Assalamualaikum
Antara semalam dan hari ini.
Antara 7 Julai dan 10 Ramadhan..
terlalu banyak kenangan yang menerpa. terlalu banyak...
7 Julai 2011.
jika mampu untuk aku hentikan masa, aku tidak mahu 7 Julai 2011 itu berlaku.
tidak mahu.
aku masih ingat lagi setiap detik, saat pertama kali aku melihatnya terlantar di atas katil itu. berselirat wayar di atas badannya. masih ingat saat itu.
dan aku masih ingat lagi aku pada ketika 6 Julai 2011 itu. merancang sesuatu untuk menyambut birthday housemate aku tika itu.
dan aku masih ingat detik panggilan telefon itu. panggilan telefon yg tertera 'luvely father' tapi bukan suara apak yg berkata. aku masih ingat butir-butir ayatnya.
mana mungkin aku lupa jika waktu itu seolah memaksa aku untuk 'hentikan apa jua yang aku lakukan, hentikan kegembiraan, hentikan segalanya.'
tapi aku......
ujian ini satu titik permulaan.
pelbagai perasaan yang wujud. bermacam rasa.
satu demi satu aku mencuba melangkah. untuk kembali pada Pemilik.
saat tiada siapa yang mencuba untuk memujuk, Allah datangkan pertolongan.
aku mula mengerti siapa aku pada mereka.
aku mula mengetahui di mana aku sebenarnya.
aku mula menyedari yang aku tiada siapa.
aku mula menyedari bahawa segalanya adalah sia-sia.
dan aku mula menjauh.
dan mencari apa yang aku perlu cari.
terima kasih Allah.
terima kasih kerana mengingatkan aku.
selalu aku berdoa dan berharap, untuk tidak kembali kepada aku yang dahulu.
biar dipandang pelik apabila tidak menjadi seperti dulu.
biar hati sakit apabila kehilangan mereka.
tapi aku tidak mahu kehilangan Allah.
tidak mahu jauh dariNya.
tidak mahu hilang penggantunganku padaNya.
tidak mahu...
indahnya perancangan Allah, memakbulkan doaku pada 10 Ramadhan 1434H.
selepas solat Jumaat. selepas bertubi-tubi doa aku panjatkan.
syukur.
Allah dah janji, setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan??
"moga mampu menjadi anak yang solehah buat mak dan apak. moga terus istiqamah dalam perjuangan yang sering diuji."
Showing posts with label apak. Show all posts
Showing posts with label apak. Show all posts
08 July 2014
7 Julai dan 10 Ramadhan
Labels:
070711,
7-11,
Allah,
apak,
BFF,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
perubahan,
ramadhan,
syukur,
ujian Allah
16 July 2013
16 Julai
Assalamualaikum dunia
16 Julai 1953
lahirnya beliau ke dunia. ditakdirkan Allah, aku menjadi anaknya setelah 8 tahun berkahwin dengan mak. setelah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan yang kedua. Alhamdulillah. terima kasih Allah.
4 Julai 2011
hari terakhir aku mendengar suaranya. tidak pernah menyangka ianya merupakan hari yang terakhir aku mendengar suaranya. mendengar nasihatnya. mendengar gelak tawanya. mendengar panggilan, "adik" , "azura". tak pernah sangka.
16 Julai 2011
tahun terakhir aku mengucapkan "selamat hari lahir apak" di sisi telinganya. tanpa apa-apa tindak balas daripadanya. senyum tiada. yang mampu aku dengar cuma bunyi mesin yang disalurkan ke mulutnya. tangan yang tidak mampu untuk bergerak.
26 Oktober 2011
hari terakhir aku bersamanya. membersihkan dirinya. mengurutnya. mewangikannya. menyapu minyak di rambutnya. memotong kukunya. mengucupnya. berkata-kata dengannya. memegangnya. berbalas pandangan tanpa mengetahui apa-apa. menciumnya. berjanji dengannya. menangis di hadapannya. tanpa mengetahui itu adalah kali terakhir aku melihatnya bernyawa.
27 Oktober 2011
hari terakhir aku melihatnya. hari terakhir aku mengucupnya, kaku tidak bernyawa. hari terakhir aku memandikannya. hari terakhir aku memakaikannya. hari terakhir aku melihat wajahnya. hari terakhir aku memegangnya, sejuk. hari terakhir. hari terakhir. hari terakhir.
hari terakhir aku mempunyai apak.
16 Julai 2013
dua tahun aku merinduinya. dua tahun aku rindu mendengar suaranya. tiada apa yang mampu aku buat. hanya doa yang mampu aku berikan. hanya sedekah yang mampu aku berikan. hanya itu. aku berjanji untuk menjadi anak yang solehah buatmu apak. anak yang solehah yang selalu mendoakanmu apak. buat bekalanmu di sana. kerana hanya itu yang mampu aku lakukan. moga Allah Tuhan Yang Esa membimbing aku sentiasa. tiada apa yang tinggal buatmu melainkan ilmu yang bermanfaat yang kami amalkan, sedekah yang berpanjangan, dan doa anak-anak yang soleh buatmu. Allah, Engkaulah yang mengetahui segala isi hatiku, Engkau Maha Mengetahui Tiap-Tiap Sesuatu. ampunkan aku. bantulah aku dan ahli keluarganku menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa. bantulah aku ya Allah. Engkau ambil kembali apak yang telah Engkau pinjamkan kepada kami selama 32 tahun ini. terima kasih Allah. masukkanlah apak bersama-sama golongan yang beriman di sisiMu. jauhkanlah dia daripada segala azabMu. lindungilah dia ya Allah. jadikan mak sebagai bidadari buatnya di syurga nanti ya Allah. temukanlah kami di syurgaMu ya Allah.
Al-Fatihah...
"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. semua ini hanya pinjaman cuma. Sang Pemiliknya hanya ALLAH. moga kami ketemu dengan hikmah yang Engkau janjikan ya Allah"
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
mood,
perubahan,
ramadhan,
truly,
ujian Allah
11 January 2013
~mati~
Assalamualaikum dan selamat petang dunia...
"mati itu semakin menghampiri. tidak pernah menunda-nunda masanya, ianya berlaku tepat pada masanya."
Labels:
070711,
2011,
7-11,
Allah,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
layan...,
luahan hati,
motivasi,
perubahan,
tafsir Al-quran,
ujian Allah
17 December 2012
~family trip~
assalamualaikum dan selamat petang dunia..!!
ini cerita lama... baru nak menghupdate gambar family.. kami (bukan semua ahli keluarga) pergi berjalan-jalan di Cameron Highland. 12/11/12. cantik kan tarikh tu!! ehe... kononnya sempena abang aku, peroih yang dah tiga bulan terperuk di bumi Akita, Jepun. pekan yang tidak ada apa-apa, walhal kad telefon antarabangsa pun tak de. nasib sekarang dunia dah berteknologi, tak macam 15 tahun dulu. masa dia pergi belajar di Jepun dulu, telefon je la sebagai perantaraan. sekarang ni, facebook pun boleh. dunia wireless... alhamdulillah...
malas nak cerita banyak-banyak, tengok je la gambar yang diambil oleh abang aku menggunakan kamera baru.. jeles!! order DSLR kat dia, tapi tak dapat sebab mahal sangat nak kasi sebagai hadiah. huhuhuhu...
| farhan, anak sulung peroih : bila la tayar kereta nak bergolek ni?? ngantuk tunggu.... |
| kakak ipar yg dukung fatin + mak kesayangan kami + adik bongsu kami yang manja + kakak yang cute+ peroih yang lonjong |
| pejay yang dukung farhan, bukannya ayah die.. |
| farhan yang memang suka tengok binatang. dah besar tapi tak nak berjalan sendiri kalu kat tempat baru. |
| yay!!! fatin dah bangun!!! moody lagi ni... |
| nampak sangat muka penakut kat si paan ni |
| paan yang hanya nak ayah uda die je dukung... huhhh!! |
| budak kecik yang tak tahu menghisap...!! kecuali hisap pacifier die jekkk |
| si paan yang teruja naik kereta mainan, adiknya patin tu plak, hisap lolipop dengan gelojohnya |
| patin : mak su, amik lolipop ni, patin nak main kete ni.... |
| paan dan pacifier nya yang tidak boleh dipisahkan... *geleng-geleng kepala |
| alaaaahaii, comelnya si fatin nie!! macam anak mat saleh pon ade... hahahha |
| cepat membesar dengan sihat ye fatin!! nanti boleh geng dengan mak su.. |
| apa la yang si paan nak kenakan adik dia sorang ni... ehhehehhe |
| tempat yang sedia sejuk + hujan yang turun dengan lebatnya + aiskrim..!! kombinasi yang sangat BAGUS! |
| yummmyyyy!!! nak duduk dekat ayah uda jekkk!! |
| kekah aiskrim strawberi beramai-ramai |
| fatin yang memang cute!! |
| bukak mulut besar -besar sebab nak makan strawberi jap lagii!! yummy |
| patin : mak su, nak gunting!! nak potong yang ni!! |
| paan yang menjerit-jerit nak potong strawberi macam ayah dia jugakk |
| haaa, dengan ini saya merasmikan ladang strawberi ini...!! yayyy |
| nak lagikkk!!!! |
| gaya macam dah besar jek si paan nie.. semoga jadi anak yang soleh paan!! |
| nak buat macam ayah jugakk!! |
| yayyyy...!! tak perlu guna gunting fatin pun boleh amek strawberi ni tau... |
so, tercapaila matlamat peroih yang nak bawak anak-anak dia pergi petik strawberi... hehehehhehe.... dan dalam masa yang sama bawak kami satu family (bukan semua ahli) pergi sekali. next time nak pergi mana pulak???
"moga Allah redha"
13 December 2012
~blogwalking~
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’
saya sangat setuju!! terima kasih Allah...
redha redha redha.... walau sedih, tetapi ada hikmah yang tersembunyi kan?? sampai bila engkau mahu melupakanNya..??
terima kasih Allah. terima kasih atas kasih sayangMu..
=')
"don't u ever turn back to the old u, faizura"
Labels:
070711,
7-11,
Allah,
apak,
blogwalking,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
motivasi,
perubahan,
syukur,
truly,
ujian Allah
27 October 2012
~366hari tanpamu, apak~

Rindu kepada seseorang yang telah genap setahun meninggalkan kami untuk bertemu Yang Memiliki..
Syukur kerana masih dikurniakan seorang ibu disisi kehidupan kami...
Moga bertemu di syurga nanti, Mohd Ali Mat Din...
Al fatihah buatmu apak...
Published with Blogger-droid v2.0.4
Labels:
apak,
keluargaku,
luahan hati,
perubahan,
ujian Allah
01 October 2012
~OKTOBER~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
masa bergerak terlalu pantas. diam tak diam, September melambai pergi dan Oktober mengganti. pantasnya seolah-olah tak sedar yang hampir setahun peristiwa itu berlaku.
moga roh arwah apak sentiasa dirahmati Allah.
alfatihah buat mu apak.
"sayang sentiasa"
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
kenangan,
ujian Allah
30 August 2012
~hari raya yang pertama buat ku...~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia!!
=D
amacam dengan raya korang tahun nie?? rasanya pasti meriah semeriah meriahnya.... alhamdulillah...!!
raya aku sekeluarga pulak macam mana?? alhamdulillah.... terima kasih ya Allah..
memandangkan ini merupakan tahun pertama kami beraya tanpa insan bergelar "apak", ketiadaannya cukup dirasai bukan sahaja kami sekeluarga, tetapi saudara-mara yang lain. masih diingati. alhamdulillah.. =)
ooh, perjalanan pulang sangat-sangat memerlukan kesabaran. bertolak dalam pukul 4 pagi dari kajang, setelah berkira-kira bahawa jalan PLUS di Bidor jem teruk dari tengah malam. oooh, ade pengalaman yang mendebarkan... entah di mana silapnya, seorang lelaki keluar memberhentikan kereta di tengah-tengah kesesakan dan mengamuk-ngamuk hampir nak menumbuk pemandu di belakangnya. terdengar perkataan "anak" yang disebut sambil menunjuk-nunjuk keretanya. mungkin pemandu belakang membawa kereta tergesa-gesa tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. mujurlah ada pemandu yang berhenti menenangkan hati lelaki tersebut. mengucap panjang aku. benarlah, kesesakan itu menguji kesabaran manusia. manakan tidak, perjalanan aku yang biasanya mengambil masa 3 jam, tetapi kali ni 6 jam... tetapi pulang beraya dengan selamat itu lebih penting daripada mengharungi jem kan???
tahun pertama tiada takbir raya berkumandang dalam rumah. tengah iron baju hero-hero dalam rumah tu, aku memasang takbir raya, dan cepat-cepat mak aku cakap, "mak sedih dengar takbir raya, apak dah tak de. tukarlah siaran lain.." ='(
tapi mak adalah sekuat wanita. disembunyikan tangisan pada malam raya, hanya menitis di saat kami sekeluarga bermaafan di pagi raya. dan sudah semestinya, aku juga menangis. tewas akhirnya. maaf, aku tewas lagi. tapi alhamdulillah, tiada titisan air mata daripada kami sewaktu menziarah kubur arwah apak. sungguh redha itu manis. terima kasih ya Allah.
tahun nie, menu mak dan saudara mara aku sama. LAKSA. hari pertama dipenuhi dengan LAKSA dan LEMANG. ohhh, lemang kami semua tak jadi tahun nie... semuanya garing.... mungkin terkenang arwah apak yang sememangnya hebat memasak lemang. lemang di rumahku tak laku. tahun nie ada 7 batang, tapi hari raya pertama cuma 2 batang sahaja yang laku. kalu diikutkan, hari raya pertama sahaja hanya mampu tinggal 1 batang je lagi. tapi tahun ni, ketiadaan arwah apak sangat-sangat terasa. RINDU...... ='(
seperti kebiasaan, hari raya kedua pasti giliran saudara mara sebelah arwah apak untuk diziarahi. dan tahun ni, mak tetap akan teruskan tradisi itu. dan air mata aku menitis lagi saat bersalaman dengan adik arwah apak. katanya cukup terkesan dalam hati. "terima kasih kerana datang jenguk kami walaupun arwah abang dah tak de. rindu kat abang...." saat nenek memeluk mak, "seronoknya bila menantu aku datang tengok mak ni... terima kasih la sebab datang. seronok rasanya. macam yob ada lagi.." hati siapa la yang tak tersentuh bila kita kedatangan kita dinanti dan memberikan kebahagiaan kepada mereka. sungguh, membahagiakan orang lain akan membuatkan kita bahagia juga.
terima kasih ya Allah atas kasih sayang yang Engkau berikan. terima kasih ya Allah....
"hari raya pertama sebagai faizura yang baru. terima kasih ya Allah"
Labels:
Allah,
apak,
contengan jalanan,
fall again..,
family,
keluargaku,
perubahan,
syukur
15 August 2012
~puisi dari Terfaktab~
Pergi Tak Kembali
Difaktab oleh Elena Reeney
Bila kau rindu dia,Tapi tak dapat dengar suara,Tapi tak dapat bergurau mesra,Tapi tak dapat berlawan bicara,Tapi tak dapat lagi bersua muka.Kau hanya ada,Kenangan bersama,Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,Gambar yang lepas sewaktu bergembira.Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata,Masih jelas berita sedih itu bergema,Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama.Kau merenung jauh, kosong.Kau rindu dia separuh nyawa.Kalaulah dapat putar semula..Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya.Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.Bersemadilah engkau di sana.Di dalam hati yang dipaksa rela.Semoga Ramadhan meringankan bebannya.Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.(sumber dari TERFAKTAB)
"rindu arwah apak."
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
kenangan,
ramadhan,
ujian Allah
07 August 2012
~suasana suram~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...
macam mana dengan ibadah puasa korang?? moga-moga ibadah kita semua diterima Allah. alhamdulillah kita masih lagi menjadi tetamu Allah di bulan yang mulia ini. cuba kita bayangkan betapa ramai saudara saudara kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah untuk tahun ni. yang telah pergi tinggalkan dunia. bersyukurlah kita dan marilah merebut pahala dan keredhaan Allah.
minggu lepas aku berbuka puasa bersama keluarga di kampung. syukur di beri kesempatan ini. alhamdulillah.
namun, suasana tidak seperti tahun-tahun yang lepas. cukup berbeza tahun ini. tiada lagi riuh rendah suara apak di dapur. segalanya hanya tinggal kenangan. tahun pertama berpuasa tanpa arwah apak cukup terkesan. yyup, segalanya tahun pertama.
cuba membayangkan sewaktu hari raya pertama nanti. macam mana keadaannya? tahun lepas, on the way dari rumah ke hospital pun dah cukup perit. basah jek pipi. bila dapat jumpa and salam cium tangan arwah apak, ianya cukup mengharukan. mak, dia lah manusia yang paling tabah pernah aku jumpa. dan aku berharap pada tahun ini juga ketabahan mak akan tetap terserlah di hadapan anak-anaknya. begitu juga aku. aku berharap semoga tiada titisan air mata yang tumpah di pagi raya itu. sungguh aku tidak mahu. sungguh... Allah, hanya Engkau yang Maha Memahami.
moga arwah apak sentiasa di bawah rahmat Allah, ditempatkan di syurga, dan dilindungi daripada seksa kubur dan azab api neraka. amin amin amin...
"moga Allah redha. ampunkan aku ya Allah"
Labels:
Allah,
apak,
contengan jalanan,
fall again..,
family,
keluargaku,
kenangan,
mood,
perubahan,
ujian Allah
20 July 2012
~episod malam terakhir Syaaban 1433H~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
alhamdulillah, semalam kita semua telah mengetahui bahawa pengumuman oleh penyimpan mohor-mohor besar bahawa 1 ramadhan 1433H jatuh pada 21 julai 2012 bersamaan hari sabtu. alhamdulillah...!!
dalam ketidaksabaran aku nak menanti ketibaan ramadhan tahun nie, malam tadi dalam keadaan mengantuk menunggu cerita "WARIS" ditayangkan, aku dapat panggilan telefon tertera "luvely father" (*aku masih belum tukarkan nama telefon arwah apak) kira-kira beberapa minit sebelum pukul 10 malam. aku dah jadi fobia dan trauma tiap kali no telefon family aku naik pada pukul 9.00 malam ke atas ni. yelah, tahun lepas kan, kawan arwah apak yg telefon aku guna telefon arwah apak lebih kurang pukul 10.00 malam jugak untuk bagitau yang arwah apak accident. risau dan cuak aku kalau itu panggilan yang menduga aku. ='(
ok, jangan dikenang sangat kenangan itu..
=')
sebenarnya yang telefon aku semalam tu, adalah mak aku. pelik aku sebab mak aku selalu telefon, petang time aku balik keje atau lepas maghrib. rupanya mak aku telefon malam tu sebab nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa. aku pun wish jugak kat mak aku, selamat berpuasa, jangan lupa pergi tarawikh, jangan lupa bangun sahur. tup tup tup, mak aku pun cakap, "entah lah dik, mak pun tak tahu mak bangun sahur ke tak nanti. yelah, dulu-dulu, arwah apak kamu ler yang bising-bising kejutkan sume bangun sahur. jiran-jiran boleh dengar lah suara apak kalau nak sahur tu. tahun lepas, tak pela jugak, sahur kat hospital, ada jugak apak depan mata. walau tak dapat makan sekali, cakap-cakap, tapi ade jugak lah depan mata. tahun ni entahlah, macam mana ntah nak sambut puasa tanpa apak. first time nie ntah la adik."
masa tu, air mata aku dah bergenang dah. tapi aku xnak nangis sebab nanti mak aku tahu yang aku nangis.so aku bertahan supaya air mata tu tak menitis. tapi getaran suara aku memang tak dapat nak berbohong kan??
even mak aku pun cakap malam tadi, "tak pela dik, memang dah masanya. tak boleh lari. kita teruskan hidup juga." ya Allah, kuatkanlah hati dan jiwa ibu ku menghadapi segalanya.
=')
memang aku menghitung hari menanti ramadhan, tapi sungguh aku terlupa ramadhan kali ini tanpa apak. aku terlupa yang dia telah pergi. entah bagaimana aku menjadi lupa. sedangkan aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah lepas aku solat. sedangkan air mata aku tetap menitis tiap kali dengar lagu-lagu kehilangan kat radio. moga arwah apak tenang di sana.
al fatihah buat mu.
"kali pertama sambut bulan puasa tanpa apak. semoga Allah menerima amalan kita di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini"
Labels:
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
keluargaku,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
ujian Allah
19 July 2012
~sebelum ramadhan tiba~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
diam tak diam, petang ni dah boleh tengok plus carik anak bulan untuk penentuan 1 ramadhan. tak sabarnya nak menanti ramadhan kali ni. semalam dah dengar lagu-lagu ahlan wasahlan ramadhan kat radio ikim. moga kita semua sama-sama menggunakan peluang yang Allah berikan untuk beribadah keranaNya. keranaNya ok..
so dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.. marhaban ya ramadhan... semoga amalan kita semua diterima dan dinilai oleh Allah swt. amin amin amin
"puasa tahun ini sangat berbeza dengan tahun lepas"
Labels:
apak,
family,
hospital ipoh,
keluargaku,
kerjayaku,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur
12 July 2012
~salam KHAMIS~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia..
eceh tajuk entry tak boleh blah.. biasa orang buat salam Jumaat, ni aku pulak ngengada nak letak salam KHAMIS. (*tak de tajuk sebenarnya entry)
aku hupdatekan blog nie sebab tengok dah seminggu blog aku bersawang. umpama kalau kuku tak dipotong seminggu, makin panjang la kan..?? (*eh, macam xde kena mengena sawang dengan kuku)
diam tak diam, rupanya tarikh yang aku selalu ingatkan dah berlalu pergi. tanggal 6 Julai 2012. macam-macam perkara yang berlaku pada tahun lepas, tapi Alhamdulillah, pada tahun ini, aku menjadi orang lain bukan seperti tahun lepas. situasi cukup berbeza. tahun lepas bermulalah kehidupan aku di hospital Ipoh, bersama keluarga menjaga arwah apak di sana. Ipoh-Kajang telah menjadi kebiasaan. menangis juga telah menjadi kebiasaan. sungguh, aku bersyukur atas ujian ini ya Allah.
tapi pada tahun ini, segalanya telah berubah. masa begitu cepat berlalu, rupanya sudah hampir 9 bulan aku kehilangan arwah apak. alhamdulillah, aku menerima ketentuanMu dengan redha. setiap yang bernyawa akan mati, dan aku hanyalah milikMu.
ramadhan pun akan tiba tak lama lagi. rasa tak sabar untuk menerima kedatangannya. moga Allah memanjangkan umurku dan mengizinkan aku untuk berada di bulan Ramadhan yang cukup diberkati Allah. insyaAllah...
=D
"hari ini 22 syaaban"
Labels:
7-11,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
mood,
perubahan,
syukur,
ujian Allah
04 July 2012
~akhirnya JULAI kembali lagi~
assalamualaikum dan selamat petang dunia..
akhirnya Julai telah menjelmakan dirinya. memori - memori tahun lepas masih segar terbayang. alhamdulillah, diizinkan Allah untuk pulang ke kampung pada waktu yang hampir sama dengan tahun lepas. ya, setahun yang lepas aku pulang bertemu dengan keluarga terutamanya mak dan arwah apak. selang dua jam arwah menelefon bertanya aku sudah sampai di mana. tetapi kepulanganku tahun ni, situasinya tidak sama.
sabtu malam, 2 Julai 2011, arwah pulang selepas maghrib. melihat keadaan akak yang pada waktu itu kelihatan pucat kerana keletihan, terus meminta aku membawa mereka ke klinik di Batu Gajah. di situ, barulah aku mengetahui keadaan sebenar kakakku. sakit yang selama ini berubat secara tradisional tidak mendatangkan kesan kepadanya. doktor meminta untuk merujuk kepada Hospital Batu Gajah. arwah terus meminta aku membawa mereka ke hospital. kasihnya seorang ayah tak mengenal erti penat.
aku bersyukur kerana diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan arwah apak di hari-hari terakhir sebelum arwah kemalangan. kemalangan yang menyebabkan arwah separuh koma. bersyukur kerana masih berpeluang untuk pulang ke kampung setelah hampir dua bulan tak balik. syukur kerana masih berpeluang untuk menjadi 'driver' arwah apak di minggu terakhir arwah diizinkan Allah untuk berjalan, melihat, bercakap, mendengar, ketawa. dan siapa menyangka, itulah kali terakhir aku melihat lambaiannya tika aku mahu pulang ke Kajang semula. itulah kali terakhir aku menjadi 'driver' untuknya.
dan tanggal 4 Julai 2011, pada pagi itu, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. perbualan yang hanya hampir tiga minit sahaja itu merupakan suara yang terakhir aku dengar darinya. siapa menyangka, itulah kali terakhir aku dapat mendengar suaranya, dapat mendengar salam daripadanya, dapat menjawab salam darinya, siapa menyangka....
takdir Allah tiada siapa dapat menjangkanya. hanya doa yang dapat aku panjatkan agar hati ini kuat, agar jiwa ini tabah, agar diri ini redha. masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
genap setahun aku tidak mendengar suaranya. ujian itu sangat pedih. tetapi ujian itulah yang membuatkan aku sedar di mana aku selama ini. ujian ini lah yang aku syukuri. ujian inilah yang menjadikan aku seperti ini. benarlah, hanya dukacita yang mampu membuatkan hambaNya kembali kepada Allah. terima kasih ya Allah. syukur padaMu.
ya Allah, rahmatilah roh arwah ayahku di sana. moga dirinya sentiasa dibawah rahmatMu. selamat daripada seksa kubur dan ditempatkan bersama -sama golongan orang yang beriman. ya Allah, setiap apa yang berlaku ini merupakan ujian daripadaMu dan sesungguhnya aku bersyukur di atas setiap apa yang terjadi. ampunkan dosa-dosaku dan jadikanlah aku hambaMu yang beriman dan beramal soleh.
amin
=D
"dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali"
Labels:
7-11,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
motivasi,
perubahan,
syukur,
ujian Allah
27 June 2012
~JULAI~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
Julai kian menghampiri... dalam menghitung hari untuk bertemu dengan Ramadhan, Julai datang mengetuk diri. Julai.... padanya tersimpan seribu cerita. padanya tersimpan sejuta rasa. padanya tersimpan jutaan penyesalan. padanya tersimpan kenangan.. padanya tersembunyi hikmah. pada Julai...
Alhamdulillah, semalam aku berada di kampung halaman, untuk menghabiskan sisa-sisa proses terakhir wasiat arwah apak. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. giliran kami yang sepatutnya pada pukul 4.00 petang berlarutan menunggu hingga pukul 5.30 petang. gelisah mak dan akak memandangkan tiket ETS aku pada pukul 6.15 petang. bimbang tak sempat pula untuk aku menghadiri bicara akhir pengagihan harta pusaka itu. Alhamdulillah... Allah sentiasa mempermudahkan kami. segalanya menjadi mudah. berada di dalam bilik bicara itu untuk hampir 15 minit, dan segalanya berakhir dengan senang hati. syukur padaMu ya Allah.
sebulan diperuntukkan oleh pegawai tersebut untuk memastikan hak milik bertukar tangan. itu perancangan mereka, perancangan Allah belum tentu lagi. aku mendoakan semoga segalanya berjalan lancar.
oh, hari ini ulang tahun yang pertama bagi fatin, anak perempuan abang aku yang tak sempat untuk arwah apak dukung, bermanja. 27 haribulan juga menyimpan sejuta rasa.
moga tenang disana apak. doaku sentiasa mengiringimu. al fatihah
"redha dengan takdir Allah"
Labels:
070711,
7-11,
apak,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
luahan hati,
perubahan,
syukur,
ujian Allah
21 June 2012
~Alhamdulillah~
assalamualaikum dan selamat tengah hari dunia...
![]() |
| syukur padaMu ya Allah. moga Kau permudahkanlah segalanya. izinkanlah aku ya Allah.. |
"doa, usaha, ikhtiar, tawakal"
Labels:
apak,
contengan jalanan,
family,
keluargaku,
kerjayaku,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur,
truly
28 May 2012
~SELAMAT PENGANTIN BARU fatihah kadir!!~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia....
(maaf kalau bahasa diri menjengkelkan korang)
khas buat dirimu fatihah kadir,
sabtu yang lalu merupakan hari bersejarah dalam hidup kesayangan i ni. hari pernikahan antara dia dan tunangnya. maafkan i sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan u babe. i memang merancang untuk pergi ke wedding u even i terpaksa pergi sengsorang. wah, giler jauh tu i nak pergi sengsorang kan, but who's care???!! i tetap nak pergi jugak tengok u kahwin!! i tetap nak ada depan mata u bila u selamat dinikahkan. tapi.... perancangan i serba serbi tak sempurna. and finally, i tewas di tangan diri sendiri. i tewas untuk berusaha pergi jugak ke wedding u. i am so sorry babe.
dunno why, but until today, u did not reply my text. u did not reply my tweets. entahlah.. u marahkan i sebab tak pergi wedding u kan?? i am so sorry again.
=(
yeahh, i know this is my mistake. did not planning it very well and very detail. i am so sorry again.
but u tau tak?? i xtau kenapa i love u so much even kite jumpa baru sekali. i xtau kenapa i boleh trust u macam i dah kenal u seribu tahun lamanya padahal kita baru kenal tak sampai setahun. i xtau kenapa....
=)
yeahhh, sebab dia kan?? kita rapat pun sebab dia kan.. hahahha, suddenly i teringat apa yang pernah kita buat sepanjang kita kenal dia kan?? rasa macam bodoh pun ada, tapi itu semua i jadikan pengajaran. did not easily put my trust on anybody even she is a GIRL. arrrggghhh, forget about her because she will make dosa i bertambah-tambah and let's just talk about u... hahhahahhaa.....
=)
so, alhamdulillah u dah selamat dinikahkan. dah menjadi seorang isteri pada seorang suami yang u cintai. i doakan semoga u berbahagia di samping insan-insan yang tersayang hingga ke syurga. moga ikatan pernikahan u membawa u ke syurga yang kekal abadi. i doakan moga perhubungan kita tidak terputus malah semakin mekar dan mewangi sehingga ke syurga. boleh tak?? insyaAllah jika redha Allah bersama-sama kita.
u look very gorgeous sesangat!!! ♥♥♥♥
baju u sangat chantek!!! plus, u memang dah cantek!!...
gambar ni sangat sweet!! tahniah u dah lengkapkan hidup husband u hasree... u nmpk sgt bahagia!! ♥♥
babe, u bagi i semangat tika i jatuh tidak bergantung. u setia berikan kata-kata kekuatan tika i betul-betul hilang arah. u berikan segalanya walaupun pada waktu itu u lansung tidak mengenali diri i. u sanggup berkongsi rasa sedih, takut, gembira, syukur, lemah dan macam-macam perasaan lagi dengan i. Allah hantar u pada i tika DIA hantarkan ujian untuk i. i bersyukur kerana wujudnya kehadiran u dalam hidup i. tak lupa juga dengan kehadiran nana dan yana yang kini entah ke mana hilang meninggalkan persoalan dalam perhubungan kita. tapi, i nak u tahu yang i benar-benar mohon maaf kerana i tiada di hari cukup bersejarah dalam hidup u. maafkan i sebab tidak dapat bersama dengan u. maafkan i kerana memungkiri janji. percayalah, u, yana, nana, telah terpahat di hati ini walau luka masih belum terubat.
selamat pengantin baru moga bahagia kekal ke syurga menjadi bidadari terindah buat suami tercinta moga kasih mekar mewangi seharum kasturi di syurga.
daripada miss fai
"best friend till jannah"
Labels:
7-11,
apak,
BFF,
glelak menggelakkan,
hoye-hoye,
kenangan,
luahan hati,
syukur,
ujian Allah
25 May 2012
~mampukah aku??~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia..
lama aku tak menulis di blog aku sendiri nie. asyik menempel gambar dengan kata-kata semangat untuk diri sendiri. banyak perkara yang telah berlaku dalam masa seminggu dua ni. terlalu banyak rasa yang dihadapi. masam, pahit, manis, gembira, sedih, stress, give up, hopeless, useless, crying and crying again.
hidup ini tidak pernah sesangka yang kita sangkakan. mahu hidup bahagia dan tenang, tapi ada sahaja ribut dan hujan yang datang singgah untuk mewarnai hidup kita ini. itulah yang dinamakan ujian dan cabaran dalam meneruskan hidup ini. pelangi akan terhias cantik di atas langit untuk tatapan semua orang. bukan untuk ditatap oleh diri sendiri, bahkan rasa itu untuk dikongsi bersama seisi alam. terpulang kepada bagaimana setiap orang mengambil peluang itu.
jujurnya, aku telah banyak berubah dalam sekitar beberapa bulan yang lepas. ujian yang diberikan oleh Allah benar-benar telah membawa aku kembali kepadaNya. aku cemburu dengan mereka-mereka yang telah dikurniakan hidayah Allah untuk berada di jalanNya. melihat mereka yang tekad menutup aurat setelah sekian lama mengingkar perintahNya. melihat mereka yang kembali kepada fitrah Allah. aku cemburu. cemburu kerana mereka kuat untuk melawan nafsu mereka. cemburu kerana mereka berjaya melawan hasutan syaitan. tetapi aku?? jauh tertinggal daripada mereka.
syukur aku dilahirkan dalam keluarga ISLAM. syukur kerana sejak aku dilahirkan, aku telah didengarkan dengan kalimah Allah Yang Esa. tetapi, setakat mana aku mengamalkan ISLAM dalam kehidupan seharian aku?? aku lupa bahawa aku milik ALLAH. aku lupa segalanya kurniaan ALLAH. aku lupa untuk mengucap syukur padaNya. aku lupa untuk taat setia kepadaNYA. aku lupa...
aku lupa untuk membasahkan lidahku menyebut namaNYA. aku lupa untuk mengingatiNYA pada setiap hembusan nafas. aku lupa untuk berjalan di atas jalanNYA. aku lupa untuk sentiasa berdoa hanya kepadaNYA. aku lupa untuk bergantung harap hanya padaNYA. aku lupa untuk mengingati MATI. aku lupa.....
26 tahun aku diberi peluang oleh ALLAH untuk menuai segala benih untuk aku bawa pulang ke kampung abadi ku. tapi, sejauh mana aku gunakannya?? seluas mana aku taburkan benih?? Allahuakbar, betapa aku telah merugikan masa yang diberikan olehMU.
masih sempatkah untuk aku...??
satu persatu dosa yang aku lakukan kini menghantui aku. mengucap syukur aku padaMU ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk kembali padaMU. tetapi aku takut, andai diri ini tewas dalam nafsu, kalah di tangan syaitan dan iblis yang telah bersumpah untuk menyesatkan anak ADAM. ya ALLAH, berikanlah aku perlindunganMU didunia sehingga akhirat.
aku yakin dengan kekuasaanMU. telah ENGKAU takdirkan iman setiap hambaMU ada turun naiknya. telah ENGKAU ciptakan hati hambaMU ini berbolak balik. ya ALLAH, padaMU ku mohon untuk sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahMU. padaMu ku berharap agar Engkau tidak memalingkan hatiku setelah hidayahMU menyapaku. padaMU ku berserah untuk tetap kukuh berada di atas jalanMU meskipun aku tahu, jalan menuju MU sungguh beronak duri. padaMU ku mohon pertolongan untuk membantu aku menuju ke jalanMU yang lurus. padaMU ku berharap untuk menjadi hambaMU yang beriman dan bertakwa.
jangan ENGKAU biarkan aku terus tenggelam dalam duniawi ini ya ALLAH. aku takut ya ALLAH. takut andai ENGKAU tidak menolongku. aku hambaMU yang penuh dengan dosa. bantu aku ya ALLAH. bantu aku ya ALLAH. bantu aku ya ALLAH.
"ampunanMU yang ku harapkan ya ALLAH"
Labels:
apak,
contengan jalanan,
fall again..,
hlovate,
keluargaku,
luahan hati,
motivasi,
perubahan,
syukur,
truly,
ujian Allah
27 April 2012
~hari ini 27 hari bulan April..~
assalamualaikum dan selamat petang dunia....
hari ini, genap enam bulan arwah apak meninggalkan kami sekeluarga. genap enam bulan aku menangis setiap kali mengenangkan detik-detik itu.
rindu.
tetapi apakan daya, hanya titisan air mata yang mampu mengalir. hanya titipan doa sahaja yang mampu aku lakukan. hanya harapan dan impian sahaja yang tinggal untukku. hanya kenangan dan ingatan untuk aku simpan.
pergi tanpa ucapan perpisahan ianya sangat memeritkan. pergi tanpa kata-kata ianya sangat memilukan.
tetapi, itulah yang dinamakan takdir. itulah yang dinamakan rahsia Allah.
tiada siapa yang dapat mengetahui bila dan bagaimana kita akan MATI.
semoga roh apak sentiasa dirahmati Allah. ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman. sesungguhnya kami merinduimu.
al fatihah buat Mohd Ali bin Mat Din
tekun saudara mara mendengar apak borak....
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
luahan hati,
ujian Allah
23 April 2012
Doa dan Harapan
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
beberapa hari yang lepas, aku dapat khabar berita daripada abang dan mak, kata mereka, kakakku terpaksa ditahan di wad hospital Ipoh kerana penyakit kulit yang tiba-tiba datang menyerang beliau. terkejut aku dengan berita itu, aku kasihan dengan beliau. simpati aku mencurah -curah... di dunia ini tidak punya sesiapa melainkan ahli keluarga cuma. suami nun jauh bekerja di Singapura. hidup ditemani dua orang anak yang masih kecil. syukurlah kerana arwah apak sempat mencari rumah sewa yang berdekatan dengan rumah kami. senang untuk kami menjenguk.
dugaan hidup beliau cukup kuat. dan beliau cukup gagah hadapi semua itu. tenang di wajahnya tidak menggambarkan betapa perit hidup yang terpaksa dilalui. sekiranya aku diletakkan dalam cerita beliau, belum tentu aku mampu untuk bertenang seperti beliau.
aku titipkan doa untuk beliau, semoga hidupnya sentiasa dirahmati Allah. diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk terus kuat hadapi dugaanNya. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya.
semoga beliau cepat sembuh dan terus kuat. percayalah, awan mendung akan berlalu pergi dan matahari akan memancar cahayanya. semoga dirimu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.
daripada adik perempuanmu,
faizura
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
keluargaku,
luahan hati,
motivasi,
perubahan,
syukur,
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)











