#Part 3
tiket aku pada pukul 6.30 petang. selesai mandi dan bersiap-siap lebih kurang pukul 5 petang. entah kenapa aku rasa sayu sangat mahu pulang ke Kajang. tapi aku buang perasaan itu jauh-jauh sebab aku tidak mahu mak nampak rasa itu.
sebelum aku mahu pulang, aku sekali lagi sapukan losyen pada tangan dan kaki apak. bisik aku di telinga apak, "apak, jula dah nak balik kajang ni. boleh tak jula balik? apak tunggu jula ek. hari ini hari rabu, esok khamis, jumaat nanti kita jumpa lagi tau. apak cepat sembuh tau. jula tunggu apak. sayang sangat kat apak hensem ni. muaahh" sambil aku cium dahi apak. entah berapa kali aku ucapkan perkara yang sama.
tiba-tiba mak aku suruh aku bacakan surah Yaasin sebelum aku balik. aku baca tanpa membantah. aku bisikkan di telinga apak. semoga apak mendengar bacaan itu. perlahan aku bacakan dan sebak di hati aku. sepanjang aku berada di hospital, inilah kali pertama aku bacakan surah Yaasin di tepi telinga apak sebelum aku bergerak balik. aku tidak tahu mengapa dan kenapa.
selesai aku bacakan surah Yaasin, aku cium lagi dahi apak. mata kiri apak bukak. aku bisik lagi di telinga apak, "apak tunggu jula ek. jula nak balik kajang ni. esok keje. jumaat ni kite jumpa lagi tau. apak janji tau." dan sesungguhnya waktu itu, aku tidak dapat menahan air mata aku daripada mengalir. ya, aku menangis di situ. di depan mata apak yang terbuka itu. apak kelipkan mata. ya, apak akan tunggu jula. berkali-kali aku cium dahi apak.
kemudian aku bersalam dengan mak. entah kenapa aku menangis bila aku peluk mak. aku sebak, aku sedih, aku tidak mahu pulang. tapi mak tenang sahaja, " dah la.. jangan nangis. banyakkan doa untuk apak. doa anak daripada jauh pun dah cukup. pergilah balik."
aku cium lagi dahi apak. sekian lama sejak duduk di hospital, aku jarang menangis terutamanya sewaktu hendak pulang ke kajang. tapi pada waktu itu, senang sekali air mata aku keluar laju. aku tidak kisah jika ada sesiapa pelawat yang nampak aku menangis tika itu. aku tidak malu untuk menangis kerana aku menangis untuk apak.
abang aku, Lah yang membawa aku ke stesen keretapi Ipoh. sepanjang perjalanan, air mata aku masih menitis. tapi aku cekalkan hati. tapi entah kenapa, di dalam ETS itu, air mata aku mencurah-curah keluar. langsung aku tidak hiraukan orang di sekeliling aku. sambil aku mendengar lagu "Rahmat Ujian" dari kumpulan Mestica yang aku dengarkan lagunya di radio IKIM FM baru-baru ini. bait-bait liriknya sangat membuatkan aku rasa sedih.
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
lagu itu sahaja yang aku putarkan sepanjang dua jam lebih perjalanan aku ke KL Sentral. hati dan bibir aku tidak pernah putus untuk mendoakan apak dan mak. semoga kami diberi kekuatan atas ujianMu ini ya Allah.
![]() |
| ubat yang dimasukkan ke dalam badan apak di waktu waktu terakhir bersama apak |
~~to be continue...~~
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"


No comments:
Post a Comment