perkara itu telah hampir sebulan doktor-doktor sekalian mengatakan kepada kami. tapi lihatlah kekuasaan Allah.. apak masih mampu bertahan. Allah masih memberikan kami peluang bersama apak.

sehingga saat aku menaip entry ini, aku masih lagi berfikir, kenapa??? namun aku harus redha dengan apa yang terjadi. redha dengan ketentuan takdir Allah. perancangan Allah Maha Sempurna.

kemudian, datang juga doktor dari jabatan bius (ICU- maafkan aku kalau aku salah). doktor-doktor ini yang memeriksa pernafasan apak. ya, bantuan oksigen sepenuhnya diberikan kepada apak kerana apak tidak mampu lagi bernafas sendiri. tapi kenapa doktor-doktor itu juga tidak memberitahu kepada kami bahawa masa semakin suntuk??? ya, aku tahu, mereka bukan Tuhan. bukan mereka yang menentukan ajal maut seseorang itu. ampunkan aku ya Allah....

seperti mana kejadian yang berlaku pada awal pagi 26 Oktober 2011 di mana seorang pesakit yang mampu bercakap sebelum itu tiba tiba berada dalam kritikal dan akhirnya ajal telah menantinya. aku tahu hakikat itu. bukan doktor yang menentukan ajal maut seseorang pesakit itu.


seperti biasa, jururawat yang bertugas akan mengambil tekanan darah dan kencing manis apak hampir setiap jam. air di masukkan dalam badan apak. berbotol-botol dan berjenis-jenis air telah dimasukkan dalam badan apak untuk seimbangkan tekanan darah dan kencing manis apak. ada sesekali itu, kencing manis apak rendah, dan tekanan darah apak juga rendah. kelam kabut jururawat tersebut. cuba sedaya upaya membantu supaya segalanya kembali normal. syukur Allah permudahkan.

doktor meminta apak berpuasa kerana kesan daripada ubat dan susu boleh menyebabkan kencing manis apak menjadi tinggi. kesian apak. mesti apak lapar kan...?? sabar ek apak.. apak kan kuat...

kali ini mak tidak lagi menyedut kahak apak. jururawat yang melakukannya sendiri. bila pernafasan apak menjadi rendah, jururawat berusaha mengepam oksigen masuk ke dalam jantung apak. berdoa aku dalam hati semoga Allah memberikan kekuatan kepada apak.


inilah permenant tiub yang mak beli untuk
apak sekiranya apak mampu bernafas sendiri.

tiada stok untuk size ini, sebab itu kena tempah dahulu.

inilah permenant tiub tersebut yang akan dimasukkan dalam lubang tekak apak.
inilah ubat yang dimasukkan ke dalam badan apak sekiranya
kencing manis apak naik mendadak














































































inilah alat yang boleh memantau peratus oksigen dan nadi apak. <83% adalah OK.










































~~to be continue...~~











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"


No comments: