AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

31 October 2010

lagi tips untuk temuduga...

pagi tadi aku dikejutkan oleh bff aku nie... yana zulkefle a.k.a yana kecik... dating dia dengan kawan sekolah dia dah cancel pagi tadi, so dia ajak aku jumpa dia kejap... cis, aku jadik pilihan kedua ko ye yana... cis cis cis... hahahhahah, tapi tak pe... apa gunanya aku jadi bff ko kan kalau tak nak jumpa ko.. heheheh... 

alahai, nie dah lari dari tajuk entry nie... ok ok ok.... let check it out.... cewah.....!!!


tips-tips nie aku dapat masa aku baca artikel pasal kerjaya kat salah satu majalah favourite aku nie....  tips kali ini pasal "JANGAN BUAT MASA TEMUDUGA.." 
pada siapa-siapa yang pernah baca kat dada-dada majalah, meh sinie aku publish kan dekat dalam blog nie... 


tips no 1... 
YOU CAME, YOU SAW, YOU TWEETED.

apa la plak maksudnya...?? meh sinie aku nak bagitau... nie untuk siapa-siapa yang dah setel temuduga dengan company tue and then kamu semua kongsikan dengan satu dunia.... mungkin kamu telah "terlebih" kongsi maklumat mengenainya. ini akan membuktikan kepada majikan bahawa kamu tidak faham mengenai erti maklumat sulit... bak kata Paul Powers, penulis Winning Job Interviews, "Bakal majikan mengaku mereka akan Google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pekerja berpotensi itu." nasihat dari Powers : elakkan diri dai menghebahkan mengenai peluang kerjamu sehinggalah kamu diambil bekerja oleh syarikat itu secara rasminya...


tips no 2...
PEJABAT YANG MULANYA WANGI, KINI JADI BUSUK!

ha, mesti kamu semua dapat agak kan?? hampir sebotol kamu sembur haruman ke tubuh... kata Marc Dorio, penulis The Complete Idiot's Guide to the Perfect Job Interview, "apa yang penting dalam semua perkara adalah kesederhanaan. bagi majikan, berlebih-lebihan dalam wangian  bukan sahaja tidak menarik perhatian, tapi menunjukkan kamu adalah jenis yang tidak serius."




tips no 3.
KAMU JADI TERLALU PERAMAH DAN MESRA

pegawai yang temuramah kamu tue nampak peramah malah lebih relaks dan santai. jadi kamu pun mulalah turunkan kadar serius kamu dan tak sedar yang kamu hampir bercakap bahasa pasar... ha, jangan jangan jangan..!!! memang sukar nak elakkan diri bila bakal bos kamu tue very supercasual punya orang... mungkin, bakal bos kamu tue nak uji kamu macam mana kamu nak kendalikan keadaan dalam suasana profesional. tunjukkan rasa hormat seperti kamu tunjukkan kepada dekan kamu time kamu di kolej dahulu.....


tips no 4.
KAMU BERCERITA BURUK MENGENAI EX-BOSS

bekas majikan kamu mungkin pernah menghentam pekerja-pekerja seperti Tyra Banks dalam rancangan America;s Next Top Model (dan kamu mungkin pernah menjadi salah satu mangsanya), tapi manalah tahu bakal majikan kamu itu mungkin saudara atau rakan baik bekas majikan kamu. jadi, bila ditanya kenapa kamu berhenti di tempat lama, tak perlulah kamu mengutuk majikan lama (walaupun mereka nak korek rahsia jek sebenarnya), tetapi kamu terus fokus kenapa kamu layak untuk memegang jawatan tersebut. seperti kata Powers, " majikan sedang menilai watak dan keperibadian kamu sebenarnya. jika kamu kata, "bos lama saya itu teruk orangnya", sudah pasti kamu akan nampak tidak matang. dan ingat, satu perkara yang mana-mana syarikat yang tidak ingini adalah DRAMA..!!


tips no 5
KAMU TERLUPA UNTUK AMBIL NAFAS

memang betul tujuan kamu pergi temuduga adalah untuk "menjual diri" kepada syarikat tersebut, tetapi bercakap tanpa henti ketika sesi temuduga boleh jadi sangat membosankan. "setengah calon ada banyak perkara yang ingin diceritakan sehingga mereka tidak beri tumpuan kepada kehendak sebenar majikan", kata Dorio. mereka akan terfikir tentang dua kemungkinan, sama ada dia tidak mendengar dengan baik atau terlalu asyik dengan dirinya sendiri. tips dari Dorio, peka dengan kata kunci yang diberikan oleh mereka mengenai ciri-ciri yang dicari dalam seseorang calon. 




Kamu Gerenti Tak Tercalon jika...
  • datang lewat lebih 15 minit
  • salam dan peluk cium semua pekerja disitu
  • pakai baju jarang sampai nampak bra polka dot (untuk perempuan sahaja)
  • datang pakai flip-flops a.k.a selipar
  • tarik muka macam la kamu juri dalam siri realiti
  • bermain dengan jari atau kaki masa temuduga
  • jadi terlalu teruja ketika berbincang mengenai cuti tahunan syarikat....




tips-tips kat atas nie hanyalah sekadar tips sahaja.. menjadi atau tidak bukan bergantung kepada tips-tips nie... jadik, untuk kamu kamu semua, semoga berjaya di luar sana... dan doakan aku dapat kerja yang tetap dan yang pasti biarlah kerjaya yang aku minati.... amin...!!!







30 October 2010

harapan......

harapan untuk seseorang......

moga kamoo selamat walau dimana kamu berada.....

semoga tabah hadapi setiap ujian ini.....

semoga kebahagiaan menjadi milikmu satu hari nanti...

be strong OK....






25 October 2010

i got feeling....

ahhahahahahahahha....

new feeling is coming out already.....!!!!!!

apakah...????

be calm....

not ready yet....

syukur alhamdullilah.....

but....

get lost....

...................................


20 October 2010

20102010

wah, hari nie, tarikh yg cantik...

moga hari ini pon akan menjadi lebih bermakna pada kita semua...





p/s: sudah menjadi realiti bahawa masa tidak dapat diundur... oleh itu, hargailah masa kamu.... moga kita sentiasa menghargai masa yang kita kecapi sekarang ini, kerana yang tinggal kelak hanyalah kenangan....

17 October 2010

tomorrow can be too late...

It a nice message!!

>If you're mad with someone , and nobody's there to fix the situation... You fix it .
>Maybe today, that person still wants to be your friend . And if u don't, tomorrow can be too late .


>If you're in love with somebody , but that person doesn't know... tell her/him.
>Maybe today, that person is also in love with you .
>And if you don't say it, tomorrow can be too late .


>If you really want to kiss somebody... kiss her/him.
>Maybe that person wants a kiss from you, too . And if you don't kiss her/him today, tomorrow can be too late .


>If you still love a person that you think has forgetten you... tell her/him.
>Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him today , tomorrow can be too late.


>If you need a hug of a friend... ask her/him for it.
>Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.


>If you really have friends who you appreciate... tell them.
>Maybe they appreciate you as well. That if you don't and they leave or go far away today , tomorrow can be too late





...kawan....


 kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..


kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..


kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..


kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.


kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..


kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..


kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


lagi.....kawan tu mcm ape ye?Huh? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Yang penting skali seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang pasal pelbagai perkara.



p/s : rindunyer kat kawan-kawan saya..... terngiang-ngiang ayat-ayat nie.. "walaupon kita dekat, tapi sebenarnya kita jauh..." 

07 October 2010

ingatan


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.




petikan dari sini.... terima kasih

rasa sedih....

sedih.....

bila diperlakukan begini....

pada yang masih kekal,

semoga kita KUAT....

semoga kita mampu untuk berjuang walaupun tanpa MEREKA.....

biar kita buktikan.....

kita MAMPU TANPA MEREKA....



jangan bersedih...

kamu kamu kamu layak untuk kecewa..

layak untuk bersedih....

tapi kita harus kuat...

bekerjasama dalam meneruskan perjuangan....

yang tinggal hanya kita.....

kita lah yang harus bangkit....


aduhai hati,

jangan cepat mengalah....

kamu mampu melakukannya.....


04 October 2010

tun mahathir


first time nie... menjejakkan kaki ke ISTANA BUDAYA.... sangat teruja lebih - lebih lagi nak tengok teater TUN MAHATHIR....!!!!!   gambar tak dapat nak diupload lagi sebab tuan punye kamera tak hantar lagi kat email.... hehhehehe.... tapi pengalaman pertama ini memang best....!!!!! 

terima kasih kat cik sue, sebab sudi mengajak... kalau tak, memang tak merasa la nak tengok teater live ini... hehhehehe... bulan NOV ini teater NATRAH pulak...  ada siapa-siapa nak temankan tak??? hehehehhe



02 October 2010

aku sedar diri...

sengaja aku letakkan title yang direct to the point....

aku sedar diri...
aku sedar aku bukanlah secantik kamu kamu semua yang diluar sana...
namun aku tetap manusia biasa dan tetap makhluk kejadian Allah...
aku bersyukur kerana aku masih aku.....

kau yang sempurna itu,
layakkah kamu untuk mengukur ketidaksempurnaan aku???
berhak kah kamu untuk mengata aku sedemikian...???

aku sedar siapa diri aku.....
aku sedar di mana tempatku berada....
aku tak perlukan kamu kamu kamu dalam hidup aku.....
kamu kamu kamu hanya menyakitkan hati aku..
hanya membuatkan air mata aku ini turun lagi....

aku penat dilabel begini...
aku penat dilayan begini...
apa aku masih belum layak untuk berdamping dengan kamu kamu kamu semua???

ya Allah, aku mohon padaMu
tabahkan hati aku...
pinjamkan aku kekuatanMu untuk hadapi dugaan ini..

aku lemah ya Allah...
aku tidak sekuat mana
ampunkan aku ya Allah....
ampunkan aku kamu kamu kamu semua....

kerana kehadiran aku dalam hidup kamu kamu kamu semua
hanya menjelekkan pemandangan kamu kamu kamu semua....