23 July 2012
~pertama kali~
assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa...
syukur aku panjatkan pada Allah Yang Satu. keranaNya aku masih berada pada ramadhan ini. keranaNya dengan rahmatNya aku kembali sujud kepadaNya. terima kasih ya Allah.
pertama kali berbuka puasa di masjid memberi impak yang cukup besar bagi aku. merasa cukup dengan apa yang ada. merasa syukur saat beratur mengambil juadah berbuka. terasa bagai melihat kaum-kaum yang kelaparan beratur mendapatkan makanan. ya Allah, bersyukur kerana Malaysia negara yang cukup makannya. cukup minumnya. alhamdulillah.
bersyukur kerana diizinkan Allah untuk menjadi makmum kepada imam-imam muda Gaza yang diterbangkan khas untuk menjadi imam bagi 100 masjid di negara ini. bersyukur kerana masjid jamek di kawasan perumahan aku terpilih malah menjadi lokasi terawal untuk imam-imam muda ini berada di Malaysia. muda, betul memang muda. empat orang imam muda yang tidak pernah keluar daripada bumi Gaza, tidak pernah menaiki kapal terbang, tidak pernah jauh daripada bumi Gaza yang diperjuangkan. ditahan hampir 8 jam sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang. ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa bersama mereka.
terima kasih ya Allah atas segalaNya. sungguh aku bersyukur padaMu.
*terngiang-ngiang kata-kata daripada ustaz zain semalam. saat mereka datang menghulur bantuan di Gaza, pejuang-pejuang Gaza tidak bertanya berapa banyak bantuan yang di bawa kali ni, tetapi kata-kata yang diucapkan, "terima kasih kerana datang, sungguh kami menyedari kami bukan berjuang sendirian".
"Allahuakbar"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment