AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts
Showing posts with label kata-kata hikmah. Show all posts

12 June 2014

ubah



Assalamualaikum dunia


change. berubah.

dari kasar menjadi lembut. dari tegas menjadi tidak peduli. dari buruk menjadi baik. dari baik menjadi buruk. pro dan kontra.

banyak perkara yang perlu diambil pusing. bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. ubah diri menjadi lebih baik dari semalam. adalah rugi jika kita menjadi lebih teruk daripada semalam.

ubah.

ubah yang buruk menjadi baik. kekalkan. sikit demi sedikit. one thing to another.



Tuhan,
aku yakin ada jalan.







"hidup ini satu perjalanan yang kita tidak tahu bila akan berakhir. tapi kita tahu ianya akan berakhir tanpa diundang. moga pengakhiran hidup kita dalam rahmat Allah Yang Satu"

01 November 2013

~Jumaat terakhir.....


Assalamualaikum dunia


Syukur alhamdulillah kita masih bernyawa lagi.
syukur alhamdulillah kita masih mampu berada di hari Jumaat, penghulu segala hari.
Jumaat terakhir pada 1434H ini.

hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita berada di tahun 1435H. bagaimana dengan azam dan harapan sepanjang 1434H ini? syukur alhamdulillah atas segala izinNya. memberi apa yang kita perlukan. memakbulkan segala doa yang kita panjatkan padaNya.

moga Muharam yang bakal kita sambut ini memberi harapan dan keazaman yang tinggi untuk kita. harapan selalu ada. buat kita pendosa. buat kita hambaNya. buat kita.

kita sebenarnya tidak perlu untuk menanti Muharam tiba bagi kita untuk menetapkan harapan. harapan selalunya ada. kerana Allah itu Maha Penyayang. tapi penetapan sasaran adalah pada satu-satu permulaan. jangan takut untuk bermula. jangan takut untuk melangkah. jangan takut untuk bergerak.

moga 1435H akan membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita. marilah kita berusaha menjadi hambaNya yang semakin bertambah iman kepadaNya. iman kita selalu turun dan naik. seperti berlalunya siang dan malam. berdoalah dan berusahalah untuk sentiasa dipelihara Allah.

Salam Muharam 1435H.




"cepatnya masa berlalu. usia semakin bertambah, tapi bekalan masih belum dikumpul. "

17 October 2013

~Beraya di perantauan....~


Assalamualaikum dunia

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada anda-anda semua.. semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan sebenar. dan sama-samalah kita mendoakan para jemaah haji kita di luar sana semoga mendapat haji Mabrur. anugerah Allah yang tak ternilai. dan semestinya kita yang masih belum dapat menjadi tetamu Allah di sana nanti akan diberi keizinan dan dipermudahkan segala urusan untuk kita mengerjakannya suatu hari nanti. amin amin amin

raya tahun ini merupakan raya kali pertama aku diperantauan. cewahhh, bukannya diluar Malaysia pun, cuma beraya bukan disisi keluarga tercinta. sedih, tapi pasti ada hikmah.


tahun ni juga beraya bersama geng ROTU. sedih bila tak beraya dengan keluarga, tapi bila nampak makanan, rendang ayam, lemang, ketupat palas depan mata, hilang sedih, datanglah selera makan yang tinggi. hahhahahah.... terima kasihla sheera sebab masakkan makanan yang sedap untuk kami makan. terima kasih jugak mimie sebab bawakkan ketupat palas tu. rendang mak kau masak memang yummy laaaahh!!

dari Zuhur datang sampai nak ke Asar baru sedar diri nak balik rumah. hehhehe, borak punya pasal. meremang jugaklah bulu roma ni bila dapat tahu officemate lama sekarang dah pregnant setelah menanti selama 7 tahun. syukur Alhamdulillah. doa mereka terjawab. semoga diberi kesihatan yang terbaik sepanjang mengandung ni dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, harta dunia akhirat. bahagia bukan sahaja apabila kita sendiri yang memiliki kebahagiaan itu, tapi bahagia itu juga apabila kita melihat orang lain bahagia. dalam erti kata lain, tumpang bahagia orang lain. hehhehe...

