Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
18 July 2014
peringatan
Allahuakbar......
Innalillahiwainnalillahirajiun...
ya Allah, kami redha dengan ujian ini, dan moga Kau ganjarkan sesuatu yang lebih dari ujian ini.
Allahuakbar...
terkejut. terasa macam mimpi.
selesai tadarus semalam, dapat berita tentang pesawat MAS ditembak di Ukraine. tapi kami tidak ambil pusing sebab tiada berita yang sahih pasal tu. dan masa sahur tu, baru tahu hakikatnya bahawa berita itu benar. diselangi dengan berita bahawa Tuan Guru Nik Aziz dikatakan meninggal dunia. terus bukak news kat google jika berita itu benar, tapi alhamdulillah, tiada yang mengesahkan berita itu benar. tapi.... berita mengenai MH17 yang telah ditembak di Ukraine itu benar....! no survival..! Allahuakbar..
ujian buat rakyat Malaysia. Allah menduga dengan ujian ini. Mac lalu dengan pesawat MH370 yang hilang gagal dikesan sehingga kini. dan kini dengan nahas pesawat MH17 yang ditembak di sempadan Ukraine-Rusia. pergolakan di sempadan tersebut memang diketahui ramai. cuma aku yang tidak ambil pusing tentang tu.
Allahu... sedih...
satu peringatan buat kita yang masih hidup ini. yang masih boleh berfikir. satu pengajaran. satu peringatan. bahawa mati itu tidak dijangka bila, tidak diketahui bagaimana. siapa yang boleh menjamin bahawa dia akan hidup lagi sehingga akhir Ramadhan ini? Allahu... satu tamparan hebat yang Engkau hadiahkan buat kami. satu peringatan keras kepada kami. ya Allah, kami memohon ya Allah, beri kami kekuatan untuk mengetahui jalan yang benar dan mengikut jalan yang benar ya Allah. beri kami kekuatan untuk mengetahui jalan yang penuh tipu daya dan beri kami kekuatan untuk menghindarinya ya Allah.
mereka dikembalikan pada bulan di mana pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Malaysia diuji untuk bersatu hati. Malaysia diuji untuk bergantung pada Allah.
"kita yang masih hidup ini, Allah masih beri peluang. moga kita tidak sia-siakan peluang keemasan yang diberi. never take it as a guaranted. life is not a guaranted."
08 July 2014
7 Julai dan 10 Ramadhan
Assalamualaikum
Antara semalam dan hari ini.
Antara 7 Julai dan 10 Ramadhan..
terlalu banyak kenangan yang menerpa. terlalu banyak...
7 Julai 2011.
jika mampu untuk aku hentikan masa, aku tidak mahu 7 Julai 2011 itu berlaku.
tidak mahu.
aku masih ingat lagi setiap detik, saat pertama kali aku melihatnya terlantar di atas katil itu. berselirat wayar di atas badannya. masih ingat saat itu.
dan aku masih ingat lagi aku pada ketika 6 Julai 2011 itu. merancang sesuatu untuk menyambut birthday housemate aku tika itu.
dan aku masih ingat detik panggilan telefon itu. panggilan telefon yg tertera 'luvely father' tapi bukan suara apak yg berkata. aku masih ingat butir-butir ayatnya.
mana mungkin aku lupa jika waktu itu seolah memaksa aku untuk 'hentikan apa jua yang aku lakukan, hentikan kegembiraan, hentikan segalanya.'
tapi aku......
ujian ini satu titik permulaan.
pelbagai perasaan yang wujud. bermacam rasa.
satu demi satu aku mencuba melangkah. untuk kembali pada Pemilik.
saat tiada siapa yang mencuba untuk memujuk, Allah datangkan pertolongan.
aku mula mengerti siapa aku pada mereka.
aku mula mengetahui di mana aku sebenarnya.
aku mula menyedari yang aku tiada siapa.
aku mula menyedari bahawa segalanya adalah sia-sia.
dan aku mula menjauh.
dan mencari apa yang aku perlu cari.
terima kasih Allah.
terima kasih kerana mengingatkan aku.
selalu aku berdoa dan berharap, untuk tidak kembali kepada aku yang dahulu.
biar dipandang pelik apabila tidak menjadi seperti dulu.
biar hati sakit apabila kehilangan mereka.
tapi aku tidak mahu kehilangan Allah.
tidak mahu jauh dariNya.
tidak mahu hilang penggantunganku padaNya.
tidak mahu...
indahnya perancangan Allah, memakbulkan doaku pada 10 Ramadhan 1434H.
selepas solat Jumaat. selepas bertubi-tubi doa aku panjatkan.
syukur.
Allah dah janji, setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan??
"moga mampu menjadi anak yang solehah buat mak dan apak. moga terus istiqamah dalam perjuangan yang sering diuji."
Antara semalam dan hari ini.
Antara 7 Julai dan 10 Ramadhan..
terlalu banyak kenangan yang menerpa. terlalu banyak...
7 Julai 2011.
jika mampu untuk aku hentikan masa, aku tidak mahu 7 Julai 2011 itu berlaku.
tidak mahu.
aku masih ingat lagi setiap detik, saat pertama kali aku melihatnya terlantar di atas katil itu. berselirat wayar di atas badannya. masih ingat saat itu.
dan aku masih ingat lagi aku pada ketika 6 Julai 2011 itu. merancang sesuatu untuk menyambut birthday housemate aku tika itu.
dan aku masih ingat detik panggilan telefon itu. panggilan telefon yg tertera 'luvely father' tapi bukan suara apak yg berkata. aku masih ingat butir-butir ayatnya.
mana mungkin aku lupa jika waktu itu seolah memaksa aku untuk 'hentikan apa jua yang aku lakukan, hentikan kegembiraan, hentikan segalanya.'
tapi aku......
ujian ini satu titik permulaan.
pelbagai perasaan yang wujud. bermacam rasa.
satu demi satu aku mencuba melangkah. untuk kembali pada Pemilik.
saat tiada siapa yang mencuba untuk memujuk, Allah datangkan pertolongan.
aku mula mengerti siapa aku pada mereka.
aku mula mengetahui di mana aku sebenarnya.
aku mula menyedari yang aku tiada siapa.
aku mula menyedari bahawa segalanya adalah sia-sia.
dan aku mula menjauh.
dan mencari apa yang aku perlu cari.
terima kasih Allah.
terima kasih kerana mengingatkan aku.
selalu aku berdoa dan berharap, untuk tidak kembali kepada aku yang dahulu.
biar dipandang pelik apabila tidak menjadi seperti dulu.
biar hati sakit apabila kehilangan mereka.
tapi aku tidak mahu kehilangan Allah.
tidak mahu jauh dariNya.
tidak mahu hilang penggantunganku padaNya.
tidak mahu...
indahnya perancangan Allah, memakbulkan doaku pada 10 Ramadhan 1434H.
selepas solat Jumaat. selepas bertubi-tubi doa aku panjatkan.
syukur.
Allah dah janji, setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan??
"moga mampu menjadi anak yang solehah buat mak dan apak. moga terus istiqamah dalam perjuangan yang sering diuji."
Labels:
070711,
7-11,
Allah,
apak,
BFF,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
perubahan,
ramadhan,
syukur,
ujian Allah
02 July 2014
doa
Assalamualaikum
apa perasaan anda apabila apa yang kita doakan, kita harapkan, Allah makbulkan....
itulah yg terjadi tadi..
dah banyak bukti yang Allah tunjukkan bahawa doa itu adalah senjata kita. dan penggantungan itu hanya pada Allah.
subhanaAllah, Maha Suci Allah. Hebatnya Engkau. Hebatnya PerancanganMu. Hebatnya ya Allah.
aku malu melihat aku. tidak terhitung nikmat yang Allah berikan, tetapi apakah yang engkau lakukan untuk Allah..?? pada ajaran Islam. pada agama Islam.
tunduk malu.
hebatnya Allah. janji yang tidak dimungkiri. doa lahh! pasti Allah memakbulkan.
"syukur alhamdulillah. tidak cukup dengan itu sahaja. nikmat Allah terlalu tinggi harganya. Allahu, pimpin aku kepadaMu"
Labels:
Allah,
kerjayaku,
luahan hati,
ramadhan,
syukur
24 June 2014
perjalanan
Assalamualaikum
Ramadhan kian menghampiri. Perasaan? Bermacam rasa...
ramadhan tahun lepas merupakan ramadhan yg paling bermakna sepanjang ini. tapi aku berharap semoga ramadhan yang mendatang ini juga menjadi lebih bermakna...
pilihan sentiasa ada di tangan kita.
memilih untuk menghargai atau memilih untuk melepaskan.
entahlah.
mungkin sudah terlalu banyak hati ini digelapkan dengan dosa sehingga nak dicuci pun payah.
Ramadhan sentiasa mengingatkan aku dengan contengan jalanan. sentiasa.
meletakkan aku pada situasi 'die on 11th hour.'
harapan selalu ada. selalu ada. tapi sampai bila.
jangan sampai mati tanpa cari bekal di hari sana.
jangan sampai mati tanpa tahu apa makna hidup. apa erti hidup.
jangan sampai mati....
"telah kau jumpa jawapannya atau kau butakan jawapannya pada sesuatu yang engkau tidak mahu"
Labels:
Allah,
cepu cemas...,
contengan jalanan,
fall again..,
hlovate,
mood,
ramadhan
17 September 2013
~4 minggu sudah~ terima kasih atas segalanya....
Assalamualaikum dunia...
pejam celik pejam celik, rupanya hampir sebulan aku tinggalkan kerjaya aku di KPM. meninggalkan kerjaya aku sebagai seorang pekerja kontrak di unit teknikal setelah hampir 4 tahun menimba pengalaman di situ. tawaran pekerjaan yang aku dapat pada bulan Ramadhan yang lalu benar-benar menggembirakan aku. teringat kata-kata seorang teman, jika kita membaca dan memahami tafsir al-Quran, kita tidak akan menemui istilah kebetulan dalam hidup kita. yup, dan itulah kekuasaan dan kehebatan Allah Yang Maha Esa ini. janji Allah itu benar, kata RasulullahSAW itu juga benar.
“Pada hari itu (Jumaat) terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim shalat berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengabulkannya.” Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, -yang kami pahami- untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat).”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
berita yang aku terima daripada abangku memang tepat selepas selesai Solat Jumaat 10 Ramadhan 1434H. Allahuakbar. doa yang dimakbulkan di hari Jumaat, pada sepuluh Ramadhan yang pertama. moga keberkatan Allah sentiasa mengiringi. =') terima kasih pada sesiapa yang sudi mendoakanku terutamanya mak serta ahli keluargaku. syukur ya Allah.
pada mulanya, risau juga aku memandangkan surat daripada Jabatan belum diterima dan tiada kata putus bila aku akan melaporkan diri dan di manakah penempatan aku selepas ini. peluang dan ruang di bulan Ramadhan itu benar-benar aku gunakan sebaik mungkin. dalam setiap doaku terselit agar penempatan baruku itu membawa kebaikan padaku, keluargaku, duniaku, agamaku, akhiratku. aku tidak tahu apakah yang terbaik bagiku, tapi aku yakin Allah akan menetapkan aku ditempat yang terbaik.
19 Ogos 2013 (Isnin). itulah hari terakhir aku berkhidmat di KPM. yup, walau berjuta kali aku menutup kalender bertarikh 19 Ogos tu, ianya tetap muncul juga. detik perpisahan bersama warga KPM. Allah sahaja yang mengetahui isi hati waktu itu. Allah sahaja tempat aku berserah diri. rindu aku pada mereka. mereka yang selalu berjemaah di sana. rindu perasaan apabila saf dirapatkan. rindu apabila mencium tangan mereka. rindu. pada mereka yang menjadi teman seperjuangan di unit teknikal. rindu pada mereka yang menjadi teman ketawa dan menangis. rindu nak makan beramai-ramai. rindu nak digelar 'geng meja makan'. rindu. dan pada waktu ini pun, rindu masih ada.
