AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

13 March 2012

~dialog dua hala~


assalamualaikum dan selamat petang dunia...


ada cerita pada suatu petang. badan terasa penat setelah seharian berjalan dari satu booth ke satu booth yang lain.tiba tiba datang seorang perempuan ini
yang cukup cantik paras wajahnya, cukup baik akhlaknya. subhanaAllah...

sedang kami berborak memperihalkan hal dunia dan hal keriuhan manusia-manusia mencari buku-buku ilmu di sini, tiba-tiba aku dihujani satu soalan, "apakah yang
menyebabkan kamu berubah? kamu berniat untuk berubah?"

sudah.... soalan apa pula kali ni? adakah jawapan untuk itu? haruskah aku menjawabnya...??

dengan tergagap gagap, aku menjawab, "entah, sejak rasa diri ini keseorangan.. tiada siapa di sisi. tiada siapa yang dapat bergantung harap. sejak rasa diri
ini kerdil di dunia Allah. sejak rasa kehilangan..."

"memang begitu kan?? bila kita rasa kehilangan, baru kita mahu kembali kepada Allah... baru kita sedar, yang tiada siapa boleh tolong kita hatta ahli keluarga
pun melainkan Allah. DIA tempat kita meluahkan perasaan. tempat kita menangis tak kira waktu dan tempat. DIA tempat kita bergantung harap. DIA tempat kita
meletakkan harapan. DIA segala-galanya..."

"manusia memang begitu kan?? hanya ingat Allah bila waktu susah saje, tapi bila diberi kenikmatan, lupakan Allah. lalai dengan tanggungjawab kita pada Allah.
hanyut dengan duniawi sampai lupa nak cukupkan bekal nak bawa pergi akhirat nanti..."


"huh, mengata orang, diri sendiri tu dah cukup ke??"

"astaghfirullahalazim... mestilah belum cukup... kita ni baru nak merangkak-rangkak nak hidup pada jalan Islam. nama aje orang Islam, tapi cara hidup, amalan,
macam tak ingat Allah sebagai Maha Berkuasa. tahu Allah Maha Berkuasa, tapi hanya sekadar tahu. nak memahami Islam tu sebenarnya, jauh lagi perjalanan tu...
tahu solat tu wajib, tapi buatnya kadang buat, kadang tinggal. tahu tutup aurat tu wajib, tapi yang dibuatnya sekadar menutup, tapi masih tak cukup syaraknya.
tahu mengumpat itu dosa, tapi telinga masih nak mendengar, mulut masih nak mengata. susah nak hilangkan semua tu..."




"doa pada Allah. minta petunjukNya. minta bantuanNya. kena ingat, hidayah itu milik Allah. DIA akan memberikannya pada sesiapa yang dikehendakiNya. doa pada
Allah, mohon diberi hidayah dan jangan dipalingkan daripada hidayah itu. tekadkan hati. bulatkan tindakan. jangan di bibir saja yang menutur, "aku ingin berubah"
tapi perbuatan jauh sekali untuk berubah..."

"kita nie hidup hanya sekali kan? "

"eh silap tu... kita nie hidup dua kali. sekali hidup di dunia untuk mempersiapkan diri menuju ke akhirat. dan sekali lagi kita dihidupkan untuk menghitung
segala amalan kita di dunia dan menerima segala balasan atas setiap perkara yang kita buat di dunia.."

"takutnya...."


"letakkan rasa takut kita itu pada Allah. insyaAllah segalanya berada di jalanNya."


mata merenung langit. cantik ciptaan Allah. awan biru dan sesekali angin meniup. diri membayangkan alangkah beruntungnya mereka yang berada di jalan Allah
selama ini. aku tekadkan hati, aku bulatkan diri. segala-gala yang aku lakukan ini adalah kerana Allah. aku hidup ini kerana Allah, dan aku mati kerana
Allah. aku berdoa mengharapkan keredhaan Allah.

"eh, mana perginya dia nie?? tadi ada je kat sebelah ni. nie dh hilang pulak. lupa nak tanya nama die... hrmm... harap-harap dapat jumpa dia lagi.."





p/s: seronok baca cerita ni. tiba-tiba nak share kat blog sendiri. credit untuk blog itu... terima kasih.




"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

No comments: