AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

30 September 2011

~semoga PIJAH cepat SEMBUH~

pijah yang berbaju putih itu...


 pagi semalam sebelum pergi kerja, housemate bgtau yg pijah sms dia dalam pukul 4 pagi semalam...


28 sept 2011 - 4 pagi
pijah : mimie, pijah kat dalam wad nie. kena denggi.... kat hospital putrajaya..

28/29 sept 2011 - xsure bile mesej...
 mimie : pijah de kat hospital lagi ke??


tengahari tue baru sheera dan isyqi tepon tanye kedudukan pijah... rupanya pijah dah kuar wad dan skg duduk kat gombak, berehat..


so, aku harap semoga pijah cepat sembuh dari penyakit yg dihidapi tu. insyaAllah, xda ape2...


maaf la sebab xdatang melawat pijah. sori sesangat... eh jap, bukan ko private ke blog nie cik fai oiiiii?????????? ko ingat pijah boleh baca ke??

xpe, nnti kalu aku dah open kan blog nie, mane tau pijah baca kan?? kalu pijah baca, sila komen ye...

eh cik fai oiii.... hp kan ade kat sebelah ko tu, mesej jela dia...

sebenarnya malu nak mesej.. sebab xtau nak tulis ape... kang kalu aku ckap cepat2 sembuh kang, takot pulak die mmg dah sembuh... huhuhuhu

tak pela fai... ko buat entry kat dia nie pon dah ok ape.. sape2 yg baca blog ko ni boleh tau yg ko doakan die cepat sembuh... mane la tau kot kot ditakdirkan ko lupe ingatan ke, ko boleh ingat seorang kawan ko yg bernama hafezah yahaya nie... hahahaaha....


okla... dah merepek2 nie..


lastly, moga cepat sembuh ye cik pijahhhh!!! jangan lupe makan ubat.... haippp, rajin2 makan ubat tau...!! jgn kena suruh jekkk..... duduk umah rehat banyak2... jgn banyak berjalan... hahahhaahha


see you around...!!!


muaaahhh!!!! sayang sokmo k...!!




*mesej antara pijah dan mimie tue hanya gambaran isi kandungan jek.... maaf kalu silap ye... hehehe =)



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

28 September 2011

~entry HARI RAYA 2011 pada syawal yang terakhir~

hari raya aidilfitri dah hampir tiba ke penghujungnya dalam beberapa jam jek lagi.... sebelum syawal tahun nie berakhir, aku nak update entry pasal sambutan hari raya aku pada tahun nie...

umum dah tahu bahawa tika aku menulis entry ini, ayah aku masih di wad 6B hospital Ipoh... hari ini genap 84 hari ayah aku di hospital ipoh... accident pada malam 6 julai 2011 dan sehingga kini, apak masih belum pulih... malahan keadaan apak sekarang dalam paras bahaya.. hanya Allah yang tahu apa akan terjadi...

oppp, nie entry pasal raya.. jom kita cerita pasal raya tahun nie...

sebelum ramadhan datang lagi, hati aku sedih kerana aku tahu bahawa aku tak mampu untuk menyambut puasa dan syawal bersama apak... macam mana nak makan lemang yg apak selalu buat masa raya tue?? sape nak beli kuih popia kegemaran aku ?? sape yg akan makan kuih sampan kalau bukan apak?? sape???


sesungguhnya puasa aku tahun nie cukup memberi kesan yg mendalam pada aku... berpuasa di siang hari, beli makanan utk berbuka puasa sendiri... tahun lepas, sekurang-kurangnya aku berbuka dengan x-housemate aku yg mmg xjoin majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh perunding2... tapi kali nie, aku tidak lagi berbuka puasa sebegitu... nasi beriyani yang selalu aku beli tu pon dah xdijual kat bazar tue dah...

hujung minggu aku akan beli tiket ETS untuk balik kampung... berbuka puasa dengan mak kat hospital... kalau ade rezeki, dengan abang-abang aku sekali. apak, terbaring kaku atas katil. sedih aku tiap kali aku tengok kuih sampan... kegemaran apak... dan tiap kali aku balik kampung masa bulan ramadhan, mesti apak beli kuih popia   utk aku... sebab itu kuih favourite aku... tapi kali ni, sume tue dah xde...

makanan berbuka dan bersahur pon cukup untuk mengisi perut kami. terima kasih ya Allah kerana masih memberikan kami peluang utk berbuka puasa bersama-sama keluarga..

inilah apak yg sedang terbaring.. doktor cakap apak dalam keadaan separa sedar. tapi tangan  kanan dia byk gerak masa tue

ini pulak my luvely mum!! dah kurus giler tau mak aku nie since apak masuk hospital...

inilah menu berbuka kitaorg hari tu. rindu nak makan masakan makkkkk

ini plak tag nama utk pesakit.. dikeluarkan dari ICU pada 4 ogos 2011. itu pon masa tu mak ngn abg aku tak de kat luar. dorg bawak mak pergi klinik gigi. P.P.J tu maksudnya = Pesakit Potensi Jatuh


ok... habis cerita pasal berbuka puasa.. so nak cerita pasal hari raya pulak...

hrmmm, memandangkan aku nie jarang bercerita pasal hal peribadi aku kat umum, meh aku nak habaq mai kat hang pa semua pasal keluarga aku... aku anak ke enam dari lapan orang adik beradik. sulung abang aku, peroih. sudah berkahwin dan menetap di seremban dan dikurniakan sepasang anak. (pergh, skema betol ayat aku lately nie kan???) yg kedua pulak, satu satunya kakak yg aku ada, berkahwin dah menetap di seberang deret rumah family aku. dikurniakan dua orang anak lelaki yang berumur 10 dan 7 tahun. suaminya baru bekerja di singapura. ketiga pulak abang aku, paeh yg bekerja di Genting Highland. status bujang, merancang nak bertunang lepas raya tapi memandangkan keadaan ayah aku mcm nie, hasrat hatinya terpaksa di postpone. tiga tahun dah tak balik raya sebab cuti tak jatuh masa raya, fyi abg aku nie kerja 3 minggu berturut2 then dapat cuti seminggu. yg keempat pulak juga abang aku, pejay yg menetap kat rumah jek sebab die bekerja dekat ngn umah jek. status bujang, dah berpunya ke belum?? aku pon xpasti yg tu. yg ke lima pulak abg aku jugak, lah yg menetap kat umah family jugak sebab tmpt kerja dekat dengan uamh jek. juga berstatus bujang tapi awek keliling pinggang kot... heheh.. dan yg keenam adalah AKU.. satu-satunya adik perempuan bagi kakak dan tiga orang abang aku dan adik perempuan bongsu utk abg sulung aku. status?? of course bujang lagi... hehehehe... dan yg ke tujuh pulak adik lelaki aku yg baru berhenti kerja di damansara dan pulang ke kampung pulak. umur baru 20 tahun. dan yang paling bongsu pulak adalah adik lelaki aku yg baru berumur 17 tahun dan sedang amek SPM.

pergh, penat cerita pasal adik beradik aku nie ha... bila nak cerita pasal raya nie fai oi???

ok ok ok... mcam yg aku mention tadi, aku satu-satunya bunga yg ada kat umah aku tu. so maknanya semua kerja-kerja perempuan nie aku la yg kena buat dari dulu sampai sekarang kecuali bab masak memasak nie la... hehhehehe... kenapa??? not into kot.. hehhehhe.. jadi sebelum aku balik kampung lagi, aku dah merancang hari-hari untuk mengemas rumah... oh ye, kenapa aku tiba-tiba ada mood raya ye?? sebab seminggu sebelum raya tue, keadaana apak semakin beransur pulih.. pendek kata, dari 100% tu aku bagi 65% la.. kenape? sebab ayah aku dah jadik macam baby. tapi xpe, as long as ayah aku masih bernyawa dan aku masih mampu utk melihatnya dan menjaganya, itu sudah memadai bagi aku. walau pon doktor cakap, saraf otak apak ade yg dah mati, apak akan lumpuh, makan minum dia hanya melalui tiub sahaja, itu semua aku cukup bersyukur. so, minggi terakhir puasa tue aku dah sibuk mencari kuih raya utk dibawa balik. daripada tak de mood nak raya, terus nak balik raya cepat jumpe mak ngn apak kt hospiral.


syukur aku selamat sampai umah sepanjang aku drive dari pukul 3 pagi tu.. cadang nak sahur kat RNR tapah, tapi org ramai giler que nak makan kat situ, so aku makan roti jela... huhuhu... pagi tu aku pon mulakanlah aktiviti mengemas rumah tu. buang sawang, kemas almari, buang habuk, cuci bunga bla bla bla bla.... tup tup tup, abg aku @ lah datang bawak sebesen air sabun. katanya nak cuci kipas... aku apa lagi, terkejut giler la aku.. mcm tak caya jek... yelah, sebelum2 nie mana ade nampak muka hero-hero nie tolong aku kemas umah.. yg ditolongnya masa apak ngn mak sibuk nak bakar lemang kat luar tue. itu pon lepas kena hambat ngn apak baru nak keluar tengok lemang.. hehheehh.. syukur la abang aku nie ada niat nak tolong... penat kemas rumah smpai kul 3 petang, lepas tu baru la kelam kabut nak kemas cepat2 sebab nak pergi hospital, bukak puasa dengan mak. so, aktiviti mengemas bersambung esok. esok cadangnya nak pasang langsir, rumah dah berbogel satu hari nie... hehhehe... aku angkat langsir2 yg nak dipakai tue ke depan, tup tup tup, abang aku @ lah dan @ paeh yg baru jek sampai kampung pagi tadi, tolong aku masukkan penyangkut langsir (kredit tuk oya sebab bg nama penyangkut langsir nie)... memang terkejut yg amat... syukurlah abang2 aku nie memahami keadaan masing2 bila perkara macam nie berlaku. ya, inilah namanya hikmah di setiap kejadian yg Allah tentukan. syukur kami masih diberi kesedaran itu ya Allah.

aku mcam biasa la, buat repot kat mak aku... ckap yg hero2 nie tolong aku kemas rumah... mak aku balik tinggal nak masak laksa dengan rendang ayam jek... yeyahhh!! dapat makan rendang ayam mak!! xlengkap la rendang ayam tanpa lemang kan.. abg aku @ lah dah tempah 4 batang lemang kat kawan dia. walaupon tak sama rasanya lemang tu dengan lemang yg apak ngn mak selalu buat, tapi aku bersyukur kerana dapat makan lemang dengan rendang ayam masakan mak.. syukur ya Allah..


bila tiba malam raya, aku saje menjenguk ke dapur. tengok jek muka mak aku.. ada sesuatu. dan aku pon satu, gatal betol mulut nie nak tanya... tup tup tup,tiba tiba mak aku menangis.... menangis sebab mengenangkan ayah aku yg sakit kat hospital. suasana raya dah tak sama. mengenangkan paeh dan peroih yg balik dari jauh tu, mak aku tabahkan jugak hati nak masak rendang ayaam dan laksa tue. masa tue aku doa byk2 moga mak aku kuat hadapi semuanya. bantu dia ya Allah.


pagi raya tue, lepas aktiviti mengemas rumah dan tukar baju raya, balik dari solat raya tue, kami gerak pergi ke kawasan perkuburan taman mewah. menziarahi kubur arwah atuk @ ayah mak aku. lepas tu balik rumah dan adegan menangis berlaku.. huhuhu, sedihhh.... ampunkan jula makk... ok stop, xnak kenangkan cerita tue... lepas tu cepat cepat pergi hospital.. nak jumpa apak... nak salam tangan apak.....


tengahhari tu kami semua sampai ke sana... bemrulalah adegan salam cium tangan pipi apak dan mak. tapi suasana itu cukup lain. tapi aku tahu ini semua ini adalah ujian dan dugaan Allah. aku sedar itu dan aku cuba untuk menghadapi dan mengharap hanya pada Allah. DIA yang menentukan segalanya.

inilah dia seorang isteri yang setia menemani suaminya walau pon si suami tidak mampu untuk bertindak balas

ini pulak anak kakak aku... abg is dan kimi



hijau : kakak, purple gelap : paeh, purple lembut : lah, oren : peroih



kami beraya di hospital. apak, selamat hari raya maaf zahir batin 

inilah anak buah yg terbaru, cucu perempuan sulung apak yg apak teringin nak tengok sebelum accident aritu.  fatin nur zahirah bt mohd fairus

baju yg mak aku pakai tue pemberian apak pada dua hari sebelum apak accident. katanya senang  utk mak pergi solat tarawikh nanti.

mak aku cakap apak syg giler kat akak. tapi aku tahu, apak sayang sume anak2 dia.. sebab sume anak2 dia sayang giler kat apak    =)

inilah kakak ipar aku, kak ami. 

inilah port aku kalu aku stay kat hospital. tak pon, duduk bersila atas tikar. 

mcm nie la kedudukan aku bila tgk apak kalu malam2. takot apak sesak nafs ke.. nurse2 kat cnie bukan buat inspection sgt.

makanan hari raya kami... berhari raya kami kat hospital. tukar2 juadah dengan ahli keluarga pesakit kat cnie. 


mata fatin besar!!! hehehe

paan yg sgt suke menjerit dan menangis... tensen kalu pegang die



hrmm...

walaupon kami dalam keadaan tak tentu hala sekarang ni, tapi raya tetap kami sambut. terima kasih kepada saudara mara yang datang bertanya khabar ke hospital. kedatangan anda semua sangat dihargai. oh ye, zuraida aka bedah pon datang bawak anak dia ,adam dan husband die ditemani ngan adik bedah, wahida yg makin cantik aku tengok. terima kasih ye bedah sebab datang. setakat nie dah ade dua orang kawan aku yg datang jenguk tengok apak. syukur ya Allah...

terima kasih ya Allah atas segalanya...



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

Wordless Wednesday #3

































"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

Wordless Wednesday #2











"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

23 September 2011

bebanan yg berat...

Kali nie kesemua doktor pakar, ketua jabatan turut memberikan aku penjelasan yg sama....

Kami tak mampu menjanjikan apa apa... Bykkan bersabar, pggil ahli keluarga yg masih belum jumpa pakcik.. Kami takut bila bila masa sahaja perkara ini boleh berlaku...








Penjelasan yg sama asyik diberikan... Aku tahu itu... Dan mengapa penjelasan itu mesti aku yg kena sampaikan pd ahli keluargaku...??? Cukup lemah aku tika ini...



Patutl apak senang betul bukak mata sejak petang semalam... Mungkin apak tahu apa yg akan berlaku dan dia redha... Ya Allah, Kau kuatkanlah kami sekeluarga...
Published with Blogger-droid v1.6.5

tiba tiba je....

Aku baru balik dr beli air kt bwh... Tgk mak aku dh ngun dari tdo... Terjaga la tu... Aku ssuh mak aku tdo balik sbb skg nie mak aku ngh demam... Sakit gigi plak tu... Aku takut drh tinggi mak naek plak.... Aku duduk kt sblh mak... Tgk wajah mak.. Ada sesuatu kt ctu.. Aku tnye mak...

Aku : mak, kenape ni??? Tdo la... Org jga apak ni...

Mak : amek krusi tu. Duduk dkt ngn apak... Jgn tggalkan apak...

Aku : ye mak, xdenyer org tggalkan apak... Org jaga apak ni... Mak tdo la... Mak nape ni?? Mimpi ape td???

Mak : mak risaula tgk apak kamo mcm nie... Susah hati mak....


Tiba2 mak ngis... Ya Allah, Kau kuatkan hati mak....

Aku : ala, mak jgn risau... Doa yg trbaik utk apak... Mak jgnla mcm nie... Mak tdo ekkk... Org jg apakkk...




Macam mana sedih dan peritnya aku terima, lagi teruknya sedih dan perit yg mak tanggung... Ya Allah, jika Kau izinkan, aku ingin sekali utk menanggung derita itu... Tak sggup rasanya melihat mak menanggung segalanya... Kau kurniakanlah ya Allah kekuatan yg tak terhingga kepada mak utk dia menanggung segala ujianMu ini...
Published with Blogger-droid v1.6.5

dua tiga hari??? seminggu????

Ya Allah, peritnya menghitung masa.... Peritnya melihat dia bertarung... Ada titisan air mata di mata apak... Kenapa apak??? Ape yg apak fikirkan??? Apak jgn risau, anak2 apak akan jaga mak elok2.... Akan jaga yg lain elok2.... Apak jgn risau k.... Apak selalu ada kannn???
Published with Blogger-droid v1.6.5

itu juga harapan aku...

Peroih : ntahla.... Kita doa jela byk2... Moga apak kuat.... Mintak2 cecair yg keluar kt tiub apak tu ade sekali dgm kuman kuman yg ade... Biar hilang semua... Kuasa Allah, siapa yg tahu kan...




Ye peroih... Siapa yg tahu... Tak putus hrapan lagi. Masih mengharapkan agar apak kuat utk semua itu. Kehilangan apak??? Tak pernah aku bygkan.... Tapi aku tahu, ajal maut di tangan Allah... Aku redha segala ketentuanMu
Published with Blogger-droid v1.6.5

doktor ini sgt jujur...!!!

Lepas aku berbuka dgn mak, paeh dan kwn hspital, doc syahiran lahir tahun 1983 dtg melakukan rutinnya memeriksa keadaan pesakit. Dan ayh aku merupakan pesakit yg prtama diperiksa utk mlm ini. Selepas brtanya situasi dan keadaan apak kt staf nurse shiren, die mula memandg aku dan memberikan penerangan mngenai keadaan apaak... Ok, fine!!! Doc tu yg buat aku snyum sokmo spnjg aku kt hspital ni dari apak dlm icu smpai masuk wad ni.. Ermmm, die seorang professional... Yelah fai oiii, die kan doktor .. Mmg la mcm tu. Tp syg btol, doktor2 kt cnie, mmg jatuh kategori rendah ketinggian... So, boleh pndg2 jela... Hahahaha...


Ok ok, nie dh melalut nie... Perbualan aku kali ni hnya mlibatkan doc syahiran, aku, staf nurse shiren dan apak..

Doc : hrmmmm, susah saya nk ckp psl pkcik... Kena byk2kan doa dan harap apa yg terbaik utk dia... Jgn mntak die cpt smbuh, sebab kita xtau sembuh itu baik utk dia atau x. Mntak pd Allah berikan yg terbaik utk ayh awk...

Aku mnjd setabah yg mgkin. Xmau menngis... Dan hnya ku renung wajah apak dn doctor tu silih brganti.

Aku : hrmmmm, berapa lama ayh saya boleh bertahan doctor??

Doc : ok, kita cube tgk keadaan pkcik utk 2 3 ari lagi. Kalau ade peningkatan, insyaAllah semuanya akan brtmbh ok. Tapi kalau xde peningktan, saya bukan Allah nak tentukan smpai bila ayh awk boleh brtahan..

Aku : tapi doktor, secara jujurnya macam mana..??

Doc : kalau tgk keadaan ayh awak yg tenat ni, mungkin seminggu sahaja yg mampu ayh awak bertahan... Tapi, kita kena bykkan doa moga Allah berikan yg terbaik utk ayh awak.. Kalau sembuh itu, yg trbaik, itulah kita harapkan...

Aku : hrmmm, so, ayh saya kena ade peningkatan yg mcm mana??

Doc : ok, skarang ni alhmdulillah demam dh kurang... Tapi kita kena tgk peningkatan dr prnfasan ayh awak. Skrg ni gune mesin ventilator, means oksigen dimasukkan dlm paru2 ayh awk utk berkembang... Kita harap ayh awak mmpu utk bernafas seperti biasa... Yes, i admit, before this, masa ayh awk kt depan, itulah masa yg trbaik utk dia pulang ke rumah... Dimana udra di rumah bersih jika brbnding dgn udara di hspital. U pon tau, hspital mcm2 infection kite boleh dpt specially utk pesakit2 yg berumur. Itu sbb kite nak antar ayh u balik umh.. Tapi keadaan ayh u xizinkan kita bwk benarkan utk pulang sbb tiub ayh awk perlu kita tukar ke permanent tranchemostry *sori kalu ejaan salah..... Doc ENT maklumkan kita xblh tukar lagi sbb ayh awk masih brnafas menggunakan tiub belon.. Now, keadaan ayh awk dh makin teruk bila jgkitan kuman pd paru paru mula merebak... Jujur sy ckp, itu adlh keadaan terbaik utk ayh awk balik... Skg, kita mampu utk berserah...

Aku : ye, saya faham doc...

Doc : dulu ayh awak prnah kena jgkitan kuman... Kita dh bg antibiotik utk body ayh awk lawan... Now, bile ade lagi jgkitan kuman tu, antibodi bdn ayh awk dh xmmpu utk lawan.. tgkla skg nie... bdn ayh u pon dh kurus... all the muscle dh xde...

Aku : owhh, ok faham... Hrmm.. Tengkorak ayh sy still ade dlm smpanan kan??? So, nnti mcm mane ye??

Doc : oh ye... Nnti kita akan berikan pd u balik la after this... Tp u kena ingatkan kita la sbb kdg2 kita pon lupe psl tu...

Aku : means?? Psg balik ke???

Doc : ohh tak... Kita xkan dera jenazah pkcik mcm tu... I mean, kalau keadaan dia mcm tu...

Aku : aku ckp dlm hati, dh cmfirm2 xde hrpan. Tp Allah itu Maha Berkuasa...

Staf nurse : kita pulangkan, kalau x nnti, kena carik la...

Aku : ha.... Jgnla smpai mcm tu... Tak tenang nnti..

staf nurse : he is so young. just 57... doc : yeahh... but itu yg dh tertulis dlm tkdir dia... kita yg muda ni pon bila2 boleh kena... Doc : ok, so bykk2 kan doa... Sbar byk2...

Aku : terima kasih doc...








Cukup tenang aku berbual dgn doc tu. Tapi dlm hati, hanya Allah yg tahu. Betapa luruhnya hati bila tahu apak nak pergi... Ya Allah... Jika itu yg tertulis, aku mohon ya Allah utk Kau terima ayah aku dalam keadaan yg Engkau redhai. Sesungguhnya aku cukup menyayanginya... KepadaMu ku berserah... Ampunkan segala dosanya dan jauhkan di daripada segala azabMu...






Apak, terima kasih utk segalanya. Ampunkan segala dosa jula pd apak. Halalkan makan minum jula... Jula syg apak dunia akhirat...
Published with Blogger-droid v1.6.5

22 September 2011

menangis lagi

Sekarang otw balik ipoh naek ets. Lega aku bila dh masuk dlm koc, tp hrp2 xde mslh la ngn ktm kali ni... Apa khabar apak kt hspital?? Td tepon pejay, die ckp apak dh xde respon ape2... Malam td ade jugak respon... Tp skg ank mata pon dh xrespon kt torchlight.. Aku tahu dah sampai masanya, tapi aku tak sedia lagi... Jujur aku mmg xsedia... Semalaman aku ngis... Dan pagi nie menangis lagi... Kat opis, dlm kete, ktm station, dlm koc... Dh xde malu aku nk ngis depan org...

Hari nie hari jadi aku... Xpernah aku impikan adiah hari jadi mcm nie...

Ya Allah, Kau tenangkanlah hatiku ini.. Aku lemah ya Allah...
Published with Blogger-droid v1.6.5

~SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-25 nor faizura mohd ali~

selamat hari lahir faizura....


tahun lepas... orang yang pertama aku dengar suara ucapan hari jadi aku adalah ayah aku...


tahun nie... tiada lagi aku dengar suara apak...




beliau sedang bertarung untuk terus meneruskan kehidupan di dunia...


tapi siapa yang tahu apa yang Allah telah rancangkan untuk kita...




sedih...


itu sahaja yang aku mampu nyatakan...


pesanan dan panggilan telefon semalam dari keluarga memang meruntun hati aku....


aku ingin pulang segera...


tapi desakan mak aku yang menghalang aku balik menyebabkan aku redha...


aku redha kalau itu yang diminta oleh ibuku


kata-katanya menyebabkan aku beralahh


"janganlah buat mak risau... cukuplah keadaan apak kamo nie yang mak perlu risaukan.."


baek la makk...


aku akan bersabar untuk pulang...


dan aku mohon semoga Allah masih memberikan aku peluang untuk bersama dengan apak...




beliaulah hero aku...


hero yang aku ada...


hero yang sentiasa ada untuk aku....


ya Allah... aku redha ketentuanMu...


namun aku mohon untuk Kau berikan aku kekuatan kepada aku sekeluarga untuk menghadapi ujian yang telah Kau tentukan ini....


aku tahu Kau Maha Perancang... Perancangan Mu adalah yang terbaik...






terima kasih apak kerana menjaga dan membesarkan zura selama ni.... menjadikan azura seperti sekarang... semoga apak kuat menghadapi ujian Allah... DIA Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu... Adik sayang Apak!!

























































"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

21 September 2011

Wordless Wednesday #1

















"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
ok fine...!! sekarang aku nie memang mengantuk tahap gabann!!! mata, tolonglah bertahan!!




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

10 September 2011

setelah lama tidak berweekend di KAJANG....

dah masuk 2 bulan hujung minggu aku dikampung.... tapi untuk minggu kali nie, aku tak balik kampung dan diberi keizinan oleh mak aku untuk balik kampung minggu hadapan... hehhehe... minggu depan balik kampung!! hhahahahah...

ok ok ok...

kita cerita pasal minggu nie dulu k...

minggu nie aku nak beraya ke rumah BFF aku yg tersayang...

yana kecik, zamratul zamrah dan niza...!! cadangnya nak beraya ke Melaka sekali ke rumah jaja dan aina, tapi tak berkesempatan sebab mmpunyai waktu yg agak singkat... yana keje smpai kul 6.30 petang.... ahad plak jaja beraya rumah saudara mara die plakk.. so, kami beraya hari sabtu malam la... perghh, xmalu betol nak beraya umah orang malam2 nie...

