AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

31 May 2012

Islam agamaku at ikim fm

Mendengar betapa sayunya hati jiwa seorang mualaf yang memeluk islam membuatkan aku rasa betapa hinanya aku yang dilahirkan Islam tetapi jauh daripada Islam.

Rugi... Masa berlalu aku biarkannya saja.

Allah....


Ampunkan dosa ku yang menggunung ini....


Published with Blogger-droid v2.0.4

~masa yang semakin pantas berlari~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

diam tak diam hari ini dah masuk 10 rejab. cepatnya masa berjalan. ke masa sekarang ni dah pandai berlari...?? masa, mana pernah menunggu manusia. manusia sahaja yang tidak bijak berjalan seiring masa.

bila duduk termenung sengsorang, mulalah bayangan silam berlegar-legar di depan mata. macam ada skrin putih yang besar depan mata aku. tersengih macam kerang busuk bila terbayangkan perkara-perkara yang lucu. senyum sinis bila tahu bayangan itu bayangan yang silam. bayangan yang tak kan pernah hadir kembali dalam cerita dan keadaan yang sama.

masa tak pernah mencuba untuk kembali kan?

rindu dengan suara yang tak mungkin akan didengari kembali.
rindu dengan ketawa yang tak mungkin tertawa kembali
rindu....

rindu dengan peluk cium sahabat-sahabat yang makin menyepi
rindu dengan tawa riang mereka
rindu dengan tepuk tampar mereka
rindu dengan suara mereka
rindu....


masa semakin pantas berlalu. segalanya hanya tinggal kenangan. kenangan tetap akan menjadi kenangan. mulakan langkah untuk mencipta keadaan yang baru. hidup jangan terlalu mengenang kenangan silam kerana masa tak kan pernah berhenti.

senyum...


=)




"ya Allah, aku mengerti segala apa yang berlaku pada diriku ini adalah ketentuanMu yang pasti diiringi dengan hikmah-hikmah yang Engkau berikan. ku mohon agar Kau berikan aku kesabaran dalam setiap ketentuanMu dan izinkan aku redha dengan dengan segala keputusanMu. ilhamkan aku petunjuk dan hidayahMu ya Allah. sesungguhnya hanya kepadaMu segala pengharapanku"


"amin"

my feeling right now is....

Assalamualaikum dan selamat awal pagi dunia..!!!


Sekarang ni perasaan aku sgt2 malu... Nk pergi jauh jauh... Malu rasanya... Nak pergi dari pandangan manusia lain... Sebab.... Aku malu....



p/s: kenapa masih tak tidur lagi sedangkan sekarang pukul 1.30 pagi ni??? 3 idiots punye pasal...


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 May 2012

~indahnya SABAR~


assalamualaikum dan selamat petang....

lunch hour. break.

bau makanan menusuk ke hidung. puasa.


buka google crome, click favourite. nah, terhidang aku dengan ayat-ayat ini menjadi santapan tengah hari ku.



Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah,
Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.


Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Insya-Allah.



credit to i luv islam


"amin"

~SELAMAT PENGANTIN BARU fatihah kadir!!~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

(maaf kalau bahasa diri menjengkelkan korang)


khas buat dirimu fatihah kadir,

sabtu yang lalu merupakan hari bersejarah dalam hidup kesayangan i ni. hari pernikahan antara dia dan tunangnya. maafkan i sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan u babe. i memang merancang untuk pergi ke wedding u even i terpaksa pergi sengsorang. wah, giler jauh tu i nak pergi sengsorang kan, but who's care???!! i tetap nak pergi jugak tengok u kahwin!! i tetap nak ada depan mata u bila u selamat dinikahkan. tapi.... perancangan i serba serbi tak sempurna. and finally, i tewas di tangan diri sendiri. i tewas untuk berusaha pergi jugak ke wedding u. i am so sorry babe.

dunno why, but until today, u did not reply my text. u did not reply my tweets. entahlah.. u marahkan i sebab tak pergi wedding u kan?? i am so sorry again.

=(

yeahh, i know this is my mistake. did not planning it very well and very detail. i am so sorry again.

but u tau tak?? i xtau kenapa i love u so much even kite jumpa baru sekali. i xtau kenapa i boleh trust u macam i dah kenal u seribu tahun lamanya padahal kita baru kenal tak sampai setahun. i xtau kenapa....

=)

yeahhh, sebab dia kan?? kita rapat pun sebab dia kan.. hahahha, suddenly i teringat apa yang pernah kita buat sepanjang kita kenal dia kan?? rasa macam bodoh pun ada, tapi itu semua i jadikan pengajaran. did not easily put my trust on anybody even she is a GIRL. arrrggghhh, forget about her because she will make dosa i bertambah-tambah and let's just talk about u... hahhahahhaa.....

=)

so, alhamdulillah u dah selamat dinikahkan. dah menjadi seorang isteri pada seorang suami yang u cintai. i doakan semoga u berbahagia di samping insan-insan yang tersayang hingga ke syurga. moga ikatan pernikahan u membawa u ke syurga yang kekal abadi. i doakan moga perhubungan kita tidak terputus malah semakin mekar dan mewangi sehingga ke syurga. boleh tak?? insyaAllah jika redha Allah bersama-sama kita.


 u look very gorgeous sesangat!!! ♥♥♥♥



baju u sangat chantek!!! plus, u memang dah cantek!!... 





gambar ni sangat sweet!! tahniah u dah lengkapkan hidup husband u hasree... u nmpk sgt bahagia!! ♥♥




babe, u bagi i semangat tika i jatuh tidak bergantung. u setia berikan kata-kata kekuatan tika i betul-betul hilang arah. u berikan segalanya walaupun pada waktu itu u lansung tidak mengenali diri i. u sanggup berkongsi rasa sedih, takut, gembira, syukur, lemah dan macam-macam perasaan lagi dengan i. Allah hantar u pada i tika DIA hantarkan ujian untuk i. i bersyukur kerana wujudnya kehadiran u dalam hidup i. tak lupa juga dengan kehadiran nana dan yana yang kini entah ke mana hilang meninggalkan persoalan dalam perhubungan kita. tapi, i nak u tahu yang i benar-benar mohon maaf kerana i tiada di hari cukup bersejarah dalam hidup u. maafkan i sebab tidak dapat bersama dengan u. maafkan i kerana memungkiri janji. percayalah, u, yana, nana, telah terpahat di hati ini walau luka masih belum terubat. 



selamat pengantin baru moga bahagia kekal ke syurga menjadi bidadari terindah buat suami tercinta moga kasih mekar mewangi seharum kasturi di syurga.


daripada miss fai



"best friend till jannah"

25 May 2012

~mampukah aku??~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

lama aku tak menulis di blog aku sendiri nie. asyik menempel gambar dengan kata-kata semangat untuk diri sendiri. banyak perkara yang telah berlaku dalam masa seminggu dua ni. terlalu banyak rasa yang dihadapi. masam, pahit, manis, gembira, sedih, stress, give up, hopeless, useless, crying and crying again.

hidup ini tidak pernah sesangka yang kita sangkakan. mahu hidup bahagia dan tenang, tapi ada sahaja ribut dan hujan yang datang singgah untuk mewarnai hidup kita ini. itulah yang dinamakan ujian dan cabaran dalam meneruskan hidup ini. pelangi akan terhias cantik di atas langit untuk tatapan semua orang. bukan untuk ditatap oleh diri sendiri, bahkan rasa itu untuk dikongsi bersama seisi alam. terpulang kepada bagaimana setiap orang mengambil peluang itu.

jujurnya, aku telah banyak berubah dalam sekitar beberapa bulan yang lepas. ujian yang diberikan oleh Allah benar-benar telah membawa aku kembali kepadaNya. aku cemburu dengan mereka-mereka yang telah dikurniakan hidayah Allah untuk berada di jalanNya. melihat mereka yang tekad menutup aurat setelah sekian lama mengingkar perintahNya. melihat mereka yang kembali kepada fitrah Allah. aku cemburu. cemburu kerana mereka kuat untuk melawan nafsu mereka. cemburu kerana mereka berjaya melawan hasutan syaitan. tetapi aku?? jauh tertinggal daripada mereka.

