kenapa kali nie aku nak berbicara mengenai perasaan??? sejak dua tiga menjak nie, aku selalu berblogwalking dekat laman sesawang nie untuk membaca dan mengenali tentang hati dan perasaan manusia nie...
ye, bunyinyer memang subjektif... terlalu subjektif...
hati dan perasaan manusia nie tak sama antara satu sama lain..
ada yang kuat untuk berdiri sendiri, ada yang kuat untuk menentang orang lain, ada yang kuat untuk mempertahankan diri sendiri, ada yang kuat di mata kasar, tapi hakikatnya dia lemah di belakang orang....
manusia nie memang unik. mampu untuk tersenyum dan ketawa padahal dalam hati dia terselit rasa kecewa dan marah. itulah manusia. kerap kali aku diceritakan dan didengarkan dengan kisah-kisah teman-teman.... kisah suka dan duka mereka.... perkataan yang selalu keluar daripada mulut aku sendiri, "sabarlah, ini semua ujian... kau kena kuat... ada hikmah untuk semuanya..."
ayat tue dah menjadi terlalu cliche, ya, ini ujian, aku kena kuat!! ada hikmahnya... aku tahu tue... tapi sampai bila aku mampu untuk kuat....???!!
doa....
bergantung harap pada Allah.... Dia menentukan setiap perjalanan hidup kita. kita merancang, tapi hanya Dia yang tahu hakikat perancangan...
ya, manusia membuat kesilapan....
akui itu....
tapi kita harus sedar bahawa setiap kesilapan itu perlu diperbaiki..
jangan hanya menuding jari mencari jawapan siapa yang salah...
cuba selami punca masalah dan hadapi masalah itu dengan cara yang betul..
tak perlu untuk lari dari masalah.
masalah akan selalu mengejar kita..
jadi, apa yang perlu kita lakukan...??
hadapi ia!!!
argggghhhh!!!
senang jek untuk kau cakap, tapi siapa yang hadapi??
siapa yang alami??
bukan kau kan??
ramai yang cakap, "itulah gunanya peranan kawan dalam hidup..."
hahhahaha, apa kau ingat kawan nie gunanya masa kita susah je ke???
kau dah lupa pada Allah??
eh, mestilah aku ingat!!
so, cukuplah kau bergantung harap pada Allah..
Dia mendengar setiap bicara kau..
mohon padaNya...
kawan...??
memang diperlukan saat-saat begini....
realitinya, manusia perlukan sesuatu untuk bergantung, untuk bersandar....
nota kaki : hidup ini terlalu indah untuk disiakan... hadapi semua itu dengan senyuman....=)
coretan ini untuk si dia kerana saya tak mampu untuk memberi nasihat yang berguna.... be strong...!!!