31 December 2012
~selamat tinggal 2012~
Assalamualaikum dan selamat pagi dunia....
hari terakhir pada tahun 2012. entry terakhir pada tahun 2012. pelbagai kenangan suka dan duka terpahat kemas dalam kotak fikiran. nak je aku tuliskan di sini agar menjadi ingatan waktu suka duka aku seperti tahun lepas. tapi aku putuskan, biar hanya diri ini dan Pemilik hati ini yang mengetahui.
cukup untuk aku gambarkan bahawa tahun 2012 ini membawa kebahagiaan dan ketenangan dalam hati. walaupun air mata sentiasa menemani di awal tahun, tetapi Allah memberikan aku tamparan yang benar-benar menyedarkan aku untuk redha. ujian Allah benar-benar telah menjadi "turning point" kepada aku. terima kasih Allah.
syukurku tidak mampu membalas segala-galanya. amalan ku masih belum mampu untuk membuang dosa-dosaku. tetapi aku yakin, Allah Maha Pengampun. dan aku akan terus berusaha menggapai redhaNya. aku akan terus berusaha. mohon bantuanMu ya Allah.
tahun ini merupakan tahun pertama penghijrahanku. dan aku memohon agar diberi keikhlasan dan istiqamah dalam meneruskan hidup ini kerana Allah. biar di pandang rendah oleh mereka, biar digelar dengan pelbagai panggilan, tapi aku tetap akan terus berjuang mempertahankan hidayahMu ya Allah. biar ramai teman-teman menjauhi aku, tetapi aku tetap tidak akan kembali kepada aku yang dahulu. biar mereka menjauhi aku, biar mereka melupakan, biarkan. di saat aku rindu, aku doakan mereka berada dalam rahmatMu. aku harapkan agar mereka jua diberi petunjukMu. hati mereka milikMu. dan aku yakin, pintu syurga itu boleh dimasuki dengan pelbagai jenis pintu seperti mana pintu neraka itu boleh dimasuki oleh mana-mana pintu. ya Allah, jika takdirMu menjauhkan kami di dunia ini, Engkau pertemukanlah kami di syurgaMu ya Allah.
tiada siapa yang dapat menjamin di mana kedudukannya nanti di hari akhirat kelak. begitu jua aku. janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. berdoalah agar Allah menempatkan kita bersama-sama golongan yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. bukan amalan kita yang menentukan syurga atau neraka buat kita, tetapi rahmat Allah yang menentukan di mana kita nanti. hanya 1 rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita di dunia ini. 99 rahmat lagi hanya di hari akhirat nanti. semoga kita semua menjadi hambaNya yang disayangi.
azam tahun baru 2013??
semoga Allah redha.
"menjadi hamba yang sentiasa ingin mencuci hatinya daripada bintik-bintik hitam."
Labels:
Allah,
contengan jalanan,
fall again..,
family,
keluargaku,
kenangan,
kerjayaku,
layan...,
luahan hati,
mood,
motivasi,
perubahan,
sebelum aku bernikah,
syukur,
ujian Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment