AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-
Showing posts with label layan.... Show all posts
Showing posts with label layan.... Show all posts

31 July 2013

~Bonus Ramadhan~


Assalamualaikum dunia

alhamdulillah, Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terhingga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dalam diri kita. syukur alhamdulillah. dan hari ini sudah pun 22 Ramadhan 1434H. pejam celik pejam celik, Ramadhan hampir meninggalkan kita. masa, mengapa begitu kau mencemburui kami????


"Demi masa! Sungguh! manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling berpesan-pesan untuk kesabaran."

(surah Al-'Ashr ; 103 : 1-3)


kan???

moga Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini berjaya mendekatkan diri kita dengan Allah. Ramadhan ini benar-benar bulan yang penuh dengan keberkatan. bulan yang penuh dengan rahmat Allah. bonus yang Allah berikan untuk kita mendekatiNya. untuk kita mengejar keampunanNya. untuk kita mendapatkan rahmatNya. untuk kita bebaskan diri dari belenggu nerakaNya. betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W. pada kita umatnya yang hanya mampu hidup dalam 60 tahun sahaja berbanding umat-umat Nabi yang lain yang mampu hidup beratus hingga beribu tahun tu, sehingga Allah turunkan pada kita satu malam dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam qadar. dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

(surah Al-Qadr ; 97 : 1-5)


ya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. beruntunglah jika kita mampu mendapatkannya. carilah malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam yang terakhir Ramadhan. jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kita hambaNya. JANGAN!. kerana kita sendiri tidak tahu apakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. apakah jaminan yang kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan? sedangkan untuk hidup esok pun tiada jaminan, inikan pula untuk kita hidup setahun lagi.

nanges.



jom kita pasang gear paling laju sekali untuk pecut sedaya mungkin bagi mengejar keampunan Allah. jangan buang masa lagi. ingatlah bahawa setiap masa kita nanti akan disoal di akhirat kelak tentang ke mana kita habiskan masa kita di dunia. biar berpenat lelah di dunia ini kerana sungguh, tempat istirahat kita hanya di syurga. jalan mujahadah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis.

nanges mengenangkan masa yang aku lalui selama ini banyak dibiarkan begitu sahaja. sungguh, keampunan Allah amatlah aku harapkan.







"moga segala amalan diterima Allah, diredhai Allah, dirahmati Allah, diampunkan Allah atas dosa-dosaku. amin"

20 March 2013

26 February 2013

~bila hati bermonolog sendirian...~


Assalamualaikum...

dia dah nak kahwin dah. siapa? sahabat dunia akhirat saya...

siapa??

dia adalah jaja...

subhanaAllah, sudah sampai waktunya. nak menaip entry ni pun mengambil masa yang lama. cuba mengawal air mata. ya, dia sahabat ketawa dan air mata saya. terima kasih Allah kerana menghantar dia dalam hidupku. terima kasih atas segalanya.

doaku, moga sahabatku itu menjadi ketua bidadari buat suaminya di syurga nanti.
doaku, agar perkahwinan mereka diberkati olehMu ya Allah.
doaku, semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.
doaku, semoga kami tetap kukuh bersahabat keranaMu ya Allah

harapanku, moga mereka tetap setia, tabah hadapi segala ujianMu.


Barakaallah sahabatku jaja. moga redha Allah sentiasa mengiringi kehidupan kamu sekeluarga. =)



terima kasih kerana memberi semangat. terima kasih atas segalanya!


p/s:  orang tu nak kahwin je pun, bukan bermakna nak berpisah dengan kau faizura. hohohohoh, tapi nanti dia jauh dengan saya. saya dah tak boleh nak mesra macam dulu dulu. suami diutamakan, keluarga didahulukan. sayang jaja selalu  =')


(monolog dalaman)



"bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang paling memahami diri ini. moga bahagia untuknya"

18 February 2013

~segala puji hanya bagi Allah S.W.T~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Alhamdulillah. terima kasih Allah. atas segala nikmat, atas segala keizinan. atas segala peluang. atas segala kasih sayangMu.

syukur alhamdulillah, berjaya menghadirkan diri sebagai volunteer untuk program Seminar Baitul Muslim 2.0 sepanjang Jumaat sehingga Ahad. alhamdulillah diberi keizinan untuk keluar menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku, niza di Pantai. alhamdulillah. syukur ya Allah.

pengalaman menjadi salah seorang daripada komuniti volunteer ini memang berharga. berperanan dalam biro protokol dan usherer ini memang menguji diri. antara komitmen dalam tugas dan ceramah dalam setiap slot. jujur, memang banyak slot yang aku tertinggal. boleh dikatakan seolah-olah tidak mendengar langsung setiap slot. tetapi memang itulah tujuan menjadi volunteer kan. memberi bantuan sepanjang program berlangsung. kelebihan, dapat berjumpa "face to face" dengan setiap speaker, terutamanya Ustaz Pahrol yang memang aku nanti-nantikan setiap waktu. alhamdulillah...!!

alhamdulillah, aku tidak keseorangan sepanjang program. ada adik-adik yang sentiasa menemani. janggal bila dikelilingi mereka yang muda-muda. terasa ketuaannya aku ini. syabas kepada mereka, kerana mereka semua bukannya muda sebarang muda. semuanya telah matang. betul cakap ustaz pahrol, matang bukan diukur dengan usia.

seronok memang seronok. alhamdulillah. bibir, hati, jiwa ini berasa syukur. walaupun ternyata kepenatan itu jelas terpancar, tetapi ada sesuatu yang meresap dalam diri. aku mahu menjadi lebih baik. dikelilingi mereka yang bertudung labuh, berniqab, zikir yang tidak pernah lekang di bibir. subhanaAllah.

kerdil, memang kerdil. terima kasih Allah. terima kasih Allah. terima kasih Allah.





"alhamdulillah"

14 February 2013

~hati itu milik Allah~


Assalamualaikum dunia..!!


semalam, syukur aku padaMu ya Allah. benar, manusia itu boleh berubah. benar. subhanaAllah. hati itu milik Allah. hidayah itu jua milik Allah. tidak akan sampai hidayah itu jika kita sebagai hambaNya tidak mencarinya. subhanaAllah. aku tumpang gembira untuknya. agak terkejut bila pertanyaan itu terpacul di mulutnya. tapi aku yakin, Engkau telah mengetuk pintu hatinya. benar, hati itu milikMu. hidayah itu milikMu.

berdoa semoga urusannya dipermudahkan Allah.

benarlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :


"apabila Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang, maka Dia akan memberinya kefahaman mengenai agamanya."

(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



telah Engkau lapangkan dadanya untuk mengenalMu. telah Engkau ketukkan pintu hatinya untuk mencariMu. moga dia menjadi lebih baik daripada sekarang. moga dia tetap teguh dijalanMu.




aku mengharapkan agar hati aku tetap di jalanMu. jangan Engkau biarkan aku tersungkur lagi ya Allah. tak sanggup aku kehilangan hidayahMu. entah buat kali ke berapa. bantu aku ya Allah. bantu dia ya Allah. bantu mereka ya Allah.











"moga terus istiqamah di jalan Allah. muhabasah diri"

07 February 2013

~Wanita & Islam~


Assalamualaikum dan selamat petang dunia....


Alhamdulillah, bersyukur sesangat pada Allah Yang Esa kerana tidak membiarkan aku keseorangan masa Konvensyen Fiqh Wanita & Islam tempoh hari. takdir yang menentukan aku bertemu dengan sahabat di zaman matrikulasi semasa aku sedang beratur untuk mendaftar. dan sepanjang dua hari aku di sana, ditemani sepenuhnya oleh dia dan teman usrahnya. subhanaAllah, aku ditawarkan untuk join usrah mereka...!! harapan, itu memang harapan aku. terima kasih Allah. tetapi sehingga hari ini, aku belum lagi bersama-sama mereka untuk berusrah... (risau, boleh ke aku join usrah nie??)

banyak ilmu-ilmu yang aku dapat kutip sepanjang konvensyen berlangsung. erti solehah itu sendiri. Dr Zaharudin telah mengubah 180 darjah persepsi aku mengenai bekerja untuk 'contingencies' selepas berkahwin. wanita solehah memberi definisi kahwin sampai akhirat, tidak ada nilai untuk bekerja, kumpul duit untuk simpanan sekiranya bercerai dengan suami. wanita solehah juga mengutamakan redha Allah tanpa dikawal oleh emosi negatif. ya, wanita mudah dikawal oleh emosi. wanita solehah harus utamakan cara menjaga aurat bukannya 'gaya menutup aurat'. (ohh, itu aku. tampar kuat-kuat untuk sedarkan diri!!)

wanita solehah harus sentiasa meningkatkan ilmu tentang halal, haram, dosa dan pahala. bagaimana?? banyakkan membaca ilmu-ilmu agama, menghadiri kelas-kelas agama. (itu juga aku perlu lakukan sedaya upaya)

Prof Muhaya juga menyedarkan aku tentang hubungan dengan sesama manusia. "saya tidak peduli apa yang orang kata tentang saya, sebab saya tahu saya hamba Allah dan Allah sayangkan saya". harus membuang persepsi manusia tentang aku. (susahnya!!) harus mengikis sifat nampak keburukan orang lain. (susahnyaa!!!)  "dunia dalam diri saya menentukan dunia di luar saya!!"

perkongsian bersama isteri-isteri para mursyid ini juga sangat membahagiakan. teruja nak berkahwin..!! mereka menceritakan bagaimana menjadi seorang isteri kepada seorang ustaz. haih, nak kahwin dengan ustaz boleh?? ada satu pesanan daripada isteri Dr Zaharudin (kalau tak silap), "jangan anggap diri itu suci dan beriman pada Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu siapa kita disisiNya".

Ustazah Norhafizah Musa benar-benar lembut. selembut suaranya, cukup mendamaikan. memberi peringatan untuk sentiasa memperkukuhkan tauhid kepada Allah. membina pohon tauhid dalam diri di mana akar kuat mencengkam bumi untuk mendukung dahan dan daun yang menjulang naik ke langit. akar itulah tauhid kepada Allah, daun itulah kebaikan dan amalan hidup. jangan jadi seperti 'bila diam macam orang alim, tapi bila bercakap, jadi bengap'. tambahkan ilmu agama. Islam meletakkan wanita di tempat yang paling selamat, iaitu di rumah. Rumahku Syurgaku.

Ustaz Hasrizal (saiful islam) pula memberi tumbukan bertubi-tubi tentang tabaruj. wanita bekerjaya tetapi bertabaruj di luar. wanita yang solehah dan bekerjaya perlu mengutamakan peranan dia sebagai wanita bekerjaya, bukan dengan memakai pakaian yang menutup aurat, tetapi tabaruj (menarik perhatian). wanita bekerjaya ternyata banyak pancaroba yang kena dilaluinya untuk menjaga imannya kepada Allah. sebelum tamat sesinya, ditinggalkan satu pesanan buat ingatan, 'bekerja mencari sesuatu yang mendapat keredhaan Allah'. redha Allah itu penting. ingat itu!

dan ustaz yang ditunggu-tunggu, Ustaz Pahrol (favourite orang ramai tu) ternyata sangat-sangat aku rindu. rindu nak dengar nasihatnya di 'Mukmin Profesional' Ikim fm. ustaz Pahrol ni juga betul-betul mengubah persepsi tentang "aku terima nikahnya", ianya bukannya sekadar hak tetapi peranan. jangan jadikan nikah itu untuk menuntut hak sebagai suami dan isteri, tetapi mainkan peranan sebagai suami dan isteri. perkahwinan merupakan tanggungjawab, dan yang pastinya, kebahagiaan dunia bukannya berpunca daripada perkahwinan. (ohh, tak kahwin lagi pun boleh bahagia juga ok!!)


isu mongami dan poligami pun diselitkan dalam program ni. haruslah kan, sebab wanita yang bermadu, bukan suami. ngehhh.. =P tetapi, Kapten Mohd Hafiz yang beristeri tiga, menekankan bahawa 'apa yang Allah halalkan, pasti ada kebaikkan pada suami, isteri, anak-anak dan masyarakat'. cemburu itu lumrah, tetapi kawallah ia.



wanita solehah

kini aku mengejarmu..
untuk menjadi khazanah berharga di dunia ini.




"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"

29 January 2013

~berhenti atau berlari?~


Assalamualaikum dunia...

bangun pagi aku tadi dikejutkan dengan bunyi alarm.
ada mimpi yang terhenti.
dan aku bersyukur dengan mimpi itu.
mimpi itu mainan tidur.
siapalah aku untuk mengatakan mimpi itu adalah petanda Allah.
tapi sedikit sebanyak mimpi itu membuat aku berfikir.
untuk berhenti daripada berlari.
untuk berhenti daripada mengejar.
untuk berhenti.

mimpikan situasi itu merupakan mimpi buat kali ketiga.
tetapi mimpi ini mempunyai situasi yang agak berbeza.
entah kenapa aku bermimpi, aku pun tidak mengetahuinya.
tetapi aku tahu, mimpi itu hanya satu permainan.

ya, mimpi hanya permainan.
tetapi entah kenapa mimpi itu membuat aku tertanya-tanya.
harus berhenti atau berlari lagi?
harus berlari atau berhenti?








"ya Allah, jauhkan aku daripada segala fitnah dunia mahupun akhirat"

23 January 2013

~antara TADBIR dan TAKDIR~


Assalamualaikum dan selamat tengah hari dunia...!!


selalu aku dengar ungkapan yang diberikan oleh Ustaz Pahrol Juoi ni, tapi tak pernah terkesan dalam hati. tapi pagi tadi, ungkapan ini seolah-olah berlegar-legar di kepala meminta untuk dimasukkan ke dalam hati. dan akhirnya berjaya masuk meresap ke dalam jiwa sanubari.


"kita hanya sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk mentadbir kehidupan kita. tetapi Allah Maha Berkuasa yang mentakdirkan kehidupan kita. walau tadbir hamba dan takdir Allah tidak beriringan, tetapi percayalah, takdir Allah itu ternyata lebih baik dan manis buat hambaNya."



kann??? sekali dengar kita boleh buat kesimpulan, takdir Allah adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. tetapi kita lupa untuk mentadbir hidup kita. kita lupa untuk membuat pilihan atas kehidupan kita. kita lupa untuk menentukan arah kehidupan kita. kita hanya berserah tanpa berbuat apa-apa kerana tahu segalanya Allah dah tentukan buat kita. kita jadi pemalas...!!

="(




"sedar diri ini sangat cetek ilmu dunia dan akhirat."

11 January 2013

~mati~


Assalamualaikum dan selamat petang dunia...









"mati itu semakin menghampiri. tidak pernah menunda-nunda masanya, ianya berlaku tepat pada masanya."

10 January 2013

~Kami Cinta Rasulullah S.A.W.~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

Alhamdulillah, semalam berlalu dengan kenangan yang terbilang dan gemilang. syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan aku untuk sampai ke stadium badminton kuala lumpur tanpa perlu mengharungi "jem" teruk. seperti yang dirancang, sampai betul betul sebelum maghrib. parking pun banyak kosong lagi. sampai sampai je dekat pintu pagar stadium, tengok dah ramai dah pemakai-pemakai jubah putih berkeliaran sekitar stadium. Alhamdulillah. tempat ni sangat strategik, sebab bersebelahan dengan masjid. so, ramai-ramai menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum berkumpul di dalam stadium untuk mengambil tempat. mulanya, aku dapat seat yang pada aku, memang confirm la ko boleh nampak dengan jelasnya muka Habib Syech As Seggaf tu, tapi tiba-tiba kami diminta untuk mengosongkan sebelah kiri stadium untuk memberi peluang kepada kaum muslimin yang katanya masih menunggu tempat untuk duduk. jadi, aku pun dengan perasaan sedih terpaksalah mencari tempat yang agak jauh dari pandangan Habib Syech As Seggaf.  heheehehhe, mujurlah aku berseorangan, so senang la nak pilih seat. hehehhehe. Alhamdulillah, dapat seat sebelah makcik yang sangat friendly. tapi aku lupe nak tanya nama, (astaghfirullahalazim, zalimnya aku!!)