syukur aku dilahirkan dalam keluarga ISLAM. syukur kerana sejak aku dilahirkan, aku telah didengarkan dengan kalimah Allah Yang Esa. tetapi, setakat mana aku mengamalkan ISLAM dalam kehidupan seharian aku?? aku lupa bahawa aku milik ALLAH. aku lupa segalanya kurniaan ALLAH. aku lupa untuk mengucap syukur padaNya. aku lupa untuk taat setia kepadaNYA. aku lupa...

aku lupa untuk membasahkan lidahku menyebut namaNYA. aku lupa untuk mengingatiNYA pada setiap hembusan nafas. aku lupa untuk berjalan di atas jalanNYA. aku lupa untuk sentiasa berdoa hanya kepadaNYA. aku lupa untuk bergantung harap hanya padaNYA. aku lupa untuk mengingati MATI. aku lupa.....

26 tahun aku diberi peluang oleh ALLAH untuk menuai segala benih untuk aku bawa pulang ke kampung abadi ku. tapi, sejauh mana aku gunakannya?? seluas mana aku taburkan benih?? Allahuakbar, betapa aku telah merugikan masa yang diberikan olehMU.

masih sempatkah untuk aku...??


satu persatu dosa yang aku lakukan kini menghantui aku. mengucap syukur aku padaMU ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk kembali padaMU. tetapi aku takut, andai diri ini tewas dalam nafsu, kalah di tangan syaitan dan iblis yang telah bersumpah untuk menyesatkan anak ADAM. ya ALLAH, berikanlah aku perlindunganMU didunia sehingga akhirat.

aku yakin dengan kekuasaanMU. telah ENGKAU takdirkan iman setiap hambaMU ada turun naiknya. telah ENGKAU ciptakan hati hambaMU ini berbolak balik. ya ALLAH, padaMU ku mohon untuk sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahMU. padaMu ku berharap agar Engkau tidak memalingkan hatiku setelah hidayahMU menyapaku. padaMU ku berserah untuk tetap kukuh berada di atas jalanMU meskipun aku tahu, jalan menuju MU sungguh beronak duri. padaMU ku mohon pertolongan untuk membantu aku menuju ke jalanMU yang lurus. padaMU ku berharap untuk menjadi hambaMU yang beriman dan bertakwa.

jangan ENGKAU biarkan aku terus tenggelam dalam duniawi ini ya ALLAH. aku takut ya ALLAH. takut andai ENGKAU tidak menolongku. aku hambaMU yang penuh dengan dosa. bantu aku ya ALLAH. bantu aku ya ALLAH. bantu aku ya ALLAH.





"ampunanMU yang ku harapkan ya ALLAH"

17 May 2012

~ALHAMDULILLAH....~

assalamualaikum dan selamat petang dunia...

berita yang disampaikan oleh officemate cukup melapangkan dada aku. bersyukur aku di atas segala limpah kurniaanNYA... moga ada rezeki yang lebih baik untuk kami nanti... insyaAllah...





"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

09 May 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~









" dan Tuhan kamu berfirman; berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina" 

(Ghafir (40) : 60)



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

04 May 2012

ISTIQAMAH






"jika mereka terlalu sibuk mencari cinta,
biarlah kita sibuk mencari iman.

jika mereka sibuk mencari pasangan,
biarlah kita sibuk mencari keredhaan.

jika mereka menangis kerana kecewa dalam percintaan,
biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa kita.

jika mereka terlalu mendambakan dunia,
biarlah kita mendambakan akhirat, kerana ianya akan BERKEKALAN"


~IMAM MUDA NAZRUL~










"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

03 May 2012

TEKAD


assalamualaikum dan selamat pagi dunia.

satu tekad aku tanam kan dalam diri. dulu aku ragu dengan diri sendiri. ragu dan malu dengan keadaan diri. tapi entah bagaimana, macam ada kekuatan dalam diri untuk meneruskan hajat. hajat yang bertahun tahuan lamanya aku ingin lakukan. mengharap semoga permohonan diterima dan dapat mencari ilmu Allah dengan lebih baik lagi. yang penting semoga aku tidak berputus asa dan malu mendapatkan ilmu tersebut, istiqamah dalam meneruskan hajat ini. ya Allah, aku mengharap hanya padaMu. bantu aku ya Allah. permudahkanlah urusanku ini ya Allah. aminnn







"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

02 May 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~



"dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."


(02:42)




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"