#Part 1
selesai solat Subuh, seperti biasa aku dan mak aku mula bersiap-siap nak mandikan apak. biasanya sebelum itu aku akan ucapkan "Selamat pagi apak..." dekat telinga apak sambil cium dahi dia. lepas itu aku akan bacakan surah Yaasin di tepi telinga apak. itulah rutin aku sebaik solat Subuh. kemudian aku dan mak akan ambil cadar, selimut, sarung bantal, lapik kain, dan kain baju. sediakan air suam dalam bekas mandi. tarik tirai katil lalu kami pun mandikan apak. bukan macam mandi orang yang sihat, tapi kami lap badan apak. muka apak, rambut apak, tangan apak, setiap inci tubuh apak kami lap dengan air suam dan sabun.
aku ingat lagi masa awal-awal apak diletakkan bawah jagaan ahli keluarga di wad 6B, mak cuma izinkan aku lap badan apak sahaja. bila bab nak tukar lampin, mak sanggup tunggu staf nurse untuk tolong mak. alasan mak, " tak payahlah tolong mak tukar lampin apak ni. kamu tu belum kahwin lagi. kalau dah kahwin tak pe.." sedih juga bila mak tidak mahu aku tolong dia, tapi tidak lama kemudian, abang aku, Pejay cakap, " ala, biarlah adik tolong. ni kan apak. bukan orang lain pun. kalau apak dah sihat dah boleh balik rumah nanti, senang la jula nak tolong mak tukar lampin apak." syukur mak aku izinkan aku untuk tolong tukarkan lampin apak.
selesai mandikan apak, aku meneruskan rutin harian aku setiap kali aku di hospital. sapu minyak di bahu, tangan dan kaki apak sambil buat sedikit senaman dan mengurut. doktor ada berpesan menyuruh ahli keluarga supaya rajin membuat senaman untuk pesakit terutamanya selepas mandi setiap pagi. ini kerana keadaan apak yang memang tidak boleh bergerak langsung hatta untuk menggerakkan jari jemari pun membuatkan doktor risau sekiranya anggota badan apak akan lumpuh nanti.
seusai sesi mengurut, aku teruskan dengan sesi menyapu losyen di jari-jari apak serta kaki apak. semenjak apak dimasukkan di dalam wad 6B, kulit apak makin kering terutamanya bahagian kaki apak. setiap kali aku menyapu minyak dan losyen, setiap kali itu juga aku sedih. melihat keadaan apak yang semakin kurus. paha dan betis yang makin mengecil. dulu badan apak besar, gagah. tapi kini, kurus sahaja.
syukur ya Allah kerana Kau mengizinkan aku untuk menjaga apak sepanjang sakitnya. aku belek kuku jari tangan dan apak. masih pendek lagi. aku ingat lagi waktu mak aku berborak dengan adik beradik mak sewaktu mereka datang melawat apak di hospital. "kalau jula dah balik, memang jula lah yang main dengan apak dia. sapu losyen, potong kuku, sapu minyak rambut, korek tahi telinga. Yong boleh la duduk rilek jek. anak manja apak la katakan." memang itu yang aku mampu untuk buat. aku tidak mampu untuk menyedut kahak apak bila mana apak batuk. aku tidak mampu untuk berbuat itu. dari dulu hingga saat ini. aku tidak mampu untuk menjolok tiub itu masuk ke dalam lubang tekak apak untuk keluarkan kahak. aku tidak sanggup untuk melihat apak menahan sakit bila tiub itu dimasukkan ke dalam tekak apak. aku cuma mampu untuk menepuk dada apak meminta apak untuk batuk bagi memudahkan kahak itu disedut. aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
aku berpuas hati dengan kuku tangan dan kaki apak yang masih pendek lagi. aku sarungkan sarung kaki untuk apakyang mak beli dari hospital. ianya adalah untuk pengaliran darah pada kaki apak memandangkan tiada pergerakan bagi anggota kaki apak itu sendiri. aku perhatikan muka apak. sedih... sayu.. tapi aku tidak boleh menangis depan mak dan apak. cepat - cepat aku sapu minyak untuk rambut apak. rambut, misai dan janggut apak di potong dan di cukur oleh abang-abang ku terutamanya Pejay. dia juga yang rajin mencuci gigi apak.
aku titiskan ubat mata untuk apak. mata sebelah kanan apak agak sukar untuk apak buka dan dibukakan. seolah-olah ianya terlalu sakit untuk mata kanan apak terbuka. tapi pagi itu, bermula daripada mandikan apak, mata kiri apak terbuka luas. mungkin dia melihat kami setia bersamanya. itu pasti apak. PASTI...!!!
aku lap telinga apak. aku puas hati bila tiada daki dan tahi telinga di telinga apak. yelah, aku baru sahaja cuci hujung minggu hari itu. seperti biasa selepas segalanya ok, aku pun cium dahi apak dan cakap, "hmmmmm, wanginya apak...!! hensem pulak tu"
mak pun sibuk bancuh susu untuk apak minum. abang-abang aku pula sudah turun ke kafe bawah untuk beli sarapan untuk kami. syukur ya Allah kerana Kau mengurniakan aku abang-abang yang bertanggungjawab kepada keluarganya. sementara menunggu doktor-doktor yang memeriksa keadaan apak, aku mencuri masa untuk tidur sekejap.
![]() |
| inilah tempat tinggal kami di wad 6B |
![]() |
| nama apak di katil 23. katil pertama sewaktu di wad 6B sebelum bertukar-tukar katil. |
![]() |
| inilah pas khas untuk masuk ke dalam wad sekiranya bukan waktu melawat |
![]() |
| setianya seorang isteri menjaga suami tercinta |
~~to be continue...~~
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"





No comments:
Post a Comment