Assalamualaikum
Bahagian I - Fend
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan...."
(al-Mulk; 67 : 15)
#pg147
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat pada tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
(ar-Rum; 30 : 22)
#pg153
"Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut namaNya, di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang."
(an-Nur; 24 : 36)
#pg 158
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu (mereka bertaubat) benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(an-Nahl;16 : 119)
#pg163
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."
(as-Syu'ara; 26 : 214)
#pg171
"Dan sebutllah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang...."
(al-A'raf ; 71 : 205)
#pg183
"kalau baca al-Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran itu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata "aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman..', 'wahai orang mukmin...', 'golongan-golongan yang muhsin itu...'." Yakin ke kita yang kita ini orang yang Allah sebut dalam Quran itu tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"
-Akmal
#pg187
"sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam al-Quran tu. Bayangkan kita la orang yang kena azab. Barulah kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan diri kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification."
-Akmal
#pg189
"Contengan Jalanan - Hlovate"
ayat-ayat cinta Allah S.W.T.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
(Yunus; 10 : 57)
"sehingga al-Quran terpahat di hati"

No comments:
Post a Comment