assalamualaikum dan selamat petang dunia...!!
hari ini aku nak menceritakan pengalaman aku berjumpa dengan SITI NURHALIZA... siapalah yang tak kenal dengan penyanyi no 1 Malaysia ni. seriously, beliau cukup cantik!! bila beliau sampai ke pentas, perkara pertama aku cakap, "ya Allah, cantiknya dia...." kulitnya memang nampak halus... rahsianya, SIMPLYSITI... =P
pertemuan aku nie bukan secara kebetulan, tapi dirancang. eceh, ayat tak boleh blah. budget macam kau nie special sangat la faizura oiii!!!Jumaat yg lepas, aku dan officemate aku cuci - cuci mata la dekat Alamanda tu. makan-makan kat McD, borak-borak, gosip-gosip (geleng-geleng kepala sekejap). lepas semua dah melantakkan diri kekenyangan, kitaorang pun bergerak pulang ke office terchenta... on the way nak balik tue, al maklumlah, banyak sangat pit stop yang nak kena cuci mata nie kan, tersinggahlah dekat centre of Alamanda tu. nampaklah booth booth SimplySiti kat situ. aku agak Siti akan datang nak promosikan barang-barang dia kat sini nanti, so aku cuit-cuit la Isyqi a.k.a peminat SETIA siti nurhaliza nie untuk tolong tanyakan (eleh, konon peminat setia, tapi aktiviti siti tak tau pulak kan?? hahhahhahha)
isyqi : kak, nanti siti nurhaliza datang tak kat sini??
akak @ adik : haaaaaaaaaaaaaa... Siti datang kat sini nanti. esok, dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu.."
isyqi : YE KE???!!!! BEST GILER NIE...!!! (bergegar Alamanda kejap dengan jeritan si isyqi tu...) *ok, tipu...!
aku : haaaa, ape tunggu lagi isy, pegi la esokkk!!!
akak @ adik : haa, kalu beli barang atas RM 100, nanti boleh bergambar dengan siti secara eksklusif tau...
aku pun apa lagi, melangkah laju ke tempat EDP. apa tue?? haaaa..... actually aku baru tau yang itu sebenarnya short form kepada Eau De Parfume atau dalam bahasa mudahnya, MINYAK WANGI..
hrmmmm... aku baru tahu yang siti dah keluarkan perfume jenamanya sendiri. wangi memang wangi. dan akibat kewangiannya itu lah berjaya memukau tiga gadis cantik untuk membeli termasuklah aku.... T_T
gaya shopping macam kitaorang baru dapat gaji jek.... sekali lagi nak T_T......
nasib aku tahan nafsu untuk beli perfume bodyshop minggu lepas, kalau tak, mahu nahas aku kena hantuk kepala kat dinding sebab tak tahan godaan...!!!
ada tiga jenis bau dan setiap seorang daripada kami membeli ikut citarasa hidung kami. ahhahhaa, dan aku for sure akan ambil bau fresh... tak berapa berkenan dengan bau bunga, bau romantik nie sebab nanti aku nak muntah... *macam mana nak atasi bau macam tu???
ok ok ok ok... aku malas nak bercerita panjang... korang tengok jela gambar aku tue..
oppppssss, terlupa pulak aku nak mention kat sini. aku pergi event tu, SENGSORANG tau.... huhuhuhu, beraninyer aku nak tercongok depan pentas tu sengsorang... haih, nasibla badan bila semua orang dah ada komitmen masing-masing... nie sume semata-mata nak ambil sign siti kat atas botol perfume untuk peminat SETIA siti nurhaliza nie. plus, aku pun memang teringin nak jumpa in person dengan siti nie.. haih, nasibla badan bila semua orang dah ada komitmen masing-masing...
perghhh... aku memang tak jangka yang beliau akan reply tweet aku... gila la...!!! terus aku favourite kan...!! akhirnyaa!!
siap siap cepat!! aku dah get ready nak menuju ke Alamanda sengsorang nie... YAKIN BOLEH!!
pentasnya kecil jek. angkat-angkat kening sebab tak lama dapat jumpa in person dengan beliau...
posisi aku dah tukar ke kanan pentas sebab nak masuk jumpa beliau...
inilah juara ketawa paling happy. siap nyanyi lagu "LAGENDA" untuk beliau lagi. serius suara Siti sangat sedap!!
lepas salam-salam dan laga-laga pipi, aku terus tunjuk payung nie suruh beliau sign kat situ. *actually aku tak tahu nak hulur ape untuk suruh die sign masa tu.
ok, siti sangat comel!! abaikan aku yang kelam kabut tu... T_T
nampak tak betapa excitednya aku bila dapat bercakap dengan penyanyi no. 1 Malaysia???
ternganga aku tengok tulisan beliau...!! ahhahahah..... *actually tengah mengeja nama peminat SETIA beliau nie...
ok, dah penat sign semua benda.... masa untuk berGAMBAR..!! beliau nampak bertambah cantik bila saya duduk sebelah beliau... T_T
ok, lagi sekali ye faizura... jangan memalu.... =p
habis sahaja sesi bergambar dan ambil sign, perut aku pun berdondang dendang... jom BALIK...!!
sebenarnya aku tak perasan apa yang beliau buat dengan payung SimplySiti nie... lupa nak suruh beliau tulis nama saya.. T_T
taraaaaa....!! nah ambillah isyqi....!!! hadiah hari jadi dari aku untuk kau...!! hahhahahhaha *selamat duit aku nak bagi hadiah kat isyqi bulan jun ni... hahahhahah
nama saya di atas sign beliau!! nasib betul beliau tulis nama saya..... syukur alhamdulillah.... =)
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"