09 September 2012
~kehendak ku dan takdirMU...~
assalamualaikum dunia....
hai hai hai.... lama dah tak hupdate blog picisan ni. busy busy busy.... hohohohohoho.... alhamdulillah!!
terima kasih ya Allah atas nikmatMu ini. terima kasih atas kurniaanMu ini. syukur..
alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tidak seperti yang aku rancang. ya, perancangan aku penuh kekurangan. kini, aku menyerahkan segala-galanya pada Yang Esa. DIA yang Maha Memberi, DIA juga yang Maha Menentukan. jauh di lubuk hati, aku benar-benar menginginkannya. tetapi, aku takut untuk berharap kerana aku tahu tidak semua yang aku inginkan terjadi. segala yang buruk datangnya daripada aku dan yang baik itu datangnya daripada Allah.
andai kehendak aku tidak seiring dengan kehendak Mu ya Allah, KAU ganjarkanlah aku sesuatu yang lebih baik daripada kehendak aku. amin amin amin
p/s : mahu pergi ke seminar "sebelum aku bernikah" bulan oktober ni, ada sesiapa yang join?? kita jumpa di sana ye.. insya Allah.... amin amin amin amin
" jika perkerjaan itu membawa kebaikan kepada aku, keluargaku dan agamaku, bukakanlah pintu rezeki itu buatku. jika tidak, KAU ganjarkanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik untuk menggantikan kehendakku itu."
Labels:
family,
keluargaku,
kerjayaku,
luahan ati,
mood,
motivasi,
syukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment