AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-
Showing posts with label wataniah. Show all posts
Showing posts with label wataniah. Show all posts

21 December 2012

~berdoalah~



Assalamualaikum dan selamat petang dunia....

pernah tak korang mengalami satu peristiwa yang korang tak pernah sangka akan terjadi. masalah datang bertimpa-timpa. apa yang korang harapkan, tak sama seperti apa yang datang menduga??

inilah yang dinamakan perancangan Allah Yang Maha Sempurna...

bila kita mohon kekuatan untuk terus hidup di jalanNya, DIA datangkan ujian untuk menambahkan kekuatan kita.
bila kita mohon kesabaran untuk berdepan dengan halangan, DIA turunkan pelbagai ragam manusia untuk buat kita bersabar.

indah kan??

ada ketika aku sendiri merasa, adakah ini menunjukkan Allah tidak suka akan apa yang sedang aku lakukan..?? percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang Allah sediakan buat kita. kita tidak pernah tahu apa yang baiknya untuk kita kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akan Setiap Sesuatu.

tiada apa yang mampu mengubah takdir Allah melainkan dengan doa. takdir kita telah ditentukan Allah sejak kita wujud dalam rahim ibu kita lagi. berdoalah agar Allah tidak meletakkan diri kita atas setiap urusan kita walau satu saat pun. berdoalah agar semua kebergantungan kita hanya pada Allah. berdoalah setiap kali ingin membuat keputusan, moga ianya mendapat redha Allah Yang Esa. berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu petunjuk dan disuluh cahaya Allah Maha Pencipta. berdoalah agar diri kita dijauhkan dari api neraka dan menjadi penghuni syurga yang indah. pendek kata, berdoalah....!!






"yakinlah pada perancangan Allah Yang Maha Mengetahui"

19 October 2012

~buruk sangkaan kita, tetapi ada hikmah sebenarnya..~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....!!

alhamdulillah... baru balik dari menjalani latihan fasa medan.. banyak perkara yang berlaku. kadang-kadang aku sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku. tapi aku yakinkan hati bahawa segalanya ada sebab...

ya, setiap apa yang berlaku, yang kita sangkakan buruk untuk kita, sebenarnya Allah dah tentukan itu adalah yang baik untuk kita. syukur alhamdulillah. syukur ya Allah. sedih, kecewa, marah, bengang bila keadaan tak mengizinkan untuk bersama mereka. tapi aku yakin, ini adalah sebabnya. aku yakin dan aku menyesal bila aku menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur. ampunkan aku ya Allah.




"sedih bila diri ini mungkir janji lagi.  =*( "