malam tadi, penuh stadium dengan kehadiran umat Nabi Muhammad s.a.w. , dianggarkan lebih 10 ribu orang. ada yang sanggup berdiri kerana dah tak ada ruang untuk duduk lagi. yang dukung bawak kanan-kanak la, yang dukung bawak bayi yang masih menyusu badan lagi la. subhanaAllah, mereka itu datang kerana cintakan Nabi Muhammad s.a.w.   =')

bergema stadium dengan alunan qasidah yang diketuai oleh Habib Syech As Seggaf dan digabung dengan kumpulan inteam, almawlid, muhibban. subhanaAllah, merdunya suara mereka menusuk dalam hati. meremang bulu roma. bergetar hati. dengan sahutan daripada semua yang hadir, dengan alunan zikir dan selawat kepada kekasih Allah s.w.t. cukup membuat aku bahagia. selama hampir satu jam lebih, alunan qasidah bergema, sedikit tazkirah daripada Habib Ali Zainal Abidin benar-benar menusuk hati. menceritakan tentang sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umat-umatnya semasa baginda hidup, sedang hadapi sakaratulmaut, di padang masyhar, di akhirat sana tetap menunggu umatnya yang tercinta. subhanaAllah. aku bermonolog sendiri, bertanya sendiri pada diri, bertanya sendiri pada hati, bertanya sendiri pada akal, apakah aku benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w.? apakah aku benar-benar mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.? apakah aku akan diberi syafaat oleh baginda sewaktu amalku dihitung? apakah layak untuk aku berdamping dengan baginda di syurga nanti? Allahuakbar!!! Astaghfirullahalazim!! ampunkan aku ya Allah.   ='/

bacaan doa oleh Habib Ali benar-benar terkesan dalam hati. bergema sahutan "amin" menggetarkan seluruh jiwa. pantas je air mata mengalir, mujurlah stadium tu gelap, ada hikmah atas segalanya.

ya Allah, terima kasih atas rahmatMu. terima kasih atas izinMu. terima kasih atas segalanya.


ya Allah, jangan Engkau biarkan ini kali terakhir aku berada di taman-taman syurgaMu di dunia ini, jangan Engkau biarkan jiwa ini kosong tanpa zikir mengingatiMu, jangan Engkau biarkan hati ini penuh dengan kecintaan dunia sehingga aku lupa akan akhiratMu. bantulah aku untuk menggapai cintaMu ya Allah, bantulah aku untuk mencintai kekasihMu Nabi Muhammad s.a.w., izinkan aku mendapatkan syafaat kekasihMu di akhirat sana.

ya Allah, redhailah amalan kami. ampunkan kurangnya ibadah kami. bantu kami untuk ikhlas dan istiqamah kepadaMu. masa kami semakin suntuk ya Allah.



='/




"seronok bila dapat pergi majlis-majlis ilmu ni. tapi ianya lagi membahagiakan jika dapat dikongsi kegembiraan dengan keluarga dan sahabat handai"

31 December 2012

~selamat tinggal 2012~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

hari terakhir pada tahun 2012. entry terakhir pada tahun 2012. pelbagai kenangan suka dan duka terpahat kemas dalam kotak fikiran. nak je aku tuliskan di sini agar menjadi ingatan waktu suka duka aku seperti tahun lepas. tapi aku putuskan, biar hanya diri ini dan Pemilik hati ini yang mengetahui.

cukup untuk aku gambarkan bahawa tahun 2012 ini membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hati. walaupun air mata sentiasa menemani di awal tahun, tetapi Allah memberikan aku tamparan yang benar-benar menyedarkan aku untuk redha. ujian Allah benar-benar telah menjadi "turning point" kepada aku. terima kasih Allah.

syukurku tidak mampu membalas segala-galanya. amalan ku masih belum mampu untuk membuang dosa-dosaku. tetapi aku yakin, Allah Maha Pengampun. dan aku akan terus berusaha menggapai redhaNya. aku akan terus berusaha. mohon bantuanMu ya Allah.

tahun ini merupakan tahun pertama penghijrahanku. dan aku memohon agar diberi keikhlasan dan istiqamah dalam meneruskan hidup ini kerana Allah. biar di pandang rendah oleh mereka, biar digelar dengan pelbagai panggilan, tapi aku tetap akan terus berjuang mempertahankan hidayahMu ya Allah. biar ramai teman-teman menjauhi aku, tetapi aku tetap tidak akan kembali kepada aku yang dahulu. biar mereka menjauhi aku, biar mereka melupakan, biarkan. di saat aku rindu, aku doakan mereka berada dalam rahmatMu. aku harapkan agar mereka jua diberi petunjukMu. hati mereka milikMu. dan aku yakin, pintu syurga itu boleh dimasuki dengan pelbagai jenis pintu seperti mana pintu neraka itu boleh dimasuki oleh mana-mana pintu. ya Allah, jika takdirMu menjauhkan kami di dunia ini, Engkau pertemukanlah kami di syurgaMu ya Allah.

tiada siapa yang dapat menjamin di mana kedudukannya nanti di hari akhirat kelak. begitu jua aku. janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. berdoalah agar Allah menempatkan kita bersama-sama golongan yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. bukan amalan kita yang menentukan syurga atau neraka buat kita, tetapi rahmat Allah yang menentukan di mana kita nanti. hanya 1 rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita di dunia ini. 99 rahmat lagi hanya di hari akhirat nanti. semoga kita semua menjadi hambaNya yang disayangi.

azam tahun baru 2013??




semoga Allah redha.








"menjadi hamba yang sentiasa ingin mencuci hatinya daripada bintik-bintik hitam."

27 December 2012

~forget but not to forget~




Assalamualaikum dan selamat pagi dunia....







melupakan.. bukan sesuatu perkara yang mudah... sejauh mana aku mencampakkan kenangan silam, sepantas itu ia menjengah masuk ke kotak fikiran.







"genggam tangan di kepala dan hati, dan buanglah ingatan tentang itu sejauh yang mungkin."

21 December 2012

~berdoalah~



Assalamualaikum dan selamat petang dunia....

pernah tak korang mengalami satu peristiwa yang korang tak pernah sangka akan terjadi. masalah datang bertimpa-timpa. apa yang korang harapkan, tak sama seperti apa yang datang menduga??

inilah yang dinamakan perancangan Allah Yang Maha Sempurna...

bila kita mohon kekuatan untuk terus hidup di jalanNya, DIA datangkan ujian untuk menambahkan kekuatan kita.
bila kita mohon kesabaran untuk berdepan dengan halangan, DIA turunkan pelbagai ragam manusia untuk buat kita bersabar.

indah kan??

ada ketika aku sendiri merasa, adakah ini menunjukkan Allah tidak suka akan apa yang sedang aku lakukan..?? percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang Allah sediakan buat kita. kita tidak pernah tahu apa yang baiknya untuk kita kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akan Setiap Sesuatu.

tiada apa yang mampu mengubah takdir Allah melainkan dengan doa. takdir kita telah ditentukan Allah sejak kita wujud dalam rahim ibu kita lagi. berdoalah agar Allah tidak meletakkan diri kita atas setiap urusan kita walau satu saat pun. berdoalah agar semua kebergantungan kita hanya pada Allah. berdoalah setiap kali ingin membuat keputusan, moga ianya mendapat redha Allah Yang Esa. berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu petunjuk dan disuluh cahaya Allah Maha Pencipta. berdoalah agar diri kita dijauhkan dari api neraka dan menjadi penghuni syurga yang indah. pendek kata, berdoalah....!!






"yakinlah pada perancangan Allah Yang Maha Mengetahui"

14 December 2012

~MUHARAM 1434H~



assalamualaikum dan selamat petang dunia...


Muharam 1434H kini hampir menutup mata. entah akan bertemu atau tidak dengan Muharam 1435H, waallahualam.... cepat jek masa berlalu. terasa macam baru semalam jek sibuk mencari doa akhir dan awal tahun. terasa macam semalam jek semua tv menayangkan rancangan berkenaan hijrah. masa, berlalu tanpa kita sedari. tup tup tup jek, hari ni dah hari jumaat, penghulu segala hari. subhanaAllah....

dan pastinya masa berkait rapat dengan umur. tahun depan aku akan menginjak ke 27 tahun, insyaAllah. aku sendiri tidak pernah menyangka untuk berada di umur 27 tahun. dan semestinya, umur sebegini dah selayaknya untuk bekeluarga. doakan aku eh.. hehehehe... tapi, kadang-kadang aku terfikir, kelakuan aku sendiri tidak pernah melambangkan aku kini hampir berusia 27 tahun. masih rasa aku seperti budak hingusan lagi. entah bila entah nak feeling macam umur 27 tahun ni entah la...

