Showing posts with label bersawang. Show all posts
Showing posts with label bersawang. Show all posts
17 October 2013
~Beraya di perantauan....~
Assalamualaikum dunia
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kepada anda-anda semua.. semoga kita semua dapat menghayati erti pengorbanan sebenar. dan sama-samalah kita mendoakan para jemaah haji kita di luar sana semoga mendapat haji Mabrur. anugerah Allah yang tak ternilai. dan semestinya kita yang masih belum dapat menjadi tetamu Allah di sana nanti akan diberi keizinan dan dipermudahkan segala urusan untuk kita mengerjakannya suatu hari nanti. amin amin amin
raya tahun ini merupakan raya kali pertama aku diperantauan. cewahhh, bukannya diluar Malaysia pun, cuma beraya bukan disisi keluarga tercinta. sedih, tapi pasti ada hikmah.
tahun ni juga beraya bersama geng ROTU. sedih bila tak beraya dengan keluarga, tapi bila nampak makanan, rendang ayam, lemang, ketupat palas depan mata, hilang sedih, datanglah selera makan yang tinggi. hahhahahah.... terima kasihla sheera sebab masakkan makanan yang sedap untuk kami makan. terima kasih jugak mimie sebab bawakkan ketupat palas tu. rendang mak kau masak memang yummy laaaahh!!
dari Zuhur datang sampai nak ke Asar baru sedar diri nak balik rumah. hehhehe, borak punya pasal. meremang jugaklah bulu roma ni bila dapat tahu officemate lama sekarang dah pregnant setelah menanti selama 7 tahun. syukur Alhamdulillah. doa mereka terjawab. semoga diberi kesihatan yang terbaik sepanjang mengandung ni dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, harta dunia akhirat. bahagia bukan sahaja apabila kita sendiri yang memiliki kebahagiaan itu, tapi bahagia itu juga apabila kita melihat orang lain bahagia. dalam erti kata lain, tumpang bahagia orang lain. hehhehe...
Allah Maha Hebat. Maha Berkuasa. DIA Maha Mendengar setiap doa kita. DIA Merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. doa kita akan Allah jawab pada waktu yang tepat, pada masa yang tepat. sungguh kita hamba Allah yang lemah. tidak punya apa-apa. tidak tahu apa-apa. DIA lah yang menggerakkan kita. DIA lah yang memberi segalanya.
moga segalanya dalam peliharaan Allah.
"bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berkorban lagi tahun ni. di minit-minit yang terakhir pula tu. perancangan Allah kan Maha Terbaik. Maha Hebat. "
Labels:
Allah,
bersawang,
contengan jalanan,
family,
kata-kata hikmah,
keluargaku,
kerjayaku,
mood,
motivasi,
perubahan,
syukur
03 May 2013
~terima kasih atas peringatan itu- Part 3~
Assalamualaikum
Bahagian I - Fend
"The people, nowadays, are pouncing for worldly benefits as if the purpose of their creation were to complete over the worldly materialistic gains and to collect them. They forgot a day when they will return to Allah."
-The Life of This World is a Transient Shade
#pg 138
"kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi perit."
#pg 139
"my similitude and that of the life of this world is that of a traveller who took a rest at mid-day under a shade of tree and then left it."
(Narrated by Ahmad, at-Tirmidhi ibni Majah and al-Haakim)
-The Life of This World is a Transient Shade
#pg 140
"the Prophet (S.A.W.) also urged the Muslimis to prepare for the death and to take provisions for the hereafter, he said; "be in this world like a stranger, or a wayfarer."
(Narrated by bukhari)
-The Life of This World is a Transient Shade
#pg 142
"Yahya ibn Mu'adh (R.A.) said; I don't order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than you need for the former."
-The Life of This World is a Transient Shade
#pg 143
"Orang yang beriman mengatur seluruh hidupnya sesuai dengan al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan hati-hati. setiap hari apa yang telah dia baca dan pelajari daripada ayat-ayat al-Quran, dalam segala perbuatannya sejak bangun tidur di pagi hari sampai tidur di malam hari, dia berniat untuk berfikir, berbicara dan bertindak berdasarkan ajaran al-Quran. Allah menunjukkan dalam al-Quran bahawa pengabdian seperti ini menjadi ciri utama seluruh kehidupan orang beriman. Katakanlah; Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. (al-an'am :162)
#pg 145
"Contengan Jalanan - Hlovate"
ayat-ayat cinta Allah S.W.T.....
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
(Al-An'am; 06 : 32)
Labels:
bersawang,
contengan jalanan,
hlovate,
luahan hati,
motivasi,
novel,
perubahan,
syukur,
tafsir Al-quran,
ujian Allah
26 October 2011
bersawang lagi
Lamanya xhupdate blog!!!! Sudah bersawang yg amat!!!
Published with Blogger-droid v1.6.5
Subscribe to:
Posts (Atom)
