AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

27 April 2012

~hari ini 27 hari bulan April..~


assalamualaikum dan selamat petang dunia....

hari ini, genap enam bulan arwah apak meninggalkan kami sekeluarga. genap enam bulan aku menangis setiap kali mengenangkan detik-detik itu.

rindu.

tetapi apakan daya, hanya titisan air mata yang mampu mengalir. hanya titipan doa sahaja yang mampu aku lakukan. hanya harapan dan impian sahaja yang tinggal untukku. hanya kenangan dan ingatan untuk aku simpan.

pergi tanpa ucapan perpisahan ianya sangat memeritkan. pergi tanpa kata-kata ianya sangat memilukan.



tetapi, itulah yang dinamakan takdir. itulah yang dinamakan rahsia Allah.

tiada siapa yang dapat mengetahui bila dan bagaimana kita akan MATI.



semoga roh apak sentiasa dirahmati Allah. ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman. sesungguhnya kami merinduimu.


al fatihah buat Mohd Ali bin Mat Din



tekun saudara mara mendengar apak borak....



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

23 April 2012

Doa dan Harapan


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

beberapa hari yang lepas, aku dapat khabar berita daripada abang dan mak, kata mereka, kakakku terpaksa ditahan di wad hospital Ipoh kerana penyakit kulit yang tiba-tiba datang menyerang beliau. terkejut aku dengan berita itu, aku kasihan dengan beliau. simpati aku mencurah -curah... di dunia ini tidak punya sesiapa melainkan ahli keluarga cuma. suami nun jauh bekerja di Singapura. hidup ditemani dua orang anak yang masih kecil. syukurlah kerana arwah apak sempat mencari rumah sewa yang berdekatan dengan rumah kami. senang untuk kami menjenguk.

dugaan hidup beliau cukup kuat. dan beliau cukup gagah hadapi semua itu. tenang di wajahnya tidak menggambarkan betapa perit hidup yang terpaksa dilalui. sekiranya aku diletakkan dalam cerita beliau, belum tentu aku mampu untuk bertenang seperti beliau.


aku titipkan doa untuk beliau, semoga hidupnya sentiasa dirahmati Allah. diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk terus kuat hadapi dugaanNya. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya.

semoga beliau cepat sembuh dan terus kuat. percayalah, awan mendung akan berlalu pergi dan matahari akan memancar cahayanya. semoga dirimu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.


daripada adik perempuanmu,
faizura




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

19 April 2012

~Alhamdulillah...~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...!!

syukur alhamdulillah akhirnya permohonan kami diterima untuk kembali kepada status yang asal iaitu lebih baik daripada sekarang. walaupun hakikatnya, kami menyedari bahawa kami harus giat usaha lagi untuk mendapatkan pekerjaan lain, tapi sekurang-kurangnya berita semalam cukup melapangkan dada kami. Alhamdulillah...


sentiasa berdoa semoga mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki sekarang ini. moga diperkenankan Allah... aminn






"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

18 April 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~

assalamualaikum dan selamat petang dunia....!!


































"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

15 April 2012

~selamat BERTUNANG paeh!!~ part 2


assalamualaikum dan selamat awal pagi dunia...!!!


ok, cerita mengenai majlis pertunangan abang aku tu setel satu entry, sekarang ni entry berkenaan aktiviti selepas bergelar tunangan orang...

perancangan ini pun sebenarnya secara tiba-tiba sahaja, dicadangkan oleh pak uda aku sebab dah alang-alang lalu dekat skyway nak ke genting highland kan, so ape lagi, jom kita semua naik atas...!!

masa paeh cakap nak pergi naik atas genting, terus aku ingat kat arwah apak, sebab apak ada cakap nak pergi tengok tempat paeh kerja ni. hrmmm.... sebenarnya arwah apak ajak aku pergi sana masa cuti Yang Dipertuan Agong pada 4 jun 2011 yang lepas. tapi disebabkan aku ada perancangan dengan kawan-kawan PALAPES nak ke kelantan untuk kenduri kahwin, hasrat hati apak ditangguhkan sehingga akhirnya aku tidak dapat tunaikan... T_T   *aku kena belajar untuk lepaskan sesuatu yang berat


dulu aku memang seorang anak yang tidak tahu menghargai masa untuk bersama keluarga, hanya mementingkan kawan daripada keluarga. tetapi tidak kini, aku akan berusaha untuk meletakkan keluarga pada keutamaan aku. moga Allah permudahkan..

malas nak cakap benda-benda yang boleh menyebabkan air mata bergenang, jadi, tengok je la gambar aku bersama keluarga tersayang.


anak buah bersama pak chor nya.... 



abang is bersama pak cu...

teruja...!!

eceh, berani sungguhhh!!


aku bersama abang aku, pejay

ayah nyah bersama anak bongsu, ayah dan mak kiyang

sangat sejuk OK!!

bersama mak tercinta

abby dan sarah, sepupu aku yang comel-comel belaka...!!

sepupuku ina yang baru tamat SPM...



si darah manis, paeh


mereka yang menceriakan suasana...

kimi, abby dan mak su...

aku dan alin yang senget...!!




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

~selamat BERTUNANG paeh!!~ part 1


assalamualaikum dan selamat awal pagi dunia...!!

seminggu aku simpan entry ni berkenaan majlis pertunangan abang aku , Paeh seminggu yang lepas... bukan tak nak tunjuk gambar, tapi kesibukan melanda sedikit. lagipun majlis ni dibuat dengan penuh kesederhanaan. Islam suka pada kesederhanaan. alhamdulillah...

hantaran sudah siap semuanya, tapi seperti yang dijangka oleh mak dan paeh, sireh junjung yang dihias mereka pada hari Khamis telah layu keesokkan harinya. mana tak layunya, tak disapu dengan minyak, memang tak boleh tahan lama. akhirnya, aku mengambil tugas untuk menyapu minyak pada daun sireh dan hiasan di buat oleh mak aku memandangkan aku ni tak ada langsung kesenian dalam tangan aku ni. hahahhahah

paeh yang baru balik dari surau tu sibuk nak tolong mak aku gubah sireh junjung, tapi di halang oleh aku sebab potpori masih tak berbungkus lagi. hahahhahah... maka kisah potpori tu digubah oleh paeh dan opah selaku pengkritik hiasan. ahhaahha

akhirnya siap semua hantaran dan tiba masa nak iron baju pulak. nasib badan jadi adik perempuan ni. kena ambil tanggungjawab la untuk kes kes iron baju ni.

rancang nak gerak pukul 7.30 pagi, tetapi lambat jugak. sampai di RnR Lanchang, tepat pukul 12.30 tengah hari. lewat daripada yang dirancang. ok, janji dengan keluarga sebelah sana, pukul 12.00 tengah hari kami sampai. kesian keluarga sana sebab penat menunggu. abang aku, peroih yang gerak dari Seremban, tak kunjung tiba.

akhirnya kami tiba di sana dengan lima buah kereta pada pukul 2.00 petang. lewat dua jam daripada perancangan asal. bincang punya bincang, akhirnya ikatan pertunangan terjalin antara Paeh dan Ain. insyaAllah jika diizinkan Allah, akan mengikat tali pernikahan selewat-lewatnya raya aidilfitri tahun hadapan, 2013. moga dipermudahkan Allah.


bagi aku, majlis pertunangan ni sangat simple. saat semua gadis gadis kat luar sana mengimpikan majlis pertunangan mereka seakan-akan majlis pernikahan, tapi mereka memilih untuk bersederhana. lebih baik menyimpan daripada membazir kan??





aku bersama adik-adik aku yang bergaya sangat!!




jari ain ni sangat shaking OK!! ok, baru faham kenapa orang sangat gabra masa nak sarung cincin dengan bakal mak mertua... hahahhahhaah

seronok betul mak nak dapat bakal menantu lagi....

semoga menjadi menantu yang baik untuk keluarga... aminn

datang dari Seremban

selamat bertunang Paeh & Ain





"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

13 April 2012

~jangan KECEWA~




untuk seseorang,

jangan kecewa andai diri kamu ditolak,
jangan sedih andai tiada jodoh buat kamu berdua,
tapi senyumlah...
kerana ada pengajaran bagi setiap yang berlaku.

untuk seseorang,

jangan terlalu mengikut hati yang lara,
ekoran kerana perpisahan itu,
ingatlah bahawa segalanya telah dirancang Allah,
yang menentukan sedari kau berada di janin ibumu lagi.

untuk seseorang,

percayalah bahawa ada seseorang yang sedang menantimu,
di dunia mahupun di akhirat,
mungkin dia yang akan memimpinmu menuju ke syurga,
berdoalah semoga dirimu tidak keseorangan,
Allah itu Maha Penyayang,
Dia tidak akan membiarkan hambaNya kesunyian,
bukankah engkau lebih tahu itu??

untuk seseorang,

kita berkenalan hanya beberapa bulan sahaja,
namun aku tahu kau wanita yang kuat,
walaupun air mata mudah jatuh bagimu,
namun itulah yang menguatkanmu,
aku tahu kau mampu untuk bangkit,
percaya pada Allah,
kelak kau akan percaya pada diri sendiri,
kerana segalanya adalah milik Allah.

untuk seseorang,

aku mendoakan semoga dirimu bahagia,
walaupun kebahagiaan ku masih aku tidak ketahui,
tetapi yakinlah,
cerita kita semua berbeza,
aku pasti kau akan bahagia,
di dunia mahupun akhirat,
InsyaAllah.....



*nurkilan ku buat mu, shalina







"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

12 April 2012

~saya tidak mahu pergi tapi saya kena pergi jugak!~


entry ini hanya untuk luahan dalaman hati sahaja...



saya tidak mahu pergi ke tempat itu kerana saya ingin cuci tangan...!!

Tuhan tolong berkati pemergianku itu....



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

~syukur yang panjang~

assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

rata-rata seluruh dunia mengetahui akan gempa bumi 8.9 skala ritcher yang telah melanda diluar pesisir pantai Acheh Sumatera kira kira pada pukul 4.40 petang waktu Malaysia. aku turut merasai gegaran itu. usai solat Asar, aku berniat untuk tidur sebentar selepas penat membaca buku. baru je merebahkan diri atas katil, terasa katil itu bergoyang ke kiri dan ke kanan. apakah?? adakah kerana terlalu kuat memasang kipas sehingga katil mampu bergoyang???

aku bangun, jenguk ke tingkap.. tapi tiada apa... aku rebahkan lagi diri atas katil. dan sekali lagi katil aku bergoyang.. aku tengok twitter, namun tiada siapa yang menghupdate berkenaan gegaran or gempa bumi. aku cuba mencari tweet berkenaan gempa bumi. and yess, i finally found it. and yes, it was earth quake around Sumatera.

subhanallah... takutnya aku tika itu. mengucap panjang aku...


aku takut dan berdoa pada Allah semoga dilindungiNya. ayat-ayat al-mathurat aku baca untuk menenangkan debaran. berdoa semoga segalanya selamat.


syukur, tiada kehilangan nyawa yang dilaporkan sehingga pagi tadi. alhamdulillah. amaran tsunami di tarik balik oleh kerajaan. namun, setiap kita pasti terdetik, amaran tsunami boleh ditarik balik, tapi amaran Allah..??

subhanallah... padaMu ku mengharapkan belas kasihan. lindungilah kami dan jagailah kami.



pada diri sendiri, aku tekadkan diri untuk cuba solat di awal waktu. bayangkan, jika tika itu, bangunan aku duduki itu rebah ke bumi. bukankah aku berhutang Asar dengan Allah?? ya Allah, aku tahu mati itu pasti, dan aku mohon padaMu ya Allah, andai takdir itu menghampiriku pada bila-bila masa, ku mohon agar aku kembali padaMu dengan keadaan penuh iman dan islam. terima lah aku dengan keadaan baik dan sempurna. tutuplah aibku. padaMu ku serah segala-galanya. kerana segala-galanya milikMu ya Allah.





"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

06 April 2012

~akhirnya ianya tiba jua...~

assalamualaikum dan selamat pagi dunia....!!!

syukur kerana tiba jugak hari Jumaat ni... kenapa dengan hari Jumaat ni?? hari penghulu segala hari kannn?? hehhehe.. tapi yang menyebabkan saya lagi teruja, sebab hari ini saya akan pulang ke kampung halaman...!!

yes!! finally, setelah hampir sebulan tak pandang muka mak. petang nanti insyaAllah saya akan selamat sampai rumah... ehhh, awalnya kau sampai rumahhh???

hehheheheh, petang nie selepas Asar, insyaAllah, kami sekeluarga akan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil sempena majlis pertunangan abang aku yang kedua, Paeh pada keesokkan harinya... finally, aku nak dapat kakak ipar lagi. eh, kakak ipar ke??? yelahhh, walaupun dia muda 4 tahun dari aku, tapi sebab dia kahwin dengan abang aku, so otomatik la die jadik kakak ipar aku?? haihhh, dah nak kahwin dah die ek muda-muda ni... aku ni ha, bile la nak kahwin...??

hehehheheh, sangat teruja sangat sangat sebab nak  balik kampung...kepada semua-semua yang balik ke kampung pada minggu ini, berhati-hatilah semasa memandu... ingatlah orang tersayang...





"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

05 April 2012

~MIRROR MIRROR~

assalamualaikum dan selamat petang dunia...

kita hanya merancang tapi takdir Allah mengatasi segalanya... sejak berminggu-minggu yang lepas merancang dengan housemate untuk menonton filem Mirror Mirror di pawagam. dan kami sepakat memilih hari semalam sempena Ladies Night untuk menonton wayang bersama...!!




tiket dah dibeli secara online booking sebelum hari semalam tiba... dan secara tiba-tibanya juga, salah seorang BFF aku, yang sangat kecik dan comel a.k.a Yana Kecik menghantar mesej betul-betul masa aku tengah mengharung kesesakkan lalu lintas a.k.a jem....

yana : hai fai...!!! pegi tengok wayang ke????

aku : macam tau tau jek... hahahahha. nak join ke?? malam nie kul 8.15 kat alamanda.. cite mirror mirror...

yana : macam sempat jek.. tapi boleh ke aku join??

aku : serius ke ko nak join nie?? tapi aku kena tengok tiket untuk ko dulu ade ke tak. if ade, kite tgk sama2, tapi seat xsama la... if xde seat, xpela, ko datang jela, kite jalan2, borak2... 

yana : eh, boleh  plak macam tu..?? burn la tiket ko..

aku : mane de burn, ko bayar la dgn belanje aku McD.. hahahahhahha

yana : eh, boleh ek..... ok la... aku datang la cmni...



terharu tak yana?? aku sanggup tinggalkan wayang tu sebab ko... hehhe, tapi takdir Allah kan. seat untuk ko ade. tapi salah aku jugak, ingatkan betul2 belakang kitaorang jek, tapi wing lain la plak... kitorang belah kanan, ko belah kiri pulak.. ampun ek...

lagi satuuu, ampun jugak sebab tak sempat nak bawak yana nie pegi makan lepas tengok wayang.. takut lambat sampai rumah. bukan nak bagitau aku yang en suhai datang jemput kat KL sentral... kalau aku tahu, boleh la bawak pergi makan dulu... heheheheh.....

hrmm... by the way, boleh plak si yana mesej aku pagi tadi.. katanya, aku nampak lebih comel dengan housemate sekarang nie.. apakahh...?? mungkinkah kerana ada housemate yang berusia jauh lebih muda dari aku?? (eleh, setakat beza dua tahun jek xde muda sangat..) tapi mungkin juga keceriaan aku tu hadir dengan pertemuan dengan yana kot... hehehhehe...




pssssttt... cantik jugak wedding dress julia robert dalam filem nie...




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

03 April 2012

~lalu mendung pun menjelma...~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

semua orang mengimpikan kerjaya yang mampu menggembirakan mereka setiap hari bekerja , 8.00 a.m to 5.00 p.m..... seriously, me too...

setiap hari aku memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan harapan semoga hari itu lebih baik daripada semalam. segalanya akan berjalan lancar dan segalanya akan dipermudahkan Allah. bila mana ada sahaja isu yang memeningkan tahap pemikiran aku tika itu, aku berdoa mengharapkan agar aku diilhamkan rasa syukur dan rasa ikhlas dalam membuat pekerjaan itu. bukan mengadu, jauh sekali untuk tidak bersyukur, tapi aku juga manusia biasa. ada perasaan penat, ada perasaan menyampah, ada perasaan meluat.. aku cuba tepis segala rasa kerana aku tahu, sekurang-kurangnya setiap bulan akan ada duit yang masuk ke dalam akaun bank aku. dan aku tahu duit itu bukan untuk kegunaan aku seorang sahaja. keberkatan itu penting. aku padam rasa ketidakpuasan hati kerana aku tahu, keberkatan dalam melakukan kerja itu penting.

aku menarik nafas panjang tika aku disalahgunakan.... memejam mata seolah-olah aku tidak mempunyai rasa itu. aku mohon padaMu ya Allah, semoga Kau membantu aku untuk membersihkan rasa buruk dalam hati aku yang kecil ini. hatiku ini milikMu ya Allah. padaMu ku berserah segalanya....



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

02 April 2012

~kalau dah tahu menipu tu berdosa, kenapa menipu jugak???!!~


assalamualaikum dan selamat petang dunia...

ok, aku ulang sekali lagi, "KALAU DAH TAHU MENIPU TU BERDOSA, KENAPA MENIPU JUGAK???!!!"

boleh tak kau bagi jawapan yang spesifik sikit?? ini tak, nak menyimpang jauh dari kenyataan.. kenapa ye?? sebab kau nak jaga hati orang lain?? cuba elaborate sikit jawapan kau tu.. ni tak, selalu sangat nak menipu untuk kepentingan kau sendiri kan?? susah la aku nak bagi nasihat kat kau nie...



astaghfirullahalazim....
aku terlupa yang hati kau tu Allah yang pegang. walau seribu nasihat aku bagi pun, tapi kalau Allah belum bukakan hati kau untuk terima segala kata-kata aku, aku nak buat macam mana. sekurang-kurangnya aku berusaha untuk membantu kau.

ingat ye wahai engkau.. (ye, aku tahu kau baca blog nie)
dunia ini hanya sementara. akhirat itulah kampung kau yang kekal abadi. syurga itu indah, dan neraka itu azab.




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"