29 December 2011
~terima kasih~
satu penghargaan yang pada aku cukup bermakna.. walaupon terdetik di hati ini semua adalah muslihat, tapi ianya perlu dihargai..
terima kasih warga KPM kerana memberikan kami ruang pekerjaan dan pengalaman yang bermakna sepanjang kami bekerja di sini..
doakan kami berjaya di luar sana dan diluaskan rezeki untuk kami..
amin..
terima kasih
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
syukur,
truly
28 December 2011
~WORDLESS WEDNESDAY~
Labels:
luahan ati,
syukur,
wordless wednesday
~giliran tekak pula yang rasa mual-mual~
bangun pagi tadi aku dah rasa mual-mual...
mual-mual kalau muntah terus tak pe gak,
ni tak..
duk tersekat kat celah2 tekak tue
sabar jela...
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
27 December 2011
~debaran~
mood hujung tahun nie memang aku tak suka
penentuan kontrak kerja kami samaada bersambung atau tidak akan ditentukan
haiii...
berdebarnya rasa hati...
bak kata bos aku...
ada rezeki yang lebih baik di luar sana....
ya Allah...
Kau luaskanlah pintu rezeki itu untuk kami mencari rezeki yang halal di bumiMu ini ya Allah...
padaMu aku berserah....
amin..
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
fall again..,
keluargaku,
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
syukur
~bestfriend~~
it was before..
but now..
that title is not belong to you anymore...
why??
because i'm not good enough to be your bestfriend
should i stay??
i rather to be let go
than to be hurting forever...
i wish you always happy with someone you choose to replace me..
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
21 December 2011
#MEMORIES2011
aku nak abadikan dalam kenangan paling indah dan paling sedih buat aku sepanjang tahun 2011 nie...
~JANUARI~
# 3 jan- alhamdulillah... kontrak kerja ku di KPM masih disambung... hari pertama bekerja pada tahun 2011 memberikan aku khabar berita yang cukup gembira. akhirnya nama aku dipanggil untuk sesi temuduga bagi jawatan Jurutera Awam di pusat temuduga SPA Putrajaya. alhamdulillah...!!!
~FEBRUARI~
#10 Februari 2011 (Khamis) tarikh aku ditemuduga di SPA putrajaya... cuak memang cuak... persediaan kurang cukup dan aku keluar daripada bilik temuduga tue dgn perasaan berserah....
~MAC~
#18 mac- sepatutnya keputusan temuduga aku keluar. tapi ditunda selama 3 minggu. entahla... masih berharap aku dapat kerja tu, tapi aku tahu rezeki di tangan Allah
~APRIL~
# 8 april.. akhirnya keputusan telah diketahui dan aku GAGAL.... sedih memang sedih... kecewa memang kecewa... tapi aku cuba berfikiran positif.. KPM masih memerlukan aku disini.. cewahhhh..
# 14 april... segalanya kali pertama... kali pertama join event dengan artis.. pelawak yg terkenal spnjg tahun nie. ZIZAN raja lawak.. event yang aku join di facebook, presiden ZFC @miss sya. sambut hari jadi zizan di red box mid valley.. dah la first time pegi sana drive sndiri... tapi mmg best giler... jumpe in person dgn zizan, johan, ozlyn, natasha hudson, linda onn, maryna juki (manager zizan), ibu, abah, along. gmbar masuk blog gosip artis (ohbulan), masuk paper berita harian, metro harian, keluar tv rtm1... tak caya betul. syukur alhamdulillah...
~MEI~
# 1 mei @6.41 petang.... lahirlah AINUL ZULAIKHA anak zamratul zamrah (bff) kami... berkumpul di parit raja dan tidur kat hotel batu pahat. malam tue, kami berpillow talk. dan setiap dari kami menceritakan perihal prkmbgn masing-masing. dan aku meluahkan rasa mgenai prasaan mengenai aku. bagaimana mereka nampak aku di mata mereka. ternyata mereka nmpak aku sbgai seorang yg kuat, tabah, cekal dan independent. mendoakan aku agar bertemu dgn seorang lelaki yg boleh menundukkan independent aku yg terlalu heavy. hahahah
#13 mei - first time dapat pergi finas nak tgk maharaja lawak LIVE kt sana... seorang2 pulak tu. tapi last2 aku ajak aina n niza... kitrg lepak kat luar bersama team ZFC dan akhirnya bila show dh abeh, kitrg masuk dalam... seronok giler sebab bila jumpa zizan, zizan say hi and he still remember me!! sebulan tak tunjuk muka kat dia, tapi die ingat.. gud!!
#20 mei - lepas show kat ML (kali nie dpt masuk kt dlm tgk LIVE) kitrg pergi dinner dgn keluarga zizan. dan of course aku tak teruja sgt sebab bosan kot tgk muke dia tiap2 minggu. hahahhaha (budget zizan tak bosan tgk muke ko kan??)
#22 mei - event dengan NATASHA HUDSON plak dekat galeri finas. seronok sebab aku boleh kenal dgn kak tasha in person. tgk cara dia bercakap.. for me dia berfkiran jauh. apa yg dia nak, dia akan cuba utk dapatkan sendiri. gud person!!
#23 mei - tayangan perdana KL GANGSTER kat cineleisure, the curve... dapat jumpe SAMSUL YUSOF!! hensem siot..! tergoda tgk body dia... hahahaha... lisa surihani!! cantik!!
#27mei - sekali lagi aku pergi finas. tapi xdpt masuk kt dlm sebab aku lewat malam tu. so, duduk kat luar dgn maziah ngn kawan dia. abeh show, jumpe zizan kt luar dan kami borak kejap dan dia masih ingat aku lagi. hahahaaha... bagusla artis ni.
~JUN~
#3-5 jun - kami geng rotu berkonvoi ke kelantan. awe kawen dan bad (kpm) kawen jugak. so, maraton la kami di sana. sesuatu yang aku dh rasa terbongkar kat sana. tapi masih lagi menjadi rahsia.. well, it's bad actually.... hahahaha..
#14 jun - tayangan perdana utk 3,2,1 CINTA kat sunway dgn maziah... hensem giler si farid kamil nie. mata sepet jek... yg si piere andre plak kelakar orangnyer... david teo jgn cakap la... sgt kelakar!!.. "mari-mari amek gmbar dgn saya"
#18 jun - sambut bufday johan kat dewan orang ramai desa tasik kat bandar tasik selatan. sesat bagai nak gila. nasib ada maziah tunjuk arah. (tunjuk la sgt) hahaha... have fun dgn kak mas sekeluarga (jozan fc). dan akhirnya menjadi ahli jozan fc. nie aku mula-mula twit dengan "yana". kawan kepada zizan.
#24 jun - final ML di stadium shah alam. aku pergi dapat tiket dari ASTRO. so, memang aku tak harap sgt tiket dari ZFC sebab rasa macam dah terpinggir jek. so, baik aku carik tiket lain kan. hehehe.. alhmdullillah, aku dapat tiket tue. so, ajak maziah duduk sekali ngn aku. aku rasa ini malam terakhir jumpa keluarga zizan specially abah sebab abah ingt betul muka aku ni. hahhahaah.. bila dah nak start final tu, akhirnya berlaku satu perkara yg tidak patut terjadi antara fc.. pergaduhan dalaman. tapi aku tak nak masuk campur. cukup hanya untuk membantu mereka yang tertindas. well, aku dan maziah dan buat apa yg termampu. syukur alhamdulillah. dan bermula pada tarikh tu, mulalah geng2 ZFC nie berbalahan dalam facebook. entahlah.. janji aku mals nak masuk campur.
#27 jun - kak amie dah bersalin...! dapat anak perempuan..! cucu perempuan pertama dalam keluarga kami. apak tak sabar nak jumpe cucu perempuan sulung nie...!! dapat tiket dengan maziah nak tgk tayangan perdana SEKALI LAGI lakonan shaheizy sam dan lisa surihani. first time aku jumpe dorang dan dorang memang comel..!! petang tue event dengan LIP ICE plak utk SEKALI LAGI kat pavilion. thanks maziah..!!
~JULAI~
#1-3 julai - balik kampung...!! akak aku sakit dan kena tahan kat wad batu gajah. aku bawak dia dengan apak pergi jumpa doktor. kesian apak penat2 balik kerja uruskan anak pulak. sampai tertdur atas kerusi masa nak tunggu result akak. (apak mmg senang tidur pon)
#5 julai - pagi tu masa nak pergi kerja, aku call apak dan dapat cakap dgn apak. tanya pasal akak dah keluar wad ke belum. alhmdulillah dah.. masa tu apak kt tepi jalan kot, jawab call aku. dan last sekali apak pesan, "pakai duit elok-elok. jimat cikit". tak sangka itu yg terakhir.
#6 julai - 10.30 malam, final battle utk final showdown.. aku tengok tv sorang2 sebab sheera ngn mimie keluar. sorak bukan main aku tgk showdown. tiba-tiba pgglan telefon dari apak. tapi bukan apak yg call. berita yang pakcik ali bgtau kat aku tu mmg mengejutkan aku. aku org yg prtma yg tahu dan aku perlu bgtau pd keluargaku yg lain. malam tu dalam pukul 1 aku gerak balik dengan peroih dan alin. balik perak pergi hospital ipoh. apak accident dan masuk ICU
#7-12 julai - aku berada di hospital ipoh. teman mak aku sepanjang apak kat ICU. wad 3B katil no 13. spnjg kat sana, aku xtido malam sbb nak jaga mak. biar mak tido sebab aku takut kalau doktor panggil ape-ape nanti.
# 13 -15 julai - masuk kerja. officemate semua doakan apak cepat sembuh. yeah, aku pon bgitu. semoga cepat sembuh apak.
#15-17 julai - balik kg. tido kat hspital. HAPPY BIRTHDAY APAK yg ke 58 tahun -16 julai. menangis aku wish kt tepi telinga apak. entah apak dengar hanya Allah yang mengetahui.
#19 julai - apak selamat buat operation tebuk leher untuk ruang pernafasan. tkut jangkitan kuman kalau guna bantuan terlalu lama.
#21-24 julai - balik kampung. tido di rumah kedua ku. hospital ipoh, tingkat 3. 23 julai - apak kena tukar wad ICU tgkt 7 sebab keadaan apak dah semakin OK dan pesakit lain nak masuk. katenya alat di ICU tgkt 7 tidak mencukupi. aku mendoakan agar segalanya selamat.
#29-31 julai- balik kg ke rumah kedua ku. pak guard, pakcik jual kacang, doktor, nurse sume dah kenal kami. moga apak cepat sembuh!!
~OGOS~
#4 ogos - alhamdulillah. apak dapat keluar daripada ICU. masuk wad tingkat 6B katil no 24. dekat dengan kaunter jururawat dan doktor. tapi sebenarnya keadaan apak sama seperti di ICU. ya, aku tahu, katil tidak mencukupi di ICU. ramai lagi pesakit baru nak masuk. Allah tahu segalanya.
# 5-7 ogos - balik kampung. tengok apak secara beramai-ramai. kalau sebelum ni, masuk dua orang jek kat ICU. boleh baca yaasin sendiri kat tepi telinga apak. boleh lap badan apak, mandikan apak, tukar lampin apak, segalanya kita boleh buat sendiri. syukur diberi peluang untuk jaga apak.
#12 ogos - pukul 1.00 pagi, apak ditukarkan ke katil no 14. means, bukan berada di tahap kritikal. alhamdulillah....
# 12-14 ogos - balik kampung. buka puasa di hospital ipoh. tak pernah bermimpi utk berpuasa dan berbuka di sini. Allah itu maha mengetahui.
# 14 ogos- berbuka puasa bersama JOZAN di hotel flamingo bersama anak yatim di hulu kelang dan ahli jozan fc dan zfc. borak berdua dengan zizan. dan baru aku sedar, mungkin selama ini aku dipermainkan oleh "yana" @"nana" @ syifa dan lain-lain. bodohnya diri bila tahu diri ini ditipu bulat-bulat dan aku percaya bulat-bulat. pengajaran bagi aku.
#19 ogos - bukak puasa di kedai kopi 2 shah alam bersama kawan2 techsis. solat terawikh di masjid shah alam. sambut bufday dayah denan.. seronok!!
#20-21 ogos - balik kampung. alhamdulillah. berkat ubat dan tangan mak yg jaga apak, mulut, kulit apak dah semakin ok. dah tak teruk. dah tak berdarah. alhamdulillah.. syukur ya Allah. ini pengorbanan ibu dan isteri. izinkan mak menjadi bidadari utk apak di sana. insyaAllah.
#23 ogos - tayangan perdana HANTU BONCENG... jumpa zizan lagi. dan kali nie aku jumpe tanpa mention lgsung "ezyan liyana".
#26 ogos -4 sept - balik kampung utk beraya. kami beraya di hospital ipoh. situasi yg sgt berbeza... sgt2 berbeza... SELAMAT HARI RAYA APAK!
# 29 ogos - doktor bagitau utk tukar tiub pernafasan apak kepada "permenant tiub" kami sekeluarga risau tapi aku pujuk mak aku utk setuju sebb doktor tahu apa yg trbaik utk apak. doktor nak tukar ke permenant sebab nak bagi apak balik umah. tapi mak xnak apak balik lagi sebab mak tahu apak masih perlukan jagaan dan perhatian doktor.
~SEPTEMBER~
#5 sept - apak dah tukar katil ke no.8. dekat dgn pintu keluar. alhamdulillah... maknanya keadaan apak dah semakin ok..!! syukur ya Allah.
