AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

01 March 2012

~selamat datang MAC..!!~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia...!!

pejam celik pejam celik, tup tup tup... dah masuk bulan Mac. Februari dah tinggalkan kita... cepat betul masa berlalu kan?? terfikir aku, apakah yang aku telah lakukan sepanjang bulan lepas??

berbaloikah untuk aku? baikkah untuk aku? burukkah untuk aku?

orang cakap yang lepas jangan dikenang. tapi yang lepas itu harus dijadikan teladan baik dan buruk untuk kita maju ke hadapan.

masa berjalan tak pernah nak toleh ke belakang. tapi kita ni sebagai manusia??  banyak kali toleh belakang tiap kali nak berjalan ke hadapan. takut dengan bahaya yang mendatang dari belakang. tapi kita kena buat persiapan untuk menghadapi hari mendatang. sesekali jangan lupa untuk menoleh ke belakang. kalau tidak, kita akan lupa dari mana asal usul kita. dari mana kita sekarang kalau bukan kerana masa lampau kita kan??





p/s : aku selalu terfikir kalau esok aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi, sudi tak orang lain buat sesuatu yang baik untuk aku??



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

2 comments:

Unknown said...

saya suka MARCH!!...haha

...miSS fAi... said...

ada apa dgn MARCH?? sambut hari jadi ek?? hehehe