tapi bukan soal nak beraya sebenarnya.....

kami nak jumpa BFF yang dah lama xberjumpa dan nak bermain dengan si comel, ainul!!

heheehheh


sekarang nie, aku masih di rumah bersama jajaa... jaja buatkan air nescafe utk aku.. *cit, xmalu betol aku... tetamu buat air utk tuan umah?? malu malu maluuuu....

ok, now nak pergi minum air dan iron baju n tudung utk beraya.... pakai baju kurung ke?? ermmm... sebab beraya malam kan, so, xnak la pakai bj kurung, nak pakai dress putih yg aku beli kat jalan TAR aritu... hahaha...


ok, will update soon...!!

insyaAllah...





p/s: Ya Allah, aku mohon padaMu agar Kau permudahkan urusan kami pada hari ini dan Kau berikanlah kekuatan untuk ayahku MOHD ALI BIN MAT DIN dan ibuku SARIFAH RADZIAH BT ABDULLAH agar hidup mereka diberkati olehMu ya Allah... aminnn



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

09 September 2011

#sharedariblogwalking



*hmmmm, post nie pon dah lame tersimpan dalam draft post aku tue... 
so aku sekarang nie dalam proses nak membersihkan semua
 draft draft post aku... jom kita baca dan cuba fikirkan 
dimana kita letakkan diri kita untuk mereka yg
 bergelar sahabat, teman dan kawan...





Beza KAWAN dan SAHABAT?
Posted by Tya Shea at 11:23 AM
Apabila ditanya pada masyarakat apa beza antara KAWAN dengan SAHABAT, ramai yang menjawab bezanya ada pada perkataan, sebutan dan ejaan (sambil ketawa sendiri seakan istilah ini menggelikan hati). Kebenarannya ada disini, kawan dan sahabat adalah dua istilah yang berbeza dan dua haluan berbeza. Kawan mudah dicari berbanding sahabat. Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah,senang,sedih&gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya,sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawanya susah dan sedih, kawan akan menikam kawannya, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan akan menikam kawannya, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar berbual tetapi sahabat berbual,berbincang dan berkongsi. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?, Ini membuktikan bahawa keakraban sahabat itu jauh lebih kuat berbanding kawan. Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah kawan daripada sahabat. Contohnya kawan belajar, kawan sekerja, kawan serumah, kawan bermain, kawan ketawa?. Tetapi kita tidak menggunakan istilah sahabat alam perhubungan antara dua insan. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa dua watak dalam satu masa yang sama. Teringat sewaktu disekolah rendah,guru-guru selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi. Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan nabi. Mungkin waktu itu kiat masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan kawan. Setelah saya cuba fahami istilah-istilah ini saya dapat simpulkan bahawa terdapat perbezaan antara sahabat dan kawan. Disaat ini barulah saya sedar bahawa setiap sahabat adalah kawan tetapi setiap kawan bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding kawan. Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini? Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?. Saya berpandangan bahawa perhubungan antara kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan. Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan dua istilah itu. Wallahualam.

WEDNESDAY, MARCH 18, 2009


Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi aku sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan. 



Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....





bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT, 

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..



Sayangi sahabat dan kawan kite..













tanda tanya...??

hrmmm....

kenapa??

sebab ape??

asal plakk??



itulaah tanda tanya yg aku dapat sejak aku privatekan blog aku nie...

jawapan??


tak perlulah aku mention di sinie.... sebab aku tak nak ada pihak yg akan terasa dengan tulisan aku nie nnti..

kang tak pasal-pasal, perang dunia ketiga berlaku plak.......

tapi....

apa puncanya kau privatekan blog ko ni  fai??
satu satunya tempat untuk mereka di luar yg nak tahu keadaan dan situasi kau sekarang ni....

kenapa perlu privatekan??
dah la kau ni jenis yg memang tak bercerita tentang situasi, hati dan perasaan kau kt khalayak ramai...
blog nie lah satu-satunya tempat utk kau luahkan perasaan...


so, kenapa perlu privatekan blog??


dulu, aku ingat lagi....
aku pernah bertanya pd seorang teman aku nie, kenapa buat blog lepas tue nak privatekan??
baik tak payah buat blog kan?
buat jek online diary kalau dah mmg xnak kasi org laen baca blog ko...

sampai sekarang aku masih tak dapat jwpan itu...


agak2 korg tahu tak kenpa perlu privatekan blog??


hrmm.. bak kata nabil raja lawak yg kena panggilan hangit kt hot fm arini, "LU PIKIRLAH SENDIRI!!!"


















































p/s: agak-agak korang tahu tak kenapa aku privatekan blog?? hahahhaaa


"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

#keepingwonderingandsmilingandtesting


faizura
babe, i bca smua ur txt. but soryyy. i xtau cane nk reply. otak i kosong, i dunno even nk ckp hye pun xbole. nape? u tau x nape? even nk ucap slamat pagi cinta pun i xtau. ape yg i tau? i pun xtau. i xtau cane nk wish ubat2 i ubah jd skittle, i da lupe cane nk pura2 pengsan msa doc nk sapu ubat nk bg alasan nk mengelak. i da lupe cane. u ingt x? i xingt. hari i opration bru i tau. umo u 25, sme ngn kakak i la. but soryyyy, i xpggl u kakak. pasni i pggl u kakak k? i nk kakak mcm u. hope my wish come true. rinduuu nk gosip2 dgn u. u noe wut, b4 ni mlm2 i bole tdo. i mst tggu u on9 fb. i noe time2 subuh mst u bgun. so bole borak2 ngn u. cite itu ini. tq u sudi layan i potpet2. i bca txt kt fon, diana lupa dlete. kan da kantoi. u b strong k. i paham ape yg u rse now. both of us in same situation. our hero tgh sakit tgh bejuang nk hidup lma. but u luckily then me. abah u still ada harapan. but abah i xda. hadiah hari bapa i xsmpai kt abah. i try but xbole nk smpai kt abah i. but at least i dah brkorban demi abah kn? uuuu..ckp kt abah u. plss wakeup, kuatkn smangat. jgn jd mcm abah i. i xnk u rsa ape yg i rsa skrg. perit sgt2. i xnk org2 yg i syg jd mcm i. u ckp kt abah u bgun cepat2 tau. i sentiasa doakn abah u cepat sembuh. i tgok iklan burger GCB. i trus ingt u. tq sbb tlong mkn untk i. sedapp sgt. i dpt rse. im soryyy, im not the strongest person dat u ever know. i try, but its toooo hard. da byk kali jatuh, i bangun but jatuh jgk. i xckup kuat la u. but i x tipu u kn? i djnji ngn u nk jd org yg slamat antra 1000 org tu. i da bjya slamatkn dri dri 1000 org tu. u noe i miss u much ok. tq kak fai, i xkn lupa u smpai bla2. i g mna2 pun. u sntiasa ada dlm hati i. apa jd pun u ttp kakak i




-izyan liyana

sungguhhhh

*aku cuba menjenguk ke ruang post dlm blog nie.. terdetik nak tgk draft post.. hrmmm.... kenapa aku tak post entry nie ekkk?? *



sungguh aku lemah.....
aku bukan sekuat dulu....

entah.... aku sendiri pon xtau kenapa dan mengapa
ape yg menyebabkan aku menangis kali ini
yg pasti...
aku kenangkan dosa2 yg aku peranh wat dulu....
dan skg cube tok betolkan slah silap aku....
andai aku tak sempat memohon maaf pada semua
maafkanlah aku....

moge tenang aku bila bgun nanti...

padaMu ku serahkan segalanya ya Allah...
aku lemah...
hambaMu yg cukup lemah..
pangkulah aku ya Allah...
sungguh aku perlukanMu....
sungguh aku malu....

ampunkanlah dosa2 aku ya Alllah...




feeling sleepy today....

i am so sleepy rite now..!! last nite i was sleep for 10 hours non stop...!! perghhh... qada tidur ke ape?? no laaa...

i dunno what actually happen to me... i just so sleepy after back home and just want to take a little nap for a while... but dunno how i t can be for 10 hours!!!??

i am grateful to Allah bcause still giving me a life to live in this world...


07 September 2011

bersawang..!!

banyak giler sawanggggggg!!

syuhhh

syuhhh


syuhhh



puhhh

puhhhh 


puhhhh


haaa.... 

penatnyer buang sawangggggg

sejak aku privatekan blog nie, mmg aku dh xupdate lgsung blog nie...

huhuuhuhuuh, ape la mau jadikkkk

huhuhu...

xpelahhh... now aku dh balik kajang....

ermmm

nnti aku update blog ok...!!

now aku nak tidoooo

kehkehkehhkehehheh