AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

12 March 2012

~siapa sangka~


assalamualaikum dan selamat pagi dunia....!!!

sudah sebulan aku tidak menziarah pusara apak... Sabtu yang lalu aku meminta pejay membawa aku ke pusara apak. mak pun ikut sekali.

sebulan yang lalu, kubur itu tidak bernama... tapi kini, kubur itu kini bernama... kubur itu ada tarikhnya.. aku perlu kuat. tapi siapa sangka, aku masih menangis di depan kubur itu, di depan mak dan abang aku. siapa sangka aku masih menangis tatkala membaca yaasin itu??

tatkala hidup aku yang masih terumbang ambing ini, memang jelas aku terbayangkan arwah apak. dia yang selalu ada. kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban segala...

segalanya ketentuan Allah. aku bersyukur atas segala takdirNya. kehilangan apak seolah olah seperti batu yang tercampak ke atas kepala aku. membuatkan aku sedar tentang jalan kehidupan yang aku tempuh selama ini. aku bersyukur di atas segalanya.

dan kini, aku harus kuatkan hati dan tambahkan keimanan. berdoa semoga sentiasa di bawah petunjukNya.



"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

2 comments:

oya zihanee said...

+ REDHA DAN IKHLAS dalam ape yang ditentukan oleh NYA ye...

apa yang ditinggalkan oleh sesaorang apabila mati, adalah isteri dan anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya..

...miSS fAi... said...

terima kasih... akan cuba untuk menjadi anak yang solehah untuk keluarga saya yang tercinta.... aminn