16 July 2013
16 Julai
Assalamualaikum dunia
16 Julai 1953
lahirnya beliau ke dunia. ditakdirkan Allah, aku menjadi anaknya setelah 8 tahun berkahwin dengan mak. setelah berusaha untuk mendapatkan anak perempuan yang kedua. Alhamdulillah. terima kasih Allah.
4 Julai 2011
hari terakhir aku mendengar suaranya. tidak pernah menyangka ianya merupakan hari yang terakhir aku mendengar suaranya. mendengar nasihatnya. mendengar gelak tawanya. mendengar panggilan, "adik" , "azura". tak pernah sangka.
16 Julai 2011
tahun terakhir aku mengucapkan "selamat hari lahir apak" di sisi telinganya. tanpa apa-apa tindak balas daripadanya. senyum tiada. yang mampu aku dengar cuma bunyi mesin yang disalurkan ke mulutnya. tangan yang tidak mampu untuk bergerak.
26 Oktober 2011
hari terakhir aku bersamanya. membersihkan dirinya. mengurutnya. mewangikannya. menyapu minyak di rambutnya. memotong kukunya. mengucupnya. berkata-kata dengannya. memegangnya. berbalas pandangan tanpa mengetahui apa-apa. menciumnya. berjanji dengannya. menangis di hadapannya. tanpa mengetahui itu adalah kali terakhir aku melihatnya bernyawa.
27 Oktober 2011
hari terakhir aku melihatnya. hari terakhir aku mengucupnya, kaku tidak bernyawa. hari terakhir aku memandikannya. hari terakhir aku memakaikannya. hari terakhir aku melihat wajahnya. hari terakhir aku memegangnya, sejuk. hari terakhir. hari terakhir. hari terakhir.
hari terakhir aku mempunyai apak.
16 Julai 2013
dua tahun aku merinduinya. dua tahun aku rindu mendengar suaranya. tiada apa yang mampu aku buat. hanya doa yang mampu aku berikan. hanya sedekah yang mampu aku berikan. hanya itu. aku berjanji untuk menjadi anak yang solehah buatmu apak. anak yang solehah yang selalu mendoakanmu apak. buat bekalanmu di sana. kerana hanya itu yang mampu aku lakukan. moga Allah Tuhan Yang Esa membimbing aku sentiasa. tiada apa yang tinggal buatmu melainkan ilmu yang bermanfaat yang kami amalkan, sedekah yang berpanjangan, dan doa anak-anak yang soleh buatmu. Allah, Engkaulah yang mengetahui segala isi hatiku, Engkau Maha Mengetahui Tiap-Tiap Sesuatu. ampunkan aku. bantulah aku dan ahli keluarganku menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu bapa. bantulah aku ya Allah. Engkau ambil kembali apak yang telah Engkau pinjamkan kepada kami selama 32 tahun ini. terima kasih Allah. masukkanlah apak bersama-sama golongan yang beriman di sisiMu. jauhkanlah dia daripada segala azabMu. lindungilah dia ya Allah. jadikan mak sebagai bidadari buatnya di syurga nanti ya Allah. temukanlah kami di syurgaMu ya Allah.
Al-Fatihah...
"setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. semua ini hanya pinjaman cuma. Sang Pemiliknya hanya ALLAH. moga kami ketemu dengan hikmah yang Engkau janjikan ya Allah"
Labels:
Allah,
apak,
fall again..,
family,
hospital ipoh,
icu,
keluargaku,
kenangan,
luahan hati,
mood,
perubahan,
ramadhan,
truly,
ujian Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
we both miss our late father.. hope they rest in peace there.. insyaAllah.
thank you jijie...
Post a Comment