28 September 2012
~salam Jumaat...~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia.....
alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis blog ni. walau dalam hati rasa cukup cukuplah aku bercerita tentang rasa diri, tetapi bila mengenangkan blog ini mampu mengeratkan hubungan antara BFF aku yang semakin sibuk dengan komitmen masing-masing, aku gagahkan jua untuk tetap setia blog ni. "senyum kambing" bila dapat mesej daripada BFF...
serius ok, aku senyum sampai telinga.... hahahahhahahahhah...
kadang-kadang aku terfikir, perhubungan itu dinamakan sebagai persahabatan, tetapi sejauh manakah nilai persahabatan tu?? sejauh manakah aku berkongsi rasa gembira, sedih, suka, duka, bahagia dan sebagainya dengan mereka?? bukan, bukan maksud aku, aku yang berkongsi rasa, tetapi sejauh mana, rasa mereka itu dikongsi dengan aku? sejauh mana aku tahu perihal hidup mereka masing-masing yang makin hari penuh dengan warna warni tu..?? aku tahu aku bukanlah sahabat yang terbaik buat kamu semua, tetapi aku cuba untuk menjadi seorang sahabat buat kamu semua. kejam, memang aku kejam. membiarkan kamu semua dengan dunia kamu masing-masing tanpa sedikit pun aku ingin mengambil tahu. niatnya kerana semua orang perlukan ruang masing-masing. bersahabat bukannya bermakna semuanya perlu engkau ketahui. jadi, aku mengambil keputusan, biarlah kamu dengan dunia kamu, dan sekiranya kamu memerlukan aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi tempat buat kamu bersandar. bila itu berlaku, aku semakin melepaskan kamu pergi jauh. jauh dengan dunia kamu sendiri, hingga aku malu untuk bertanya khabar tentang dirimu. hanya mengharapkan khabar daripada orang lain. ahhh, apa guna aku menjadi sahabat kamu sekiranya aku sendiri malu dengan sahabat aku sendiri kan?? ohhh, kejamnya aku....
maaf kerana aku telah mengabaikan kamu. tapi percayalah, aku masih sahabat kamu. ohhh, mudahnya berkata begitu, tetapi sejauh manakah aku mampu menjadi sahabat buat kamu semua???
benar kan seperti kata-kata, "semuanya bergantung kepada niat". sejauh mana niat kamu untuk bersahabat.... cuba tanya balik diri sendiri, untuk apa aku bersahabat dengan kamu semua.... betulkan niat semula. mari kita semua berniat untuk bersahabat kerana Allah. semoga Allah meletakkan kita dalam golongan yang "bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah".. amiiinn
"doa semoga menjadi sahabat yang sentiasa mengajak orang lain berada di jalan Allah. semoga Allah redha"
Labels:
Allah,
BFF,
blogwalking,
hoye-hoye,
kenangan,
luahan hati,
mood,
syukur
27 September 2012
~mood~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
berada dalam keadaan mood yang kecewa.
berada dalam keadaan mood yang patah hati.
berada dalam situasi yang memerlukan kekuatan.
berada dalam situasi yang memerlukan sinar cahaya.
berada dalam keadaan rebah.
berada dalam keadaan putus asa.
berada dalam keadaan ingin lari.
berada dalam keadaan mahu menangis.
berada dalam keadaan mahu berlalu pergi.
berada dalam keadaan sedih...
berada dalam situasi yang mahu menangis semahu mahunya..
ampunkan setiap kesalahanku ya Allah
ampunkan setiap dosaku ya Allah
aku hambaMu yang hina
aku hambaMu yang penuh dosa
aku hambaMu yang cukup lemah
aku hambaMu yang berserah hanya padaMu
aku hambaMu yang tidak punya apa apa
aku hambaMu yang sering melakukan kesilapan
ampunkan aku ya Allah
terima kasih ya Allah atas ujian ini
terima kasih ya Allah atas nikmat ini
terima kasih ya Allah atas rasa ini
terima kasih ya Allah atas keadaan ini
terima kasih ya Allah atas situasi ini
terima kasih ya Allah
kini aku redha
redha dengan kehendakMu
yang mengatasi kehendakku
kerna Engkau penciptaku
kerna Engkau Berkuasa atas ku
kerna Engkau Tuhan ku
"aku yakin akan adanya jalan keluar buatku. aku yakin akan Engkau ganjarkan aku sesuatu yang lebih baik dari itu. aku yakin padaMu"
26 September 2012
~entry pengubat rindu~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...
hehehhe, dah lama sebenarnya nak masukkan entry ni, pasal one of my BFF's yang already engaged...!! tahniah cik jaja...!! muaaahhh...!! hehhehe, seronok sebab dah lama sangat kami semua (semuanya 9 orang) tak berkumpul dan berjumpa together-together... reunion kitorang tahun ni belum lagi dirancang. asyik tangguh jek disebabkan ketiadaan waktu yang sesuai.
=D
semuanya berlaku pada tanggal 1 September 2012, hari Sabtu bersempena 14 Syawal 1433H.
hrmm, tengok gambar jela....
| selamat bertunang syg..!! |
| jaja : wahhh, ni ke cincin tunang nizaa..??? |
| masin-masing duk tunjuk cincin risik masing-masing.... alahai, seronokkknyerr |
| simple but nice...!! |
| kami yang hadir.. oopps, ada accident yg sgt memalukan.. elok jek lepas gambar ni di ambil, katil tu PATAH!!! malu giler kot...!! nasib pihak lelaki tak datang lagi time ni... =0 |
| alhamdulillah, kami dah bertunang....!! selang seminggu dorang ni... =) |
| jaja + niza : yo yo yo, kami berdarah manis.... aku : ada aku kisah??? darah aku lagi manis tau... ahhahahaha |
| dah tak berani dah nak duduk atas katil tu... tongkat dagu jela yang boleh |
| tahniah buat kamu berdua.. moga dipermudahkan urusan untuk melangkah ke alam rumah tangga... |
| bersama mama jaja yang gelakkan kitorang kaw kaw sebab patahkan katil anak dia... ahhahaha |
| bersama keluarga along jaja.... |
| inilah kami yang hadir... tiga lagi tak dapat join sebab jauh... |
| zamratul dengan anaknya yang tak nak kat orang... gerammm!!! |
| teringat gambar tiga tahun yang lalu. ditempat yang sama... |
| kami, tiga tahun yang lalu.... (moga Allah redha persahabatan kami ini) |
![]() |
| Klebang COCONUT SHAKE original. tempat favourite orang ramai beratur panjang... |
![]() |
| dan kami pun sanggup beratur panjang demi nak merasa kesedapan coconut shake ni.. bahagia sungguh muka kami..! |
![]() |
| hampir tibaaaaa.... |
![]() |
| dalam genggaman!!! yummmyyy.... bismilahhirrahmanirrahim.. |
| jom kita terbang kat pantai klebang nie..!! |
=D
rindu dengan mereka...
| kami pada tahun 2008 ya Allah berkati persahabatan kami ini. betulkan niat kami untuk bersahabat keranaMu ya Allah. |
"terima kasih ya Allah kerana mengurniakan mereka dalam hidupku. moga redhaMu sentiasa mengiringi kami"
Labels:
BFF,
glelak menggelakkan,
hoye-hoye,
kenangan
~WORDLESS WEDNESDAY~
Labels:
Allah,
motivasi,
perubahan,
wordless wednesday
24 September 2012
~22 SEPTEMBER 2012
assalamualaikum dan selamat petang dunia
alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas segalanya... terima kasih ya Allah...
syukur alhamdulillah...
terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku hidup di bumi Mu ini selama 26 tahun ini. terima kasih ya Allah kerana Engkau tetap memberikan aku nikmat-nikmatMu yang tak terhingga. terima kasih ya Allah.
terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku merasai sedikit kebahagiaan di bumi Mu ini. terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan mereka, teman-teman ku menyambut hari lahir ku. terima kasih ya Allah.
terima kasih ya Allah kerana Engkau mengizinkan keluargaku mengucapkan ucapan selamat hari lahir padaku. terima kasih ya Allah.
terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu aku aku mampu mengecapi bahagia. bahagiakanlah aku di dunia sehingga hari pembalasanMu ya Allah. bahagiakanlah aku ya Allah.
ya Allah, terima kasih ya Allah. tidak terhitung nikmatMu padaku ya Allah.
ya Allah, bahagiakanlah mereka yang memberikan ucapan padaku. bahagiakanlah mereka yang mengenaliku. bahagiakanlah mereka yang menyayangiku. bahagiakanlah mereka yang membenciku. bahagiakanlah mereka ya Allah. sungguh aku hanya hambaMu yang hina. semoga kami bertemu di syurgaMu nanti ya Allah, dengan izinMu Ilahi.
"dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[surah an-nahl (16); 18]
"menyambut hari lahir yang paling bermakna dalam diri. terimalah aku ya Allah"
Labels:
Allah,
family,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
perubahan,
syukur
14 September 2012
~tertampar dan terpukul~
assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
alhamdulillah, seperti biasa, motivasi pagi di IKIM fm akan sentiasa teman aku pergi ke office. dan kali ini, aku tertampar dan terpukul dengan kata-kata seorang pemanggil untuk topik "salam jumaat; kuasa doa"
bila mana pemanggil itu berpesan, "seperti mana pesan rasulullah, apabila kamu berhajatkan sesuatu, solatlah dua rakaat, nescaya Allah Maha Mendengar. bila mana kita berdoa, lihatlah di mana kita meletakkan Allah dalam hati kita, sedangkan Allah itu sangat dekat dengan kita." ooouccchhh, sakit kot bila kena pukul...
masih dalam proses pembaikkan hati dan diri... moga Allah redha...
"Allah sedang mengujimu"
Labels:
Allah,
glelak menggelakkan,
luahan ati,
luahan hati,
motivasi,
ujian Allah
13 September 2012
~entry gambar dah basi...~
assalamualaikum dunia!!!..
entry bergambar kali ini bagi menghilangkan duka lara segala bagai... moh kite tengok cikit gambar geng ROTU aku kahwin pada 25 Ogos 2012. diulangi pada 25 Ogos yang lalu... ooooo, patutlah tajuk dah basi...
malas nak menaip panjang, sebab gambar ade banyak nak letak... ahhahhahha
| inilah kawan kami..!!! ida eryani.. |
| mini pelamin untuk nikah |
| amboi faiz ni, senyum lebar betul sebelum menghadap tok kadi.. |
| alhamdulillah, halal bagimu.... tepat 10.10 malam, selamat dinikahkan.. |
| ooh si faiz ni, ape la yang difikirkan tu sampai menjilat bibir tu... hahahahha |
| sangat tinggi OK!!!! |
| nasib ada naza menemani aku sepanjang majlis tu. azie duk berkepit dengan en tunang dia... |
| bersama ibu dan ayah ida eryani... |
| persalinan songket pulak.... |
| pelamin sanding di luar.... |
| haaaa, kan tengok, ida tiba-tiba menjadi tinggi... =p |
| baju dia cantek!!! sesuai sangat.... |
| penat pengantin lelaki tunggu pasukan kompang lewat satu jam.... |
| bergambar dengan pengantin sebelum berangkat pulang.... |
| kami geng ROTU... bergambar dengan pengantin lama yang tengah pregnat ....!! |
alhamdulillah, tahun nie ramai kawan-kawan menamatkan zaman bujang mereka. dah bertukar status.... aku??? masih lagi menjadi rahsia Allah.... =D
doaku, semoga mereka dilimpahi rahmat dan hidup diberkati Allah Yang Esa. semoga menjadi isteri dan suami yang terbaik di mata Allah dan melahirkan putera-puteri yang berjuang di jalan Allah. insyaAllah...
~yakin dan percaya~
fikiran yang berkecamuk.
hati yang gundah gulana.
perasaan yang diselubungi dengan warna hitam.
telah aku duga rasa ini akan menjengah juga dalam diri ini. walau aku sendiri telah cuba untuk menidakkannya, tapi rasa itu tetap datang juga. walau diri ini cuba juga untuk berdiri, tetapi ternyata jatuh jugak...
tapi benarlah seperti yang Allah katakan,
"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
sabar, minta tolong hanya pada Allah. yakin pada Allah. DIA akan membantu kita dengan pelbagai cara. yakin dan terus yakin...!! percaya dan terus percaya....!!
kan Allah dah berfirman,
"Allah tidak memberati sesorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan....."
kita hanyalah sebagai hambaNya, kerap kali berbuat dosa tanpa kita sendiri sedari. ya Allah, aku memohon keampunan padaMu. ampunkanlah setiap dosa-dosa ku dan terimalah amalan ku untuk aku menuju ke syurgaMu.
"maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. dan barangsiap yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. (hadis 40 Imam Nawawi) "
tapi benarlah seperti yang Allah katakan,
"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(surah al baqarah : 45)
sabar, minta tolong hanya pada Allah. yakin pada Allah. DIA akan membantu kita dengan pelbagai cara. yakin dan terus yakin...!! percaya dan terus percaya....!!
kan Allah dah berfirman,
"Allah tidak memberati sesorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan....."
(surah al baqarah : 286)
kita hanyalah sebagai hambaNya, kerap kali berbuat dosa tanpa kita sendiri sedari. ya Allah, aku memohon keampunan padaMu. ampunkanlah setiap dosa-dosa ku dan terimalah amalan ku untuk aku menuju ke syurgaMu.
"maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. dan barangsiap yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. (hadis 40 Imam Nawawi) "
Labels:
Allah,
fall again..,
luahan hati,
motivasi,
truly,
ujian Allah
12 September 2012
~WORDLESS WEDNESDAY~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...!!
"hati itu kan milik Allah, hanya DIA sahaja yang mampu memberikan hidayah kepada orang-orang yang dikehendaki. doaku moga aku dan mereka disekelilingku sentiasa di bawah rahmat dan petunjukMU"
Labels:
motivasi,
perubahan,
wordless wednesday
09 September 2012
~kehendak ku dan takdirMU...~
assalamualaikum dunia....
hai hai hai.... lama dah tak hupdate blog picisan ni. busy busy busy.... hohohohohoho.... alhamdulillah!!
terima kasih ya Allah atas nikmatMu ini. terima kasih atas kurniaanMu ini. syukur..
alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tidak seperti yang aku rancang. ya, perancangan aku penuh kekurangan. kini, aku menyerahkan segala-galanya pada Yang Esa. DIA yang Maha Memberi, DIA juga yang Maha Menentukan. jauh di lubuk hati, aku benar-benar menginginkannya. tetapi, aku takut untuk berharap kerana aku tahu tidak semua yang aku inginkan terjadi. segala yang buruk datangnya daripada aku dan yang baik itu datangnya daripada Allah.
andai kehendak aku tidak seiring dengan kehendak Mu ya Allah, KAU ganjarkanlah aku sesuatu yang lebih baik daripada kehendak aku. amin amin amin
p/s : mahu pergi ke seminar "sebelum aku bernikah" bulan oktober ni, ada sesiapa yang join?? kita jumpa di sana ye.. insya Allah.... amin amin amin amin
" jika perkerjaan itu membawa kebaikan kepada aku, keluargaku dan agamaku, bukakanlah pintu rezeki itu buatku. jika tidak, KAU ganjarkanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik untuk menggantikan kehendakku itu."
Labels:
family,
keluargaku,
kerjayaku,
luahan ati,
mood,
motivasi,
syukur
Subscribe to:
Posts (Atom)











