Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
Alhamdulillah, semalam berlalu dengan kenangan yang terbilang dan gemilang. syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan aku untuk sampai ke stadium badminton kuala lumpur tanpa perlu mengharungi "jem" teruk. seperti yang dirancang, sampai betul betul sebelum maghrib. parking pun banyak kosong lagi. sampai sampai je dekat pintu pagar stadium, tengok dah ramai dah pemakai-pemakai jubah putih berkeliaran sekitar stadium. Alhamdulillah. tempat ni sangat strategik, sebab bersebelahan dengan masjid. so, ramai-ramai menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum berkumpul di dalam stadium untuk mengambil tempat. mulanya, aku dapat seat yang pada aku, memang confirm la ko boleh nampak dengan jelasnya muka Habib Syech As Seggaf tu, tapi tiba-tiba kami diminta untuk mengosongkan sebelah kiri stadium untuk memberi peluang kepada kaum muslimin yang katanya masih menunggu tempat untuk duduk. jadi, aku pun dengan perasaan sedih terpaksalah mencari tempat yang agak jauh dari pandangan Habib Syech As Seggaf. heheehehhe, mujurlah aku berseorangan, so senang la nak pilih seat. hehehhehe. Alhamdulillah, dapat seat sebelah makcik yang sangat friendly. tapi aku lupe nak tanya nama, (astaghfirullahalazim, zalimnya aku!!)
malam tadi, penuh stadium dengan kehadiran umat Nabi Muhammad s.a.w. , dianggarkan lebih 10 ribu orang. ada yang sanggup berdiri kerana dah tak ada ruang untuk duduk lagi. yang dukung bawak kanan-kanak la, yang dukung bawak bayi yang masih menyusu badan lagi la. subhanaAllah, mereka itu datang kerana cintakan Nabi Muhammad s.a.w. =')
bergema stadium dengan alunan qasidah yang diketuai oleh Habib Syech As Seggaf dan digabung dengan kumpulan inteam, almawlid, muhibban. subhanaAllah, merdunya suara mereka menusuk dalam hati. meremang bulu roma. bergetar hati. dengan sahutan daripada semua yang hadir, dengan alunan zikir dan selawat kepada kekasih Allah s.w.t. cukup membuat aku bahagia. selama hampir satu jam lebih, alunan qasidah bergema, sedikit tazkirah daripada Habib Ali Zainal Abidin benar-benar menusuk hati. menceritakan tentang sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umat-umatnya semasa baginda hidup, sedang hadapi sakaratulmaut, di padang masyhar, di akhirat sana tetap menunggu umatnya yang tercinta. subhanaAllah. aku bermonolog sendiri, bertanya sendiri pada diri, bertanya sendiri pada hati, bertanya sendiri pada akal, apakah aku benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w.? apakah aku benar-benar mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.? apakah aku akan diberi syafaat oleh baginda sewaktu amalku dihitung? apakah layak untuk aku berdamping dengan baginda di syurga nanti? Allahuakbar!!! Astaghfirullahalazim!! ampunkan aku ya Allah. ='/
bacaan doa oleh Habib Ali benar-benar terkesan dalam hati. bergema sahutan "amin" menggetarkan seluruh jiwa. pantas je air mata mengalir, mujurlah stadium tu gelap, ada hikmah atas segalanya.
ya Allah, terima kasih atas rahmatMu. terima kasih atas izinMu. terima kasih atas segalanya.
ya Allah, jangan Engkau biarkan ini kali terakhir aku berada di taman-taman syurgaMu di dunia ini, jangan Engkau biarkan jiwa ini kosong tanpa zikir mengingatiMu, jangan Engkau biarkan hati ini penuh dengan kecintaan dunia sehingga aku lupa akan akhiratMu. bantulah aku untuk menggapai cintaMu ya Allah, bantulah aku untuk mencintai kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w., izinkan aku mendapatkan syafaat kekasihMu di akhirat sana.
ya Allah, redhailah amalan kami. ampunkan kurangnya ibadah kami. bantu kami untuk ikhlas dan istiqamah kepadaMu. masa kami semakin suntuk ya Allah.
='/
"seronok bila dapat pergi majlis-majlis ilmu ni. tapi ianya lagi membahagiakan jika dapat dikongsi kegembiraan dengan keluarga dan sahabat handai"