AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

31 December 2012

~selamat tinggal 2012~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia....

hari terakhir pada tahun 2012. entry terakhir pada tahun 2012. pelbagai kenangan suka dan duka terpahat kemas dalam kotak fikiran. nak je aku tuliskan di sini agar menjadi ingatan waktu suka duka aku seperti tahun lepas. tapi aku putuskan, biar hanya diri ini dan Pemilik hati ini yang mengetahui.

cukup untuk aku gambarkan bahawa tahun 2012 ini membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hati. walaupun air mata sentiasa menemani di awal tahun, tetapi Allah memberikan aku tamparan yang benar-benar menyedarkan aku untuk redha. ujian Allah benar-benar telah menjadi "turning point" kepada aku. terima kasih Allah.

syukurku tidak mampu membalas segala-galanya. amalan ku masih belum mampu untuk membuang dosa-dosaku. tetapi aku yakin, Allah Maha Pengampun. dan aku akan terus berusaha menggapai redhaNya. aku akan terus berusaha. mohon bantuanMu ya Allah.

tahun ini merupakan tahun pertama penghijrahanku. dan aku memohon agar diberi keikhlasan dan istiqamah dalam meneruskan hidup ini kerana Allah. biar di pandang rendah oleh mereka, biar digelar dengan pelbagai panggilan, tapi aku tetap akan terus berjuang mempertahankan hidayahMu ya Allah. biar ramai teman-teman menjauhi aku, tetapi aku tetap tidak akan kembali kepada aku yang dahulu. biar mereka menjauhi aku, biar mereka melupakan, biarkan. di saat aku rindu, aku doakan mereka berada dalam rahmatMu. aku harapkan agar mereka jua diberi petunjukMu. hati mereka milikMu. dan aku yakin, pintu syurga itu boleh dimasuki dengan pelbagai jenis pintu seperti mana pintu neraka itu boleh dimasuki oleh mana-mana pintu. ya Allah, jika takdirMu menjauhkan kami di dunia ini, Engkau pertemukanlah kami di syurgaMu ya Allah.

tiada siapa yang dapat menjamin di mana kedudukannya nanti di hari akhirat kelak. begitu jua aku. janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. berdoalah agar Allah menempatkan kita bersama-sama golongan yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. bukan amalan kita yang menentukan syurga atau neraka buat kita, tetapi rahmat Allah yang menentukan di mana kita nanti. hanya 1 rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita di dunia ini. 99 rahmat lagi hanya di hari akhirat nanti. semoga kita semua menjadi hambaNya yang disayangi.

azam tahun baru 2013??




semoga Allah redha.








"menjadi hamba yang sentiasa ingin mencuci hatinya daripada bintik-bintik hitam."

~Alhamdulillah~


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


Alhamdulillah... terima kasih ya Allah. memberikan kami peluang. memberikan kami rezeki. terima kasih Allah. moga kami mendapat keberkatanMu..





"tingkatkan usaha lagi.."

27 December 2012

~forget but not to forget~




Assalamualaikum dan selamat pagi dunia....







melupakan.. bukan sesuatu perkara yang mudah... sejauh mana aku mencampakkan kenangan silam, sepantas itu ia menjengah masuk ke kotak fikiran.







"genggam tangan di kepala dan hati, dan buanglah ingatan tentang itu sejauh yang mungkin."

21 December 2012

~berdoalah~



Assalamualaikum dan selamat petang dunia....

pernah tak korang mengalami satu peristiwa yang korang tak pernah sangka akan terjadi. masalah datang bertimpa-timpa. apa yang korang harapkan, tak sama seperti apa yang datang menduga??

inilah yang dinamakan perancangan Allah Yang Maha Sempurna...

bila kita mohon kekuatan untuk terus hidup di jalanNya, DIA datangkan ujian untuk menambahkan kekuatan kita.
bila kita mohon kesabaran untuk berdepan dengan halangan, DIA turunkan pelbagai ragam manusia untuk buat kita bersabar.

indah kan??

ada ketika aku sendiri merasa, adakah ini menunjukkan Allah tidak suka akan apa yang sedang aku lakukan..?? percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang Allah sediakan buat kita. kita tidak pernah tahu apa yang baiknya untuk kita kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui Akan Setiap Sesuatu.

tiada apa yang mampu mengubah takdir Allah melainkan dengan doa. takdir kita telah ditentukan Allah sejak kita wujud dalam rahim ibu kita lagi. berdoalah agar Allah tidak meletakkan diri kita atas setiap urusan kita walau satu saat pun. berdoalah agar semua kebergantungan kita hanya pada Allah. berdoalah setiap kali ingin membuat keputusan, moga ianya mendapat redha Allah Yang Esa. berdoalah agar diri kita sentiasa dipandu petunjuk dan disuluh cahaya Allah Maha Pencipta. berdoalah agar diri kita dijauhkan dari api neraka dan menjadi penghuni syurga yang indah. pendek kata, berdoalah....!!






"yakinlah pada perancangan Allah Yang Maha Mengetahui"

17 December 2012

~family trip~


assalamualaikum dan selamat petang dunia..!!


ini cerita lama... baru nak menghupdate gambar family.. kami (bukan semua ahli keluarga) pergi berjalan-jalan di Cameron Highland. 12/11/12. cantik kan tarikh tu!! ehe... kononnya sempena abang aku, peroih yang dah tiga bulan terperuk di bumi Akita, Jepun. pekan yang tidak ada apa-apa, walhal kad telefon antarabangsa pun tak de. nasib sekarang dunia dah berteknologi, tak macam 15 tahun dulu. masa dia pergi belajar di Jepun dulu, telefon je la sebagai perantaraan. sekarang ni, facebook pun boleh. dunia wireless... alhamdulillah...

malas nak cerita banyak-banyak, tengok je la gambar yang diambil oleh abang aku menggunakan kamera baru.. jeles!! order DSLR kat dia, tapi tak dapat sebab mahal sangat nak kasi sebagai hadiah. huhuhuhu...




farhan, anak sulung peroih : bila la tayar kereta nak bergolek ni?? ngantuk tunggu....

kakak ipar yg dukung fatin + mak kesayangan kami + adik bongsu kami yang manja + kakak  yang cute+ peroih yang lonjong

pejay yang dukung farhan, bukannya ayah die.. 

farhan yang memang suka tengok binatang. dah besar tapi tak nak berjalan sendiri kalu kat tempat baru.


yay!!! fatin dah bangun!!! moody lagi ni...

nampak sangat muka penakut kat si paan ni

paan yang hanya nak ayah uda die je dukung... huhhh!!

budak kecik yang tak tahu menghisap...!! kecuali hisap pacifier die jekkk


si paan yang teruja naik kereta mainan, adiknya patin tu plak, hisap lolipop dengan gelojohnya

patin : mak su, amik lolipop ni, patin nak main kete ni....

paan dan pacifier nya yang tidak boleh dipisahkan... *geleng-geleng kepala

alaaaahaii, comelnya si fatin nie!! macam anak mat saleh pon ade... hahahha

cepat membesar dengan sihat ye fatin!! nanti boleh geng dengan mak su..

apa la yang si paan nak kenakan adik dia sorang ni... ehhehehhe

tempat yang sedia sejuk + hujan yang turun dengan lebatnya + aiskrim..!! kombinasi yang sangat BAGUS!

yummmyyyy!!! nak duduk dekat ayah uda jekkk!! 


kekah aiskrim strawberi beramai-ramai

fatin yang memang cute!!

bukak mulut besar -besar sebab nak makan strawberi jap lagii!! yummy

patin : mak su, nak gunting!! nak potong yang ni!!

paan yang menjerit-jerit nak potong strawberi macam ayah dia jugakk

haaa, dengan ini saya merasmikan ladang strawberi ini...!! yayyy

nak lagikkk!!!!

gaya macam dah besar jek si paan nie.. semoga jadi anak yang soleh paan!!

nak buat macam ayah jugakk!!

yayyyy...!! tak perlu guna gunting fatin pun boleh amek strawberi ni tau...




so, tercapaila matlamat peroih yang nak bawak anak-anak dia pergi petik strawberi... hehehehhehe.... dan dalam masa yang sama bawak kami satu family (bukan semua ahli) pergi sekali. next time nak pergi mana pulak???




"moga Allah redha"

14 December 2012

~MUHARAM 1434H~



assalamualaikum dan selamat petang dunia...


Muharam 1434H kini hampir menutup mata. entah akan bertemu atau tidak dengan Muharam 1435H, waallahualam.... cepat jek masa berlalu. terasa macam baru semalam jek sibuk mencari doa akhir dan awal tahun. terasa macam semalam jek semua tv menayangkan rancangan berkenaan hijrah. masa, berlalu tanpa kita sedari. tup tup tup jek, hari ni dah hari jumaat, penghulu segala hari. subhanaAllah....

dan pastinya masa berkait rapat dengan umur. tahun depan aku akan menginjak ke 27 tahun, insyaAllah. aku sendiri tidak pernah menyangka untuk berada di umur 27 tahun. dan semestinya, umur sebegini dah selayaknya untuk bekeluarga. doakan aku eh.. hehehehe... tapi, kadang-kadang aku terfikir, kelakuan aku sendiri tidak pernah melambangkan aku kini hampir berusia 27 tahun. masih rasa aku seperti budak hingusan lagi. entah bila entah nak feeling macam umur 27 tahun ni entah la...

setiap kali aku pergi majlis perkahwinan kawan-kawan, pasti ramai yang bertanya, "haaa, ko bile plak fai?? asyik tangkap gambar dengan pengantin jek...??" aku hanya mampu menjawab, "haaa, tunggu.... tak lama lagi insyaAllah.." ada plak yang sibuk bertanya, "ko sekarang berkawan dengan sape??" ehhh, kawan aku seorang ni, sibuk jek nak tahu aku kawan dengan sapa.... "laaa, aku berkawan dengan korang laaa... hehehheheh" saje jek aku menjawab macam tu, biar persoalan tu tak berterusan menjadi topik hangat. hehehheheh


hhhrrmmm.... kahwin...??  memang la nak... tapi bersediakah aku?? sejauh mana aku bersiap untuk menjadi seorang isteri?? waaah, kau.. soalan... sendiri tanya, sendiri jawablahhhh... hahahhahaa.... apa sebab kau nak kahwin?? sebab kawan-kawan semua dah kahwin?? sebab umur kau makin lama makin nak masuk 30-an...?? sebab kau tak terjerumus dalam kancah kemaksiatan..?? amboihhh, ayat... ke sebab kau tak nak sendirian?? sebab apa??? hishhh, kahwin tu kan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


"daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa, perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."



Allah kan dah berfirman dalam al-quran :


"dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."

(surah Adz-Dzariyat : 49)


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui."

(surah Yaasin : 36)


jadi.... apa lah yang perlu dirisaukan berkenaan kahwin ni. telah Allah ciptakan siapa pasangan kita sejak kita diciptakanNya. Hebat kan Allah... semua manusia ada pasangannya. kalau tak di dunia, di akhirat kelak. yakin...!! yang penting, bukan mempersiapkan diri untuk menjadi seoarang isteri, tetapi persiapkanlah diri untuk bertemu dengan Sang Pemilik Cinta Hakiki, Allah s.w.t. Hilal Asyraf pernah berkata, "buat apa sibuk nak cari siapa jodoh kita, tetapi sibuklah dengan menjadi hamba Allah. sibuklah dengan menambahkan ilmu Allah. sibuklah dalam menambahkan keimanan pada Allah. sibuklah dalam mencari cinta Allah." 

slappp, rasa macam kena penampar tadi. baru tersedar dari angan-angan duniawi.


ini janji Allah s.w.t :

"perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

(surah an-Nur : 26)


pilihan di tangan anda : ingin mendapatkan lelaki yang baik atau jahat?





"Allah swt sentiasa memberikan kita pilihan. terpulang pada kita bagaimana untuk memilih. ikut iman atau ikut nafsu?"

13 December 2012

~blogwalking~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...



‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

saya sangat setuju!! terima kasih Allah...


redha redha redha.... walau sedih, tetapi ada hikmah yang tersembunyi kan??  sampai bila engkau mahu melupakanNya..??

terima kasih Allah. terima kasih atas kasih sayangMu..


=')







"don't u ever turn back to the old u, faizura"

~HATI~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia


susah kan nak jaga hati??? susah susah susah...!!!!!!!

segala apa yang kita lakukan ini, bermula dengan niat, dan niat itu terletak di hati.. dan sebab itulah hati ini susah sangat nak dijaga.




" Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI. "

( Riwayat Bukhari dan Muslim )     



kan......??? haihhh, masih berusaha untuk menjaga hati. dan yang pasti, aku perlu berusaha untuk memandang kebaikan pada semua orang... jangan hanya memandang keburukan orang lain kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya nanti. mungkin lebih baik daripada pengakhiran kita. dunia ini kan sementara sahaja, akhirat juga yang kekal abadi. mati tak pernah menunggu kita, malahan kita sebenarnya semakin dekat dengan kematian. bagaimana aku ketika menghadapi 'kiamat kecil' nie?? haiiihhh, mengeluh lagi. memikirkan bagaimana aku nak melawan nafsu nafsu yang sentiasa bergelora dalam hati ini. haiihhhh..... please please please!!! jaga hati jaga hati jaga hati....





"JAGALAH HATI"

12 December 2012

~WORDLESS WEDNESDAY~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...

me with dayah a.k.a denan
=)



us (intan + dayah + me + azrul + fahmi)
it's been 10 years of us
may Allah bless our friendship till Jannah






"sahabat baik sejak aku mengenal erti berdikari. TERIMA KASIH ALLAH kerana petunjuk dan hidayahMu"

06 December 2012

~masa~



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


pantas masa berlalu... hampir meninggalkan tahun 2012. Allahuakbar. ke mana aku habiskan masa sepanjang tahun 2012 ini?? huhuhuhuh, nak nangis rasanya membayangkan soalan-soalan yang akan ditanya di "makhamah Allah" nanti... Allahuakbar, bantulah aku.

='(




lately, aku menjadi terlalu sensitif dengan persekitaran. bimbang kalu iman berkurangan. ya, aku akui itu, iman aku senipis kulit bawang. boleh diracik-racik. tapi aku cuba untuk memperbaiki diri, cuba mempertingkatkan akhlak. cuba untuk beristiqamah. astaghfirullah, ampunkan aku Allah. aku selalu lalai. selalu ponteng kelas mengaji. yuran kelas pun semakin lama semakin menurun, tanda betapa jarangnya aku masuk kelas dalam sebulan. astaghfirullahalazim. apa dah jadi dengan engkau wahai faizura?? alquran pun hanya disentuh ketika mahu ke kelas je. tafsir entah ke mana. astaghfirullahalazim....



hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa
terima taubat hamba berdosa

ku akui kelemahan diri,
ku insafi diri kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah terimalah terimalah
taubatku ini


telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan

di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima

 (taubat seorang hamba -irsyadee feat hafiz hamidun)



tegurlah aku sebelum mataku tertutup


"aku yang berdosa"

04 December 2012

~beruntungnya wahai umat Nabi Muhammad S.A.W.


assalamualaikum dan selamat tengahari dunia...

beruntungnya kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

betapa sayangnya kekasih Allah s.w.t kepada umatnya...

apabila membaca cerita di saat-saat nyawa baginda dicabut oleh Izrail, meremang bulu roma, menitis air mata membayangkan sayangnya baginda pada kita, umatnya.

membaca artikel ini sahaja telah membuktikan betapa mulianya umat Nabi Muhammad s.a.w. ini.


"Tertarik saya dengan satu perkara yang membezakan kita (umat Nabi Muhammad) dengan umat-umat nabi terdahulu. Disebutkan bahawa Nabii Adam A.S telah berkata,
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak akan diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima disebarang tempat oleh Allah SWT
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammas SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberikan mereka pakaian.
3. Ketika aku berbuat derhaka kepadaNya, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W."



tapi... bagaimanakah sayangnya kita pada kekasih Allah s.w.t ini??

bagaimanakah wahai hati...??

='(


jom kita mempertingkatkan sayang, rindu kita, cinta kita pada kekasih Allah s.w.t ini...



"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu". Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. 

(Ali-Imran: 31)



"selawat atas Nabi Muhammad s.a.w"

03 December 2012

~hati yang berbolak balik~


tersentap dan terkaku...

dimana aku letakkan kebergantungan aku pada Allah selama ini?

tahu tetapi tidak yakin

tahu dan yakin, dua perkara yang cukup berbeza.

terima kasih ustaz pahrol kerana menyedarkan aku akan bezanya tahu dan yakin

terima kasih Allah

bergantung pada Allah



"yakin!!"

~alhamdulillah~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia..




korang pernah mengalami pengalaman kereta tak boleh start di RnR...??

aku pernah.....

sangat-sangat menguji kesabaran aku.

dan jutaan terima kasih padaMu Allah

kerana dengan izin dan rahmatMu, abangku sanggup datang dari batu gajah ke RnR Tapah. mujurlah dekat, tapi hampir satu jam perjalanan kot.

terima kasih Allah dengan izinMu, Engkau kurniakan kesabaran yang tinggi kepada mereka tatkala di waktu itu aku benar-benar hampir berputus asa. melihat kesungguhan abang aku yang sewaktu itu, membuatkan aku sungguh-sungguh bersyukur atas nikmat pemberianMu ya Allah.

terima kasih Allah

terima kasih Allah


sungguh, nikmatMu tidak terhingga jika dibandingkan syukurku padaMu.

ya Allah, bantu aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu, untuk sentiasa bersabar dengan ujianMu.

ampunkan aku ya Allah atas kekurangan syukurku padaMu



terima kasih Allah

alhamdulillah





"berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di saat senang dan susah "