Assalamualaikum dan selamat petang dunia....
Alhamdulillah, bersyukur sesangat pada Allah Yang Esa kerana tidak membiarkan aku keseorangan masa Konvensyen Fiqh Wanita & Islam tempoh hari. takdir yang menentukan aku bertemu dengan sahabat di zaman matrikulasi semasa aku sedang beratur untuk mendaftar. dan sepanjang dua hari aku di sana, ditemani sepenuhnya oleh dia dan teman usrahnya. subhanaAllah, aku ditawarkan untuk join usrah mereka...!! harapan, itu memang harapan aku. terima kasih Allah. tetapi sehingga hari ini, aku belum lagi bersama-sama mereka untuk berusrah... (risau, boleh ke aku join usrah nie??)
banyak ilmu-ilmu yang aku dapat kutip sepanjang konvensyen berlangsung. erti solehah itu sendiri. Dr Zaharudin telah mengubah 180 darjah persepsi aku mengenai bekerja untuk 'contingencies' selepas berkahwin. wanita solehah memberi definisi kahwin sampai akhirat, tidak ada nilai untuk bekerja, kumpul duit untuk simpanan sekiranya bercerai dengan suami. wanita solehah juga mengutamakan redha Allah tanpa dikawal oleh emosi negatif. ya, wanita mudah dikawal oleh emosi. wanita solehah harus utamakan cara menjaga aurat bukannya 'gaya menutup aurat'. (ohh, itu aku. tampar kuat-kuat untuk sedarkan diri!!)
wanita solehah harus sentiasa meningkatkan ilmu tentang halal, haram, dosa dan pahala. bagaimana?? banyakkan membaca ilmu-ilmu agama, menghadiri kelas-kelas agama. (itu juga aku perlu lakukan sedaya upaya)
Prof Muhaya juga menyedarkan aku tentang hubungan dengan sesama manusia. "saya tidak peduli apa yang orang kata tentang saya, sebab saya tahu saya hamba Allah dan Allah sayangkan saya". harus membuang persepsi manusia tentang aku. (susahnya!!) harus mengikis sifat nampak keburukan orang lain. (susahnyaa!!!) "dunia dalam diri saya menentukan dunia di luar saya!!"
perkongsian bersama isteri-isteri para mursyid ini juga sangat membahagiakan. teruja nak berkahwin..!! mereka menceritakan bagaimana menjadi seorang isteri kepada seorang ustaz. haih, nak kahwin dengan ustaz boleh?? ada satu pesanan daripada isteri Dr Zaharudin (kalau tak silap), "jangan anggap diri itu suci dan beriman pada Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu siapa kita disisiNya".
Ustazah Norhafizah Musa benar-benar lembut. selembut suaranya, cukup mendamaikan. memberi peringatan untuk sentiasa memperkukuhkan tauhid kepada Allah. membina pohon tauhid dalam diri di mana akar kuat mencengkam bumi untuk mendukung dahan dan daun yang menjulang naik ke langit. akar itulah tauhid kepada Allah, daun itulah kebaikan dan amalan hidup. jangan jadi seperti 'bila diam macam orang alim, tapi bila bercakap, jadi bengap'. tambahkan ilmu agama. Islam meletakkan wanita di tempat yang paling selamat, iaitu di rumah. Rumahku Syurgaku.
Ustaz Hasrizal (saiful islam) pula memberi tumbukan bertubi-tubi tentang tabaruj. wanita bekerjaya tetapi bertabaruj di luar. wanita yang solehah dan bekerjaya perlu mengutamakan peranan dia sebagai wanita bekerjaya, bukan dengan memakai pakaian yang menutup aurat, tetapi tabaruj (menarik perhatian). wanita bekerjaya ternyata banyak pancaroba yang kena dilaluinya untuk menjaga imannya kepada Allah. sebelum tamat sesinya, ditinggalkan satu pesanan buat ingatan, 'bekerja mencari sesuatu yang mendapat keredhaan Allah'. redha Allah itu penting. ingat itu!
dan ustaz yang ditunggu-tunggu, Ustaz Pahrol (favourite orang ramai tu) ternyata sangat-sangat aku rindu. rindu nak dengar nasihatnya di 'Mukmin Profesional' Ikim fm. ustaz Pahrol ni juga betul-betul mengubah persepsi tentang "aku terima nikahnya", ianya bukannya sekadar hak tetapi peranan. jangan jadikan nikah itu untuk menuntut hak sebagai suami dan isteri, tetapi mainkan peranan sebagai suami dan isteri. perkahwinan merupakan tanggungjawab, dan yang pastinya, kebahagiaan dunia bukannya berpunca daripada perkahwinan. (ohh, tak kahwin lagi pun boleh bahagia juga ok!!)
isu mongami dan poligami pun diselitkan dalam program ni. haruslah kan, sebab wanita yang bermadu, bukan suami. ngehhh.. =P tetapi, Kapten Mohd Hafiz yang beristeri tiga, menekankan bahawa 'apa yang Allah halalkan, pasti ada kebaikkan pada suami, isteri, anak-anak dan masyarakat'. cemburu itu lumrah, tetapi kawallah ia.
wanita solehah
kini aku mengejarmu..
untuk menjadi khazanah berharga di dunia ini.
"mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"