Assalamualaikum dan selamat petang dunia....
Tajuk entry pun dh cukup pnjg utk ceritakan apa yg nak diceritakan ni. Hari ni dapat perlepasan daripada bos utk half day. Bolehlah buat persiapan nak bergerak balik ke kampung terchenta ni. Baju dah siap sidai pagi tadi. Harap harap sempat kering sampai petang ni. Cuaca tengok macam ok je. Alhamdulillah... So sekarang ni aku ada dekat SPA CARWASH.. Hehehehe, aku pun tak pernah pergi spa, tp kereta aku ni aku bawak die pergi spa sebab dah dua bulan tak mandi sabun. Asyik bermandikan air hujan yang Allah turunkan secara percuma tu. =D
Petang ni insyaAllah akan beriftar di Masjid Putra. Kali terakhir berbuka puasa di masjid pada ramadhan tahun ni. Alhamdulillah, Allah berikan sokongan yang kuat untuk aku pergi ke sana setiap hujung minggu walaupun aku berseorangan ke situ. Kerana aku yakin, aku akan bertemu dengan ramai lagi hamba Allah yang peramah di situ. Alhamdulillah... =D
Tahun ni aku lebihkan persiapan hari raya untuk keluarga aku. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki tepat pada masanya. Kan Allah Maha Merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik... =D
Hrmmm....tak boleh bayangkan macam mana keadaan aku di malam raya apatah lagi di pagi raya... Lemang, kegemaran arwah apak. Oh Allah, padaMu ku mohon kekuatan. Tatkala menulis ini pun air mata dh bergenang, ini kan pulak bila berdepan dengan mak, bila ziarah kubur arwah apak. Allah, padaMu aku berserah. =')
Rancang nak balik masa sahur esok. InsyaAllah, mohon Allah permudahkan urusan dan melindungi perjalanan pulang ku. Ramai yg meninggalkan pesanan, berhati -hati pandu kereta memandangkan aku berseorangan saje. Ada jugak yang suruh aku cepat cepat cari teman. =D
Aku serahkan semua tu pada takdir Allah. Seperti mana DIA menentukan ajal maut seseorang, begitu juga DIA akan menentukan jodoh pertemuan buat hambaNya. =D
Oklah, nak bagi ucapan hari raya sikit. Saya dengan rendah diri, memohon kemaafan daripada kamu kamu semua sekiranya sepanjang penulisan ini ada kamu kamu kamu semua terasa atau tersinggung dengan perkataan perkataan saya. Maaf dari hati saya. Terima kasih kerna sudi membaca blog picisan ini dan semoga kita semua akan berjumpa lagi. InsyaALLAH.... Berhati hati walau dimana jua anda berada.
Selamat menjadi graduan ramadhan 1433H... InsyaAllah....

No comments:
Post a Comment