AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-
Showing posts with label glelak menggelakkan. Show all posts
Showing posts with label glelak menggelakkan. Show all posts

17 September 2013

~4 minggu sudah~ terima kasih atas segalanya....


Assalamualaikum dunia...




pejam celik pejam celik, rupanya hampir sebulan aku tinggalkan kerjaya aku di KPM. meninggalkan kerjaya aku sebagai seorang pekerja kontrak di unit teknikal setelah hampir 4 tahun menimba pengalaman di situ. tawaran pekerjaan yang aku dapat pada bulan Ramadhan yang lalu benar-benar menggembirakan aku. teringat kata-kata seorang teman, jika kita membaca dan memahami tafsir al-Quran, kita tidak akan menemui istilah kebetulan dalam hidup kita. yup, dan itulah kekuasaan dan kehebatan Allah Yang Maha Esa ini. janji Allah itu benar, kata RasulullahSAW itu juga benar.


“Pada hari  itu (Jumaat) terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim shalat berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, -yang kami pahami- untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


berita yang aku terima daripada abangku memang tepat selepas selesai Solat Jumaat 10 Ramadhan 1434H. Allahuakbar. doa yang dimakbulkan di hari Jumaat, pada sepuluh Ramadhan yang pertama. moga keberkatan Allah sentiasa mengiringi. =') terima kasih pada sesiapa yang sudi mendoakanku terutamanya mak serta ahli keluargaku. syukur ya Allah.



pada mulanya, risau juga aku memandangkan surat daripada Jabatan belum diterima dan tiada kata putus bila aku akan melaporkan diri dan di manakah penempatan aku selepas ini. peluang dan ruang di bulan Ramadhan itu benar-benar aku gunakan sebaik mungkin. dalam setiap doaku terselit agar penempatan baruku itu membawa kebaikan padaku, keluargaku, duniaku, agamaku, akhiratku. aku tidak tahu apakah yang terbaik bagiku, tapi aku yakin Allah akan menetapkan aku ditempat yang terbaik.



19 Ogos 2013 (Isnin). itulah hari terakhir aku berkhidmat di KPM. yup, walau berjuta kali aku menutup kalender bertarikh 19 Ogos tu, ianya tetap muncul juga. detik perpisahan bersama warga KPM. Allah sahaja yang mengetahui isi hati waktu itu. Allah sahaja tempat aku berserah diri. rindu aku pada mereka. mereka yang selalu berjemaah di sana. rindu perasaan apabila saf dirapatkan. rindu apabila mencium tangan mereka. rindu. pada mereka yang menjadi teman seperjuangan di unit teknikal. rindu pada mereka yang menjadi teman ketawa dan menangis. rindu nak makan beramai-ramai. rindu nak digelar 'geng meja makan'. rindu. dan pada waktu ini pun, rindu masih ada.


selepas makan tengahari yang dimasak oleh sahabat baikku, sheera, aku pun memulakan langkah untuk bertemu dengan warga KPM. bermula daripada jemaah surau di tingkat 2, beralih ke tingkat 3, dari unit Bajet hingga unit khidmat pengurusan. bersalaman dan memohon maaf dengan mereka yang banyak membantu sepanjang berkarier di sini. memandangkan berpisah di bulan Syawal ni, ucapan maaf zahir batin tu memang dah jadi perkara biasa. [tengok, tidak akan wujud istilah kebetulan dalam hidup ini! segalanya Allah dah rancangkan. indah kan?? :')]

terharu sangat bila jemaah di surau mendoakan kebaikan di tempat baru aku nanti. yelah, kenal tak lama, jumpa pun time solat Zuhur dan Asar. huhuhu, indah kan ukhuwah dalam Islam ni..?? oh, salah seorang jemaah di surau ini juga merupakan teman aku sewaktu beriktikaf di Masjid Besi sepanjang Ramadhan 1434H. syukur sangat-sangat sebab Allah kurniakan teman pada tahun ini. terima kasih kak ifa sebab melayan ragam fai yang serba tak sempurna ni.




ini adalah mimie, sahabat yang aku kenali sewaktu aku menjejakkan kaki di KPM buat kali pertamanya bersama sheera dan isyqi. sangat lembut orangnya. baik jek. sayang lah nak tinggalkan dia... :'(



dan inilah sahabat baik saya di unit teknikal!! memperkenalkan "geng meja makan" kami!! oya, niza, sheera, isyqi, piqa. ain pulak bakal ibu tak lama lagi. sepanjang pregnant, aku selalu usap perut dia. baby kick me plez!! heheheheh. haih, nak bercerita mengenai mereka ni, terlalu banyak! dan tak tahu nak mulakan dari mana! syukur sangat-sangat kerana dikurniakan mereka dalam hidup ini. saling sokong antara satu sama lain. saat sedih, saat jatuhnya aku, saat kehilangan arwah apak. mereka sentiasa ada. mereka sentiasa memberi semangat. mereka sentiasa ada. tika aku lemah, kata-kata mereka cukup menenangkan. oya. niza. sheera. piqa. isyqi. sentiasa menceriakan hidup. terima kasih Allah. :'D







 dan kini, aku tiada di sisi mereka. waktu pejabat jela... heheheh. doaku, moga mereka sentiasa dijaga Allah, dilindungi Allah, dibimbing Allah, diredhai Allah. moga perpisahan ini bukannlah perpisahan terakhir antara kita. moga ada pertemuan kali kedua.

saya sayang awak semua kerana Allah!!


='D










 


"berpisah tempat kerja je pun. putrajaya-shah alam je pun. jangan nak mengada sangat la faizura!! ehheheh"

26 February 2013

~bila hati bermonolog sendirian...~


Assalamualaikum...

dia dah nak kahwin dah. siapa? sahabat dunia akhirat saya...

siapa??

dia adalah jaja...

subhanaAllah, sudah sampai waktunya. nak menaip entry ni pun mengambil masa yang lama. cuba mengawal air mata. ya, dia sahabat ketawa dan air mata saya. terima kasih Allah kerana menghantar dia dalam hidupku. terima kasih atas segalanya.

doaku, moga sahabatku itu menjadi ketua bidadari buat suaminya di syurga nanti.
doaku, agar perkahwinan mereka diberkati olehMu ya Allah.
doaku, semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
doaku, semoga kami tetap kukuh bersahabat keranaMu ya Allah

harapanku, moga mereka tetap setia, tabah hadapi segala ujianMu.


Barakaallah sahabatku jaja. moga redha Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sekeluarga. =)



terima kasih kerana memberi semangat. terima kasih atas segalanya!


p/s:  orang tu nak kahwin je pun, bukan bermakna nak berpisah dengan kau faizura. hohohohoh, tapi nanti dia jauh dengan saya. saya dah tak boleh nak mesra macam dulu dulu. suami diutamakan, keluarga didahulukan. sayang jaja selalu  =')


(monolog dalaman)



"bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang paling memahami diri ini. moga bahagia untuknya"

18 February 2013

~segala puji hanya bagi Allah S.W.T~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Alhamdulillah. terima kasih Allah. atas segala nikmat, atas segala keizinan. atas segala peluang. atas segala kasih sayangMu.

syukur alhamdulillah, berjaya menghadirkan diri sebagai volunteer untuk program Seminar Baitul Muslim 2.0 sepanjang Jumaat sehingga Ahad. alhamdulillah diberi keizinan untuk keluar menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku, niza di Pantai. alhamdulillah. syukur ya Allah.

pengalaman menjadi salah seorang daripada komuniti volunteer ini memang berharga. berperanan dalam biro protokol dan usherer ini memang menguji diri. antara komitmen dalam tugas dan ceramah dalam setiap slot. jujur, memang banyak slot yang aku tertinggal. boleh dikatakan seolah-olah tidak mendengar langsung setiap slot. tetapi memang itulah tujuan menjadi volunteer kan. memberi bantuan sepanjang program berlangsung. kelebihan, dapat berjumpa "face to face" dengan setiap speaker, terutamanya Ustaz Pahrol yang memang aku nanti-nantikan setiap waktu. alhamdulillah...!!

alhamdulillah, aku tidak keseorangan sepanjang program. ada adik-adik yang sentiasa menemani. janggal bila dikelilingi mereka yang muda-muda. terasa ketuaannya aku ini. syabas kepada mereka, kerana mereka semua bukannya muda sebarang muda. semuanya telah matang. betul cakap ustaz pahrol, matang bukan diukur dengan usia.

seronok memang seronok. alhamdulillah. bibir, hati, jiwa ini berasa syukur. walaupun ternyata kepenatan itu jelas terpancar, tetapi ada sesuatu yang meresap dalam diri. aku mahu menjadi lebih baik. dikelilingi mereka yang bertudung labuh, berniqab, zikir yang tidak pernah lekang di bibir. subhanaAllah.

kerdil, memang kerdil. terima kasih Allah. terima kasih Allah. terima kasih Allah.





"alhamdulillah"

29 January 2013

~berhenti atau berlari?~


Assalamualaikum dunia...

bangun pagi aku tadi dikejutkan dengan bunyi alarm.
ada mimpi yang terhenti.
dan aku bersyukur dengan mimpi itu.
mimpi itu mainan tidur.
siapalah aku untuk mengatakan mimpi itu adalah petanda Allah.
tapi sedikit sebanyak mimpi itu membuat aku berfikir.
untuk berhenti daripada berlari.
untuk berhenti daripada mengejar.
untuk berhenti.

mimpikan situasi itu merupakan mimpi buat kali ketiga.
tetapi mimpi ini mempunyai situasi yang agak berbeza.
entah kenapa aku bermimpi, aku pun tidak mengetahuinya.
tetapi aku tahu, mimpi itu hanya satu permainan.

ya, mimpi hanya permainan.
tetapi entah kenapa mimpi itu membuat aku tertanya-tanya.
harus berhenti atau berlari lagi?
harus berlari atau berhenti?








"ya Allah, jauhkan aku daripada segala fitnah dunia mahupun akhirat"

17 January 2013

~tahniah!!!~


Assalamualaikum dan selamat petang dunia...!!

ingat tak dua entry aku sebelum ni. dup dap risau bila mengenangkan salah seorang sahabat sedang bertarung nyawa untuk bersalin. alhamdulillah, kedua-duanya selamat. dipermudahkan Allah. hanya lebih kurang 15 minit sahaja berada di labour room. jahitan pun tak sampai 10. tapi baby yang keluar dengan jayanya seberat 3.5 kg... perghh, sangat sihat. mujur ada ramai officemate yang turunkan ilmu cara-cara nak push dengan betul. alhamdulillah....!!

petang semalam jugak, kami, auntie-auntie yg sgt comel, nak melawat baby baru dan mama baru ni... jommm, kita tengok gambar, sebagai memori....

boy, 3.5 kg, 16/1/13 ( 4/3/34) , 11.17 pagi


nyaring betul si amsyar ni menangis... 


haaaa, mamanya hampir berjaya memujuk amsyar dari menyaringkan suaranya.... hehehhee



gebu gebu gebu!!!! setelah berjaya memujuk amsyar dari terus menangis...

yay, amsyar dah bukak mata....!! pandai betul dia carik kamera... heheheh


yay, berjaya dukung amsyar tanpa menangis.... =))





"selamat mendidik anak. semoga anak ini membawa kebaikkan kepada sheera sekeluarga dalam membentuk keluarga yang bahagia menuju ke syurga"

16 January 2013

~WORDLESS WEDNESDAY - moga Allah permudahkan~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia..




Ya Allah, Engkau permudahkan sahabatku, sheera untuk melahirkan anak pertamanya. Engkau berikanlah kekuatan kepadanya suami isteri sepanjang tempoh bersalin itu ya Allah. Engkau berikanlah ketenangan kepada mereka untuk menambahkan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. dengan izinMu ya Allah. sesungguhnya hanya Engkau lah tempat kami berserah dan berharap. moga Engkau memperkenankan.



"seorang wanita sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. sedarlah hakikat itu adalah ibumu"

06 December 2012

~masa~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


pantas masa berlalu... hampir meninggalkan tahun 2012. Allahuakbar. ke mana aku habiskan masa sepanjang tahun 2012 ini?? huhuhuhuh, nak nangis rasanya membayangkan soalan-soalan yang akan ditanya di "makhamah Allah" nanti... Allahuakbar, bantulah aku.

='(




lately, aku menjadi terlalu sensitif dengan persekitaran. bimbang kalu iman berkurangan. ya, aku akui itu, iman aku senipis kulit bawang. boleh diracik-racik. tapi aku cuba untuk memperbaiki diri, cuba mempertingkatkan akhlak. cuba untuk beristiqamah. astaghfirullah, ampunkan aku Allah. aku selalu lalai. selalu ponteng kelas mengaji. yuran kelas pun semakin lama semakin menurun, tanda betapa jarangnya aku masuk kelas dalam sebulan. astaghfirullahalazim. apa dah jadi dengan engkau wahai faizura?? alquran pun hanya disentuh ketika mahu ke kelas je. tafsir entah ke mana. astaghfirullahalazim....



hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa
terima taubat hamba berdosa

ku akui kelemahan diri,
ku insafi diri kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah terimalah terimalah
taubatku ini


telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan

di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima

 (taubat seorang hamba -irsyadee feat hafiz hamidun)



tegurlah aku sebelum mataku tertutup


"aku yang berdosa"

26 September 2012

~entry pengubat rindu~


assalamualaikum dan selamat petang dunia...

hehehhe, dah lama sebenarnya nak masukkan entry ni, pasal one of my BFF's yang already engaged...!! tahniah cik jaja...!! muaaahhh...!! hehhehe, seronok sebab dah lama sangat kami semua (semuanya 9 orang) tak berkumpul dan berjumpa together-together... reunion kitorang tahun ni belum lagi dirancang. asyik tangguh jek disebabkan ketiadaan waktu yang sesuai.

=D

semuanya berlaku pada tanggal 1 September 2012, hari Sabtu bersempena 14 Syawal 1433H.

hrmm, tengok gambar jela....

selamat bertunang syg..!!

jaja : wahhh, ni ke cincin tunang nizaa..???

masin-masing duk tunjuk cincin risik masing-masing.... alahai, seronokkknyerr

simple but nice...!! 

kami yang hadir.. oopps, ada accident yg sgt memalukan.. elok jek lepas gambar ni di ambil, katil tu PATAH!!! malu giler kot...!! nasib pihak lelaki tak datang lagi time ni... =0


alhamdulillah, kami dah bertunang....!! selang seminggu dorang ni... =)

jaja + niza : yo yo yo, kami berdarah manis....
aku : ada aku kisah??? darah aku lagi manis tau... ahhahahaha

dah tak berani dah nak duduk atas katil tu... tongkat dagu jela yang boleh


tahniah buat kamu berdua.. moga dipermudahkan urusan untuk melangkah ke alam rumah tangga... 


bersama mama jaja yang gelakkan kitorang kaw kaw sebab patahkan katil anak dia... ahhahaha

bersama keluarga along jaja.... 


inilah kami yang hadir... tiga lagi tak dapat join sebab jauh... 


zamratul dengan anaknya yang tak nak kat orang... gerammm!!!


teringat gambar tiga tahun yang lalu. ditempat yang sama...

kami, tiga tahun yang lalu.... (moga Allah redha persahabatan kami ini)


 Klebang COCONUT SHAKE original. tempat favourite orang ramai beratur panjang...


dan kami pun sanggup beratur panjang demi nak merasa kesedapan coconut shake ni.. bahagia sungguh muka kami..!


hampir tibaaaaa....


dalam genggaman!!! yummmyyy.... bismilahhirrahmanirrahim..

jom kita terbang kat pantai klebang nie..!!

=D

rindu dengan mereka...



kami pada tahun 2008
ya Allah berkati persahabatan kami ini. betulkan niat kami untuk bersahabat keranaMu ya Allah. 




"terima kasih ya Allah kerana mengurniakan mereka dalam hidupku. moga redhaMu sentiasa mengiringi kami"

14 September 2012

~tertampar dan terpukul~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


alhamdulillah, seperti biasa, motivasi pagi di IKIM fm akan sentiasa teman aku pergi ke office. dan kali ini, aku tertampar dan terpukul dengan kata-kata seorang pemanggil untuk topik "salam jumaat; kuasa doa"

bila mana pemanggil itu berpesan, "seperti mana pesan rasulullah, apabila kamu berhajatkan sesuatu, solatlah dua rakaat, nescaya Allah Maha Mendengar. bila mana kita berdoa, lihatlah di mana kita meletakkan Allah dalam hati kita, sedangkan Allah itu sangat dekat dengan kita."  ooouccchhh, sakit kot bila kena pukul...

masih dalam proses pembaikkan hati dan diri... moga Allah redha...





"Allah sedang mengujimu"

13 September 2012

~entry gambar dah basi...~


assalamualaikum dunia!!!..

entry bergambar kali ini bagi menghilangkan duka lara segala bagai... moh kite tengok cikit gambar geng ROTU aku kahwin pada 25 Ogos 2012. diulangi pada 25 Ogos yang lalu... ooooo, patutlah tajuk dah basi...

malas nak menaip panjang, sebab gambar ade banyak nak letak... ahhahhahha


inilah kawan kami..!!! ida eryani..

mini pelamin untuk nikah


amboi faiz ni, senyum lebar betul sebelum menghadap tok kadi..

alhamdulillah, halal bagimu.... tepat 10.10 malam, selamat dinikahkan..

ooh si faiz ni, ape la yang difikirkan tu sampai menjilat bibir tu... hahahahha

sangat tinggi OK!!!!

nasib ada naza menemani aku sepanjang majlis tu. azie duk berkepit dengan en tunang dia... 

bersama ibu dan ayah ida eryani...


persalinan songket pulak.... 



pelamin sanding di luar....

haaaa, kan tengok, ida tiba-tiba menjadi tinggi... =p

baju dia cantek!!! sesuai sangat....


penat pengantin lelaki tunggu pasukan kompang lewat satu jam.... 

bergambar dengan pengantin sebelum berangkat pulang.... 

kami geng ROTU... bergambar dengan pengantin lama yang tengah pregnat ....!! 


alhamdulillah, tahun nie ramai kawan-kawan menamatkan zaman bujang mereka. dah bertukar status.... aku??? masih lagi menjadi rahsia Allah.... =D

doaku, semoga mereka dilimpahi rahmat dan hidup diberkati Allah Yang Esa. semoga menjadi isteri dan suami yang terbaik di mata Allah dan melahirkan putera-puteri yang berjuang di jalan Allah. insyaAllah...








"hari yang sama juga, BFF aku bertunang. tetapi aku tidak hadir di waktu majlis berlangsung. hanya singgah sebentar pada pukul 6.30 petang. huhuhuhu.. sorry... lagipun, yana kan ada??? dia pengganti kami kami semua kan?? =D"