Assalamualaikum
Antara semalam dan hari ini.
Antara 7 Julai dan 10 Ramadhan..
terlalu banyak kenangan yang menerpa. terlalu banyak...
7 Julai 2011.
jika mampu untuk aku hentikan masa, aku tidak mahu 7 Julai 2011 itu berlaku.
tidak mahu.
aku masih ingat lagi setiap detik, saat pertama kali aku melihatnya terlantar di atas katil itu. berselirat wayar di atas badannya. masih ingat saat itu.
dan aku masih ingat lagi aku pada ketika 6 Julai 2011 itu. merancang sesuatu untuk menyambut birthday housemate aku tika itu.
dan aku masih ingat detik panggilan telefon itu. panggilan telefon yg tertera 'luvely father' tapi bukan suara apak yg berkata. aku masih ingat butir-butir ayatnya.
mana mungkin aku lupa jika waktu itu seolah memaksa aku untuk 'hentikan apa jua yang aku lakukan, hentikan kegembiraan, hentikan segalanya.'
tapi aku......
ujian ini satu titik permulaan.
pelbagai perasaan yang wujud. bermacam rasa.
satu demi satu aku mencuba melangkah. untuk kembali pada Pemilik.
saat tiada siapa yang mencuba untuk memujuk, Allah datangkan pertolongan.
aku mula mengerti siapa aku pada mereka.
aku mula mengetahui di mana aku sebenarnya.
aku mula menyedari yang aku tiada siapa.
aku mula menyedari bahawa segalanya adalah sia-sia.
dan aku mula menjauh.
dan mencari apa yang aku perlu cari.
terima kasih Allah.
terima kasih kerana mengingatkan aku.
selalu aku berdoa dan berharap, untuk tidak kembali kepada aku yang dahulu.
biar dipandang pelik apabila tidak menjadi seperti dulu.
biar hati sakit apabila kehilangan mereka.
tapi aku tidak mahu kehilangan Allah.
tidak mahu jauh dariNya.
tidak mahu hilang penggantunganku padaNya.
tidak mahu...
indahnya perancangan Allah, memakbulkan doaku pada 10 Ramadhan 1434H.
selepas solat Jumaat. selepas bertubi-tubi doa aku panjatkan.
syukur.
Allah dah janji, setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan??
"moga mampu menjadi anak yang solehah buat mak dan apak. moga terus istiqamah dalam perjuangan yang sering diuji."

No comments:
Post a Comment