selepas makan tengahari yang dimasak oleh sahabat baikku, sheera, aku pun memulakan langkah untuk bertemu dengan warga KPM. bermula daripada jemaah surau di tingkat 2, beralih ke tingkat 3, dari unit Bajet hingga unit khidmat pengurusan. bersalaman dan memohon maaf dengan mereka yang banyak membantu sepanjang berkarier di sini. memandangkan berpisah di bulan Syawal ni, ucapan maaf zahir batin tu memang dah jadi perkara biasa. [tengok, tidak akan wujud istilah kebetulan dalam hidup ini! segalanya Allah dah rancangkan. indah kan?? :')]
terharu sangat bila jemaah di surau mendoakan kebaikan di tempat baru aku nanti. yelah, kenal tak lama, jumpa pun time solat Zuhur dan Asar. huhuhu, indah kan ukhuwah dalam Islam ni..?? oh, salah seorang jemaah di surau ini juga merupakan teman aku sewaktu beriktikaf di Masjid Besi sepanjang Ramadhan 1434H. syukur sangat-sangat sebab Allah kurniakan teman pada tahun ini. terima kasih kak ifa sebab melayan ragam fai yang serba tak sempurna ni.
ini adalah mimie, sahabat yang aku kenali sewaktu aku menjejakkan kaki di KPM buat kali pertamanya bersama sheera dan isyqi. sangat lembut orangnya. baik jek. sayang lah nak tinggalkan dia... :'(
dan inilah sahabat baik saya di unit teknikal!! memperkenalkan "geng meja makan" kami!! oya, niza, sheera, isyqi, piqa. ain pulak bakal ibu tak lama lagi. sepanjang pregnant, aku selalu usap perut dia. baby kick me plez!! heheheheh. haih, nak bercerita mengenai mereka ni, terlalu banyak! dan tak tahu nak mulakan dari mana! syukur sangat-sangat kerana dikurniakan mereka dalam hidup ini. saling sokong antara satu sama lain. saat sedih, saat jatuhnya aku, saat kehilangan arwah apak. mereka sentiasa ada. mereka sentiasa memberi semangat. mereka sentiasa ada. tika aku lemah, kata-kata mereka cukup menenangkan. oya. niza. sheera. piqa. isyqi. sentiasa menceriakan hidup. terima kasih Allah. :'D
saya sayang awak semua kerana Allah!!
='D
"berpisah tempat kerja je pun. putrajaya-shah alam je pun. jangan nak mengada sangat la faizura!! ehheheh"
Labels:
Allah,
BFF,
glelak menggelakkan,
hoye-hoye,
kenangan,
kerjayaku,
luahan hati,
mood,
perubahan,
ramadhan,
syukur,
truly
31 July 2013
~Bonus Ramadhan~
Assalamualaikum dunia
alhamdulillah, Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terhingga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dalam diri kita. syukur alhamdulillah. dan hari ini sudah pun 22 Ramadhan 1434H. pejam celik pejam celik, Ramadhan hampir meninggalkan kita. masa, mengapa begitu kau mencemburui kami????
"Demi masa! Sungguh! manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling berpesan-pesan untuk kesabaran."
(surah Al-'Ashr ; 103 : 1-3)
kan???
moga Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini berjaya mendekatkan diri kita dengan Allah. Ramadhan ini benar-benar bulan yang penuh dengan keberkatan. bulan yang penuh dengan rahmat Allah. bonus yang Allah berikan untuk kita mendekatiNya. untuk kita mengejar keampunanNya. untuk kita mendapatkan rahmatNya. untuk kita bebaskan diri dari belenggu nerakaNya. betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W. pada kita umatnya yang hanya mampu hidup dalam 60 tahun sahaja berbanding umat-umat Nabi yang lain yang mampu hidup beratus hingga beribu tahun tu, sehingga Allah turunkan pada kita satu malam dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam qadar. dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."
(surah Al-Qadr ; 97 : 1-5)
nanges.
jom kita pasang gear paling laju sekali untuk pecut sedaya mungkin bagi mengejar keampunan Allah. jangan buang masa lagi. ingatlah bahawa setiap masa kita nanti akan disoal di akhirat kelak tentang ke mana kita habiskan masa kita di dunia. biar berpenat lelah di dunia ini kerana sungguh, tempat istirahat kita hanya di syurga. jalan mujahadah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis.
nanges mengenangkan masa yang aku lalui selama ini banyak dibiarkan begitu sahaja. sungguh, keampunan Allah amatlah aku harapkan.
"moga segala amalan diterima Allah, diredhai Allah, dirahmati Allah, diampunkan Allah atas dosa-dosaku. amin"
22 July 2013
~Rezeki 10 Ramadhan 1434H. ALHAMDULILLAH~
Assalamualaikum dunia
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Memberi Rezeki. Engkau makbulkan doaku di segala penghulu hari pada bulan yang penuh dengan rahmatMu. terima kasih Allah.
mendapat berita gembira selepas selesai solat Jumaat yang lepas. terima kasih Allah. terima kasih atas segalanya. moga rezeki ini sentiasa Engkau berkati. moga rezeki ini membantu aku sentiasa mendekatiMu lagi ya Allah. jangan biarkan nikmat ini membuatkan aku jauh dariMu ya Allah. nauzubillah min zalik.
"segala ketentuan adalah milikMu. syukur atas nikmat ini. Engkau mudahkanlah segala urusan aku ya Allah"
16 July 2013
16 Julai
Assalamualaikum dunia
16 Julai 1953
lahirnya beliau ke dunia. ditakdirkan Allah, aku menjadi anaknya setelah 8 tahun berkahwin dengan mak. setelah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan yang kedua. Alhamdulillah. terima kasih Allah.
4 Julai 2011
hari terakhir aku mendengar suaranya. tidak pernah menyangka ianya merupakan hari yang terakhir aku mendengar suaranya. mendengar nasihatnya. mendengar gelak tawanya. mendengar panggilan, "adik" , "azura". tak pernah sangka.
16 Julai 2011
tahun terakhir aku mengucapkan "selamat hari lahir apak" di sisi telinganya. tanpa apa-apa tindak balas daripadanya. senyum tiada. yang mampu aku dengar cuma bunyi mesin yang disalurkan ke mulutnya. tangan yang tidak mampu untuk bergerak.
26 Oktober 2011
hari terakhir aku bersamanya. membersihkan dirinya. mengurutnya. mewangikannya. menyapu minyak di rambutnya. memotong kukunya. mengucupnya. berkata-kata dengannya. memegangnya. berbalas pandangan tanpa mengetahui apa-apa. menciumnya. berjanji dengannya. menangis di hadapannya. tanpa mengetahui itu adalah kali terakhir aku melihatnya bernyawa.
27 Oktober 2011
hari terakhir aku melihatnya. hari terakhir aku mengucupnya, kaku tidak bernyawa. hari terakhir aku memandikannya. hari terakhir aku memakaikannya. hari terakhir aku melihat wajahnya. hari terakhir aku memegangnya, sejuk. hari terakhir. hari terakhir. hari terakhir.
hari terakhir aku mempunyai apak.
16 Julai 2013
dua tahun aku merinduinya. dua tahun aku rindu mendengar suaranya. tiada apa yang mampu aku buat. hanya doa yang mampu aku berikan. hanya sedekah yang mampu aku berikan. hanya itu. aku berjanji untuk menjadi anak yang solehah buatmu apak. anak yang solehah yang selalu mendoakanmu apak. buat bekalanmu di sana. kerana hanya itu yang mampu aku lakukan. moga Allah Tuhan Yang Esa membimbing aku sentiasa. tiada apa yang tinggal buatmu melainkan ilmu yang bermanfaat yang kami amalkan, sedekah yang berpanjangan, dan doa anak-anak yang soleh buatmu. Allah, Engkaulah yang mengetahui segala isi hatiku, Engkau Maha Mengetahui Tiap-Tiap Sesuatu. ampunkan aku. bantulah aku dan ahli keluarganku menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa. bantulah aku ya Allah. Engkau ambil kembali apak yang telah Engkau pinjamkan kepada kami selama 32 tahun ini. terima kasih Allah. masukkanlah apak bersama-sama golongan yang beriman di sisiMu. jauhkanlah dia daripada segala azabMu. lindungilah dia ya Allah. jadikan mak sebagai bidadari buatnya di syurga nanti ya Allah. temukanlah kami di syurgaMu ya Allah.
Al-Fatihah...
"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. semua ini hanya pinjaman cuma. Sang Pemiliknya hanya ALLAH. moga kami ketemu dengan hikmah yang Engkau janjikan ya Allah"
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
mood,
perubahan,
ramadhan,
truly,
ujian Allah
09 July 2013
~terima kasih atas peringatan itu- Part 8~ AKHIR
Assalamualaikum dunia
Bahagian II - K2
" kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
(surah al-Hasyr ; 59 : 21)
"walau semua manusia itu dikurniakan akal, tapi nampak gayanya tak semua manusia yang gunakan akal itu untuk betul-betul berfikir."
#Fend & K2
#pg278
"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang."
(surah al-Hasyr ; 59 : 22)
"kita tahu yang sebenarnya Allah Maha Tahu, tapi kita sendiri yang sebenarnya selalu buat-buat tak tahu."
#pg278
"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan."
(surah al-Hasyr ; 59 : 23)
"hati yang buta takkan nampak keagunganNya."
#pg278
"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk, Yang Mempunyai Asmaul Husna. bertasbihlah kepadaNya apa yang ada di langit dan bumi. dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(surah al-Hasyr ; 59 : 24)
"hati yang celik pun takkan nampak keagungan itu tanpa izinNya."
#pg279
"sedangkan batu yang keras pun boleh pecah dan keluarkan air, inikan pula hati manusia di tangan Allah untuk diubah jadi lembut dan cair."
#pg279
"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu."
(surah al-Hadid ; 57 : 9)
"biar jalan setapak tapak, asal tak tersungkur sebelum sampai."
#K2
#pg282
"lepaskanlah......
kembalilah......
kembali kepada fitrah...."
#K2
#pg285
"verily, you (O Muhammad) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. and He Knows best those who are guided."
(surah al-Qasas ; 28 :56)
"Contengan Jalanan"
The End - Bahagian II
ayat-ayat cinta Allah S.W.T
"wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan."
(surah al-Ma'idah ;5 : 105)
"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman; AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan orang yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami."
(surah al-A'raaf ; 7 : 156)
"terima kasih Allah. terima kasih Hlovate. terima kasih Allah atas keizinanMu. terima kasih Allah atas rahmatMu. terima kasih atas nikmat Islam dan Iman ini. terima kasih Allah. banyak, terlalu banyak yang aku pelajari. terlalu banyak aku sedari. terima kasih Allah. namun aku benar-benar perlukan kekuatan dariMu ya Allah agar hati ini tetap berpegang teguh di jalanMu. agar hati ini tidak lagi berpaling dariMu. agar hati ini kembali teguh padaMu."
15 August 2012
~puisi dari Terfaktab~
Pergi Tak Kembali
Difaktab oleh Elena Reeney
Bila kau rindu dia,Tapi tak dapat dengar suara,Tapi tak dapat bergurau mesra,Tapi tak dapat berlawan bicara,Tapi tak dapat lagi bersua muka.Kau hanya ada,Kenangan bersama,Gambar yang lepas sewaktu Hari Raya,Gambar yang lepas sewaktu bergembira.Masih jelas gambaran si dia di saat hampir tiada,Masih jelas tangan-tangan yang mengesat air mata,Masih jelas berita sedih itu bergema,Masih jelas sewaktu kau, aku dan mereka bersama.Kau merenung jauh, kosong.Kau rindu dia separuh nyawa.Kalaulah dapat putar semula..Kalaulah dapat luang lebih masa bersama..Kalaulah dapat berada di sisi sewaktu nafas terakhir direntapnya.Abang, ayah, ibu, adik, kakak, sahabat, suami, isteri, anak, jantung hati.Bersemadilah engkau di sana.Di dalam hati yang dipaksa rela.Semoga Ramadhan meringankan bebannya.Dan semoga Syawal mempertemukan kita semula dalam Fatihah yang dibaca.(sumber dari TERFAKTAB)
"rindu arwah apak."
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
kenangan,
ramadhan,
ujian Allah
10 August 2012
~terima kasih ya Allah~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...
terima kasih ya Allah. dengan rahmatMu, Engkau mengizinkan aku. syukur alhamdulillah....
pagi tadi berkesempatan untuk mendengar Forum Perdana Majlis Bicara Wahyu di auditorium. syukur dapat berada bersama-sama kawan-kawan di majlis ilmu. panelnya adalah dato' abu hassan din al-hafiz dan tn hj azamir alias (timb mufti negeri sembilan). syukur alhamdulillah..
terima kasih ya Allah kerana dengan rezekiMu, pelarasan gaji kami telah pun kami terima. akan aku gunakan sebaik-baiknya sempena hari raya ini tapi ya Allah, Engkau bantulah aku supaya aku tidak terus lalai dan leka dengan duniawi.
terima kasih ya Allah kerana dengan izin dan rezekiMu, membuatkan ibu ku gembira. moga doa kami dimakbulkanMu ya Allah. jika tiada rezekiku, Engkau gantikanlah dengan yang lebih baik. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
terima kasih ya Allah kerana dengan rahmatMu, Engkau izinkan aku berada di majlis ilmu itu. moga Engkau memberkati amalan kami ya Allah.
sungguh aku ingin menjadi lebih baik daripada aku yang dulu.
amin
"tukar layout blog sempena 10 ramadhan yang terakhir ini. moga Allah redha"
Labels:
Allah,
contengan jalanan,
family,
keluargaku,
kerjayaku,
motivasi,
perubahan,
ramadhan,
syukur,
truly
08 August 2012
~WORDLESS WEDNESDAY~
23 July 2012
~pertama kali~
assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa...
syukur aku panjatkan pada Allah Yang Satu. keranaNya aku masih berada pada ramadhan ini. keranaNya dengan rahmatNya aku kembali sujud kepadaNya. terima kasih ya Allah.
pertama kali berbuka puasa di masjid memberi impak yang cukup besar bagi aku. merasa cukup dengan apa yang ada. merasa syukur saat beratur mengambil juadah berbuka. terasa bagai melihat kaum-kaum yang kelaparan beratur mendapatkan makanan. ya Allah, bersyukur kerana Malaysia negara yang cukup makannya. cukup minumnya. alhamdulillah.
bersyukur kerana diizinkan Allah untuk menjadi makmum kepada imam-imam muda Gaza yang diterbangkan khas untuk menjadi imam bagi 100 masjid di negara ini. bersyukur kerana masjid jamek di kawasan perumahan aku terpilih malah menjadi lokasi terawal untuk imam-imam muda ini berada di Malaysia. muda, betul memang muda. empat orang imam muda yang tidak pernah keluar daripada bumi Gaza, tidak pernah menaiki kapal terbang, tidak pernah jauh daripada bumi Gaza yang diperjuangkan. ditahan hampir 8 jam sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang. ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa bersama mereka.
terima kasih ya Allah atas segalaNya. sungguh aku bersyukur padaMu.
*terngiang-ngiang kata-kata daripada ustaz zain semalam. saat mereka datang menghulur bantuan di Gaza, pejuang-pejuang Gaza tidak bertanya berapa banyak bantuan yang di bawa kali ni, tetapi kata-kata yang diucapkan, "terima kasih kerana datang, sungguh kami menyedari kami bukan berjuang sendirian".
"Allahuakbar"
Subscribe to:
Posts (Atom)