setiap kali aku pergi majlis perkahwinan kawan-kawan, pasti ramai yang bertanya, "haaa, ko bile plak fai?? asyik tangkap gambar dengan pengantin jek...??" aku hanya mampu menjawab, "haaa, tunggu.... tak lama lagi insyaAllah.." ada plak yang sibuk bertanya, "ko sekarang berkawan dengan sape??" ehhh, kawan aku seorang ni, sibuk jek nak tahu aku kawan dengan sapa.... "laaa, aku berkawan dengan korang laaa... hehehheheh" saje jek aku menjawab macam tu, biar persoalan tu tak berterusan menjadi topik hangat. hehehheheh


hhhrrmmm.... kahwin...??  memang la nak... tapi bersediakah aku?? sejauh mana aku bersiap untuk menjadi seorang isteri?? waaah, kau.. soalan... sendiri tanya, sendiri jawablahhhh... hahahhahaa.... apa sebab kau nak kahwin?? sebab kawan-kawan semua dah kahwin?? sebab umur kau makin lama makin nak masuk 30-an...?? sebab kau tak terjerumus dalam kancah kemaksiatan..?? amboihhh, ayat... ke sebab kau tak nak sendirian?? sebab apa??? hishhh, kahwin tu kan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


"daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa, perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."



Allah kan dah berfirman dalam al-quran :


"dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."

(surah Adz-Dzariyat : 49)


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

(surah Yaasin : 36)


jadi.... apa lah yang perlu dirisaukan berkenaan kahwin ni. telah Allah ciptakan siapa pasangan kita sejak kita diciptakanNya. Hebat kan Allah... semua manusia ada pasangannya. kalau tak di dunia, di akhirat kelak. yakin...!! yang penting, bukan mempersiapkan diri untuk menjadi seoarang isteri, tetapi persiapkanlah diri untuk bertemu dengan Sang Pemilik Cinta Hakiki, Allah s.w.t. Hilal Asyraf pernah berkata, "buat apa sibuk nak cari siapa jodoh kita, tetapi sibuklah dengan menjadi hamba Allah. sibuklah dengan menambahkan ilmu Allah. sibuklah dalam menambahkan keimanan pada Allah. sibuklah dalam mencari cinta Allah." 

slappp, rasa macam kena penampar tadi. baru tersedar dari angan-angan duniawi.


ini janji Allah s.w.t :

"perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

(surah an-Nur : 26)


pilihan di tangan anda : ingin mendapatkan lelaki yang baik atau jahat?





"Allah swt sentiasa memberikan kita pilihan. terpulang pada kita bagaimana untuk memilih. ikut iman atau ikut nafsu?"

12 December 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

me with dayah a.k.a denan
=)



us (intan + dayah + me + azrul + fahmi)
it's been 10 years of us
may Allah bless our friendship till Jannah






"sahabat baik sejak aku mengenal erti berdikari. TERIMA KASIH ALLAH kerana petunjuk dan hidayahMu"

03 December 2012

~alhamdulillah~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..




korang pernah mengalami pengalaman kereta tak boleh start di RnR...??

aku pernah.....

sangat-sangat menguji kesabaran aku.

dan jutaan terima kasih padaMu Allah

kerana dengan izin dan rahmatMu, abangku sanggup datang dari batu gajah ke RnR Tapah. mujurlah dekat, tapi hampir satu jam perjalanan kot.

terima kasih Allah dengan izinMu, Engkau kurniakan kesabaran yang tinggi kepada mereka tatkala di waktu itu aku benar-benar hampir berputus asa. melihat kesungguhan abang aku yang sewaktu itu, membuatkan aku sungguh-sungguh bersyukur atas nikmat pemberianMu ya Allah.

terima kasih Allah

terima kasih Allah


sungguh, nikmatMu tidak terhingga jika dibandingkan syukurku padaMu.

ya Allah, bantu aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu, untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu.

ampunkan aku ya Allah atas kekurangan syukurku padaMu



terima kasih Allah

alhamdulillah





"berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di saat senang dan susah "

04 October 2012

~sebelum aku bernikah~


assalamualaikum dan selamat petang dunia...




insyaAllah akan pergi ke seminar "Sebelum Aku Bernikah" Sabtu ini.. tak sabarnya...!!! nak pergi dengan ex-housemate a.k.a shalina.. dapat tahu pasal seminar ni pun melalui facebook. memang teringin sangat nak pergi sebab panel-panel dia memang best..!! antara orang-orang yang aku teringin nak dengar "talk" dorang secara live. selalu dengar depan TV atau radio dalam kereta je. insyaAllah sabtu ni, akan mula mendengar secara live. antara panel-panel yang aku teruja nak jumpa, Ustaz Pahrol yang aku suka sangat baca buku dia, dengar motivasi dia.. lembut je suara dia... terkesan dalam hati...!! lepas tu dengan dr zaharudin pulak, yang memang kalau bercakap tu, bagi aku non-stop. ada je ilmu-ilmu yang dia suka share. dan yang paling penting sekali, penulis buku "sebelum aku bernikah", hilal asyraf la antara orang yang aku tak pernah dengar suara, tapi selalu follow dia kat facebook + twitter. (padahal ada je kat you tube kan??) hahahhaha... pendek kata semua panel-panel seminar ni, memang aku betul-betul nak jumpa in person... lagipun, ni first time aku join majlis-majlis yang macam ni. dah lama sangat nak pergi, tapi kalau nak pergi sengsorang memang belum lagi. memandangkan shalina nie baru je bertunang dan akan bernikah tak lama lagi, aku pun apa lagi, mengajak la die pergi. alhamdulillah, die dan en tunang dia teruja nak pergi... =D

ada ajak jugak BFF aku yang nak berkahwin tak lama lagi, tapi kengkangan masa dan lokasi menyebabkan dorang tak boleh nak join seminar ni. tapi tak ape, mungkin lain kali ada seminar yang dorang boleh attend ke kan.. =D


kenapa teruja sangat nak pergi seminar ni???


heheheehhe, aku teruja nak pergi seminar ni bukan sebab tak lama lagi aku nak bernikah ke, bukan bukan bukan.... tak nampak lagi jalan ke situ. doa-doakan ye... =D  tapi aku tak de sebab musabab yang kukuh lagi teguh untuk soalan tu. cuma yang aku tahu, aku nak sangat pergi.....!!! boleh bayangkan tak aku senyum sampai ke telinga sambil menaip ni??? hahahahahah... oklah, harap-harap segalanya berjalan lancar. moga Allah redha. moga Allah berkati kami.





"pergi dengan niat kerana Allah. yang lain serahkan pada Allah"

25 June 2012

~musibah hilang bersama hilangnya doa~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


"dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan) sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".


[yunus (10) : 12]


kerap kali aku berdoa memohon kepadaMu ya Allah, tapi kerap kali itu juga aku tewas dengan hawa nafsu aku. aku tewas dengan bisikan syaitan itu. aku tersungkur daripada tegaknya aku berdiri di pagi hari hingga matahari membenamkan dirinya.

kerap kali aku memohon petunjukMu, tetapi kerap kali jua aku lalai dalam melaksanakan perintahMu. kerap kali aku dihidangkan dengan ayat-ayat cintaMu, tetapi kerap kali itu jua aku tewas dalam peperangan. syaitan bertepuk tangan melihat aku tersungkur. aku harus bangkit daripada ditewaskan syaitan. aku harus bangun kerana aku tahu neraka itu pasti.






"tak semua boleh bersyukur tapi semua boleh bersabar"

12 June 2012

~suka atau tidak...??~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

pagi tadi sebelum terkejar-kejar nak pergi kerja, sempat dengar rancangan Tanyalah Ustaz. tajuknya mengenai bahagia di dunia, sengsara di akhirat. tengah seronok gentel losyen kt tangan, tiba- tiba dengar ustaz tu cakap,

"suka atau tidak, dunia tetap akan tinggalkan kita,
bersedia atau tidak, kita tetap akan tinggalkan dunia..."

benarlah, dengan mengingati mati, kita akan takut untuk membuat dosa. takut jika tidak sempat bertaubat kepada Allah. takut jika Allah tidak mengampunkan dosa kita. takut kita tidak sempat nak mintak maaf pada makhluk Allah yang lain. takut jika bekalan untuk Hari Akhirat tidak mencukupi. takut dengan Allah...

subhanaAllah...






"dunia ini hanya sebagai ladang untuk kita tuai dan mengutip hasilnya di akhirat nanti"