assalamualaikum dan selamat pagi dunia...
beberapa hari yang lepas, aku dapat khabar berita daripada abang dan mak, kata mereka, kakakku terpaksa ditahan di wad hospital Ipoh kerana penyakit kulit yang tiba-tiba datang menyerang beliau. terkejut aku dengan berita itu, aku kasihan dengan beliau. simpati aku mencurah -curah... di dunia ini tidak punya sesiapa melainkan ahli keluarga cuma. suami nun jauh bekerja di Singapura. hidup ditemani dua orang anak yang masih kecil. syukurlah kerana arwah apak sempat mencari rumah sewa yang berdekatan dengan rumah kami. senang untuk kami menjenguk.
dugaan hidup beliau cukup kuat. dan beliau cukup gagah hadapi semua itu. tenang di wajahnya tidak menggambarkan betapa perit hidup yang terpaksa dilalui. sekiranya aku diletakkan dalam cerita beliau, belum tentu aku mampu untuk bertenang seperti beliau.
aku titipkan doa untuk beliau, semoga hidupnya sentiasa dirahmati Allah. diberi petunjuk dan hidayah Allah untuk terus kuat hadapi dugaanNya. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi daripada kemampuan hambaNya.
semoga beliau cepat sembuh dan terus kuat. percayalah, awan mendung akan berlalu pergi dan matahari akan memancar cahayanya. semoga dirimu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.
daripada adik perempuanmu,
faizura
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"



No comments:
Post a Comment