AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

25 July 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia. selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.









"jom kita mempertingkatkan bacaan al-Quran kita. sentiasa belajar , belajar, belajar dan terus belajar lagi.. jangan pernah malu untuk mempelajari ilmu Allah"

23 July 2012

~pertama kali~


assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa...

syukur aku panjatkan pada Allah Yang Satu. keranaNya aku masih berada pada ramadhan ini. keranaNya dengan rahmatNya aku kembali sujud kepadaNya. terima kasih ya Allah.

pertama kali berbuka puasa di masjid memberi impak yang cukup besar bagi aku. merasa cukup dengan apa yang ada. merasa syukur saat beratur mengambil juadah berbuka. terasa bagai melihat kaum-kaum yang kelaparan beratur mendapatkan makanan. ya Allah, bersyukur kerana Malaysia negara yang cukup makannya. cukup minumnya. alhamdulillah.

bersyukur kerana diizinkan Allah untuk menjadi makmum kepada imam-imam muda Gaza yang diterbangkan khas untuk menjadi imam bagi 100 masjid di negara ini. bersyukur kerana masjid jamek di kawasan perumahan aku terpilih malah menjadi lokasi terawal untuk imam-imam muda ini berada di Malaysia. muda, betul memang muda. empat orang imam muda yang tidak pernah keluar daripada bumi Gaza, tidak pernah menaiki kapal terbang, tidak pernah jauh daripada bumi Gaza yang diperjuangkan. ditahan hampir 8 jam sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang. ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa bersama mereka.

terima kasih ya Allah atas segalaNya. sungguh aku bersyukur padaMu.


*terngiang-ngiang kata-kata daripada ustaz zain semalam. saat mereka datang menghulur bantuan di Gaza, pejuang-pejuang Gaza tidak bertanya berapa banyak bantuan yang di bawa kali ni, tetapi kata-kata yang diucapkan, "terima kasih kerana datang, sungguh kami menyedari kami bukan berjuang sendirian".






"Allahuakbar"

20 July 2012

~SELAMAT DATANG RAMADHAN~









"SEMOGA SEGALA AMALAN BAIK KITA DITERIMA ALLAH DAN DIA MENGAMPUNKAN SETIAP DOSA YANG TELAH KITA LAKUKAN"

~episod malam terakhir Syaaban 1433H~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

alhamdulillah, semalam kita semua telah mengetahui bahawa pengumuman oleh penyimpan mohor-mohor besar bahawa 1 ramadhan 1433H jatuh pada 21 julai 2012 bersamaan hari sabtu. alhamdulillah...!!

dalam ketidaksabaran aku nak menanti ketibaan ramadhan tahun nie, malam tadi dalam keadaan mengantuk menunggu cerita "WARIS" ditayangkan, aku dapat panggilan telefon tertera "luvely father" (*aku masih belum tukarkan nama telefon arwah apak) kira-kira beberapa minit sebelum pukul 10 malam. aku dah jadi fobia dan trauma tiap kali no telefon family aku naik pada pukul 9.00 malam ke atas ni. yelah, tahun lepas kan, kawan arwah apak yg telefon aku guna telefon arwah apak lebih kurang pukul 10.00 malam jugak untuk bagitau yang arwah apak accident. risau dan cuak aku kalau itu panggilan yang menduga aku. ='(

ok, jangan dikenang sangat kenangan itu..

=')

sebenarnya yang telefon aku semalam tu, adalah mak aku. pelik aku sebab mak aku selalu telefon, petang time aku balik keje atau lepas maghrib. rupanya mak aku telefon malam tu sebab nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa. aku pun wish jugak kat mak aku, selamat berpuasa, jangan lupa pergi tarawikh, jangan lupa bangun sahur. tup tup tup, mak aku pun cakap, "entah lah dik, mak pun tak tahu mak bangun sahur ke tak nanti. yelah, dulu-dulu, arwah apak kamu ler yang bising-bising kejutkan sume bangun sahur. jiran-jiran boleh dengar lah suara apak kalau nak sahur tu. tahun lepas, tak pela jugak, sahur kat hospital, ada jugak apak depan mata. walau tak dapat makan sekali, cakap-cakap, tapi ade jugak lah depan mata. tahun ni entahlah, macam mana ntah nak sambut puasa tanpa apak. first time nie ntah la adik."

masa tu, air mata aku dah bergenang dah. tapi aku xnak nangis sebab nanti mak aku tahu yang aku nangis.so aku bertahan supaya air mata tu tak menitis. tapi getaran suara aku memang tak dapat nak berbohong kan??


even mak aku pun cakap malam tadi, "tak pela dik, memang dah masanya. tak boleh lari. kita teruskan hidup juga." ya Allah, kuatkanlah hati dan jiwa ibu ku menghadapi segalanya.


=')


memang aku menghitung hari menanti ramadhan, tapi sungguh aku terlupa ramadhan kali ini tanpa apak. aku terlupa yang dia telah pergi. entah bagaimana aku menjadi lupa. sedangkan aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah lepas aku solat. sedangkan air mata aku tetap menitis tiap kali dengar lagu-lagu kehilangan kat radio. moga arwah apak tenang di sana.

al fatihah buat mu.






"kali pertama sambut bulan puasa tanpa apak. semoga Allah menerima amalan kita di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini"

19 July 2012

~sebelum ramadhan tiba~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

diam tak diam, petang ni dah boleh tengok plus carik anak bulan untuk penentuan 1 ramadhan. tak sabarnya nak menanti ramadhan kali ni. semalam dah dengar lagu-lagu ahlan wasahlan ramadhan kat radio ikim. moga kita semua sama-sama menggunakan peluang yang Allah berikan untuk beribadah keranaNya. keranaNya ok..

so dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia.. marhaban ya ramadhan... semoga amalan kita semua diterima dan dinilai oleh Allah swt. amin amin amin



"puasa tahun ini sangat berbeza dengan tahun lepas"

18 July 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..



















"insyaAllah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut ramadhan. moga Allah memanjangkan umur kita untuk sampai ke ramadhan yang dinanti ini"

16 July 2012

~SABAR~



baru balik dari pergi beli makanan untuk berbuka puasa di kafe.. oohhh, hati saya sangat geram dengan penjual makanan itu. sabar faizura sabar.....



"SENYUM"

12 July 2012

~salam KHAMIS~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

eceh tajuk entry tak boleh blah.. biasa orang buat salam Jumaat, ni aku pulak ngengada nak letak salam KHAMIS. (*tak de tajuk sebenarnya entry)

aku hupdatekan blog nie sebab tengok dah seminggu blog aku bersawang. umpama kalau kuku tak dipotong seminggu, makin panjang la kan..?? (*eh, macam xde kena mengena sawang dengan kuku)

diam tak diam, rupanya tarikh yang aku selalu ingatkan dah berlalu pergi. tanggal 6 Julai 2012. macam-macam perkara yang berlaku pada tahun lepas, tapi Alhamdulillah, pada tahun ini, aku menjadi orang lain bukan seperti tahun lepas. situasi cukup berbeza. tahun lepas bermulalah kehidupan aku di hospital Ipoh, bersama keluarga menjaga arwah apak di sana. Ipoh-Kajang telah menjadi kebiasaan. menangis juga telah menjadi kebiasaan. sungguh, aku bersyukur atas ujian ini ya Allah.

tapi pada tahun ini, segalanya telah berubah. masa begitu cepat berlalu, rupanya sudah hampir 9 bulan aku kehilangan arwah apak. alhamdulillah, aku menerima ketentuanMu dengan redha. setiap yang bernyawa akan mati, dan aku hanyalah milikMu.

ramadhan pun akan tiba tak lama lagi. rasa tak sabar untuk menerima kedatangannya. moga Allah memanjangkan umurku dan mengizinkan aku untuk berada di bulan Ramadhan yang cukup diberkati Allah. insyaAllah...

=D



"hari ini 22 syaaban"

04 July 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~



hari ini dah 14 syaaban... insyaAllah jika Allah izinkan, malam ini merupakan malam nifsu syaaban. gunakanlah masa yang diberikan Allah untuk memohon keampunan kepadaNya. kerana kita tak tahu masih adakah peluang untuk kita pada masa hadapan..





"bangun pada malamnya dan berpuasalah pada siangnya"

~akhirnya JULAI kembali lagi~


assalamualaikum dan selamat petang dunia..

akhirnya Julai telah menjelmakan dirinya. memori - memori tahun lepas masih segar terbayang. alhamdulillah, diizinkan Allah untuk pulang ke kampung pada waktu yang hampir sama dengan tahun lepas. ya, setahun yang lepas aku pulang bertemu dengan keluarga terutamanya mak dan arwah apak. selang dua jam arwah menelefon bertanya aku sudah sampai di mana. tetapi kepulanganku tahun ni, situasinya tidak sama.

sabtu malam, 2 Julai 2011, arwah pulang selepas maghrib. melihat keadaan akak yang pada waktu itu kelihatan pucat kerana keletihan, terus meminta aku membawa mereka ke klinik di Batu Gajah. di situ, barulah aku mengetahui keadaan sebenar kakakku. sakit yang selama ini berubat secara tradisional tidak mendatangkan kesan kepadanya. doktor meminta untuk merujuk kepada Hospital Batu Gajah. arwah terus meminta aku membawa mereka ke hospital. kasihnya seorang ayah tak mengenal erti penat.

aku bersyukur kerana diizinkan Allah untuk bersama-sama dengan arwah apak di hari-hari terakhir sebelum arwah kemalangan. kemalangan yang menyebabkan arwah separuh koma. bersyukur kerana masih berpeluang untuk pulang ke kampung setelah hampir dua bulan tak balik. syukur kerana masih berpeluang untuk menjadi 'driver' arwah apak di minggu terakhir arwah diizinkan Allah untuk berjalan, melihat, bercakap, mendengar, ketawa. dan siapa menyangka, itulah kali terakhir aku melihat lambaiannya tika aku mahu pulang ke Kajang semula. itulah kali terakhir aku menjadi 'driver' untuknya.

dan tanggal 4 Julai 2011, pada pagi itu, itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. itulah kali terakhir aku bercakap dengannya. perbualan yang hanya hampir tiga minit sahaja itu merupakan suara yang terakhir aku dengar darinya. siapa menyangka, itulah kali terakhir aku dapat mendengar suaranya, dapat mendengar salam daripadanya, dapat menjawab salam darinya, siapa menyangka....

takdir Allah tiada siapa dapat menjangkanya. hanya doa yang dapat aku panjatkan agar hati ini kuat, agar jiwa ini tabah, agar diri ini redha. masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.


genap setahun aku tidak mendengar suaranya. ujian itu sangat pedih. tetapi ujian itulah yang membuatkan aku sedar di mana aku selama ini. ujian ini lah yang aku syukuri. ujian inilah yang menjadikan aku seperti ini. benarlah, hanya dukacita yang mampu membuatkan hambaNya kembali kepada Allah. terima kasih ya Allah. syukur padaMu.

ya Allah, rahmatilah roh arwah ayahku di sana. moga dirinya sentiasa dibawah rahmatMu. selamat daripada seksa kubur dan ditempatkan bersama -sama golongan orang yang beriman. ya Allah, setiap apa yang berlaku ini merupakan ujian daripadaMu dan sesungguhnya aku bersyukur di atas setiap apa yang terjadi. ampunkan dosa-dosaku dan jadikanlah aku hambaMu yang beriman dan beramal soleh.
amin


=D 


"dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali"