Showing posts with label cepu cemas.... Show all posts
Showing posts with label cepu cemas.... Show all posts
24 June 2014
perjalanan
Assalamualaikum
Ramadhan kian menghampiri. Perasaan? Bermacam rasa...
ramadhan tahun lepas merupakan ramadhan yg paling bermakna sepanjang ini. tapi aku berharap semoga ramadhan yang mendatang ini juga menjadi lebih bermakna...
pilihan sentiasa ada di tangan kita.
memilih untuk menghargai atau memilih untuk melepaskan.
entahlah.
mungkin sudah terlalu banyak hati ini digelapkan dengan dosa sehingga nak dicuci pun payah.
Ramadhan sentiasa mengingatkan aku dengan contengan jalanan. sentiasa.
meletakkan aku pada situasi 'die on 11th hour.'
harapan selalu ada. selalu ada. tapi sampai bila.
jangan sampai mati tanpa cari bekal di hari sana.
jangan sampai mati tanpa tahu apa makna hidup. apa erti hidup.
jangan sampai mati....
"telah kau jumpa jawapannya atau kau butakan jawapannya pada sesuatu yang engkau tidak mahu"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
hlovate,
mood,
ramadhan
14 March 2013
~Ghurabaa'~
Assalamualaikum dunia...
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bermaksud;
"Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaanya. maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba'). "
-Hadith Riwayat Muslim
Allah,
padaMu aku mohon ketetapan iman. padaMu aku mohon kekuatan. padaMu aku mohon kesabaran. padaMu aku mohon ya Allah. hati ini memberontak. hati ini sedang berbolak balik. Allah, padaMu aku mohon perlindungan.
kamu, tolong jangan pandang saya bagai satu ketenangan. tolong jangan. nanti syaitan akan mula menjalankan tugas untuk menyucukkan jarum riya' dalam hati ini. kamu, tolong jangan katakan saya 'budak baik'. tolong jangan. nanti hati ini tidak lagi bertungkus lumus memohon keampunan Allah. kamu, tolong jangan pandang saya bagai satu sumpahan. tolong jangan. nanti hati ini akan memandang kamu dengan penuh kebencian. kamu, tolong jangan katakan saya sombong. tolong jangan. nanti hati ini akan memberontak, mengikut hawa nafsu, dan kembali pada zaman jahiliyyah aku.
kamu, tolong katakan. tolong doakan padaku. agar hati ini tetap di jalan yang sempit ini. tolong doakan. agar tiada bintik hitam dalam hati ini. tolong doakan. agar aku berada di jalan yang lurus. tolong doakan. agar aku sentiasa disentiasa diberi petunjuk taufik dan hidayah. tolong doakan. kerana dengan doa itu, ternyata kamu juga memperoleh taufik dan hidayah daripada Allah Yang Esa. kerana dengan doa itu, kamu mengakui kekuasaan Allah. kerana doa itu, kamu akan mengingati Allah. kerana doa itu, senjata mukmin. dan sesungguhnya kita adalah bersaudara.
kamu, maafkan saya.
"aku berlindung denganMu ya Allah daripada syaitan yang direjam"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
kenangan,
kerjayaku,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur,
truly,
ujian Allah
28 February 2013
~terima kasih atas peringatan itu - Part 1~
Assalamualaikum
Bahagian I - Fend
"The eleventh hour.
The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th."
#pg46
"Happiness is nothingness without completeness"
#pg54
"Jangan sampai hajat tak sampai sebelum mati"
#pg55
"Cari purpose of life, kena define dulu makna hidup. baru kita boleh decide kita nak hidup untuk apa"
#pg64
"hidup di dunia seperti perjalanan yang terlalu panjang & terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana."
#pg72
"peluang dalam hidup ini sama juga macam kereta api, perlu digapai waktunya, sekejap terhenti depan diri. terlewat sesaat, makan asap"
#pg76
"Contengan Jalanan - Hlovate"
ayat-ayat cinta Allah;
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(Adh-Dhariyat, 51:56)
"novel yang banyak 'menampar pipi sampai berdarah'. "
26 February 2013
~bila hati bermonolog sendirian...~
Assalamualaikum...
dia dah nak kahwin dah. siapa? sahabat dunia akhirat saya...
siapa??
dia adalah jaja...
subhanaAllah, sudah sampai waktunya. nak menaip entry ni pun mengambil masa yang lama. cuba mengawal air mata. ya, dia sahabat ketawa dan air mata saya. terima kasih Allah kerana menghantar dia dalam hidupku. terima kasih atas segalanya.
doaku, moga sahabatku itu menjadi ketua bidadari buat suaminya di syurga nanti.
doaku, agar perkahwinan mereka diberkati olehMu ya Allah.
doaku, semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
doaku, semoga kami tetap kukuh bersahabat keranaMu ya Allah
harapanku, moga mereka tetap setia, tabah hadapi segala ujianMu.
Barakaallah sahabatku jaja. moga redha Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sekeluarga. =)
| terima kasih kerana memberi semangat. terima kasih atas segalanya! |
p/s: orang tu nak kahwin je pun, bukan bermakna nak berpisah dengan kau faizura. hohohohoh, tapi nanti dia jauh dengan saya. saya dah tak boleh nak mesra macam dulu dulu. suami diutamakan, keluarga didahulukan. sayang jaja selalu =')
(monolog dalaman)
"bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang paling memahami diri ini. moga bahagia untuknya"
Labels:
Allah,
BFF,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
glelak menggelakkan,
hoye-hoye,
kenangan,
layan...,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
sebelum aku bernikah,
syukur,
truly,
ujian Allah
18 February 2013
~segala puji hanya bagi Allah S.W.T~
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
Alhamdulillah. terima kasih Allah. atas segala nikmat, atas segala keizinan. atas segala peluang. atas segala kasih sayangMu.
syukur alhamdulillah, berjaya menghadirkan diri sebagai volunteer untuk program Seminar Baitul Muslim 2.0 sepanjang Jumaat sehingga Ahad. alhamdulillah diberi keizinan untuk keluar menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku, niza di Pantai. alhamdulillah. syukur ya Allah.
pengalaman menjadi salah seorang daripada komuniti volunteer ini memang berharga. berperanan dalam biro protokol dan usherer ini memang menguji diri. antara komitmen dalam tugas dan ceramah dalam setiap slot. jujur, memang banyak slot yang aku tertinggal. boleh dikatakan seolah-olah tidak mendengar langsung setiap slot. tetapi memang itulah tujuan menjadi volunteer kan. memberi bantuan sepanjang program berlangsung. kelebihan, dapat berjumpa "face to face" dengan setiap speaker, terutamanya Ustaz Pahrol yang memang aku nanti-nantikan setiap waktu. alhamdulillah...!!
alhamdulillah, aku tidak keseorangan sepanjang program. ada adik-adik yang sentiasa menemani. janggal bila dikelilingi mereka yang muda-muda. terasa ketuaannya aku ini. syabas kepada mereka, kerana mereka semua bukannya muda sebarang muda. semuanya telah matang. betul cakap ustaz pahrol, matang bukan diukur dengan usia.
seronok memang seronok. alhamdulillah. bibir, hati, jiwa ini berasa syukur. walaupun ternyata kepenatan itu jelas terpancar, tetapi ada sesuatu yang meresap dalam diri. aku mahu menjadi lebih baik. dikelilingi mereka yang bertudung labuh, berniqab, zikir yang tidak pernah lekang di bibir. subhanaAllah.
kerdil, memang kerdil. terima kasih Allah. terima kasih Allah. terima kasih Allah.
"alhamdulillah"
14 February 2013
~hati itu milik Allah~
Assalamualaikum dunia..!!
semalam, syukur aku padaMu ya Allah. benar, manusia itu boleh berubah. benar. subhanaAllah. hati itu milik Allah. hidayah itu jua milik Allah. tidak akan sampai hidayah itu jika kita sebagai hambaNya tidak mencarinya. subhanaAllah. aku tumpang gembira untuknya. agak terkejut bila pertanyaan itu terpacul di mulutnya. tapi aku yakin, Engkau telah mengetuk pintu hatinya. benar, hati itu milikMu. hidayah itu milikMu.
berdoa semoga urusannya dipermudahkan Allah.
benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"apabila Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, maka Dia akan memberinya kefahaman mengenai agamanya."
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
telah Engkau lapangkan dadanya untuk mengenalMu. telah Engkau ketukkan pintu hatinya untuk mencariMu. moga dia menjadi lebih baik daripada sekarang. moga dia tetap teguh dijalanMu.
aku mengharapkan agar hati aku tetap di jalanMu. jangan Engkau biarkan aku tersungkur lagi ya Allah. tak sanggup aku kehilangan hidayahMu. entah buat kali ke berapa. bantu aku ya Allah. bantu dia ya Allah. bantu mereka ya Allah.
"moga terus istiqamah di jalan Allah. muhabasah diri"
13 February 2013
~ketika aku perlu memilih...~
Assalamualaikum dan selamat petang dunia...
sering kali kita diberi pilihan. dan terkadang aku sendiri sukar membuat pilihan. (bukan terkadang, tetapi memang selalu!!) hujung minggu ni, antara majlis perkahwinan sahabat baik (BFF gang) ataupun seminar baitul muslim 2.0...
arrgghhh!!!
keliru memang keliru...
![]() |
| pilihan di tanganku ='( |
"aku yakin akan ketentuanMu ya Allah. kerana sesungguhnya Engkau Lebih Mengetahui apa yang tidak aku ketahui."
Labels:
Allah,
BFF,
cepu cemas...,
hoye-hoye,
luahan hati,
mood,
perubahan,
sebelum aku bernikah,
syukur,
ujian Allah
29 January 2013
~berhenti atau berlari?~
Assalamualaikum dunia...
bangun pagi aku tadi dikejutkan dengan bunyi alarm.
ada mimpi yang terhenti.
dan aku bersyukur dengan mimpi itu.
mimpi itu mainan tidur.
siapalah aku untuk mengatakan mimpi itu adalah petanda Allah.
tapi sedikit sebanyak mimpi itu membuat aku berfikir.
untuk berhenti daripada berlari.
untuk berhenti daripada mengejar.
untuk berhenti.
mimpikan situasi itu merupakan mimpi buat kali ketiga.
tetapi mimpi ini mempunyai situasi yang agak berbeza.
entah kenapa aku bermimpi, aku pun tidak mengetahuinya.
tetapi aku tahu, mimpi itu hanya satu permainan.
ya, mimpi hanya permainan.
tetapi entah kenapa mimpi itu membuat aku tertanya-tanya.
harus berhenti atau berlari lagi?
harus berlari atau berhenti?
![]() |
"ya Allah, jauhkan aku daripada segala fitnah dunia mahupun akhirat"
18 January 2013
~Allah itu dekat~
Assalamualaikum dan selamat petang dunia....!!
esok, 19hb Jan 2013... tak sabar, tak sabar, tak sabar!!!
tak sabarnya nak jumpa manusia-manusia ni.... tak sabarnya nak dapatkan ilmu-ilmu daripada mereka ni... tak sabarnya nak jumpa orang-orang baru. dan paling tak sabarnya, nak duduk kat auditorium tu tanpa kenal siapa kat kiri kanan aku.... haih, tak pe.. kita kan tak keseorangan sebab malaikat kan ada di kiri dan kanan kita kan...?? pencatat setiap amal baik dan buruk kita. dan yang paling penting sekali, Allah kan dekat dengan kita. sedekat urat leher kita.
