semalam berborak dengan shalina, housemate aku... bercerita mengenai kenangan di Universiti masing-masing.. dan seharusnya kedudukan mereka ini terletak di carta paling atas seiring dengan pentauliahan aku sebagai Leftenan Muda di dalam kenangan di UTHM... kenangan yang tak mudah aku lupa..
mereka adalah sahabat yang menjadi racun dan penawar sepanjang aku di UTHM. cukup membuatkan aku mengenal erti persahabatan. kami bersahabat kerana Allah. moga persahabatan kami ini sentiasa dirahmati Allah dan berada di bawah lindunganNya. walau aku tahu, kini kami masing-masing masih mencorak hidup di dunia yang satu ini. ada yang sudah bergelar ibu, isteri, kekasih kepada sang pencinta.
doaku semoga hubungan yang terjalin ini akan tetap kekal di hati setiap kita walau di mana jua kamu kamu semua berada. sentiasa mekar dalam ingatan. sama-samalah kita mendoakan semoga persahabatan kita ini kekal mengharum walau jarak kita semakin menjauh... terima kasih atas segalanya.. BFF selamanya...
-fizah-niza-fai-lin-zam-jaja-aina-yana-farah-
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"

1 comment:
aminn.....
Post a Comment