assalamualaikum dan selamat pagi dunia....
alhamdulillah.... syukur alhamdulillah. diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan mereka yang menyertai seminar tu Sabtu yang lepas. alhamdulillah. syukur. ramai, sangat ramai yang datang. tujuh barisan untuk perempuan, tetapi hanya tiga barisan untuk lelaki. nampak tak bezanya jumlah peserta perempuan dan lelaki?? tapi, ustazah fatimah syarha memberikan tepukan yang paling gemuruh kerana keberanian lelaki-lelaki ini untuk menyertai seminar baitul muslim ni. tahniah buat mereka...!!
sedikit perkongsian yang nak dikongsi, buat peringatan diri sendiri.
slot 1 : Pengurusan Hati
panel : Ustaz Pahrol Md Juoi

mentafsirkan sebagai perkahwinan adalah penyatuan dua hati. teringat kata-kata beliau, batu dengan batu disatukan dengan simen, tetapi hati dengan hati bersatu dengan Pencipta iaitu beriman kepada Allah. kerana iman kepada Allah itu berkadar terus dengan kasih sayang kepada manusia. kita tidak akan dikasihi selagi kita tidak mengasihi saudara mara kita, itu pesan Rasulullah s.a.w. jangan mencari kebahagiaan dalam perkahwinan tetapi bawalah kebahagiaan dalam rumah tangga dengan membina kebahagiaan dalam diri dahulu. kita boleh menyayangi seseorang itu tanpa pimpinan, tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi. kenapa kita tidak boleh beri kasih sayang??? kerana kita ego dan pentingkan diri sendiri. kenapa kita ego?? kerana kita merasa diri kita lebih baik daripada orang lain, kerana itu kita meremehkan atau merendahkan orang lain, dan kerana itulah kita menolak kebenaran orang lain. the first duty of LOVE is to HEAR. Allah itu Pemilik Cinta dan sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. kita jadi jahat bukan kerana kebetulan, tetapi kerana kebiasaan. dan bila kita ada cinta Allah, maka leburlah segala kejahatan. =D
slot 2 : Cari Jodoh, Langkah 1,2,3...
panel : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
jodoh itu adalah rahsia Allah (tidak diketahui bila hadirnya) kerana itu adalah urusan ghaib. seseorang itu akan bersama dengan apa yang dicintainya di akhirat kelak. dan jodoh itu harus diusahakan. tapi macam mana kita nak cari jodoh? mulakan dengan mengenal diri sendiri dahulu. siapakah kita, bagaimanakah dengan ilmu kita? bagaimanakah kriteria pasangan yang kita mahu?? bagaimanakah cara untuk kita berta'aruf (berkenalan)?? "tidak akan menyesal orang yang beristikharah dan tidak akan rugi orang yang beristisyarah" - Rasulullah s.a.w... orang yang tak de calon pun boleh beristikharah juga tau... ustaz ni memang tinggi... sangat tinggi. tegap dan jitu. hehehheh...
slot 3 : Sebelum Aku Bernikah
panel : Hilal Asyarf

turun-turun je dari tangga nak masuk dewan, tup tup nampak Hilal Asyraf nie dekat depan mata...!! tengah tandatangan buku-buku motivasi yang dibeli oleh peserta. memandangkan ada beberapa buku dia yang aku dah miliki, jadi aku hanya senyum sampai ke telinga dan perhatikan dia. sampaikan shalina pelik tengok aku yang sengih kat celah-celah ramai manusia tu. hahahhahha. antara pengisian yang adik hilal asyraf ni berikan adalah definisi cinta itu sendiri. aku memang mengikuti hilal asyraf ni dari sebelum dia bernikah sehingga kini. dan aku memang suka dengan definisi cinta hilal asyraf. "apa-apa yang membawa ke syurga itu adalah CINTA, tetapi cinta yang membawa ke neraka, itu BUKANlah cinta" .hilal banyak bercakap mengenai persiapan kita sebagai hamba, selari dengan kod hilal asyraf, "mari menjadi hamba". slot ni banyak membuatkan aku terhantuk dan dihantuk batu-batu besar kerana kata-kata hilal yang terkesan dalam hati. yelah, rata-rata ramai kawan-kawan yang dah bertukar status. dan aku sendiri dihujani dengan kata-kata, "bila pulak giliran aku nak kahwin? bila pulak nak kami datang kenduri kahwin ko plak ni?" ramai yang bertanya itu daripada bertanya, "bila giliran ko nak mati? bila plak nak kami datang majlis pengebumian ko ni?" gulppp, betul tak?? eh, bukan yang tu hilal cakap, tapi gambarannya macam tu la... sebab dia cakap, "belum tentu kita akan berkahwin, tetapi kita TENTU akan mati". jadi lebih baik daripada kita fokus tentang "aku ini bagaimana" daripada fokus kepada "siapa jodoh kita". kerana manusia itu terlalu obses dengan cinta, sehingga manusia lupa untuk mempersiapkan diri untuk mati, kalau benar cinta, persiapkan diri untuk ke syurga, kalau benar cinta, bawa ahli keluarga untuk ke syurga. baiki diri dan persiapkan diri untuk ke syurga. haih, syurga itu manis, tetapi jalan ke syurga itu pedih, seperti kata ustaz pahrol, jalan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. fokus, untuk persiapkan diri kita ke syurga. fokus untuk bawa ahli keluarga kita ke syurga. berusaha untuk mencapai mampu. =')
alot 4 : Fulus oh Fulus, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta
panel : Tuan Afyan Mat Rawi
ohhh, slot ni aku agak kelayuan sedikit. mampu untuk mendengar dalam 30 minit pertama sahaja. kemudian aku dah mula layu. sebab, mungkin masa tu otak dah penat, mata dah layu, jadi harus mula kuatkan diri. belum habis lagi slot ni, aku keluar untuk solat Asar dulu. tup tup, nampak Hilal Asyraf dekat kaunter buku, lalu aku pun apa lagi. borak la sekejap dengan dia. =D gatal...!! sangat sweet adik hilal ni. hahhahhah, memandangkan aku dah ade depan dia, aku pun belilah buku motivasinya untuk dapatkan tandatangannya. mestilah beli buku yang aku tak beli lagi. daripada hajat tak nak beli, tup tup, aku beli pulak. tak pelah, moga ada saham buat aku di akhirat nanti. insyaAllah. ooh, lupa plak, antara pengisian yang aku dapat daripada slot ini, awasi hutang. masa berkahwin dunia indah, keluarga pun masih mampu bersimpati dengan kita. tetapi lepas kahwin, dunia tidak akan bersimpati dengan kita. segalanya perlu dirancang sebelum berkahwin lagi.
slot 5 : Sharing Moment
panel : Imam Muda Jabbar dan isteri
Ustazah Fatimah Syarha dan suami
Tuan Shahrulnizam
moderator : Amin Idris
 |
| imam muda Jabbar dan keluarga |
 |
| ustazah fatimah syarha dan keluarga |
 |
| amin idris dan isteri |
slot ni sangat seronok, tetapi waktunya disingkatkan kerana hampir masuk waktu Maghrib dah. banyak moment yang dikongsi oleh ahli panel ni. rupanya, imam muda Jabbar ni berkahwin dengan seorang hafizah, penghafaz al-quran. alhamdulillah. kedua-duanya merupanya penghafaz al-quran. berkahwin di usia muda. sewaktu masih belajar lagi. seronok tengok mereka berdua. ustazah fatimah syarha ni pulak berkahwin dengan seorang doktor, dr farhan. sangat sweet mereka berdua. kecil molek je ustazah fatimah ni. lembut je tutur katanya. kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, tetapi mampu mencipta kebahagiaan rumah tangga. meminimumkan waktu yang boleh diminimunkan untuk memaksimumkan waktu bersama anak-anak. tuan Shahrulnizam ini pula merupakan seorang usahawan yang berkahwin muda. yang pada waktu awal perkahwinannya, tidak punya apa-apa. beliau yakin dengan janji Allah untuk memberikan rezeki pada setiap hambaNya. =D
slot 6 : Kau dan Aku Berbeza : I Drive, U Baca Peta
panel : Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Ustaz A. Ubaidillah Alias
moderator : Amin Idris
slot ini memang menarik sebab ustazah Isfadiah nie menceritakan tentang kehidupannya sewaktu awal perkahwinan sehingga kini. mentarbiahkan suaminya yang bukan pilihannya, membentuknya sehingga menjadi suami yang hebat. complete each other. sangat kelakar tetapi banyak pengajaran. nakkan bahagia, perlu usaha untuk bahagia. bila kita ikhlas menerima, Allah akan bantu kita. ada tiga perkara yang perlu dititikberatkan dalam membentuk keluarga, "ajari untuk cintai Rasul, cintai keluarga, dan cintai al-quran"
maka, berakhirlah seminar ini. moga mendapat manfaat dalam setiap apa yang dikatakan. moga Allah redha. moga Allah terima.
"sebelum aku bernikah: berusaha mempersiapkan diri menuju syurga Allah"
"kita belum tentu kahwin, tapi kita tentu akan mati. persiapkan diri untuk mati"