AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

28 November 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...!!



terima kasih ustaz Don!!



"segalanya bermula di sini... "

22 November 2012

~selamat pengantin baru BFF's~


assalamualaikum dan selamat petang dunia...

aku diizinkan Allah untuk mempunyai sahabat baik di universiti, seramai 8 orang, perempuan semuanya, dan kami tubuhkan satu group di ruang facebook, khas untuk kami berkomunikasi tanpa pandangan orang lain. alhamdulillah, dengan izin Allah, kami masih bersahabat baik selama 7 tahun lamanya. dengan izin Allah juga, kami masing-masing sibuk dengan minat masing-masing. aku sendiri sibuk dengan aktitviti sebagai seorang pegawai kadet PALAPES. tinggal serumah dengan warga PALAPES. mereka tidak pernah mengganggu urusan aku sebagai warga PALAPES sebagaimana aku sendiri tidak pernah menghalang aktiviti mereka bersama kelab dan persatuan mereka. ada yang menyertai kelab KEMBARA, sibuk menawan gunung ganang, meredah jeram. ada yang berhempas pulas dengan bersilat, lebam kiri kanan kerana bertumbuk. ada yang sibuk dengan program anti dadah, kem jati diri, seminar mantap rohani dan sebagainya. tapi semua itu tetap tidak mengganggu hubungan kami. terima kasih ya Allah.


dua orang telah pun selamat dinikahkan dan kini mempunyai keluarga sendiri. zamratul bahagia dengan suaminya, arep dan permata hati mereka, ainul. aku tidak dapat menghadiri majlis pertunangan mereka kerana sibuk dengan urusan Latihan Praktikal. tetapi alhamdulillah, dapat membahagikan masa untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingannya bersama-sama kesemua BFF gang kami pada 11 jun 2010.



alhamdulillah, dengan izin Allah juga kami dapat menghadirkan diri ke majlis pertunangan sahabat baik kami, fizah pada 19 Disember 2009 dan majlis pernikahan dan persandingannya pada 11 Disember 2010 . kali ini tanpa niza kerana pada waktu yang sama, majlis perkahwinan kakak dan abangnya berlangsung pada tarikh yang sama. tapi, niza cuba menghadirkan diri ke majlis perkahwinan fizah, tapi malangnya, kami semua pada waktu itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.




tiba giliran niza dan jaja pula mengikat tali pertunangan mereka. masing-masing memilih Syawal 1433H sebagai tarikh pertunangan mereka. tapi malangnya, cuma yana sahaja yang dapat menghadirkan diri pada majlis pertunangan niza pada 25 Ogos 2012 memandangkan pada waktu merupakan minggu pertama menyambut Syawal 1433H. aku, terpaksa memilih antara majlis pertunangan niza atau majlis perkahwinan ida, sahabat PALAPES aku. perancangan aku untuk hadir buat seketika di majlis perkahwinan ida Felda Keratong untuk berkejar ke senawang, gagal. aku cuma dapat menghadirkan diri sewaktu urusan pertunangan niza telah pun berakhir, pukul 6.30 petang. jem di Kuala Pilah, membantutkan perancanganku. maaf sekali lagi niza.


jaja memilih 1 September 2012 untuk mengikat tali pertunangan. selang seminggu dengan tarikh niza. dan alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dan BFF gang yang lain dapat menghadirkan diri, tanpa kehadiran farah dan fizah. mengutamakan keluarga mereka. alhamdulillah. bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang mengutamakan keluarga. tanpa keluarga siapalah kita kan???




tetapi... aku hanya mampu merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat. kami merancang untuk pergi ke majlis perkahwinan farah pada 24 November 2012 ini, pelbagai aktiviti dah direncana. walau zamratul tidak dapat menghadirkan diri kerana komitmen dengan kerjanya, walau niza terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya, walau fizah sedang sarat mengandung hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin, kami akan tetap cuba untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan farah. tiada majlis pertunangan, hanya adat merisik sahaja yang telah dilakukan pada bulan Mac 2012 yang lalu. SMS yang aku terima daripada kakak aku membantutkan perancanganku. keluargaku ingin datang ke rumah dan mengajak untuk ke Melaka pada tarikh yang sama, 24 November 2012, atas urusan segera yang perlu diselesaikan. astaghfirullah, kini tiba masa aku pula untuk mengutamakan keluargaku. maaf farah, aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan dan persandinganmu. maaf sekali lagi. inilah kali pertama aku tidak dapat menghadirkan diri ke hari bahagia BFF ku. maaf sekali lagi. maaf sahabatku. maaf sayangku.



ucapanku semoga segala urusan sepanjang hari bahagia farah dipermudahkan Allah. selamat menjadi isteri, bidadari yang terindah buat suami. semoga dapat membina sebuah keluarga yang bahagia dunia akhirat, diberkati dan dirahmati Allah. semoga alam rumahtangga farah akan dipenuh dengan pelbagai warna dan kemanisan dan berkekalan sampai syurga. semoga persahabatan kita tidak akan hilang walau dirimu kini mempunyai seorang suami. salam sayang dari faizura. 

 - faizura, BFF GANG






"apabila sahabat kita bahagia, hati yang terluka akan turut bahagia melihat mereka bahagia"

16 November 2012

~salam maal hijrah 1434H~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

semalam merupakan tanggal 1 Muharam 1434H. alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk terus hidup di muka bumi ini. rata-rata semua rancangan tv semalam berkisarkan mengenai HIJRAH. hijrah daripada yang tidak baik kepada baik.

dalam sebuah hadith Nabi Muhammad SAW telah bersabda :

"tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, melainkan jihad dan niat." 
(riwayat al-bukhari)


jihad dalam menentang hawa nafsu. niat untuk berhijrah kerana Allah. itulah yang sepatutnya menjadi makna penghjirahan. mujahadah yang paling sukar sekali adalah untuk berperang mengawal hawa nafsu. sukarnya untuk berlawan dengan hawa nafsu sendiri. hanya keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah sahaja yang mampu untuk memenangi peperangan itu. sungguh aku masih lagi dalam penghijrahan. berperang dengan nafsu sendiri. acap kali aku kalah, acap kali juga aku tewas. tapi, aku bersyukur kerana dikurniakan perasaan untuk memohon keampunan Allah. ya Allah Yang Maha Mengasihani, ampunilah dosa-dosaku.



ya Allah, aku tidak mahu menjadi seperti dahulu.
bantu aku menjadi hambaMu yang bertaqwa kepadaMu Yang Satu
bantu aku ya Allah
bantu aku untuk sentiasa memperbaiki ibadahku kepadaMu
bantu aku untuk sentiasa mengingatiMu dikala senang dan susah
bantu aku untuk sentiasa bergantung hanya padaMu
bantu aku untuk meraih cintaMu Yang Hakiki
bantu aku untuk mempertingkatkan keikhlasanku hanya padaMu
bantu aku untuk melawan hawa nafsu ku
bantu aku untuk menyingkirkan sifat-sifat mazmumah dalam diriku
bantu aku untuk menambahkan sifat-sifat mahmudah dalam diriku
bantu aku ya Allah


moga hijrahku diterimaMu ya Allah
moga ibadahku dipandang olehMu
moga amalanku mampu menjadi bekalan akhiratku
moga aku beroleh kemenangan di akhirat nanti
dengan izinMu ya Allah



bagaimana dengan HIJRAH kita??



"jangan memandang tinggi pandangan manusia, tetapi haraplah agar Allah sudi memandang kita"