=))
"pergilah kamu menuntut ilmu dengan niat kerana Allah. betulkan niat kamu wahai faizura"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
class,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
sebelum aku bernikah,
syukur,
truly
16 January 2013
~WORDLESS WEDNESDAY - moga Allah permudahkan~
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia..
Ya Allah, Engkau permudahkan sahabatku, sheera untuk melahirkan anak pertamanya. Engkau berikanlah kekuatan kepadanya suami isteri sepanjang tempoh bersalin itu ya Allah. Engkau berikanlah ketenangan kepada mereka untuk menambahkan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan izinMu ya Allah. sesungguhnya hanya Engkau lah tempat kami berserah dan berharap. moga Engkau memperkenankan.
"seorang wanita sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. sedarlah hakikat itu adalah ibumu"
21 December 2012
~berdoalah~
Assalamualaikum dan selamat petang dunia....
pernah tak korang mengalami satu peristiwa yang korang tak pernah sangka akan terjadi. masalah datang bertimpa-timpa. apa yang korang harapkan, tak sama seperti apa yang datang menduga??
inilah yang dinamakan perancangan Allah Yang Maha Sempurna...
bila kita mohon kekuatan untuk terus hidup di jalanNya, DIA datangkan ujian untuk menambahkan kekuatan kita.
bila kita mohon kesabaran untuk berdepan dengan halangan, DIA turunkan pelbagai ragam manusia untuk buat kita bersabar.
indah kan??
ada ketika aku sendiri merasa, adakah ini menunjukkan Allah tidak suka akan apa yang sedang aku lakukan..?? percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang Allah sediakan buat kita. kita tidak pernah tahu apa yang baiknya untuk kita kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akan Setiap Sesuatu.
tiada apa yang mampu mengubah takdir Allah melainkan dengan doa. takdir kita telah ditentukan Allah sejak kita wujud dalam rahim ibu kita lagi. berdoalah agar Allah tidak meletakkan diri kita atas setiap urusan kita walau satu saat pun. berdoalah agar semua kebergantungan kita hanya pada Allah. berdoalah setiap kali ingin membuat keputusan, moga ianya mendapat redha Allah Yang Esa. berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu petunjuk dan disuluh cahaya Allah Maha Pencipta. berdoalah agar diri kita dijauhkan dari api neraka dan menjadi penghuni syurga yang indah. pendek kata, berdoalah....!!
"yakinlah pada perancangan Allah Yang Maha Mengetahui"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
kenangan,
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur,
tafsir Al-quran,
ujian Allah,
wataniah
04 December 2012
~beruntungnya wahai umat Nabi Muhammad S.A.W.
assalamualaikum dan selamat tengahari dunia...
beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
betapa sayangnya kekasih Allah s.w.t kepada umatnya...
apabila membaca cerita di saat-saat nyawa baginda dicabut oleh Izrail, meremang bulu roma, menitis air mata membayangkan sayangnya baginda pada kita, umatnya.
membaca artikel ini sahaja telah membuktikan betapa mulianya umat Nabi Muhammad s.a.w. ini.
"Tertarik saya dengan satu perkara yang membezakan kita (umat Nabi Muhammad) dengan umat-umat nabi terdahulu. Disebutkan bahawa Nabii Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."

tapi... bagaimanakah sayangnya kita pada kekasih Allah s.w.t ini??
bagaimanakah wahai hati...??
='(
jom kita mempertingkatkan sayang, rindu kita, cinta kita pada kekasih Allah s.w.t ini...