Allah Maha Hebat. Maha Berkuasa. DIA Maha Mendengar setiap doa kita. DIA Merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. doa kita akan Allah jawab pada waktu yang tepat, pada masa yang tepat. sungguh kita hamba Allah yang lemah. tidak punya apa-apa. tidak tahu apa-apa. DIA lah yang menggerakkan kita. DIA lah yang memberi segalanya.


moga segalanya dalam peliharaan Allah.







"bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berkorban lagi tahun ni. di minit-minit yang terakhir pula tu. perancangan Allah kan Maha Terbaik. Maha Hebat. "

05 September 2013

~SESAT~


Assalamualaikum

5 September 2013 (Khamis)

genap dua minggu aku disini. di penempatan karier baru ku. perasaan?

syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. syukur ya Allah.



mereka mengatakan aku bertuah, tapi aku yakin inilah perancangan Allah!!!

mereka mengatakan aku bertuah, tapi aku tahu inilah takdir Allah untuk ku.

setiap hari aku positifkan diri bahawa "setiap kesulitan, pasti ada kemudahan"

aku yakin pada janji Allah.

Alhamdulillah, segalanya terlalu indah yang Allah aturkan untuk aku.

apa lagi yang aku keluhkan?

"nikmat Allah manakah yang kamu dustakan??"

itulah yang berulang kali Allah firmankan dalam surah ar-Rahman.

surah yang membuatkan aku menangis tatkala membaca tafsirnya.




"if Allah brought you to it, He will bring you to it!"



terlalu banyak sangat hikmah yang Allah tunjukkan, tapi kenapa perlu mengeluh lagi? kenapa perlu persoalkan lagi?


benar, kita perlu mentadbir hidup kita, tapi bukankah Allah yang mentakdirkan? bukankah takdir Allah itu Maha Hebat jika dibandingkan dengan tadbir kita sebagai hambaNya?


hadapi segala cabaran yang sedang Allah sediakan untukmu.


terima segalanya sebagai cabaran.

dan yakinlah bahawa Allah tidak bebankan kamu dengan bebanan yang tidak mampu kamu tanggung.


DIA sedang menguji kamu.

dimana kamu letakkan DIA dalam kehidupanmu.

dimana penggantungan kamu kepada DIA.

dimana keyakinan kamu kepada setiap janji-janjiNYA.



"kehidupan di ibarat roda, yang berputar-putar mencari destinasi"
"langit tak selalu cerah, tak selalu mendung, senyumlah sentiasa, jangan sedih."





"mencari jalan pulang. sesat. jauh. harapan moga Allah sentiasa tunjukkan jalan. harapan masih ada. selagi matahari masih memancar cahaya"

31 July 2013

~Bonus Ramadhan~


Assalamualaikum dunia

alhamdulillah, Allah masih berikan kita nikmat yang tidak terhingga iaitu nikmat IMAN dan ISLAM dalam diri kita. syukur alhamdulillah. dan hari ini sudah pun 22 Ramadhan 1434H. pejam celik pejam celik, Ramadhan hampir meninggalkan kita. masa, mengapa begitu kau mencemburui kami????


"Demi masa! Sungguh! manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling berpesan-pesan untuk kesabaran."

(surah Al-'Ashr ; 103 : 1-3)


kan???

moga Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini berjaya mendekatkan diri kita dengan Allah. Ramadhan ini benar-benar bulan yang penuh dengan keberkatan. bulan yang penuh dengan rahmat Allah. bonus yang Allah berikan untuk kita mendekatiNya. untuk kita mengejar keampunanNya. untuk kita mendapatkan rahmatNya. untuk kita bebaskan diri dari belenggu nerakaNya. betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W. pada kita umatnya yang hanya mampu hidup dalam 60 tahun sahaja berbanding umat-umat Nabi yang lain yang mampu hidup beratus hingga beribu tahun tu, sehingga Allah turunkan pada kita satu malam dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam qadar. dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."

(surah Al-Qadr ; 97 : 1-5)


ya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. beruntunglah jika kita mampu mendapatkannya. carilah malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam yang terakhir Ramadhan. jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan pada kita hambaNya. JANGAN!. kerana kita sendiri tidak tahu apakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. apakah jaminan yang kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun hadapan? sedangkan untuk hidup esok pun tiada jaminan, inikan pula untuk kita hidup setahun lagi.

nanges.



jom kita pasang gear paling laju sekali untuk pecut sedaya mungkin bagi mengejar keampunan Allah. jangan buang masa lagi. ingatlah bahawa setiap masa kita nanti akan disoal di akhirat kelak tentang ke mana kita habiskan masa kita di dunia. biar berpenat lelah di dunia ini kerana sungguh, tempat istirahat kita hanya di syurga. jalan mujahadah itu sememangnya pahit kerana syurga itu manis.

nanges mengenangkan masa yang aku lalui selama ini banyak dibiarkan begitu sahaja. sungguh, keampunan Allah amatlah aku harapkan.







"moga segala amalan diterima Allah, diredhai Allah, dirahmati Allah, diampunkan Allah atas dosa-dosaku. amin"

09 July 2013

~terima kasih atas peringatan itu- Part 8~ AKHIR



Assalamualaikum dunia




Bahagian II - K2



" kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah.  dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."
(surah al-Hasyr ; 59 : 21)


"walau semua manusia itu dikurniakan akal, tapi  nampak gayanya tak semua manusia yang gunakan akal itu untuk betul-betul berfikir."
#Fend & K2       
#pg278


"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Pemurah lagi Maha Penyayang."
(surah al-Hasyr ; 59 : 22)


"kita tahu yang sebenarnya Allah Maha Tahu, tapi kita sendiri yang sebenarnya selalu buat-buat tak tahu."
#pg278


"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan."
(surah al-Hasyr ; 59 : 23)


"hati yang buta takkan nampak keagunganNya."
#pg278


"Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk, Yang Mempunyai Asmaul Husna. bertasbihlah kepadaNya apa yang ada di langit dan bumi. dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(surah al-Hasyr ; 59 : 24)


"hati yang celik pun takkan nampak keagungan itu tanpa izinNya."
#pg279


"sedangkan batu yang keras pun boleh pecah dan keluarkan air, inikan pula hati manusia di tangan Allah untuk diubah jadi lembut dan cair."
#pg279


"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu."
(surah al-Hadid ; 57 : 9)


"biar jalan setapak tapak, asal tak tersungkur sebelum sampai."
#K2
#pg282


"lepaskanlah......
kembalilah......
kembali kepada fitrah...."
#K2
#pg285


"verily, you (O  Muhammad) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. and He Knows best those who are guided."
(surah al-Qasas ; 28 :56)



"Contengan Jalanan"
The End - Bahagian II




ayat-ayat cinta Allah S.W.T


"wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan."

(surah al-Ma'idah ;5 : 105)


"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman; AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan orang yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami."

(surah al-A'raaf ; 7 : 156)





"terima kasih Allah. terima kasih Hlovate. terima kasih Allah atas keizinanMu. terima kasih Allah atas rahmatMu. terima kasih atas nikmat Islam dan Iman ini. terima kasih Allah. banyak, terlalu banyak yang aku pelajari. terlalu banyak aku sedari. terima kasih Allah. namun aku benar-benar perlukan kekuatan dariMu ya Allah agar hati ini tetap berpegang teguh di jalanMu. agar hati ini tidak lagi berpaling dariMu. agar hati ini kembali teguh padaMu."

26 June 2013

~terima kasih atas peringatan itu- Part 6~


Assalamualaikum

Bahagian I - Fend


"dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dikehendakiNya? sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."
(surah Az-Zumar; 39: 52)
#pg227


"ada 1001 benda kat luar tu yang tanggungjawabnya atas nama kita, tapi tak ada satu pun yang harganya sia-sia kalau kita pajakkan apa yang kita buat tu atas nama DIA."
#Chad
#pg230


"dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta."
(surah Al-Furqan ; 25 : 73)
#pg240


"hidup itu untuk akhirat.
permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa pada kesesatan."
#Imam Zakariyya
#pg250


"dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)."
(surah An- Najm ; 53 : 42)
#pg251


"banyak je benda lain yang boleh diikut. kita tak sedar sebenarnya masa kita kat dunia ni kejap je."
#Lia
#pg256


"mati itu pasti
Dia tahu.
Waktu sampai ajal tiada toleransi.
Dia tahu.
Ajal tak kenal usia di bumi.
Dia tahu.
Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi
Dia tahu.
Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji.
Dia tahu.
Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi.
Dia tahu."
#Fend
#pg258


"tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
(surah Al-Anbiya'  ; 21 : 35)
#pg260


"Allah berfiman; Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui (tentulah kamu bersiap sedia). Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?'."
(surah Al-Mu'minun ; 23 :  114-115)
#pg262



"Contengan Jalanan"
The End - Bahagian I



ayat-ayat cinta Allah S.W.T.


"wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
(surah Al-Imran ; 03 : 102)








"ya Allah, matikanlah kami dalam Islam"

11 June 2013

~terima kasih atas peringatan itu- Part 5~



Assalamualaikum


Bahagian I - Fend



"puasa ni, bukan hanya tahan lapar dahaga di perut sahaja, puasa itu untuk bersihkan roh."
-Bapak Tono
#pg189


"dah tanggung kena la jawab. tu baru namanya tanggungjawab. Tanggungjawab syahadatul haq. Tanggung Allah punya amanat, nanti jawab sendiri kat akhirat."
-Fend
#pg198


"Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) & bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan."
(surah al-Muzammil ; 73 :6-8)
#pg212


"orang beriman melihat hari di hadapannya sebagai kesempatan untuk meraih cinta dan redha Allah serta untuk mendapatkan syurga. untuk itu diri perlu bekerja keras melakukan pekerjaan yang baik. bagaimanapun sibuknya, dia tetap waspada agar tidak lalai daripada mencari redha Allah. dia meneladani doa Nabi Sulaiman a.s. ;
'ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.'."
(surah an-Naml ; 27 : 19)
-24hours Life As A Muslim
#pg217


"ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami..."
(surah al-Baqarah ; 2 :286)
#pg219


"katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."
(surah at-Taubah ; 9: 51)
#pg222


"Contengan Jalanan - Hlovate"



ayat-ayat cinta Allah S.W.T.


"(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan Allah? Dari air mani diciptakanNya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih). Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan. Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula)."
(surah  'Abasa ; 80 : 18-22)



"hati, tetaplah di jalan Allah."

21 May 2013

~GenQ~


Assalamualaikum dunia



" di kala tangan kananmu menerima catatan amalmu dan nikmat mula terbentang luas dihadapanmu, maka benarlah iman yang menjadikan dirimu berharga bukan kemewahan, rupa paras dan pangkat. LANTAS MASIHKAH KAMU MAHU MENGEJAR DUNIA??"

-GenQ-



"menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba.
 Itu lebih baik daripada menangis kerana rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat.
menangislah kerana gagal tunduk kepada Tuhan.
 Itu lebih baik daripada menangis tidak serik mencari kepercayaan dan penghormatan orang."

-GenQ-



"aku ingin menjadi seorang pemaaf walaupun tetap dikeji seperti akhlak Rasulullah S.A.W. "

-GenQ- 





"terkadang dengan kata-kata hikmah, mampu mengetuk pintu hidayah"