AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

30 December 2013

2013 dalam kenangan


Assalamualaikum dunia..

Semenjak bertukar karier ni, nak menghupdate cerita pun tak sempat.
hari ini merupakan hari yang terakhir dalam 2013. alhamdulillah atas segalanya.

banyak perkara yang berlaku sepanjang 2013 ini. awal tahun diberikan berita tentang keputusan temuduga sebagai simpanan. 3x mencuba untuk temuduga dan pertama kali temuduga bagi post ini, keputusannya sangat menggembirakan. berdoa setiap hari agar segala urusan dipermudahkan. tiada siapa yang mengetahui keputusan tu melainkan housemate ku, shafa. yela, keputusan tu hanya sebagai simpanan sahaja kan.

Ramadhan pada tahun ini sangat sangat memberi seribu makna. pertama kali aku beriktikaf. pertama kali aku join tadarus di masjid. pertama kali aku berbuka setiap hari di masjid. pertama kali tiap malamku dimasjid. segalanya pertama kali. ramadhan yang bermakna. dan aku harapkan semoga hari hari mendatang juga akan menjadi lebih baik. lebih baik.

ramadhan ini juga memberikan aku khabar gembira. penempatanku sebagai penjawat awam. alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. syukur alhamdulillah. tapi ini bermakna aku akan tinggalkan KPM, tinggalkan mereka yang menyinari hidupku di KPM. tinggalkan mereka untuk sesuatu yang lebih baik. lebih baik untuk mereka dan aku.

penempatan ini juga bermakna aku terpaksa tinggalkan kelas pengajian alquran aku di bangi. yang ini paling sedih. sebab kelas ni best! sayang nak tinggalkan. tapi terpaksa. jadi aku pulun untuk mencari masa supaya dapat khatam juga dengan ustazah bainun. dan alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk khatam bersama ustazah bainun. alhamdulillah. dan harapan aku moga pengajian alquran aku ini tidak berakhir malah berterusan di bumi shah alam ini. syukur aku telah menemui kelas pengajian yang baru, tetapi sehingga hari ini, kelas masih belum bermula. harap harap segala urusan dipermudahkan Allah.

dan tahun ini juga buat pertama kalinya aku menghidap demam denggi. alhamdulillah. sepanjang 27 tahun hidup, pertama kali demam denggi selama 8 hari. merasa lah kepeningan kepala, lenguh sendi, kegatalan, kebintikan. yang penting, sepanjang kerja selama 4 tahun, pertama kali dapat MC selama 3 hari. tahun kesakitan mungkin.

tapi tahun ini juga merupakan tahun melawat negara bersama keluarga tercinta. Cameron highland, melaka, genting highland, langkawi, bukit merah. jika nak dibandingkan tahun tahun yang lalu, tahun 2013 inilah tahun yang paling banyak waktu aku bersama keluarga tercinta. alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan kepada aku sekeluarga. syukur alhamdulillah.

ternyata tahun 2013 ini banyak beri suka dan duka dalam hidup ini. dan harapanku moga tahun 2014 akan tiba beberapa jam saje lagi ini akan membawa kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dan rezeki. harapanku semoga jodoh akan bertemu, cewahh.. dan azam, ingin menjadi hamba Allah yang lebih baik dan dekat denganNya. berharap juga moga diizinkan menjadi tetamu di rumah Allah. berdoa juga agar segala hutang dapat dilunaskan dengan konsisten. dan banyak lagi la harapan dan doa.

moga kalian juga dikurniakan kebaikan dan dilindungi Allah selalu.

"moga segalanya dalam rahmat Allah dan dilindungi dari segala musibah dan keburukan di dunia hingga akhirat"