04 October 2012
~sebelum aku bernikah~
assalamualaikum dan selamat petang dunia...
insyaAllah akan pergi ke seminar "Sebelum Aku Bernikah" Sabtu ini.. tak sabarnya...!!! nak pergi dengan ex-housemate a.k.a shalina.. dapat tahu pasal seminar ni pun melalui facebook. memang teringin sangat nak pergi sebab panel-panel dia memang best..!! antara orang-orang yang aku teringin nak dengar "talk" dorang secara live. selalu dengar depan TV atau radio dalam kereta je. insyaAllah sabtu ni, akan mula mendengar secara live. antara panel-panel yang aku teruja nak jumpa, Ustaz Pahrol yang aku suka sangat baca buku dia, dengar motivasi dia.. lembut je suara dia... terkesan dalam hati...!! lepas tu dengan dr zaharudin pulak, yang memang kalau bercakap tu, bagi aku non-stop. ada je ilmu-ilmu yang dia suka share. dan yang paling penting sekali, penulis buku "sebelum aku bernikah", hilal asyraf la antara orang yang aku tak pernah dengar suara, tapi selalu follow dia kat facebook + twitter. (padahal ada je kat you tube kan??) hahahhaha... pendek kata semua panel-panel seminar ni, memang aku betul-betul nak jumpa in person... lagipun, ni first time aku join majlis-majlis yang macam ni. dah lama sangat nak pergi, tapi kalau nak pergi sengsorang memang belum lagi. memandangkan shalina nie baru je bertunang dan akan bernikah tak lama lagi, aku pun apa lagi, mengajak la die pergi. alhamdulillah, die dan en tunang dia teruja nak pergi... =D
ada ajak jugak BFF aku yang nak berkahwin tak lama lagi, tapi kengkangan masa dan lokasi menyebabkan dorang tak boleh nak join seminar ni. tapi tak ape, mungkin lain kali ada seminar yang dorang boleh attend ke kan.. =D
kenapa teruja sangat nak pergi seminar ni???
heheheehhe, aku teruja nak pergi seminar ni bukan sebab tak lama lagi aku nak bernikah ke, bukan bukan bukan.... tak nampak lagi jalan ke situ. doa-doakan ye... =D tapi aku tak de sebab musabab yang kukuh lagi teguh untuk soalan tu. cuma yang aku tahu, aku nak sangat pergi.....!!! boleh bayangkan tak aku senyum sampai ke telinga sambil menaip ni??? hahahahahah... oklah, harap-harap segalanya berjalan lancar. moga Allah redha. moga Allah berkati kami.
"pergi dengan niat kerana Allah. yang lain serahkan pada Allah"
Labels:
Allah,
contengan jalanan,
hoye-hoye,
layan...,
luahan hati,
mood,
motivasi,
novel,
perubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment