AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

27 June 2012

~JULAI~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Julai kian menghampiri... dalam menghitung hari untuk bertemu dengan Ramadhan, Julai datang mengetuk diri. Julai.... padanya tersimpan seribu cerita. padanya tersimpan sejuta rasa. padanya tersimpan jutaan penyesalan. padanya tersimpan kenangan.. padanya tersembunyi hikmah. pada Julai...

Alhamdulillah, semalam aku berada di kampung halaman, untuk menghabiskan sisa-sisa proses terakhir wasiat arwah apak. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. giliran kami yang sepatutnya pada pukul 4.00 petang berlarutan menunggu hingga pukul 5.30 petang. gelisah mak dan akak memandangkan tiket ETS aku pada pukul 6.15 petang. bimbang tak sempat pula untuk aku menghadiri bicara akhir pengagihan harta pusaka itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa mempermudahkan kami. segalanya menjadi mudah. berada di dalam bilik bicara itu untuk hampir 15 minit, dan segalanya berakhir dengan senang hati. syukur padaMu ya Allah.



sebulan diperuntukkan oleh pegawai tersebut untuk memastikan hak milik bertukar tangan. itu perancangan mereka, perancangan Allah belum tentu lagi. aku mendoakan semoga segalanya berjalan lancar.

oh, hari ini ulang tahun yang pertama bagi fatin, anak perempuan abang aku yang tak sempat untuk arwah apak dukung, bermanja. 27 haribulan juga menyimpan sejuta rasa.



moga tenang disana apak. doaku sentiasa mengiringimu. al fatihah



"redha dengan takdir Allah"