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Ali-Imran: 31)
"selawat atas Nabi Muhammad s.a.w"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
motivasi,
novel,
perubahan,
syukur,
truly,
ujian Allah
03 December 2012
~hati yang berbolak balik~
tersentap dan terkaku...
dimana aku letakkan kebergantungan aku pada Allah selama ini?
tahu tetapi tidak yakin
tahu dan yakin, dua perkara yang cukup berbeza.
terima kasih ustaz pahrol kerana menyedarkan aku akan bezanya tahu dan yakin
terima kasih Allah
bergantung pada Allah
"yakin!!"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
keluargaku,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur
~alhamdulillah~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia..
korang pernah mengalami pengalaman kereta tak boleh start di RnR...??
aku pernah.....
sangat-sangat menguji kesabaran aku.
dan jutaan terima kasih padaMu Allah
kerana dengan izin dan rahmatMu, abangku sanggup datang dari batu gajah ke RnR Tapah. mujurlah dekat, tapi hampir satu jam perjalanan kot.
terima kasih Allah dengan izinMu, Engkau kurniakan kesabaran yang tinggi kepada mereka tatkala di waktu itu aku benar-benar hampir berputus asa. melihat kesungguhan abang aku yang sewaktu itu, membuatkan aku sungguh-sungguh bersyukur atas nikmat pemberianMu ya Allah.
terima kasih Allah
terima kasih Allah
sungguh, nikmatMu tidak terhingga jika dibandingkan syukurku padaMu.
ya Allah, bantu aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu, untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu.
ampunkan aku ya Allah atas kekurangan syukurku padaMu
terima kasih Allah
alhamdulillah
"berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di saat senang dan susah "
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
family,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur
03 May 2012
TEKAD
assalamualaikum dan selamat pagi dunia.
satu tekad aku tanam kan dalam diri. dulu aku ragu dengan diri sendiri. ragu dan malu dengan keadaan diri. tapi entah bagaimana, macam ada kekuatan dalam diri untuk meneruskan hajat. hajat yang bertahun tahuan lamanya aku ingin lakukan. mengharap semoga permohonan diterima dan dapat mencari ilmu Allah dengan lebih baik lagi. yang penting semoga aku tidak berputus asa dan malu mendapatkan ilmu tersebut, istiqamah dalam meneruskan hajat ini. ya Allah, aku mengharap hanya padaMu. bantu aku ya Allah. permudahkanlah urusanku ini ya Allah. aminnn
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
class,
layan...,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur,
ujian Allah
12 April 2012
~syukur yang panjang~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
rata-rata seluruh dunia mengetahui akan gempa bumi 8.9 skala ritcher yang telah melanda diluar pesisir pantai Acheh Sumatera kira kira pada pukul 4.40 petang waktu Malaysia. aku turut merasai gegaran itu. usai solat Asar, aku berniat untuk tidur sebentar selepas penat membaca buku. baru je merebahkan diri atas katil, terasa katil itu bergoyang ke kiri dan ke kanan. apakah?? adakah kerana terlalu kuat memasang kipas sehingga katil mampu bergoyang???
aku bangun, jenguk ke tingkap.. tapi tiada apa... aku rebahkan lagi diri atas katil. dan sekali lagi katil aku bergoyang.. aku tengok twitter, namun tiada siapa yang menghupdate berkenaan gegaran or gempa bumi. aku cuba mencari tweet berkenaan gempa bumi. and yess, i finally found it. and yes, it was earth quake around Sumatera.
subhanallah... takutnya aku tika itu. mengucap panjang aku...
aku takut dan berdoa pada Allah semoga dilindungiNya. ayat-ayat al-mathurat aku baca untuk menenangkan debaran. berdoa semoga segalanya selamat.
syukur, tiada kehilangan nyawa yang dilaporkan sehingga pagi tadi. alhamdulillah. amaran tsunami di tarik balik oleh kerajaan. namun, setiap kita pasti terdetik, amaran tsunami boleh ditarik balik, tapi amaran Allah..??
subhanallah... padaMu ku mengharapkan belas kasihan. lindungilah kami dan jagailah kami.
pada diri sendiri, aku tekadkan diri untuk cuba solat di awal waktu. bayangkan, jika tika itu, bangunan aku duduki itu rebah ke bumi. bukankah aku berhutang Asar dengan Allah?? ya Allah, aku tahu mati itu pasti, dan aku mohon padaMu ya Allah, andai takdir itu menghampiriku pada bila-bila masa, ku mohon agar aku kembali padaMu dengan keadaan penuh iman dan islam. terima lah aku dengan keadaan baik dan sempurna. tutuplah aibku. padaMu ku serah segala-galanya. kerana segala-galanya milikMu ya Allah.

09 March 2012
~i am so EXCITING!!!!~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...!!
terujanya aku petang ini... sebab.................................. tak lama lagi aku akan berada di kampung...!! nak balik kampung!! yeyehhhh!!
teruja sangat kali ini mahu balik ke rumah sebab dah sebulan aku tak pulang ke kampung... rindunya kat mak... kat abang2 aku tu... adik2 aku yang boleh aku kira dengan jari berapa kali jek aku nampak dorang kat dalam rumah tu. asyik keluar merayap sahaja.... tak tahu langsung nak duduk rumah, layan kakak dorang yang cantik manis nie.... hahahahhaahhahah
ok ok ok, dah melalut dah nie..
pagi tadi, aku merancang nak buat kad ucapan kahwin untuk kawan baik aku yang akan berkahwin Ahad ni. perancangan asalnya, nak buat yang simple sahaja. macam kad ucapan aku pada Asmaliza dan Azlan.. sangat simple. tapi tup tup, datang pulak officemate aku duk mengintai intai ape la yang aku tengah buat tu. nampak serius bebenor...
lalu dengan tanpa segan silunya aku menawarkan mereka menolong aku... adusss, jahat sungguh aku, telah membantutkan kerja mereka pada pagi tadi... terasa bersalah sangat-sangat... (ermmm, nak buat macam mane ni?? tenang faizura tenang...)
hrmmm.... dengan itu, saya ingin menghadiahkan kamu, zuria zihanee dan irwan dengan sekalung doa daripada saya... "ya Allah, bersyukur aku kerana dikurniakan kawan yang sudi membantu di saat aku memerlukan ilham untuk membuat kad ucapan itu. aku memohon padaMu ya Allah, semoga Kau sentiasa melimpahkan rahmatMu ke atas mereka yang membantuku dan meluaskan pintu rezeki mereka di dunia dan akhirat kelak. bahagiakanlah mereka dunia dan akhirat." aminnn...
hasilnya saya sangat suka....!!! sangat kreatif apabila arkitek dan designer bersatu idea...!!! terima kasih ye.... sanagat sangat terima kasih...!!
nak tengok hasil nya...
cekidaout......
oleh sebab banyak sangat error masa print kad ucapan nie, so saya pun berikan karikatur tu kepada tiga orang kawan saya yang sudah berkahwin iaitu sheera, niza dan oya... untuk isyqi, kad lain akan dibuat la untuk kenangan semasa bujang... ngehhh....

| mereka yang sudi menghabiskan masa mereka dengan perkara yang lagha nie... |
![]() |
| idea mereka yang sangat kreatif...!!! |
![]() |
| saya paling suka patung yang terkeluar dari kad tu. |
oleh sebab banyak sangat error masa print kad ucapan nie, so saya pun berikan karikatur tu kepada tiga orang kawan saya yang sudah berkahwin iaitu sheera, niza dan oya... untuk isyqi, kad lain akan dibuat la untuk kenangan semasa bujang... ngehhh....
![]() |
| hargailah kaum Hawa... |
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
kenangan,
kerjayaku,
mood,
syukur
23 February 2012
~~DARA.com Mac 2012...
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...!!!
opsss... majalah ini memang merupakan salah satu majalah kegemaran aku setiap bulan... mesti beli... tapi sejak aku bercuti (tanpa gaji) selama sebulan ni, aku terpaksa cut budget sikit la untuk membeli barang-barang keperluan ni. syukur housemate aku juga rajin membeli majalah... dah dua kali majalah nie dia belikan. aku tumpang baca sahaja... hehehehehe... thanks ye...
mulanya aku baca langsung tak tengok tentang isu utama majalah ini. tup tup tup, selak punya selak... tajuknya mengenai "Cinta Yang Tidak Pernah hadir" ouch, tertusuk jantung dan hulu hati... hahahhaha...
ada beberapa kisah yang bagi aku sangat seronok untuk dibaca.. jadi, aku titipkan sedikit kata-kata yang bagus untuk dikongsi bersama..
"ketika cinta telah hadir di dalam hati setiap manusia, bersyukurlah, bahawa itu adalah kurniaan terbesar yang diberikan Tuhan kepada hambaNya.."
"apabila cinta itu bertandang, hatinya pula sekeras kelikir. beku tanpa rasa. diam tanpa kata. akhirnya cinta itu pun berlalu pergi."
"sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepadaNya.."
"ya Allah, berikanlah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik.."
"boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan amalan besar boleh menjadi kecil kerana niat.."
"orang yang soleh dan solehah merupakan mereka yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang kepada perkara yang salah dan mereka segera mengerjakan pelbagai kebaikan.."
p/s: salam 1 Rabiulakhir 1433H.... cepat betul masa berlalu kan??

09 February 2012
~selamat datang 2012~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia....
entry ini agak terlewat untuk aku tuliskan... sudah 40 hari berlalu sejak kedatangan tahun 2012 ini. bersyukur padaMu ya Allah kerana mengizinkan aku untuk berada di dunia ini lagi.
awal tahun ini aku diuji oleh Allah untuk membuat pilihan antara keluarga dan sahabat. dulu aku jahil untuk memilih sahabat kerana bagi aku keluarga tidak memahami aku. tapi syukur padaMu ya Allah kerana Kau telah mengurniakan seorang sahabat yang cukup memahami aku. ku mohon agar Kau berikan aku petunjuk dalam membuat keputusan, lalu Kau hantarkan aku sahabat untuk menyelesaikan masalah aku. perbualan yang hanya menggunakan google talk sahaja cukup membantu aku dalam membuat pilihan. dan pilihan aku tetap, keluarga harus diutamakan dalam segala hal.
benar, seandainya dia sahabat yang jujur, dia akan mengerti dan memahami keputusan aku. tapi seandainya tidak, Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. maaf aku tiada di hari persandingan mu. tapi aku berusaha untuk menghadirkan diri di majlis penikahan mu. maaf andai kehadiran aku menambahkan bebanan, sungguh aku hanya mahu melihat ianya sempurna. tapi aku terlupa bahawa Allah itu Maha Sempurna.
cuba untuk membahagiakan insan - insan yang kita sayang kerana kita sendiri tidak tahu sampai bila kita akan bersamanya. manusia diuji dengan kehilangan. dan aku tahu, segalanya adalah milik Allah yang Satu.
apa yang ada hanyalah pinjamanNya. maka bersyukurlah aku kerana aku mempunyainya. terima kasih ya Allah. moga segala ketentuanMu akan ku hadapi dengan kekuatanMu.
insyaAllah...
(4 februari 2012)
"bila engkau letih & hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
bila tangismu berpanjangan & hati mu duka, Allah telah mengira titis air matamu.
bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu.
bila engkau kebuntuan akal, maka Allah penunjuk jalan.
apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
fall again..,
family,
keluargaku,
kerjayaku,
luahan hati,
syukur,
ujian,
ujian Allah
27 December 2011
~debaran~
mood hujung tahun nie memang aku tak suka
penentuan kontrak kerja kami samaada bersambung atau tidak akan ditentukan
haiii...
berdebarnya rasa hati...
bak kata bos aku...
ada rezeki yang lebih baik di luar sana....
ya Allah...
Kau luaskanlah pintu rezeki itu untuk kami mencari rezeki yang halal di bumiMu ini ya Allah...
padaMu aku berserah....
amin..
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
fall again..,
keluargaku,
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
syukur
Subscribe to:
Posts (Atom)