AWESOME!!!!

"TAUBAT ITU HARUS BERLANGSUNG TERUS MENERUS DALAM SEGALA KEADAAN KERANA MANUSIA ITU MEMANG TIDAK PERNAH SEPI DARIPADA KESALAHAN-KESALAHAN. "
-Imam al-Ghazali-

28 September 2012

~salam Jumaat...~



assalamualaikum dan selamat pagi dunia.....

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis blog ni. walau dalam hati rasa cukup cukuplah aku bercerita tentang rasa diri, tetapi bila mengenangkan blog ini mampu mengeratkan hubungan antara BFF aku yang semakin sibuk dengan komitmen masing-masing, aku gagahkan jua untuk tetap setia blog ni. "senyum kambing" bila dapat mesej daripada BFF...

serius ok, aku senyum sampai telinga.... hahahahhahahahhah...

kadang-kadang aku terfikir, perhubungan itu dinamakan sebagai persahabatan, tetapi sejauh manakah nilai persahabatan tu?? sejauh manakah aku berkongsi rasa gembira, sedih, suka, duka, bahagia dan sebagainya dengan mereka?? bukan, bukan maksud aku, aku yang berkongsi rasa, tetapi sejauh mana, rasa mereka itu dikongsi dengan aku? sejauh mana aku tahu perihal hidup mereka masing-masing yang makin hari penuh dengan warna warni tu..?? aku tahu aku bukanlah sahabat yang terbaik buat kamu semua, tetapi aku cuba untuk menjadi seorang sahabat buat kamu semua. kejam, memang aku kejam. membiarkan kamu semua dengan dunia kamu masing-masing tanpa sedikit pun aku ingin mengambil tahu. niatnya kerana semua orang perlukan ruang masing-masing. bersahabat bukannya bermakna semuanya perlu engkau ketahui. jadi, aku mengambil keputusan, biarlah kamu dengan dunia kamu, dan sekiranya kamu memerlukan aku, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi tempat buat kamu bersandar. bila itu berlaku, aku semakin melepaskan kamu pergi jauh. jauh dengan dunia kamu sendiri, hingga aku malu untuk bertanya khabar tentang dirimu. hanya mengharapkan khabar daripada orang lain. ahhh, apa guna aku menjadi sahabat kamu sekiranya aku sendiri malu dengan sahabat aku sendiri kan?? ohhh, kejamnya aku....

maaf kerana aku telah mengabaikan kamu. tapi percayalah, aku masih sahabat kamu. ohhh, mudahnya berkata begitu, tetapi sejauh manakah aku mampu menjadi sahabat buat kamu semua???


benar kan seperti kata-kata, "semuanya bergantung kepada niat". sejauh mana niat kamu untuk bersahabat.... cuba tanya balik diri sendiri, untuk apa aku bersahabat dengan kamu semua.... betulkan niat semula. mari kita semua berniat untuk bersahabat kerana Allah. semoga Allah meletakkan kita dalam golongan yang "bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah".. amiiinn




"doa semoga menjadi sahabat yang sentiasa mengajak orang lain berada di jalan Allah. semoga Allah redha"

No comments: