assalamualaikum dan selamat pagi dunia....
entry ini agak terlewat untuk aku tuliskan... sudah 40 hari berlalu sejak kedatangan tahun 2012 ini. bersyukur padaMu ya Allah kerana mengizinkan aku untuk berada di dunia ini lagi.
awal tahun ini aku diuji oleh Allah untuk membuat pilihan antara keluarga dan sahabat. dulu aku jahil untuk memilih sahabat kerana bagi aku keluarga tidak memahami aku. tapi syukur padaMu ya Allah kerana Kau telah mengurniakan seorang sahabat yang cukup memahami aku. ku mohon agar Kau berikan aku petunjuk dalam membuat keputusan, lalu Kau hantarkan aku sahabat untuk menyelesaikan masalah aku. perbualan yang hanya menggunakan google talk sahaja cukup membantu aku dalam membuat pilihan. dan pilihan aku tetap, keluarga harus diutamakan dalam segala hal.
benar, seandainya dia sahabat yang jujur, dia akan mengerti dan memahami keputusan aku. tapi seandainya tidak, Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. maaf aku tiada di hari persandingan mu. tapi aku berusaha untuk menghadirkan diri di majlis penikahan mu. maaf andai kehadiran aku menambahkan bebanan, sungguh aku hanya mahu melihat ianya sempurna. tapi aku terlupa bahawa Allah itu Maha Sempurna.
cuba untuk membahagiakan insan - insan yang kita sayang kerana kita sendiri tidak tahu sampai bila kita akan bersamanya. manusia diuji dengan kehilangan. dan aku tahu, segalanya adalah milik Allah yang Satu.
apa yang ada hanyalah pinjamanNya. maka bersyukurlah aku kerana aku mempunyainya. terima kasih ya Allah. moga segala ketentuanMu akan ku hadapi dengan kekuatanMu.
insyaAllah...
(4 februari 2012)
"bila engkau letih & hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya.
bila tangismu berpanjangan & hati mu duka, Allah telah mengira titis air matamu.
bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu.
bila engkau kebuntuan akal, maka Allah penunjuk jalan.
apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"