assalamualaikum dan selamat petang dunia...
Muharam 1434H kini hampir menutup mata. entah akan bertemu atau tidak dengan Muharam 1435H, waallahualam.... cepat jek masa berlalu. terasa macam baru semalam jek sibuk mencari doa akhir dan awal tahun. terasa macam semalam jek semua tv menayangkan rancangan berkenaan hijrah. masa, berlalu tanpa kita sedari. tup tup tup jek, hari ni dah hari jumaat, penghulu segala hari. subhanaAllah....
dan pastinya masa berkait rapat dengan umur. tahun depan aku akan menginjak ke 27 tahun, insyaAllah. aku sendiri tidak pernah menyangka untuk berada di umur 27 tahun. dan semestinya, umur sebegini dah selayaknya untuk bekeluarga. doakan aku eh.. hehehehe... tapi, kadang-kadang aku terfikir, kelakuan aku sendiri tidak pernah melambangkan aku kini hampir berusia 27 tahun. masih rasa aku seperti budak hingusan lagi. entah bila entah nak feeling macam umur 27 tahun ni entah la...
setiap kali aku pergi majlis perkahwinan kawan-kawan, pasti ramai yang bertanya, "haaa, ko bile plak fai?? asyik tangkap gambar dengan pengantin jek...??" aku hanya mampu menjawab, "haaa, tunggu.... tak lama lagi insyaAllah.." ada plak yang sibuk bertanya, "ko sekarang berkawan dengan sape??" ehhh, kawan aku seorang ni, sibuk jek nak tahu aku kawan dengan sapa.... "laaa, aku berkawan dengan korang laaa... hehehheheh" saje jek aku menjawab macam tu, biar persoalan tu tak berterusan menjadi topik hangat. hehehheheh
hhhrrmmm.... kahwin...?? memang la nak... tapi bersediakah aku?? sejauh mana aku bersiap untuk menjadi seorang isteri?? waaah, kau.. soalan... sendiri tanya, sendiri jawablahhhh... hahahhahaa.... apa sebab kau nak kahwin?? sebab kawan-kawan semua dah kahwin?? sebab umur kau makin lama makin nak masuk 30-an...?? sebab kau tak terjerumus dalam kancah kemaksiatan..?? amboihhh, ayat... ke sebab kau tak nak sendirian?? sebab apa??? hishhh, kahwin tu kan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
"daripada Anas r.a, katanya telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa, perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."
Allah kan dah berfirman dalam al-quran :
"dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(surah Adz-Dzariyat : 49)
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
(surah Yaasin : 36)
jadi.... apa lah yang perlu dirisaukan berkenaan kahwin ni. telah Allah ciptakan siapa pasangan kita sejak kita diciptakanNya. Hebat kan Allah... semua manusia ada pasangannya. kalau tak di dunia, di akhirat kelak. yakin...!! yang penting, bukan mempersiapkan diri untuk menjadi seoarang isteri, tetapi persiapkanlah diri untuk bertemu dengan Sang Pemilik Cinta Hakiki, Allah s.w.t. Hilal Asyraf pernah berkata, "buat apa sibuk nak cari siapa jodoh kita, tetapi sibuklah dengan menjadi hamba Allah. sibuklah dengan menambahkan ilmu Allah. sibuklah dalam menambahkan keimanan pada Allah. sibuklah dalam mencari cinta Allah."
slappp, rasa macam kena penampar tadi. baru tersedar dari angan-angan duniawi.
ini janji Allah s.w.t :
"perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(surah an-Nur : 26)
pilihan di tangan anda : ingin mendapatkan lelaki yang baik atau jahat?
"Allah swt sentiasa memberikan kita pilihan. terpulang pada kita bagaimana untuk memilih. ikut iman atau ikut nafsu?"


No comments:
Post a Comment