#8 sept - apak dah tak pakai bantuan oksigen lagi. apak dah boleh bernafas sendiri. ya Allah, aku bersyukur padaMu ya Allah. Kau sembuhkanlah apak..
#10 sept - open house BFF... utk pertama kalinya aku tak balik ke kampung jumpa keluarga sebab nak jumpe BFF. rindu giler!!
#12 sept - dapat mesej dari abg aku.. keadaan apak tiba-tiba makin teruk. kahak banyak. sesak nafas. guna bantuan oksigen balik. ya Allah, Kau selamatkanlah apak.
#13-19 sept - aku cuti dan balik kampung. keadaan apak makin teruk. kahak terlalu banyak. demam panas plak tue. kencing manis makin tinggi. ya Allah, bantu kami ya Allah.
#21 sept - petang tu mak call.. doktor pon xtau nak bagi harapan macam mana... sabar mak. kita banyakkan doa yang terbaik utk apak.
#22 sept - HAPPY BIRTHDAY FAIZURA! hari ini hari jadi aku. tahun lepas, apak orang pertama yg call aku wish bufday. aku rindu masa itu. moga apak cepat sembuh! pagi tu pejay call aku. doktor cakap apak dah tak ada harapan. mintak panggil semua ahli keluarga.. Allah... hadiah hari jadi yang aku tak pernah harap utk dapat. tapi aku tahu ya Allah, Kau perancang yang terbaik.
#22 - 25 sept - balik kampung dengan keadaan yg sgt sedih. aku taip mesej kt hp apak, bgtau kt semua pasal keadaan apak yg dah tak de harapan. ramai saudara mara yg dtang. terima kasih ya Allah. moga Kau membalas jasa mereka ya Allah. aku mohon ya Allah untuk Kau tabahkan hati kami menerima segala ketentuanMu.
#30 sept - 2 okt - balik kampung. syukur ya Allah kerana Kau masih memberikan kami peluang untuk bersama dengan apak.
~OKTOBER~
#4 okt - dapat panggilan pertama utk temuduga di IJM. speaking pulak tu. aduhai, sgt la lemah aku ni. tapi aku berharap semoga aku mendapat panggilan untuk pergi ke temuduga tu. amin..
#6 okt - alhamdulillah.. dapat panggilan utk pergi interview IJM pada 19 Okt. ya Allah, semoga aku mendapat pekerjaan yang tetap yang sesuai utk ku ya Allah.
#7-9 okt - balik kampung. bagitahu kat apak dan mak aku dapat interview kerja. doakan semoga aku dapat kerja yg terbaik. tapi mak macam tak suka sebab sekarang nie kerja aku dh ok. boleh cuti selalu sebab cuti rehat banyak. tapi mak, ni kerja kontrak jek mak, bila-bila boleh buang.
#14-16 okt - seperti biasa aku balik kampung lagi. aku dah selesa begini. kalau tak balik, aku rasa gelisah. (pernah ke tak balik??) hehehheh
#17 okt - dapat panggilan, apak kena pakai tranchymask. bantuan prnafasan sepenuhnya. ya Allah, Kau kuatkanlah apak. bantu kami ya Allah. izinkan aku utk bersamanya setiap detik ya Allah.
# 19 okt - pergi interview di IJM. jumpa raihana dan che wan. dapat tahu yg company nie kerja full day on saturday and sunday rotation. berat hati nak kerja kat cnie. huhuhu
#21 okt - farewell utk paan (techis) kat khulafa seksyen 7 shah alam sebab die kena posting keje kat pahang. borak-borak cerita pasal keadaan apak kat dorang. mendoakan semoga apak cepat sembuh. sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang akan berlaku.
#22-23 okt - balik kampung. doktor bagitau yang paru-paru apak kat bahagian bawah dah kecut. sebab tu apak susah nak bernafas sendiri. ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada apak dan kami sekeluarga ya Allah.
#24 okt - apak kena pakai ventilator balik. mesin yg support pernafasan apak. segalanya sebijik macam keadaan apak kat ICU dulu. kahak dah kering. nurse yg kena buang, kalau tak, apak sesak nafas.
#25 okt - HAPPY BIRTHDAY MAK!! malam tu aku balik kampung sebab esoknya cuti deepavali sehari. tghari tu aku beli tiket. alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan. cakap kat apak, "hari nie bufday mak, apak xnak bangun ke??"
# 26 okt - seharian aku bermanja ngn apak. pagi tu pejay cakap dr shahiran tue cam aku. mana tak nya, tiap2 minggu aku balik hospital ipoh. petang tue, mak suh aku baca yaasin utk apak sebelum aku balik. aku baca tepi telinga apak. seblum aku balik, aku tak tahu kenapa aku nangis. salam apak, cium apak, cakap ngn apak, "apak tunggu orang ek. ari ni ari rabu, jumaat malam nnti kite jumpe ek apak. apak tunggu tau.. sayang apak... ingat Allah banyak-banyak ek apak. orang selalu doakan apak yang terbaik. orang nak mntak maaf byk2 kat apak. halal makan minum tau. jumpe jumaat nie ek.." salam mak, aku nangis lagi. mak cakap, "dah la, pegi balik, doakan utk apak. baca yaasin utk apak tau". sampai umh, alhamdulillah, aku baca yaasin utk apak sebelum aku tidur. mesej pasal keadaan apak aku terima dengan doa semoga apak kuat.
#27 okt - pagi tu aku berazam nak balik kampung petang ni jugak. risau keadaan apak bila abg aku cakap, oksigen apak dah drop. ya Allah, Kau bantu aku ya Allah. pagi tu, aku setelkan cepat borang sambung kontrak aku. paeh telepon cakap, "tadi nurse check apak, nadi apak dah mendatar jek. doktor suruh semua balik cepat tgk apak." lepas aku isi minyak, lebih kurang 0830H, aku dapat mesej dari paeh, "apak dah tinggalkan kita semua." menangis aku dalam kereta. teriak aku dalam kereta. telefon oya, tapi tak bersuara, hanya tangisan sahaja. aku tahu mereka risau. tapi aku tak tahu macam mana nak cakap. terima kasih semua sebab menasihati aku supaya bersabar. lan, asma, sheera, isyqi dan kak umi dtg dari putrajya. dayah, nida dan kawan dayah dtg dari seri iskandar. selamat tinggal apak. terkilannya hati bila aku tiada di sisinya saat apak hembuskan nafas yg terakhir 0822H. ya Allah, Kau kuatkanlah aku.
#28 okt - mak yang aku cakap, arwah apak melawat anak bongsu dia, ika. keluarga mak yang xdtg kenduri tahlil, so mak bagi lauk kenduri melalui mak chor. tgh malam tu ika lapar, pergi makan lauk tu dalam bilik. masa tu arwah apak dtg jumpa dia. rindunyer kat apak... moga apak tenang di sana.
#29 okt - tahlil hari ketiga. ya Allah, aku rindukan apak...
~NOVEMBER~
#1 nov - aku mula kerja selepas arwah apak dah tinggalkan kami sekeluarga kembali menghadap Allah. banyak kata-kata semangat, nasihat dari officemate. ya Allah, hanya Kau yang mampu membalas jasa mereka. sungguh aku tak kuat ya Allah walau beribu kata-kata dari mereka mengatakan aku kuat. hanya Kau yang tahu isi hati ku ya Allah.
#3-8 nov - balik kampung. 4 nov kenduri tahlil hari ke 8 utk arwah apak. mak bgitahu yg malam 31 okt, arwah apak datang umah. jenguk mak kat dalam bilik, tapi mak xde sebab mak tidur luar. mak terjaga dan mak tengok arwah apak nak keluar dari pintu. mak jumpe arwah apak. mak borak dengan arwah apak. "tolonglah selesaikan apa yang abg tak sempat nak selesaikan sebelum abg pergi. jaga anak-anak kita elok-elok. maaf sebab abg pergi tanpa sempat cakap apa-apa."
#6 nov - SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. hari raya tanpa apak. dulu sambut raya puasa kat hospital boleh cium tangan apak. boleh cakap dgn apak. tapi sekarang ni, nak cium tangan apak macam mane lagi? cium stoking apak sebab itu ada bau apak. ya Allah, Kau kuatkanlah kami sekeluarga.
#26 -29 nov - mak, akak, jojoy, is, kimi dan paeh datang umh kat kajang sebelum gerak pergi umah peroih kat seremban. fatin cukur jambul. masa cukur jambul farhan, arwah apak dtg sekali dengan kami. teringat kenangan waktu apak baring2 bising kat atas. borak2 dengan besan. rindunya kat apak.
#27 nov- kenduri cukur jambul dan aqiqah fatin nurzahirah... sebulan jugak arwah apak pergi. moga apak tenang di sana.
#28 - 29 nov - bawak mak semua pergi jenjalan KL. pergi zoo negara, KLCC, menara KL. mak teringin nak naik atas menara KL tu tapi akak xnak naik, so mak tak smpai hati nak tggalkan akak kt bawah. so, kami tak naik. sedihnya...
~DISEMBER~
#8- 12 dis - balik kampung...! 10 dis kenduri tahlil hari ke 44 utk arwah apak tersayang. moga apak tenang di sana. al fatihah..
# 30 dis - kontrak kerja kami masih belum pasti bersambung atau tak. jadi aku balik kampung lagi naik kereta. harap semoga kontrak kerja kami bersambung selagi kami masih belum mendapat pekerjaan yang tetap lagi ya Allah. amin..
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
070711,
7-11,
apak,
family,
glelak menggelakkan,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
layan...,
luahan ati,
mood,
syukur,
truly,
ujian,
ujian Allah
19 December 2011
~khabar angin yang menakutkan....~~
lepas lunch, perut pon kenyang.... nak berjalan pon dah malas... tapi mengenangkan ada kerja yang harus aku selesaikan, aku pon melangkah dari meja makan ke meja kerja... ecehhhh
jalan punya jalan, tup tup, borak kejap ngn opismate...
tercetuslah satu khabar berita yg menakutkan bagi kami...
"kontrak kerja kami semua tidak disambung untuk tahun depan"
pergh.... cuak tak cuak la... memikirkan macam mana nak hidup tanpa gaji....
nak bayar hutang kiri hutang kanan hutang depan hutang belakang...
nak tolong family aku....
camna lagi nie??
ya Allah... aku mohon padaMu ya Allah... permudahkanlah urusan kami untuk mendapat pekerjaan tetap yang halal bagi kami untuk memudahkan kami berurusan di dunia ini ya Allah... luaskanlah pintu rezeki kami ya Allah..
aminn
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
jalan punya jalan, tup tup, borak kejap ngn opismate...
tercetuslah satu khabar berita yg menakutkan bagi kami...
"kontrak kerja kami semua tidak disambung untuk tahun depan"
pergh.... cuak tak cuak la... memikirkan macam mana nak hidup tanpa gaji....
nak bayar hutang kiri hutang kanan hutang depan hutang belakang...
nak tolong family aku....
camna lagi nie??
ya Allah... aku mohon padaMu ya Allah... permudahkanlah urusan kami untuk mendapat pekerjaan tetap yang halal bagi kami untuk memudahkan kami berurusan di dunia ini ya Allah... luaskanlah pintu rezeki kami ya Allah..
aminn
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
cepu cemas...,
kerjayaku,
luahan hati,
mood,
syukur,
truly,
ujian,
ujian Allah
~aku rindu~
aku akui betapa egonya aku tika ini... ego untuk menyatakan rasa rindu pada seseorang...
argghhhh!!
biarkan aje... jangan dilayankan sangat perasaan nie...
sekian, bye bye
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
argghhhh!!
biarkan aje... jangan dilayankan sangat perasaan nie...
sekian, bye bye
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
08 December 2011
~~finally we MEET UP!!!!~~
syukur alhamdulillah akhirnya kami bertemu jua... kenal melalui twitter jek.... sambung ke chatting ym... sambung ke sms dan calling each other.... di awal perkenalan always update cite masing-masing... bertanyakan khabar mengenai kehidupannya di Sarawak sebagai cikgu... menceritakan perihal keadaan arwah apak sewaktu beliau masih terlantar sakit di hospital.... (asal ayat aku skema giler nie???)
dia salah seorang yang byk bagi semangat kat hidup untuk terus bersabar dan kuat hadapi kenyataan.. bersabar saat arwah apak terlantar sakit. setiap kali perkara yang buruk berlaku kat arwah, dia lah yg banyak bagi kata kata semangat... " i tahu u kuat, u must be strong... ni bhagian yg u kena terima utk ayah u. i tahu i pon akan alami perkara yg mcm tue, tapi i pon xtau mcm mana nk hadapinya.. tapi i tahu yg u mmg kuat.."
mungkin ayat2 tu seolah olah biasa kita dengar bila kawan2 hadapi kesulitan.. tapi hubungan dia dan aku sekadar dua tiga bulan sahaja... tak pernah bertemu muka... dia sentiasa ada ketika itu..
tapi aku tahu kesilapan yang aku dah buat... ketika rahsia mengenai kawan kami bocor, kami mulai jauh... aku mula menjauhkan diri aku daripada dia kerana aku sukar nak percya yang aku kena tipu selama ini dengan kawan kami. ye, dia tak de kena mengena pon dengan kes tpu menipu ni, tapi aku kecewa dengan dunia maya nie... pertama kali kami ditipu dengan kawan maya nie, memang sukar dipercayai...
kematian arwah apak memang membuatkan aku lari dari dunia maya... dulu dunia twitter la tempat luahan aku mengenai arwah apak... berminggu minggu aku senyapkan diri dengan dunia twitter... ucapan takziah dan kata kata semangat dari kawan-kawan aku biarkan tanpa balasan. aku tahu mereka simpati dan sentiasa mendoakan arwah apak dan kami kuat hadapi dugaan ini, tapi aku tak punya kekuatan untuk membalasnya.. aku doakan semoga Allah membalas jasa baik mereka...
dan akhirnya dengan keizinan Allah, setelah lama aku senyapkan diri aku dengannya, kami berjumpa... itupun, memang pertemuan yang suddenly decision utk meet up... dia yg berada di KL kerana sibuk menguruskan persiapan majlis tunangnya mengambil kesempatan nak jumpa aku... pukul 9.30 malam aku dah smpai kat McD ampang... debar jugak la sebab xpernah aku jumpa dia.. nasib baik dia cam aku... hahahahha....
borak punya borak, tak sedar dah pukul 12 tgh malam.. kelam kabut sebab dh lewat malam... esok aku kena kerja... dah la aku dtg sorang jek, tak baik anak dara balik lewat lewat malam... so, aku pon hantar dia balik rumah kakak dia dan tengok baju tunang dia... cantik siot... aku happy untuk dia..
terima kasih ye fatihah abdul kadir sebab sudi jumpa i.... sebab sudi bagi semangat kat i. sebab sudi sayang kat i... sebab sudi terima i jadi kawan u. i cukup hargai perhubungan kita... moga Allah berkati dan rahmati hubungan persahabatan kita. walaupon u jauh dari mata i, tapi u dah i letakkan di hati i... terima kasih ya Allah kerana mengizinkan kami bertemu, bersahabat di dunia ini. moga perhubungan kami ini dilindungi dari segala fitnah dan syak wasangka...
aku memang selesa berkawan dengan perempuan. terima kasih ya Allah kerana memberikan keselesaan itu untuk aku... kelakar sebab aku tak ambil gambar kami pon.. just one picture yang aku amek dekat depan umah dia.. gelap sebab di bawah cahaya lampu tepi jalan jek... ehheheeheh...
till we meet again...

"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
apak,
fall again..,
glelak menggelakkan,
hoye-hoye,
keluargaku,
kenangan,
layan...,
luahan ati,
mood,
syukur
07 December 2011
~kenangan berputar di OMBAK RINDU~
sekarang nie semuanya memperkatakan tentang filem "Ombak Rindu"
rata-ratanya akan cakap, "oh tidak...!! aku menangis tengok cite tue siot...!!!"
yes, definitely, i am also crying watching that movie...
but...
deeply aku bukan nangis sebab cerita cinta mereka sedih... tapi aku menangis pada dua scene yang membuatkan aku menitiskan air mata aku nie...
first scene:
saat pak dollah mengucapkan syukur alhamdulillah sambil menadah tangan ketika mengetahui yg hariz telah berkahwin dengan izzah dan merahsiakan perkahwinan mereka selama 2 tahun...
kenapa aku menangis?? bagi aku cinta itu terlalu mahal harganya.... dapat bersatu dengan cara yang halal dan mempertahankannya itu adalah satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan... ucapan alhamdulillah menunjukkan betapa bersyukurnya pak dollah bila mengetahui anaknya itu berkahwin dengan seorang perempuan yang cukup baik di matanya malahan pegangan agamanya... ya, di zaman serba moden ini, bukan senang ingin berjumpa dengan seorang perempuan yang kukuh pegangan agamanya... titisan air mata gembira yang aku keluarkan kerana ketentuan Allah itu Maha Sempurna...
second scene :
saat hariz berada di hospital tidak sedarkan diri... ya Allah betapa masa itu aku ingin meraung kerana segalanya mengingatkan aku ketika arwah apak di hospital... saat aku memeluknya, saat aku berada di sisinya, saat aku solat di tepinya, segala-galanya.... tangisan itu betul betul aku lepaskan di saat itu... betapa aku rindukan arwah apak... dan aku pun terlintas, "kenapalah aku tengok cite nie?? kenapalah perlu ada scene ini?"
itu la sebab kenapa aku menangis... dan pastinya bukan sesuatu yang korang fahami... entahlah... kata-kata dari seorang kawan mengiang ngiang saat nie.. " keadaan ko skg nie terlalu sensitif. segalanya ko kena remehkan.. bukan semua faham keadaan macam ni.. mungkin dorang semua tak tahu macam mana nak handle situasi di mana kawan baru kehilangan ayahnya. kena banyak bersabar dan terima dengan terbuka.."
habis solat tadi, aku berdoa semoga segala kenangan aku bersama arwah apak akan tetap aku ingat sampai bila bila. moga Allah sentiasa membantu aku... amin...
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
rata-ratanya akan cakap, "oh tidak...!! aku menangis tengok cite tue siot...!!!"
yes, definitely, i am also crying watching that movie...
but...
deeply aku bukan nangis sebab cerita cinta mereka sedih... tapi aku menangis pada dua scene yang membuatkan aku menitiskan air mata aku nie...
first scene:
saat pak dollah mengucapkan syukur alhamdulillah sambil menadah tangan ketika mengetahui yg hariz telah berkahwin dengan izzah dan merahsiakan perkahwinan mereka selama 2 tahun...
kenapa aku menangis?? bagi aku cinta itu terlalu mahal harganya.... dapat bersatu dengan cara yang halal dan mempertahankannya itu adalah satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan... ucapan alhamdulillah menunjukkan betapa bersyukurnya pak dollah bila mengetahui anaknya itu berkahwin dengan seorang perempuan yang cukup baik di matanya malahan pegangan agamanya... ya, di zaman serba moden ini, bukan senang ingin berjumpa dengan seorang perempuan yang kukuh pegangan agamanya... titisan air mata gembira yang aku keluarkan kerana ketentuan Allah itu Maha Sempurna...
second scene :
saat hariz berada di hospital tidak sedarkan diri... ya Allah betapa masa itu aku ingin meraung kerana segalanya mengingatkan aku ketika arwah apak di hospital... saat aku memeluknya, saat aku berada di sisinya, saat aku solat di tepinya, segala-galanya.... tangisan itu betul betul aku lepaskan di saat itu... betapa aku rindukan arwah apak... dan aku pun terlintas, "kenapalah aku tengok cite nie?? kenapalah perlu ada scene ini?"
itu la sebab kenapa aku menangis... dan pastinya bukan sesuatu yang korang fahami... entahlah... kata-kata dari seorang kawan mengiang ngiang saat nie.. " keadaan ko skg nie terlalu sensitif. segalanya ko kena remehkan.. bukan semua faham keadaan macam ni.. mungkin dorang semua tak tahu macam mana nak handle situasi di mana kawan baru kehilangan ayahnya. kena banyak bersabar dan terima dengan terbuka.."
habis solat tadi, aku berdoa semoga segala kenangan aku bersama arwah apak akan tetap aku ingat sampai bila bila. moga Allah sentiasa membantu aku... amin...
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
apak,
fall again..,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
layan...,
luahan ati,
luahan hati,
syukur,
truly,
ujian,
ujian Allah
~WORDLESS WEDNESDAY~
Labels:
syukur,
truly,
ujian Allah,
wordless wednesday
~undangan~
mendapat undangan yang tahu akan akan tibanya waktu itu... hrmm... patutkah aku pergi?? haruskah aku pergi?? bila dah berjanji, ianya harus ditunaikan... apakah aku menolak takdir?? apakah aku lari dari kenyataan?? entahlah...
sebab?? aku tak pasti akan itu... risau apakah yang akan aku terima... kenyataan yang memedihkan atau kenyataan yang akan menggembirakan aku dunia dan akhirat?? wallahualamm...
bersediakah?? jujur aku serahkan segalanya pada Yang Esa... aku tak mampu untuk berfikir mahupun menilik nasibku kelak... berserah pada perancangan Allah bukan bermakna aku tidak mahu berusaha... berusaha, tapi sejauh mana hati ini rela?? sejauh mana hati ini terbuka??
kisah aku berlainan... tidak pernah sama dengan sesiapa....
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
05 December 2011
HIJRAH 1433
hari ini 9 Muharam 1433H
aku bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang utk hidup di muka bumi ini.... sejak arwah apak pergi tinggalkan kami sekeluarga, aku selalu memikirkan tentang kematian... kematian yg menjadi rahsia Allah.. selalu aku bayangkan bahawa kematian itu begitu hampir... entahlah.... dalam bait -bait doa aku setiap kali lepas solat, aku mohon agar Allah mengampunkan segala dosa aku... berikan aku peluang untuk bertaubat. berikan aku waktu untuk menjadi hambaNya yang solehah dan anak yg berguna untuk keluarga.... mati itu pasti, itu janji Allah....
mampukah aku berhijrah dengan sempurna...??
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Labels:
apak,
fall again..,
family,
keluargaku,
layan...,
luahan ati,
luahan hati,
mood,
syukur,
truly,
ujian Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)











