AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

16 March 2012

~salam JUMAAT~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia....!!

mahu berkongsi sesuatu pada pagi ini.... as usual, pepagi lagi on the way mahu ke office tersayang, aku mendengar motivasi pagi di radio ikim... pagi ini menceritakan mengenai tekad dalam hati. setiap manusia dikurnikan tekad dalam diri masing masing.. perumpaan kali ini diibaratkan macam sebatang pokok yang paling lemah iaitu pokok PISANG.... ye, pokok pisang merupakan pokok yang paling lembut batangnya. andai ditumbuk dengan kuat, maka terbentuklah penumbuk di batang pokok tersebut.

andaikan kita seorang manusia mengambil kapak, lalu membelah batang pokok itu. ya, pokok itu kini hanya mempunyai batang sahaja... sangkanya kita telah berjaya "membunuh" pokok itu. datang kembali dua hari selepas itu, dilihatnya pokok itu mengeluarkan tunas, dan ya, pokok itu "hidup" kembali... kita menyangka pokok itu tidak dapat hidup kembali, tapi tidak... sangkaan kita meleset, pokok itu kembali menghijau dengan mengeluarkan tunasnya.

kita tidak berpuas hati, lalu kita membakarnya... "hahahahahah... aku telah membakarmu, kini kau tidak mampu  untuk hidup setelah semuanya hanya tinggal abu sahaja....!!"

tapi cuba kita datang kembali beberapa hari kemudian, pokok yang kita bakar telah mengeluarkan tunasnya yang baru... sungguh, pokok yang kita anggap lemah itu masih mampu untuk meneruskan "hidupnya"... seolah olah pisang itu berkata, "kau sangka kau telah "membunuh" aku ye. tidak tidak tidak... aku ucapkan terima kasih kerana abu yang kau tinggalkan menjadi baja untuk aku hidup dengan lebih segar dan kuat..."

apa yang sebenarnya telah terjadi?? lalu kita masih tidak berpuas hati, dan kita telah mengorek sehingga ke akar   untuk mengeluarkannya dari kawasan itu.. kita campakkannya ke lembah yang sunyi, ke lembah yang tiada apa. kita telah berjaya "membunuhnya..."

tapi.....

cuba kita datang kembali beberapa tahun kemudian ke lembah yang kosong itu. alangkah terkejutnya kita, apabila lembah yang kosong itu telah ditawan oleh pokok pisang yang kita campakkan keseorangan di situ.

betapa kuatnya semangat dan tekad untuk pokok yang cukup lemah itu meneruskan kehidupannya. tapi kita, sebaik-baik dan seindah-indah ciptaan Allah, masih mengeluh dan berputus asa apabila diduga Allah. apakah kita ini lagi lemah daripada pokok pisang???




ya.... pokok pisang tidak pernah berbuah dua kali.

selepas pokok itu mengeluarkan hasilnya, ianya tidak mampu untuk meneruskan hidupnya. tapi pokok itu memastikan bahawa di kakinya terdapat anak-anaknya yang akan meneruskan khidmat baktinya di dunia ini.  itulah pokok PISANG.

ya, lumrah alam... pokok pisang itu dijadikan sebegitu rupa. tapi bukankah pencipta pokok pisang itu adalah pencipta manusia juga?? ALLAH pencipta kita. lumrah Allah menduga hidup kita. tapi haruskah kita berputus asa??? TIDAK................................


"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

No comments: