Assalamualaikum dunia
"redha itu pasrah, pasrah itu menyerah"
sinonim dengan filem "ombak rindu".
cuba selami kata-kata itu dari satu sudut yang lain. redha. pasrah. menyerah.
apa yang telah ditentukan untuk kita di dunia ini, adalah ketentuan Allah daripada pilihan yang kita buat.bermakna, apa jua yang berlaku, kita perlu redha. kerana Allah Maha Kuasa.
kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku nanti. ya, kita merancang, tapi yang menentukan adalah Allah. kerana kita tidak punya kuasa. kerana kita adalah hamba Allah. kerana Allah Maha Kuasa. bermakna kita harus pasrah pada apa jua yang sedang menunggu kita.
ini bermakna, segala apa yang berlaku dalam hidup kita ini, adalah dengan kuasa Allah. menyerah. bukan bermakna kita kalah. bukan bermakna kita tidak berusaha. tetapi menyerah bermakna kita serahkan segala gala urusan kita kepada Allah Yang Maha Kuasa. kepada pemilik kerajaan langit dan bumi. kepada Allah.
"katakanlah: sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
[al-an'am (06) : 162]
Allah Maha Kuasa, manusia tiada kuasa.
Allah Maha Kuasa. tiada yang berkuasa melainkan Allah.
"mengenal Pencipta"

