14 February 2012
~motivasi pagi @ IKIM~
memang dah jadi rutin pagi untuk aku mendengar motivasi pagi di IKIM fm sebelum aku naik atas office untuk punch card.. dan pagi ini aku mendengar motivasi pagi mengenai kerja...
topik kerja ini dari awal aku tamat degree sampai la sekarang tidak pernah lekang dalam hidup aku. asyik memikirkan mengenai kerja. bila agaknya aku akan mendapat pekerjaan yang tetap. pekerjaan yang menjamin kehidupan aku dan keluarga. bukan aku tak berusaha, tapi rezeki itu masih belum menjadi milik aku lagi. tidak mengapa, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki. tak bermaksud aku menunggu takdir untuk berubah, tapi aku berusaha untuk mengubah nasib aku. Allah tidak akan mengubah nasib manusia itu jika manusia tidak berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri.
sejak aku dah aktifkan semula akaun facebook aku, ramai kawan-kawan aku yang dh bertukar kerjaya yang lebih menjamin kehidupan mereka. tapi kadang-kadang mereka penat melalui karenah kerjaya mereka.. bukankah seharusnya mereka bersyukur? mungkin mereka terlupa bahawa ramai lagi diluar sana yang berusaha untuk mendapat jawatan yang disandang mereka itu. seharusnya mereka bersyukur kerana diberi tanggungjawab untuk menggalas jawatan tersebut. bukannya dengan meletakkan status...
"bencinya dengan kerja yang macam ni??"
"rasa macam nak kerja tmpt lama aje"
aku meluahkan apa yang aku rasa salah. cuba untuk mengingati diri sendiri supaya bersyukur dengan apa yang dimiliki dan berusaha untuk memajukan diri sendiri. bekerja untuk self promotion dan self improvement.
self promotion = bekerja dengan mendapat bayaran atas perkhidmatan yang diberikan
self improvement = bekerja dengan membantu orang lain dan sekaligus dapat memperbaiki moral diri sendiri
p/s : berdoa dan berharap semoga mendapat pekerjaan yang tetap yang sesuai dengan kemampuan diri untuk menjamin kehidupan keluarga dunia akhirat.
"jUSt bE wHo YOu waNNa Be nOt wHat oTHErs waNNa sEe"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment