AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

13 September 2012

~yakin dan percaya~





assalamualaikum dan selamat pagi dunia...


fikiran yang berkecamuk.

hati yang gundah gulana.

perasaan yang diselubungi dengan warna hitam.




telah aku duga rasa ini akan menjengah juga dalam diri ini. walau aku sendiri telah cuba untuk menidakkannya, tapi rasa itu tetap datang juga. walau diri ini cuba juga untuk berdiri, tetapi ternyata jatuh jugak...

tapi benarlah seperti yang Allah katakan,


"dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." 


(surah al baqarah : 45)


sabar, minta tolong hanya pada Allah. yakin pada Allah. DIA akan membantu kita dengan pelbagai cara. yakin dan terus yakin...!! percaya dan terus percaya....!!


kan Allah dah berfirman,


"Allah tidak memberati sesorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakan....." 


(surah al baqarah : 286)


kita hanyalah sebagai hambaNya, kerap kali berbuat dosa tanpa kita sendiri sedari. ya Allah, aku memohon keampunan padaMu. ampunkanlah setiap dosa-dosa ku dan terimalah amalan ku untuk aku menuju ke syurgaMu.




"maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. dan barangsiap yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya. (hadis 40 Imam Nawawi) "

No comments: